Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Wednesday, February 6, 2013

Assalammualaikum
Salam sejahtera
Salam Satu Malaysia

Tadi aku baru je update blog ,
pasal 4 SAINS 1 ,
so , 
sekarang aku nak update blog pasal ,
HIDUP AKU :)

Aku tahu ,
aku tak sepatutnya suka kat dia ,
tapi nak buat macam mana ,
hati aku ni tiba tiba suka ,
dengan cara dia layan aku ,
caring sangat sangat 

Aku tahu juga ,
Dia anugerah daripada Tuhan untuk aku ,
mungkin ,
dia kawan aku sampai bila-bila..

Waktu rehat tadi ,
dia datang jumpa aku ,
when I asked him about his girlfriend ,
he suddenly quiet..
A cat got his tounge , mybee..
tapi ,
dia jawab soalan aku dengan ANGGUK je..

memandangkan aku dikelilingi dengan kawan kawan aku ,
sekali sekala ,
aku berborak jugak dengan member aku ,
tapi ,
bila aku pandang dia ,
mata dia..
MERAH , AIR MATA DIA BERGENANG ..
Itu !
ADALAH KALI PERTAMA LELAKI MENANGIS DI HADAPAN AKU !

Aku ingatkan ,
aku tersalah cakap atau sakitkan hati dia ,
dia kata bukan salah aku ,
tapi ,
bila renung mata dia dalam dalam ,
aku tahu ,
dia nangis pasal siapa ;')

Bila aku minta dia bercerita ,
dia terdiam ..
aku tak paksa dia untuk cerita ,
tapi ,
aku just cakap ,
"kalau rasa nak cerita , boleh cerita kat rin , Rin boleh tolong apa-apa yang patut? :)" 
Dia terdiam ,
dan ,
MENANGIS sekali lagi..
bila aku tengok ,
hati aku rasa SEBAK , sangat sangat TERSENTUH dengan reaksi dia ..

AWAK , SAYA NAMPAK KEIKHLASAN AWAK DENGAN DIA..

Dan ,
bila dia mula membuka bicara ,
untuk menceritakan kat aku ,
baru aku tahu ,
kenapa dia MENANGIS ,
dari awal aku dah agak ,
dia mesti NANGIS tentang seseorang ,
Ya , Girlfriend dia..

Bila aku dengar cerita dia ,
aku sendiri rasa nak nangis ,
aku sedih ,
sebab tengok orang yang aku sayang ,
menangis kat depan aku ,
kerana seseorang yang kecik kan hati dia..
Im sorry ,
bukan saya taknak tolong awak ,
saya ni ,
cuma boleh memberi nasihat pada awak je ,
yang selebihnya ,
saya tak patut libatkan diri saya ,
eloklah awak selesaikan semuanya dengan dia secara peribadi..

Well ,
aku tak boleh nak buat apa-apa ,
aku bukannya apa ,
aku memang nak tolong dia sangat sangat ,
tapi ,
itu urusan dia dengan GF dia ,
dan aku tak sepatutnya masuk campur..
Korang sendiri fahamkan?? :')

Jujur ,
aku sangat sangat sedih bila tengok dia MENANGIS DEPAN AKU ,
aku rasa macam ,
macam...
macam..
macam nak peluk je dia kat situ ! >.<,
Serious !
Aku tak boleh tengok sahabat aku menangis ! x'(
Sebab ,
aku taknak diorang rasa apa yang aku rasa sebelum ni !

He is my bestfriend ,
Bestfriend forever and ever and never end ! :')
 BYE :)

4 Science 1 2013

Assalammualaikum
Salam sejahtera
Salam Satu Malaysia

Rasanya , dah lama tak update blog ni..
so ,
HAPPY NEW YEAR GUYS

Bila dah melangkah masuk ke alam tingkatan 4 ini ,
ingatkan semuanya dalam keadaan OKEY ,
padahal , 
Dalam MIMPI jelah NAK OKEY !

Alhamdulillah..
Keputusan PMR aku agak cemerlang jugak ,
tapi bukan straight A ,
ada menyelit satu B xD
so ,
7A 1B
okeylah tu kan ?! :P

Disebabkan keputusan aku tu ,
aku dicampakkan ke kelas aliran Sains Tulen iaitu 4 Sains 1 ,
Kelas pertama dalam Sekolah Menengah Putra Perdana..
Aku tak adalah bangga mana pun duduk kelas tu ,
bagi aku ,
SEMUA KELAS SAMA JE ! -,-

Alright ,
sekarang dah masuk bulan Febuari ,
dah sebulan aku terdampar di dalam kelas 4 Sains 1 ,
Memang agak stress !
setiap kali cikgu melangkah masuk je dalam kelas ,
ada jelah benda nak pressure kitaorang =='
 semua cikgu ! =.=

Homework ?
Tak payah nak cakaplah ,
taip jee xD
Bila berceritakan pasal HOMEWORK ni ,
BANYAK LAGI YANG AKU TAK SIAP DAN AKU SANGAT RISAU SEKARANG NI -.-
Homework banyak mana ?
Apsal nak tahu sangat ?
Homework kelas kitaorang UMPAMA SELUAS LAUTAN PASIFIK ,
kalau ditindihkan satu satu homework yang ada ,
Rasanya ,
Lagi TINGGI DARIPADA GUNUNG KINABALU

Januari pun dah berlalu ,
sekarang ni Febuari pula datang bertandang ,
sebulan lagi tinggal untuk Ujian Bulanan 1 ,
So ,
Dah masuk bulan kedua ni ,
kelas 4 Sains 1 daripada 40 orang ,
kini tinggal ,
26 orang -.-
Ramai sangat yang PINDAH !
elok elok kelas tu memekak macam FUNFAIR ,
terus sunyi mengalahkan TANAH PERKUBURAN ..
budak budak kelas lain lalu , rasa seraamm je =='
LOLOL

Apa boleh buat ?
4 Sains 1 tahun 2013 ni semacam sikit ,
harap harap ramailah budak baru datang sekolah ni ,
and penuhkan 4 Sains 1 ,
sangat SUNYI SEPI SENYAP !
Kalau ada pertandingan kelas berhantu ,
aku rasa kelas 4 Sains 1 lah yang menang xD

jadi , 
Aku pun rasa sampai sini jelah cerita 4 Sains 1 ni ,
lagi aku cerita ,
lagi aku sedih ,
bengang ,
risau , -.-
Risau pasal HOMEWORK lah deyy ! =='

Okeylah BYEBYE ! ~,~Y

Thursday, December 6, 2012

Sahabat Dan Cinta (Bab 5 dan Bab 6)

  BAB 5  



“Amirul , jumpa aku di taman. Macam biasa,” suara Fareez kedengaran serius di hujung talian. “Okey,” talian dimatikan. Amirul mengerutkan dahinya sambil memandang telefon bimbitnya.


            “Hmm , kenapa dengan dia ya?” Amirul berkata sendirian. Matanya melirik ke arah jam dinding di biliknya. Jarum jam hampir menuju ke angka lima. Dengan segera , Amirul menunaikan kewajipannya terlebih dahulu sebelum berangkat ke taman.



