Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Saturday, June 25, 2011

Kisah Jumaat :)

Dear bloggie..
hari jumaat semalam.. macam-macam berlaku -,-
haihh.. ape nak jadilah dengan SMKPUTRAPERDANA kita yang tercinta ni.. (lah sangat :P)
1. pagi-pagi aku datang sekolah dengan penuh ceria dan gembira :) senyuman yang tak berapa manis macam gula kasar yang ada kat HERO terukir di bibir.. lepas isi masa selama 10 minit lepak lepak dengan boyfie aku , aku terus menuju ke bilik disiplin sebab nak ambek kad dmerit.. nak isi stok dalam beg sekolah.. tiba-tiba , aku terserempak dengan HARIMAU BELANG! Woah ! Cikgu maimun lah tu ==' mata dia merenung tajam kat aku . dari atas sampai bawah dia tengok aku..
-kamu nak ape hah?

aku maseh lagi berdiri di hadapan cikgu maimun.. aku senyum lalu menjawab..
- saya nak pergi bilik disiplin..

-kamu nak buat ape dalam bilik disiplin? dah takde keje? pergi bertugaslah!
hati aku kian membara.. aku cube mengawal emosi dengan menggunakan alat kawalan jauh .. (mane adelah.. lol) aku masih lagi tersenyum .. lalu aku menjawab..

- saya nak ambek kad dmeritlah cikgu.. saya bertugas kat pagar sekolah pukul 7.10..

cikgu maimun mengerutkan keningnye..

- oh! pandai ya kamu menjawab! sudahlah! pergi ambil kad dmerit cepat! lepas tu bertugas! selalunya hari jumaat saya tak dapat pun laporan pelajar yang datang lewat! kamu pergi mane hah selama ni ?! melencong dengan pakwe kamu ke hah?!

hati aku seperti dipanggang di atas pemanggang BBQ.. aku menarik nafas sedalam-dalamnya.. sempat lagi aku mengucap sebelum aku dimakan oleh cikgu maimun.. aku menjawab dengan sopan..

- cikgu , setahu saya , setiap hari jumaat , pelajar yang bukan islam kena jagar pagar sekolah , saya tak melencong mane mane pun cikgu.. saya jaga pagar hari isnin sampai khamis je.. jumaat orang lain yang jaga..

cikgu maimun bercekak pinggang apabila mendengar alasan aku.. aku menelan air liur.. alamak! air liur tak lepas lah pulak! telan lagi telan lagi! lepas pun!

- amboi! pandainye lah kamu nak bagi tugas kamu kat orang lain ya? tak! kamu kena jaga pagar setiap hari! dah dah! pergi bertugas! menyampahlah saya layan awak ni!

cikgu maimun beredar.. aku masih lagi memerhatikan langkah nya yang besar menuruni tangga... aku membentukkan tangan aku kepada buku lima.. kemudian aku mengacukan pada cikgu maimun.. pastu aku geleng kepala , aku mengeluh berat.. aku simpan penumbuk aku ke dalam poket sekolah ku..

 ahh ! masalah punyelah kecik! aku yang kena tanggung! aduhh ! menyampah aku !

2. time rehat pulak ,ade budak bergaduh.. aku tak tahu lah sape , tapi budak melayu dengan budak india bergaduh .. bergolek-golek atas lantai .. dah macam WWE dah aku tengok .. ==' budak melayu tu aku macam kenal , tapi aku tak ingatlah name die sape.. ish ish , rase-rasenye sapelah yang start gaduh dulu ea? hahaha... tak yah nak tahulah! haha sebok je.. LOL

THE END :)

 

No comments:

Post a Comment