            Fareez hanya menunggu kedatangan Amirul. Suasana di taman permainan di Amanputra pada hari ini kelihatan sunyi. Fareez melihat pada jam tangannya. Dia mengeluh perlahan.


            “Haih , mana dia ni?” Fareez berpeluk tubuh. Lehernya dipanjangkan untuk melihat kelibat Amirul. Beberapa minit kemudian , kelihatan Amirul sedang mengayuh basikal ke arahnya. Fareez tersenyum.


            “Sorry beb. Lama tunggu?” Amirul meneguk air mineral yang baru sahaja dia beli di kedai sebentar tadi.


            “Tak adalah lama sangat. Amboi , sampai keropok lekor dan pisang goreng sekali kau beli,” Fareez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melihat dua bungkus plastik yang berisi pisang goreng dan keropok lekor.


            “Hehe , aku singgah kedai Pak Mail tadi. Nah , ambil keropok lekor ni,” Amirul menyerahkan plastik yang berisi keropok lekor itu kepada Fareez. Fareez menyambutnya.


            Selepas menongkat basikal , Amirul terus duduk di sebelah Fareez. “Ada apa-apa yang kau nak ceritakan ke?” Amirul memulakan perbualan. Fareez sekadar menganggukkan kepalanya. Keropok lekor digigit sedikit demi sedikit.


            “Nampak macam serius sahaja yang kau ni. Ada kaitan di antara hidup dan mati ke?” Amirul mengusiknya. Fareez tersenyum sebaris. “Tak , ini kaitan di antara hati dan perasaan!” senyuman Fareez mati.


            Amirul menganggukkan kepalanya. Pisang goreng disumbatnya ke dalam mulut satu per satu. “Ceritalah,”


            Fareez menarik nafas sedalam-dalamnya. “Kau tahukan yang aku ni dah lama pendam perasaan pada Intan?” Fareez merenung rumput di kakinya. “Tahu..” pisang goreng diletakkan kembali ke dalam plastik. Nampaknya ini masalah serius!


            “Aku rasa , Intan tu dah lainlah…,” Fareez mengeluh perlahan. Seleranya sudah hilang apabila melihat keropok lekor yang ada di atas ribanya.


            “Lain? Macam mana tu?” Amirul inginkan kepastian. Haih , kalau nak cakap , biarlah terang sedikit.


            “Dulu , dia tu nampak normal. Tak adalah macam sekarang ni. Dia macam….” Kata-kata Fareez terhenti disitu.


            “Dia macam apa?” Amirul sudah menongkat dagunya. Fareez nikan , kalau nak cerita , straight to the point sahajalah! Ini nak berhenti-berhenti pula. Nak kasi suspen sahaja si Fareez ni.


            “Aku rasa dia sukalah kat Firdaus tu,” Fareez memandang tepat ke arah wajah Amirul. Amirul menganggukkan kepalanya. “Then?” Fareez terdiam.


            “Haa…” Amirul tersenyum lebar. “Kau cemburu lah ni , ya?” Amirul menepuk bahu Fareez. Fareez menjeling Amirul sekilas.


            “Wey , sejak bila kau pandai cemburu ni?” Amirul menggoncangkan bahu Fareez yang sedang membatu di sebelahnya. Lama-kelamaan , Fareez tersenyum juga akhirnya. Dia menolak Amirul sekuat hati. Kemudian , berlakulah adegan tolak-menolak di situ.


            Makcik-makcik yang baru sahaja pulang dari pasar lalu-lalang di kawasan itu. Mereka menggelengkan kepala apabila melihat karenah dua orang remaja lelaki yang sedang tolak –menolak sesama sendiri sambil ketawa. Apa nak jadilah dengan dunia ni? Akhir zaman.. Hello! Mereka berdua bukan pasangan ‘gay’ okey? Macam tidak cukup sahaja wanita di dunia ini! Tidak semestinya dua orang lelaki yang duduk bersama , sudah dipanggil ‘gay’. Orang zaman sekarang ini suka sangat berfikiran negatif.


            “So? Apa kau nak buat sekarang?” Amirul berpeluk tubuh. Fareez sudah memandang ke langit. Kemudian , dia mengangkat bahunya.


            “Aku rasa , lebih baik aku berdiam diri dulu. Lagipun , tak lama lagi kita exam,” Fareez sudah bangun dari tempat duduknya. Diikuti oleh Amirul. Plastik keropok lekor dan pisang goreng dibuang ke dalam tong sampah.

           
            “Ikut kata hati kaulah,” bahu Fareez ditepuk perlahan. Fareez menganggukkan kepalanya.


            “Kau dengan Rin macam mana?” Fareez bertanya. Aduh! Kenapa sekarang kau nak bagi soalan maut pada aku Fareez! Sudah tidak ada soalan lainkah? Soalan yang berfaedah sedikit! Barulah aku dapat jawab.


            “Aahh , apa?” Amirul mengecilkan matanya memandang Fareez. “Kau dengan….” Belum sempat Fareez mengulangi soalannya , Amirul sudah naik ke atas basikalnya.


            “Okeylah! Mak aku suruh balik cepat! Aku kena tolong mak aku perah santan! Katanya hari ini nak masak asam pedas! Jumpa esok!” Amirul terus mengayuh laju meninggalkan Fareez di belakang.


            Fareez mengerutkan dahinya. “Perah santan? Asam pedas mana ada guna santan! Tak guna punya Amirul!” Fareez tahu , Amirul sengaja lari daripada soalannya. Basikal BMX dikayuh perlahan menuju ke Cluster 7.


Kringg…..


            Loceng menjerit kuat. Mereka terus menuju ke kantin dengan pantas.
            “Nasi lemak! Here I come , babe!” Fareez sudah berjalan laju di hadapan. “Mak aih , Fareez!” Amirul sedikit terkejut dengan reaksi Fareez.


            “Biarlah dia. Laparlah tu , kot,” Sabrina memerhatikan Fareez yang berjalan di hadapannya. Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala.


            Setibanya di kantin , mereka terus menikmati makanan di situ. Fareez siap mengambil dua sudu memandangkan garfu sudah habis diambil pelajar lain. Amirul dan Pavethran menjamah nasi goreng dan telur goreng. Sabrina hanya menikmati roti sambal ikan bilis dan air kotak. Intan hanya menyeduk air sirap sahaja.


            Semasa mereka sedang menjamu selera , Firdaus , Afizi , Hussien dan Kamal duduk di meja mereka. Mereka berlima agak terkejut dengan perbuatan senior mereka yang duduk semeja dengan mereka. Sudahlah tidak memberi salam , dengan wajah mereka yang selamba badak , main duduk sahaja dengan mereka.


            “Wa’alaikumsalam,” sengaja Intan memerli seniornya. Firdaus dan lain-lain hanya tersenyum.


            “Wuih , Fareez! Sedapnya nasi lemak tu!” Hussien mengusik Fareez yang duduk bersebelahan dengannya.


            “Urmm , sedap gilalah bang! Nak? Pergi beli sendiri!” Fareez ketawa. Hussien menolak Fareez perlahan sambil ketawa. Kamal hanya menggelengkan kepalanya.


            “Aik? Minum air saja?” Firdaus menegur Intan yang duduk di hadapannya.


            “Haah, minum air saja. Kenapa? Abang Firdaus nak belanja makan ke?” mata Intan sudah bersinar.


            Fareez hanya mengajuk kata-kata Intan sebentar tadi. Nasib baiklah mereka yang lain tidak dengar.
           
“Abang pun tak makan apa-apa hari ini. Abang pun minum air saja,” Firdaus tersenyum mesra.
            “Lahh.. Yakah? Intan belanja abang makan nak?” Intan sudah mengeluarkan dompetnya.


            “Eh , tak apa! Abang dah kenyang pun!” Firdaus memegang perutnya sambil tersenyum.


            “Minum air pun boleh kenyang ke?” Intan menggelengkan kepalanya seraya menyimpan kembali dompetnya.


            Amirul yang duduk di sebelah Firdaus menyampuk. “Tak nak belanja saya ke , Intan?” Amirul mengangkat kedua-dua belah keningnya.


            “Ish! Tak ingin saya belanja awak!” Intan menyedut air sirapnya selaju mungkin. Bengang bila ada orang yang mengacau ‘line’nya.


            Amirul agak terasa sedikit dengan kata-kata Intan. Tetapi , dengan segera dia memadamkan perasaan itu.


            “Alah.. sekali-sekala , kan? Kawan belanja kawan saja pun,” Amirul mengukirkan senyuman. Intan memandang Amirul sekilas.


            “Eleh! Tadi saya nampak awak bayar kat makcik kantin itu sepuluh ringgit! Air sirap dengan nasi lemak baru dua ringgit! Sepuluh tolak dua , lapan! Sekarang , dekat awak ada lapan ringgit! Banyaklah tu , tapi nak suruh saya belanja awak. Piirah..” Firdaus hanya memerhatikan perangai Intan. Dia menggelengkan kepala.


            Intan yang perasan dengan reaksi Firdaus itu , segera mengubah identitinya sebentar tadi. Puas hatinya menengking Amirul , kini dia kembali menjadi seorang yang mesra alam.

            Amirul menjeling ke arah Fareez. Fareez buat dek saja! Gilalah mamat ni! Punyalah bakal awek dia  tengking aku , dia boleh buat dek saja makan nasi lemak dia tu! Tak patut betul! Sepatutnya backinglah aku! Kata member!
           
Pavethran dan Sabrina hanya membisu sahaja daripada tadi. Fareez pula tidak ada ‘mood’ nak melayan mereka. Dia lebih suka melayan nasi lemaknya sambil berbual dengan seniornya , Hussien. Dia hanya membiarkan Intan melayan Firdaus. Di dalam hatinya , terpendam satu perasaan.
            Loceng berbunyi panjang menandakan sudah tamat waktu sekolah. Pelajar kelas 4 Asteroids mengemas buku masing-masing.


            “Siapa yang terakhir keluar , kunci pintu!” Nasrul menjerit sambil berlari keluar dari kelas. Pelajar yang lain juga begitu. Berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri daripada mengunci pintu kelas. Alahai , kunci pintu kelas saja pun. Memang itulah adat kelas 4 Asteroids dari dulu sampai sekarang. Siapa yang terakhir keluar dari kelas , pasti kena kunci pintu kelas.


            Seperti biasa , lima orang pelajar yang terakhir keluar. Amirul , Pavethran , Fareez , Sabrina dan Intan hanya tersenyum melihat karenah kawan sekelas mereka.


            “Nampaknya , kitalah yang akan kunci pintu,” Pavethran memasukkan bekas penselnya ke dalam beg.


            “Apa boleh buat? Kerja sambilan kita selama dua minit,” Amirul tergelak kecil mendengar kata-kata Fareez sebentar tadi.


            Amirul berhenti ketawa. Matanya tertumpu ke arah Sabrina yang diam sahaja dari tadi. Wajahnya juga kelihatan lesu dan tidak bermaya.


            “Rin , awak okey? Muka awak nampak macam penat saja,” Amirul bertanya lembut.


            “Haa? Mungkin saya tak cukup tidur agaknya. Saya tidur pukul satu pagi semalam,” Sabrina menggosok matanya seketika.


            “Awak buat apa sampai tidur lewat ni?” Amirul cuba mengambil berat tentang Sabrina.

            “Adalah perkara penting yang saya siapkan,” Sabrina hanya tersenyum manis,


            “Hai semua!”


            Mereka berlima memandang ke arah pintu belakang kelas. Alahai , ingatkan siapalah tadi.


            “Hai!” Intan terlebih dahulu menyahut daripada yang lain. Dia berlari mendapatkan Firdaus. Firdaus agak terkejut sedikit dengan reaksi Intan.


            “Abang nak apa jumpa saya?” mata Intan berkelip-kelip memandang Firdaus sambil tersenyum. Firdaus hanya tersenyum segaris sahaja.


            “Err , sebenarnya , abang nak jumpa Sabrina,” senyuman Intan mula terpadam. “Ooh..,” perlahan sahaja suara Intan. Dia berjalan ke arah Sabrina.


            “Rin , dia nak jumpa awak,” Intan berkata tanpa memandang Sabrina. Dia
segera mengambil beg sekolahnya. “Saya tunggu di depan , okey?” dia terus berlalu pergi. Sabrina hanya memerhatikan Intan yang berlalu pergi dari situ. Kemudian , matanya dihalakan ke arah Firdaus.


            “Sini sekejap,” Firdaus memanggil sambil membuat isyarat tangan. Sabrina berjalan perlahan menuju ke arah Firdaus. Dia berdiri di hadapan Firdaus tanpa melihatnya. Kepalanya ditundukkan menghadap lantai.


            “Rin..,” Firdaus memanggil perlahan. Sabrina mengangkat mukanya dengan perlahan. Alamak! Poyonya angkat muka perlahan-lahan ni! Ish!


            “Ya , abang?” Sabrina menguap perlahan. Mulutnya ditekup oleh tapak tangan kanannya.


            “Hari Sabtu Rin ada masa tak?” Firdaus bertanya. Matanya tepat memandang ke wajah Sabrina yang ada di hadapannya.


            Terus terbuntang mata Sabrina. “Err..”


            “Ada masa ke tak ada?” suara Firdaus agak tegas sedikit membuatkan Sabrina sedikit tersentak.


            “A..a.. Ada! Ada!” Sabrina menganggukkan kepalanya selaju mungkin.


            “Abang nak jumpa Rin di IOI Mall,” suaranya kembali normal.


            “Jumpa? Nak buat apa jumpa Rin , abang?” Sabrina mengerutkan dahinya.


            “Abang kata nak jumpa Rin , jumpa sajalah! Nak ke tak nak?” suaranya kini tegas kembali. Sabrina membulatkan matanya memandang ke arah Firdaus.


            “Nak jumpa atau tak nak?” Firdaus memandang tajam tepat ke anak mata Sabrina. Semakin lama , wajah Firdaus semakin dekat dengan wajah Sabrina. Mak aih! Dia ni nak bunuh aku ke?! Sabrina menelan air liur. Alamak! Telan lagi! Alamak! Air liur tak lepas!


            “O..Okey. Pukul berapa?”


            “Pukul sebelas. Di KFC. Abang nak jumpa rin seorang sahaja! Ingat! Rin seorang!” Firdaus terus berlalu pergi. Sabrina memerhatikan Firdaus dengan ekor matanya. Okey! Firdaus dah jauh! Sabrina menghentakkan kakinya.


            “Urgh!” Sabrina bercekak pinggang. Amirul berdiri di sebelah Sabrina. Beg sekolah Sabrina diberikan kepada Sabrina.


            “Thanks!” Sabrina menggalas beg sekolahnya.


            “Err , ada apa tadi ya?” Amirul bertanya sambil matanya melihat Firdaus yang sedang membuka rantai kunci basikalnya.


            Sabrina memeluk tubuhnya. “Dia nak jumpa saya,” Sabrina berkata dalam suara yang bengang sedikit. Amirul mengerutkan dahinya. Baru sahaja Amirul mahu membuka mulutnya….

            “Kenapa dia nak jumpa awak?” Fareez mencelah. Dia berdiri di sebelah kiri Sabrina.


            “Manalah saya tahu! Eee , mentang-mentanglah dia senior , macamlah saya takut sangat dengan dia tu!” Sabrina masih lagi berpeluk tubuh.


            “Tapi , tadi saya tengok awak macam takut saja dengan dia?” Pavethran menyampuk dari belakang.


            Mereka bertiga memandang ke arah Pavethran. Sabrina memandang cerun ke arah Pavethran. Pandangan yang mempunyai seribu makna! Dush! Pavethran terasa diri dia seakan dipanah kilat.


            “Err , sorry!” Pavethran segera berjalan ke pintu kelas lalu menguncinya. Kunci kelas dimasukkan ke dalam poket.


            Sabrina mengeluh perlahan. Dia menguap sekali lagi.


            “Uii,” Amirul menyiku perlahan lengan Sabrina. Sabrina memandang ke arah Amirul yang berjalan beriringan dengannya.


            “Awak pergi ke?”


            “Apa boleh buat? Terpaksalah! Bukannya saya nak sangat pun jumpa dia!” Sabrina berkata keras.


            “Saya ikut!” Amirul tersenyum.


            “Tak boleh. Dia nak jumpa saya seorang sahaja. Awal-awal lagi , dia dah bagi warning kat saya. Sorry,” Sabrina merapatkan tangannya tanda meminta maaf.

            Amirul tersenyum kecewa. “Its okey,”


        Sabrina melangkah masuk ke dalam KFC. Dia memandang ke sekeliling ruang KFC tersebut. Pandangan matanya terhenti ke arah remaja lelaki yang memakai T-Shirt bercorak kotak-kotak yang sedang menyedut air. Sabrina terus berjalan malas menuju ke arahnya.

            “Hai , abang,” Sabrina menyapa mesra. Bukannya mesra apa , terpaksa!


            Firdaus hanya mendiamkan dirinya. Dia melihat jam tangannya.


            “Janji pukul berapa? Rin lambat!” Firdaus berkata sambil memandang wajah Sabrina yang masih lagi tersenyum di hadapannya.


            Sabrina mengangkat keningnya. Dia melihat jam tangan Guess yang dihias cantik di pergelangan tangan kanannya.


            “What? Lambat lima minit saja , okey?” Sabrina sedikit terkejut dengan kata-kata Firdaus sebentar tadi. Firdaus menggelengkan kepalanya.


            “Kenapa lambat?” selamba Firdaus bertanya.


            “Lambat minit sahaja!” Sabrina meninggikan nada suaranya sedikit.


            “Abang tanya , kenapa Rin lambat? Tak faham soalan ke?” pandangan Firdaus yang tajam membuatkan Sabrina terkedu sedikit. Tapi , dia tetap memberanikan diri untuk melawan seniornya itu.


            “Hei , awak ni kenapa? Setakat lambat lima minit pun awak nak tanya juga?” Sabrina mula berdiri. Selalunya , Sabrina selalu memanggil senior lelaki sebagai ‘abang’. Tapi kini , dia memanggil senior di hadapannya ‘awak’. Itu menandakan Sabrina sudah naik angin. Kalau Sabrina sudah memanggil seniornya ‘kau’ , menggegar dunia!


            Firdaus hanya memerhatikan Sabrina sudah yang berdiri di hadapannya sambil berpeluk tubuh.


            “Abang tanya , kenapa lambat? Janji pukul sebelas!” Firdaus pula sudah berdiri.


            Sabrina membulatkan matanya. Dia ingatkan seniornya takut dengan reaksinya sebentar tadi.
            “Hei , awak tolonglah faham. Saya datang sini dengan menaiki bas. Bukannya kereta Ferrari! Saya bangun lambat lah pagi tadi!” Sabrina mengawal suaranya daripada didengar orang ramai.


            “Bangun lambat? Anak dara jenis apalah Rin ni..” Firdaus membuat muka selamba.


            “Ikut sedap mulut awak saja nak mengutuk orang ye? Saya tidur lambat semalam! Ada kerja yang saya kena siapkan!” Sabrina mula berasa bengang. Aku tampar muka dia laju-laju nanti kang!


            “Eleh,” sepatah perkataan yang keluar dari mulut Firdaus.


            “Saya nak balik!” di saat Sabrina mahu memulakan langkahnya , beg tangannya ditarik. Sabrina memandang ke belakang.


            “Duduk,” Firdaus melepaskan pegangannya daripada beg tangan Sabrina.


            “Tak nak!” Sabrina menggelengkan kepalanya. Firdaus menarik nafas dalam-dalam.


            “Abang kata , duduk!” suaranya tegas sedikit.

           
            “Saya tak naklah!” Sabrina melawan. Eee , budak ni! Degilnya! Berani betul dia melawan seniornya!

            “Rin , please.. Abang minta maaf , okey?” Firdaus membuat muka. Sabrina memandang wajah Firdaus. Renungan Firdaus membuatkan Sabrina sedikit tersentuh. Dengan segera , dia menarik pandangannya daripada wajah Firdaus.


            “Okey!” Sabrina menarik kerusi sedikit kasar lalu duduk di hadapan Firdaus.

            ‘Nak kena minta maaf dulu , baru lembut hati. Huh,’ Firdaus berkata dalam hati. Dia menuju ke kaunter untuk membeli minuman. Lima minit kemudian , dia kembali ke mejanya.

            “Nah , minum,” Firdaus meletakkan air minuman di hadapan Sabrina. “Air apa ni?”


            “Minum sajalah! Orang dah belanja , bising pula,” Firdaus duduk di hadapan Sabrina. Sabrina mencebik. Dia menyedut air minuman itu perlahan-lahan. Umm! Air F&N Strawberry! I like!


            “Oh ya , kenapa nak jumpa Rin?” Sabrina menolak air minumannya ke tepi sedikit.


            “Hmm,” Firdaus mengelamun.


            “Oi oi!” Sabrina memetik jarinya di muka Firdaus. “Hah?” Firdaus kembali ke alam yang nyata.


            “Mengelamun apa tadi? Dah sampai mana?” Sabrina bertanya. Firdaus tersenyum mendengar pertanyaan Sabrina.


            “Tak jauh pun. Abang tengok couple kat hujung sana tu,” Firdaus memuncungkan bibirnya. Sabrina pusing ke belakang. Dia melihat couple yang sedang bermesra sambil menikmati hidangan KFC. Ketawa , suap sana , suap sini. Senggol-senggolan cubit-cubitan , aku menyanyi kau petik gitar. Macam lagu Mas Idayulah katakan. Tapi , tak ada pula adegan petik-memetik gitar pada masa itu.


            Sabrina kembali pusing ke hadapan. Dia agak terkejut sedikit melihat Firdaus yang sedang merenung ke arahnya.


            “Hoi!” Sabrina menepuk tangannya di muka Firdaus. Firdaus tersentak.


            “Kenapa nak jumpa Rin?” Sabrina mula bertanya soalan yang sama.


            “Saja nak merapatkan hubungan silaturrahim. Kenapa? Salah?” Firdaus berkata selamba. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sabrina mengerutkan dahinya.


            Ish , mamat ni! Buang masa aku saja datang ke sini! Baik aku duduk rumah tengok TV! Sudahlah hari ini episod baru Spongebob Squarepants!


            “Kalau macam tu , baik awak keluar dengan Intan! Dia lagi suka! Kalau saya tak berapa suka keluar macam ni! Lebih-lebih lagi , jumpa tanpa ada arah tujuan!” Sabrina mula rasa bengang.


            Sebut sahaja nama Intan , wajah Firdaus berubah.


            “Abang tak suka dia,” Firdaus berkata tanpa ada rasa bersalah. Sabrina terkejut.


            “Eleh!” Sabrina menyumbat kentang goreng ke dalam mulutnya sedikit demi sedikit.


            ‘Haritu bukan main lagi si Intan menggedik dengan dia , layan juga!’ desis Sabrina di dalam hati.


            “Kenapa takut keluar dengan abang? Bukannya abang buat apa-apa pun kat Rin!” Firdaus tersengih nakal. Eee , aku sepak juga mamat ni nanti kang!


            “Bukannya takut , tak suka tahu tak?” Sabrina menegaskan. “Tak suka? Macam mana tu?” Firdaus menongkat dagunya.


            “Macam tu lah! Nanti orang nampak , apa orang kata nanti! Apatah lagi budak-budak sekolah kita yang tengah outing kat sini!” Sabrina meletakkan kembali kentang goreng yang hampir sahaja mendarat di dalam mulutnya.


            “Oh , takut kena gosiplah ni…,” Firdaus mengusik Sabrina. Sabrina membuat muka menyampah. Malas dia nak bising lagi. Sabrina hanya mendiamkan dirinya sahaja.


            “Rin,”


            Sabrina memandang wajah Firdaus. “Apa?” Sabrina menjawab malas.
            “Hari ni kat wayang , ada cerita best. Jom?” Firdaus tersenyum lebar.


            “What?! Tengok wayang? Hei , sekarang ni pun dah pukul sebelas setengah. Pukul dua saya nak balik , okey?!” Sabrina menolak pelawaan Firdaus dengan kasar.


            Senyuman Firdaus mati. Wajahnya mula serius. Matanya mencerun memandang tepat ke arah anak mata Sabrina.


            Sabrina menelan air liur. Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju , ooo. Sekali keluar lagu Najwa Latif daa..


            “Abang kata nak tengok wayang , kita tengok sajalah!” kata Firdaus tegas.


            “Okey , fine! Lepas tengok wayang , saya nak balik!” Eee , terpaksalah aku ikut mamat ni!


            “Memang kena balik pukul dua ke?” Firdaus mula mengangkat punggungnya dari kerusi.


            Sabrina diam. Malas nak melayan mamat ni lagi.


            “Hei , abang tanya ni!” lengan Sabrina dipukul perlahan.


            “Ish! Apa pukul-pukul ni?!” Sabrina memegang lengannya.


            “Abang tanya , memang kena balik pukul dua ke? Jawablah! Bukannya susah pun nak jawab!” Firdaus bercekak pinggang.


            “Tak! Mama suruh balik sebelum pukul empat!” Sabrina berpeluk tubuh. Geram dengan senior yang berdiri di hadapannya.


            “Habis tu , kenapa nak balik pukul dua?”

            “Suka hati sayalah!” Sabrina melawan.


            “Kita balik pukul tiga! Abang hantar Rin balik rumah!” Firdaus terus berjalan meninggalkan Sabrina di belakang. Sabrina terkejut. Terus dia berlari mendapatkan Firdaus.


            “Hei , tunggu sekejap!” lengan baju Firdaus ditarik oleh Sabrina. Langkah Firdaus terhenti.


            “Apa?”


            “Awak nak hantar saya balik? Awak ada lesen ke? Nanti tak pasal-pasal kena saman dengan polis!” Sabrina bertanya seperti seorang pegawai polis.


            “Hello! Ayah abang hantar driver untuk ambil kita , okey?” Firdaus menjawab.


            “Oh,” Sabrina menganggukkan kepalanya. Firdaus memuncungkan bibirnya sambil melihat Sabrina.


            “Siapa nak hantar Rin balik? Perasan!” sengaja dia mahu mengusik gadis juniornya itu.


            “Apa? Tadi kata nak hantar saya balik!” Sabrina bercekak pinggang. Mamat ni kan , suka sangat putar belitkan cerita!


            “Kata nak balik pukul dua! Abang nak balik lambat sikit!” Firdaus pula bercekak pinggang.


            Sabrina mendengus geram. “Okey , fine! Saya balik!”


            Beg tangan Sabrina ditarik sekali lagi. “Ada abang suruh Rin balik? Ikut abang! Abang yang hantar Rin balik!” Firdaus berjalan sambil menarik beg tangan Sabrina.

            “Okey! Okey! Janganlah tarik-tarik macam ni!” Firdaus melepaskan beg tangan Sabrina.


            Selepas membeli tiket wayang , mereka hanya menunggu di hadapan pintu masuk wayang tersebut kerana hanya ada lima belas minit filem akan bermula. Mereka hanya mendiamkan diri masing-masing.


            Sabrina mengeluarkan telefon bimbitnya. Jari-jemarinya menekan keypad telefonnya dengan laju. Okey , send message!


            Firdaus yang berdiri di sebelahnya memerhatikan kelakuannya.


            “Mesej siapa?” Firdaus bertanya.


            “Mama,” Sabrina menjawab sepatah.


            “Mesej apa kat mama?” Firdaus bertanya lagi.


            Sabrina mengeluh perlahan. “Itu pun nak tahu ke?” Firdaus hanya menganggukkan kepalanya.


            “Saya beritahu mama yang saya balik pukul tiga,” Sabrina menjawab tanpa memandang Firdaus di sebelahnya.


            “Oh..” Firdaus mengambil telefon bimbit Sabrina yang digenggam oleh Sabrina.


            Dia membuka mesej yang Sabrina kirimkan kepada mamanya.


            “Mama , Rin balik pukul tiga. Sebab kawan ajak tengok wayang. Nanti kawan hantar Rin balik. Bye , mama,” Firdaus membaca dengan nada suara perempuan yang dibuat-buat. Sengaja dia mengajuk suara Sabrina. “Nah!”


            Telefon bimbit dirampas oleh Sabrina. Segera dimasukkan ke dalam beg.
            “Awak ni kenapa? Saya tak sukalah awak buat macam tu!” Sabrina memarahi Sabrina.


            “Okey! Okey! Sorry!” Firdaus mengangkat kedua-kedua tangannya ke atas.


            “Eh! Akak pun ada kat sini?” Fazlin menegur Sabrina. Mata Sabrina terkelip-kelip memandang Fazlin di hadapannya.


            “Eh? Fazlin? Muncul dari mana?” Sabrina tersenyum. Tangan Sabrina berjabat mesra dengan tangan Fazlin.


            “Dari kaunter tempat beli Popcorn,” Fazlin menundingkan jarinya ke arah kaunter.


            Sabrina menganggukkan kepalanya. Kemudian , matanya beralih ke arah remaja lelaki yang berdiri di sebelah Fazlin. Fazlin yang perasan dengan pandangan Sabrina segera mengenalkan lelaki tersebut kepadanya.


            “Akak , ni Zamri. Zamri , ni Kak Sabrina,” Fazlin mengenalkan mereka.


            “Hai!” Zamri menyapa Sabrina. “Handsome boyfriend akak!” Zamri bersalam-salaman dengan Firdaus.


            “Ah? Boyfriend? Siapa? Mana?” Sabrina mengerutkan dahinya. Bila masa pula aku ada boyfriend? Eee , SPM pun tak lepas lagi!


            “Firdaus,” Firdaus mengenalkan dirinya kepada Zamri.


            “Saya Zamri , bang,” Zamri tersenyum mesra. Fazlin merapatkan dirinya ke arah Sabrina.


            “Akak jahatkan?” Fazlin membuat muka merajuk. Hah? Apa ni? Kenapa aku pula tiba-tiba yang kena?


            “Eh? Kenapa pula?” Sabrina bertanya. Selendangnya dibetulkan.


            “Akak tak cakap kat Fazlin pun yang akak dah ada boyfriend!” tangan Sabrina diraih oleh Fazlin.


            “Hei! Siapa kata dia boyfriend akak? Dia ni senior kita , okey? Tak mainlah cintan-cintun ni! SPM pun akak tak lepas lagi,” Sabrina berkata sambil ketawa.


            “Mamat sebelah akak ni pun tak ambil SPM lagi,” Sabrina berbisik ke telinga Fazlin. Fazlin hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Sabrina.


            “Zamri ni…” Sabrina cuba meneka.


            “Boyfriend Fazlin ke?”


            Fazlin mengangguk laju sambil tersenyum lebar. Sabrina hanya menggelengkan kepalanya.


            “Jangan lupa , PMR lagi berapa hari saja. Hmm , Fazlin buat apa kat sini?” Sabrina bertanya.


            “Kita orang pun nak date juga! Macamlah akak seorang saja yang boleh date! Haha!” Zamri mengusik mereka berdua. Firdaus juga turut ketawa.


            “Zamri macam tahu-tahu saja abang date dengan dia!” bahu Zamri ditepuk oleh Firdaus.


            “Well , tengok kakilah!” Zamri ketawa.


            Sabrina hanya membisukan dirinya.


            “Okeylah , akak. Filem pun dah nak start ni. Kami pergi dulu. Jumpa kat sekolah esok!” Fazlin dan Zamri berjalan meninggalkan mereka berdua.

            Fazlin dan Zamri dah masuk dalam panggung. Okey! Inilah masanya!


            “Saya tak ingin pun nak date dengan awak!” Sabrina berkata kasar.


            “Relakslah. Abang saja nak bergurau dengan junior abang sendiri. Boleh merapatkan silaturrahim,” Firdaus tersengih.


            Huh! Merapatkan silaturrahim? Dari tadi asyik merapatkan silaturrahim saja! Buat aku bengang adalah! Sabrina melihat jam tangannya. Tinggal lagi tiga minit sahaja filem akan bermula.


            “Jom!” Sabrina berjalan meninggalkan Firdaus di belakang.



            Thanks sebab hantar saya,” Sabrina menutup pintu kereta Vios.


            “Okey!” Firdaus melambaikan tangannya ke arah Sabrina. Sabrina melambaikan tangannya dengan penuh rasa malas.


            Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan Nusaputra. Setelah  kereta Vios tidak lagi kelihatan , Sabrina melepaskan keluhan berat.


            “Akhirnya , aku bebas. Letih nak melayan senior macam dia tu! Hmm!” Sabrina melangkah masuk ke dalam rumahnya.


            Firdaus membuang pandangannya ke luar tingkap.


            ‘Rin tu jenis yang panas baran , cepat naik angin , tapi adakalanya hati dia lembut. Seronok dapat berkawan dengan dia,’ Firdaus tersenyum seketika.

            Assalammualaikum!” Amirul dan Fareez memberi salam serentak.


            Seorang gadis keluar dari perut rumah. Pintu pagar dibuka.

            “Wa’alaikumsalam! Awak berdua rupanya! Masuklah!” Sabrina menjemput mereka masuk. Amirul dan Fareez menongkat basikal masing-masing dan melangkah masuk ke dalam rumah Sabrina.


            “Mama , kawan Rin datang. Amirul dan Fareez,” Sabrina memberitahu kepada ibunya , Puan Zarinah.


            “Oh , jemputlah duduk , ya?” Puan Zarinah tersenyum manis ke arah mereka.


            “Terima kasih , makcik,” mereka terus duduk di atas sofa yang empuk. Di hadapan mereka , beberapa helai kertas berterabur di atas meja kecil.


            Sabrina datang dengan membawa sedulang minuman dan sepinggan biskut coklat untuk mereka berdua.


            “Sorry.. bersepah sikit , hehe,” Sabrina tersenyum sambil mengemas fail dan kertas-kertas di atas meja. Amirul hanya menggelengkan kepalanya.


            “Haih.. Dah macam business woman dah saya tengok awak ni , Rin,” Fareez mengusiknya. Sabrina tergelak kecil.


            “Jemputlah minum.. Air oren dan biskut sahaja saja,” Sabrina hanya duduk di atas lantai. Kertas-kertas yang berterabur disusunnya.


            “Emm.. Sedap air oren awak buat ni,” Amirul meletakkan kembali cawan ke dalam dulang.


            “Thanks. Ada apa awak berdua datang sini?” Sabrina mula bertanya.


            “Oh! Ni ha.. Kami nak bagi album ni,” Fareez menyerah sebuah album semasa mereka di Afrika bulan lepas.


            “Fuiyoo! Awak dah cuci rupanya gambar ni! Awat lambat sangat nak bagi?” Sabrina mula menyelak isi album itu satu per satu. Dia tersenyum sendirian melihat gambar-gambar mereka yang mencuit hatinya.


            “Memanglah lambat! Nak cuci sampai lima album , nak beli album lagi , fuh!” Amirul menggelengkan kepalanya. Sabrina hanya tersenyum.


            “Berapa semua ni? Siapa yang bayar?” Sabrina masih lagi khusyuk menyelak isi album.


            “Alah.. Setakat seratus ringgit tu , no hal lah!” Fareez memetik jarinya.


            Mata Sabrina terbuntang. “Haa?! Awak ke yang bayar?” Fareez menganggukkan kepalanya.


            “Mana awak dapat duit?” Sabrina mengerutkan dahinya.


            “Kan kita dapat sepuluh ribu ringgit dari pihak sekolah? Awak dah lupa ke?” Fareez memberitahu.


            “Oh! Ingat! Ingat!” Sabrina tergelak kecil.


            “Umur baru sahaja enam belas tahun , tapi dah nyanyok macam orang umur enam puluh satu tahun,” Amirul tergelak. Disumbatnya biskut coklat ke dalam mulutnya.


            Sabrina memukul peha Amirul. Amirul tersenyum sambil mengunyah biskut coklat di dalam mulutnya.


            “Oh ya! Kertas yang berterabur atas meja tadi tu , apa benda?” Fareez bertanya.


            “Haah! Apa tu?” Amirul juga bertanya soalan yang sama.


            Sabrina mengerutkan dahinya. “Ini?” Amirul dan Fareez menganggukkan kepala mereka.


            “Laporan latihan drama kitalah,” Sabrina berkata selamba.


            “Haa? Awak ke yang buat laporan? Saya tak tahu pun!” Amirul mengerutkan dahinya.


            “Ya.. Sebab tulah saya tidur lambat. Nak siapkan semua ni. Balik daripada latihan , saya penat. Waktu malam saya belajar dua jam , then siapkan laporan. Pukul berapa saya akan tidur , saya pun tak tahulah,” Sabrina mengeluh.


            “Yang awak ngada-ngada sangat nak buat kenapa?” Fareez mencapai kertas-kertas laporan di sisi Sabrina. Dia menyelak satu per satu.


            “Alah.. Tak apalah. Saya suka buat laporan ni. Lagipun , saya tahu yang awak semua takkan buat laporan. Betul tak?” Sabrina mengangkat keningnya sambil tersenyum.


            Amirul dan Fareez tersenyum malu. “Hehe.. Tahu tak apa,” Amirul tergelak kecil.


            “Tapi Rin , awak janganlah tidur lambat-lambat. Nanti tak dapat fokus dalam kelas,” Fareez menasihati Sabrina. Sabrina hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.


            “Okeylah , Rin.. Kami nak pergi rumah Pave pula. Nak hantar album ni. Awak nak ikut?” Amirul mengajaknya. Fareez sudah bangun dari sofa.


            Sabrina menggelengkan kepalanya. “Saya ada banyak benda nak disiapkan. Sampaikan ‘Hai’ saya pada Pave saja,” Sabrina tersenyum manis. Dulang ditatang olehnya.


            “Baiklah. Kirim salam kat mak dan ayah awak. Assalammualaikum,” Fareez dan Amirul terus keluar.

            “Wa’alaikumsalam. Hati-hati!”



BAB 6


            “Okey! Everybody! Stop!” Zaimira menjerit. Bergema satu bilik teater yang disewa olehnya. Semua ahli kumpulannya berhenti.


            “Apa lagi ni , Mira? Penatlah macam ni!” Azmir mengeluh sambil bercekak pinggang.


            “Macam mana you all berlatih ni? I tak sukalah!” Zaimira menghentakkan kakinya. Eee , gediknya minah ni.


            “Apa lagi yang tak betulnya , you? Kita orang semua dah buat apa yang you nak,” Falizah berkata lembut sambil mengusap bahu Zaimira.


            “Whatever!” Zaimira menepis tangan Falizah dengan kasar.


            “You , just relax okey?” Arina menenangkan Zaimira yang sedang duduk di atas penjuru pentas sambil mendengus geram.


            Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala. Macam mana nak habis latihan? Ini salah , itu salah! Eee , pelik betullah!


            ‘Kalau aku tahu jadi macam ni , tak ingin aku nak masuk kumpulan minah ni..’ Syamsul berbisik di dalam hati. Dia menjeling Zaimira secara sorok-sorok dan berlalu ke belakang pentas untuk minum air.


            “I tahu , dalam kepala you asyik fikir pasal menang saja kan? I tahu you taknak we all kalah.. I faham,” Arina menepuk perlahan bahu Zaimira. Zaimira memandang Arina sambil tersenyum.


            “Yes,” Zaimira berkata perlahan. “So , jom kita sambung berlatih!” Arina memberi semangat kepada Zaimira.


            “Okey! Let’s go!” Zaimira melambungkan tangannya ke udara.

            “Guys!” dia menepuk tangannya dengan begitu kuat. Mereka yang lain berbaris di hadapan Zaimira. Macam tentera daratlah pula.


            “Okey! Jom kita mulakan! One , two . three! Action!”



                                                            **********


            “Okey semua! Hari ni kita dah buat latihan dengan baik sekali! Semua boleh balik!” thumbs up dinaikkan tanda bagus latihan mereka hari ini.


            “Bro , esok ada latihan ke?” Kamal bertanya. Firdaus mengherotkan bibirnya. “Hmm.. Esok tak ada latihan. Saya bagi tiga hari untuk korang enjoy,” Firdaus melemparkan senyuman. Kasihan pula lihat ahli kumpulannya yang telah penat berlatih selama seminggu. Bagi chance lah dekat diorang enjoy tiga hari. Sengaja dia buat macam tu.


            “Woo , penat gilalah hari ini! Nasib baik dapat cuti tiga hari!” Radzi menggeliat sebentar untuk melepaskan lelahnya.


            “Okey! Thanks boss!” Kamal dan Hussien berlalu pergi dari bilik teater. Semua orang mengambil beg masing-masing lalu meninggalkan bilik teater tersebut. Firdaus menuju ke meja yang berdekatan untuk mengambil begnya.


            “Abang!” Intan menepuk bahu Firdaus dari belakang. Firdaus agak terkejut sedikit.


            “Eh , Intan. Kenapa?” Firdaus tersenyum mesra. Peluh di dahinya dikesat.


            “Nah! Ini laporan tentang latihan drama kita. Intan yang siapkan,” Intan menyerahkan fail laporan latihan drama mereka. Firdaus mencapai fail tersebut. Dia memeriksa setiap helaian laporan yang telah disiapkan.


            “Bagus laporan Intan , thanks a lot!” Firdaus memasukkan fail laporan itu ke dalam begnya. Kembang-kempis hidung Intan. Dia masih lagi berdiri di situ sambil memandang ke arah Firdaus.
            “Tak nak balik ke? Abang nak balik ni,” beg sekolah disandang olehnya. Intan masih lagi tersenyum manis di hadapannya.


            “Nak baliklah ni. Tunggu abang saja,” Intan membetulkan tudungnya. Dahi Firdaus berkerut seribu. Ish , takkanlah minah ni tunggu aku. Waduh waduh! Apa-apa’an sih?!


            “Rin macam mana? Pergilah balik dengan Rin. Tu ha dia. Tunggu Intan dari tadi,” Firdaus menundingkan jarinya ke arah Sabrina yang sedang berpeluk tubuh menanti kehadiran Intan di pintu masuk bilik teater tersebut.


            Intan mengeluh. “Okey , bye!” Intan berlalu pergi. Melihat Intan yang berlalu pergi , Firdaus berasa lega. Tak perlulah dia nak membazirkan masa dengan Intan tu. Tanya soalan yang tak berfaedah sahaja. Kalau tanya soalan SPM ke , boleh jadilah. Haih..


            Intan berjalan malas ke arah Sabrina. Sejak dari tadi dia berpeluk tubuh , Sabrina berdiri tegak di hadapan Intan. “Dah hantar laporan?” Sabrina bertanya. Intan hanya menganggukkan kepalanya.


            “Dia ada komen apa-apa tentang laporan yang saya buat?” Sabrina bertanya lagi.


            “Tak. Dia terus masukkan fail tu dalam beg dia. Balik rumah nanti , dia check lah tu,” Intan terus berjalan ke hadapan. Sabrina tertunduk.


            “Oi , taknak balik ke? Nak suruh abang hantar lagi?” Firdaus menegur Sabrina secara tiba-tiba. Sabrina mengangkat mukanya. Firdaus hanya tersengih sambil mengangkat keningnya.


            “Saya boleh balik sendiri , okey!” terus dia berjalan laju mendapatkan Intan di hadapan.


            Firdaus hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat Sabrina berlari anak mendapatkan Intan. Nampak comel sahaja di matanya. Macam Doraemon pun ada!

                                                            **********


            Pada petang itu , Firdaus , Syamsul , Kamal , Hussien , Afizi dan Akmal berkumpul di taman Amanputra. Seperti biasa , aktiviti mereka setiap petang pastinya skateboarding.


            Masing-masing menunjukkan bakat dalam skateboarding seperti flip , ollie , shove-it , one hundred eighty ollie , kick flip dan sebagainya. Selagi tak berjaya melaksanakan skill-skill macam ni , sampai berdarah lutut pun tak kisah! Asalkan berjaya!


            Selepas seronok bermain skateboard , mereka terus duduk di satu pondok yang telah disediakan di situ untuk melepaskan penat lelah mereka.


            “Nah! Ambil seorang satu. Nasib baik aku sempat singgah Millenium beli air tadi,” Akmal menyerahkan sebungkus botol air mineral kepada mereka.


            “Thanks bro!”


            Penutup botol air dibuka lalu diteguk perlahan. “Amacam dengan kumpulan korang? Semua berjalan dengan baik ke?” Syamsul bertanya kepada mereka.


            “Alhamdulillah.. Semuanya okey!” Firdaus menunjukkan thumbs up kepada Syamsul. “Kau pula macam mana , Sam?” Firdaus bertanya kembali soalan yang sama kepada Syamsul.


            Syamsul tersenyum segaris. “Aku rasa macam nak bunuh diri pun ada,” Syamsul ketawa kecil sambil tertunduk. Di tangannya , digenggam botol air mineral itu sampai kemek jadinya.


            Mereka yang berpandangan sesama sendiri. “Bunuh diri? Macam kritikal je masalah kau ni , Sam,” Afizi meletakkan botol air di tepinya.


            Botol air yang sudah dikemekkan oleh raksasa Syamsul , dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.
            “Serius aku cakap , memang aku tak tahan dengan Zaimira tu,” kata Syamsul. Kakinya sedang seronok menolak skateboardnya ke kiri dan ke kanan.


            “Hmm , aku dah agak dah,” Hussien terus bangun dari situ dan terus menuju ke gelanggang untuk sambung bermain skateboard.


            “Aku follow Hussien,” Akmal terus bangun membuntuti Hussien.


            Mereka yang lain hanya memerhatikan Hussien dan Akmal. “Kau tak nak cerita ke , Sam?” Firdaus bertanya.


            “Aku bukannya apa , wei. Aku menyampahlah dengan minah tu! Itu tak betul , ini tak betul! Asyik nak ikut cakap dia je!” Syamsul berkata dengan nada suara yang tinggi. Dia mahu melepaskan amarahnya yang selama ini dipendam.


            “Yang kau pergi join group diorang tu kenapa?” Afizi terus bangun menuju ke gelanggang. Dia pun tak perlukan jawapan si Syamsul itu. Syamsul ni jenis yang suka bergaul dengan budak-budak yang bertaraf tinggi sahaja.


            Syamsul hanya mendiamkan diri. “Wei , jawablah,” Kamal berkata perlahan.


            “Kau tahukan , Zaimira tu hot kat sekolah kita,” Syamsul menjawab perlahan.


            “Ek eleh! Apa tujuan kau nak bergaul dengan budak hot segala ni? Nak cari kepopulariti ke? Tak payahlah , wei! Tak ada gunanya! Kau nak hot sangat , cuba kau rasa api neraka tu? Hot tak? Kita tak lama lagi SPM! Ingat tu! Kau jangan nak kejar hot , popular semua haram jadah ni! Ingat SPM! SPM!” Kamal terus bangun dari situ menuju ke gelanggang.


            Tinggal Firdaus dan Syamsul sahaja. Firdaus terus berdiri. “Kau nak bla , bla jelah. Aku tak kisah pun,” Syamsul berkata perlahan. Firdaus terus duduk di sebelahnya.

“Wei , kau jangan terasa dengan Kamal tu. Kau fahamlah kan kalau dia dah naik angin?” Firdaus cuba memujuk rakannya itu. Syamsul meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan.


            “Silap aku juga buat dia naik angin,” Syamsul terus berdiri. Dia mencapai skateboardnya.


            “Apa-apa pun , kau kena ingat nasihat dia tu. Kita dah nak sampai ke puncak gunung. Tak lama lagi kita nak SPM. Bulan sepuluh dah start trial SPM. Aku sebagai kawan nak nasihatkan kau , tak perlulah kejar kepopulariti. Tak ada gunanya , Sam. Aku nasihatkan saja. Renung-renungkanlah,” Firdaus menepuk bahu Syamsul lalu pergi ke gelanggang untuk bermain skateboard.


            Syamsul mengeluh perlahan. Dia berjalan menuju ke gelanggang dan sambung bermain skateboard bersama mereka.