Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Friday, October 28, 2011

Kisah Perjanjian Sehidup Semati

Dear bloggie,,
malam ni aku nak post satu cerita pendek yang baruuuu je aku buat tadi..
entahlah kenape tetibe tangan aku bergerak untuk menulis benda ni ..
so ,
aku decide nak post ceite aku kat blogg , nak share dengan korang..
aku harap , korang enjoy k ? :) 
thanks <3


Saat cinta mula berputik ..

L : awak.. terima kasih sebab jadi milik saya..
P : ya.. jangan tinggalkan saya ya , awak?
L : saya janji takkan tinggalkan awak , saya janji akan hidup bersama awak..
P : awak , janji ?
L : Ya , saya janji , saya sumpah ..
P : awak , janji tu satu perkataan yang penting.. awak tak takut ke?
L : *geleng* tak , saya tak takut..
P : betul ke awak tak takut?
L : ya. janji kita harini telah disaksikan oleh Allah.. dan Allah akan pegang janji kita selamanya..
P : awak , bilalah kita akan bersama selamanya?
L : mulai dari sekarang dan selamanya ..
P : saya janji akan sehidup semati dengan awak ..
L : terima kasih awak ..

beberapa bulan berlalu , Si lelaki menghadapi kemalangann jalanraya yang teruk. Si perempuan bergegas menuju ke hospital untuk melawat Si lelaki yang sedang nazak ..

P : awak.. awak tak apa-apa? *menangis
L : sakit awak .. sakit sangat .. saya tak dapat nak tahan ..
P : awak tolonglah bertahan.. awak kena kuat ! awak jangan tinggalkan saya ! saya perlukan awak ..
L : mungkin , saya sudah ditakdirkan untuk pergi sekarang ..
P : tak.. tak.. tak .. awak jangan cakap macam tu .. 
L : *sesak nafas* a..a..wakk..
P : jangan tinggalkan saya....
L : jaga diri awak ba..baik-baik.. bi..bila saya su..sudah tiada lagi.. *sesak nafas
P : awak , saya nak hidup dengan awak..
L : a...aa..awak .. i..izinkan sa..saya pergi .. saa..saya.. sa..sa...yangkan...awak.... *nafas berhenti
P : awak !! *menangis

 selepas seminggu kematian Si lelaki , Si perempuan tiba-tiba jatuh sakit.. keadaannya semakin lemah , dan tidak bermaya.. wajahnya pucat , dan badannya semakin kurus.. satu hari , Si perempuan semakin tenat..

P : saya rinduu... rinduu pada dia.. rinduuu....
Emak : ya , nak .. mak tahu .. bertahanlah nak..
Adik : kakak bertahanlah ya?
P : saya dah tak larat nak bertahan emak..
Emak : bertahanlah nak ..
P : dah tiba masanya..
Adik : kakak , kakak nak pergi mana? jangan tinggalkan adik ! *menangis
P : akak nak pergi tunaikan janji dik .. *sesak nafas*
Emak : nak.. jangan pergi nak.. *menangis
P : di..dia , dah datang , e..emak.. di..dia da..tang.. *sesak nafas*
Adik : kakak ....
P : *nafas berhenti..
Emak : semoga kau berbahagia bersama dia , anakku .. *mengucup dahi Si perempuan


sesungguhnya , janji itu adalah satu perkataan yang berkuasa... sekali di ucapkan , ia akan kekal selamanya..
ingatlah janji kita kepada seseorang , tunaikanlah janji kita .. janji tak mungkin akan ditarik balik.. 
ingatlahh.. :)


                                                    By , nursabrina :) 

Monday, October 24, 2011

Manusia :) Ya , Kita Semua

Dear bloggie..
Lepas aku post pasal 'CUTI YANG BORING ~.~' ,
kali ni ,
aku nak post pasal 'MANUSIA :) Ya , Kita Semua'
untuk memberikan sedikit kesedaran kepada kita bersama..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..

Terduduknya saya di atas kerusi sambil menghadap PC di sini,
saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Manusia , Ya , Kita Semua :)
 sebelum saya bermula ,
saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa di dalam post saya yang anda semua baca kali ini..

Manusia ,
Ya , Kita semua adalah manusia ,
Makhluk yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala..
Yang dikurniakan anggota tubuh yang sihat , akal yang cerdas dan perasaan..
 Bersyukurlah kita semua kepada Yang Maha Esa..
Kerana hari ini ,
Mata anda masih lagi berfungsi untuk membaca post saya kali ini ..
*hehe

Islam ,
Satu agama yang kita berpegang teguh padanya..
Tetapi ,
Layakkah kita *termasuk saya oke?* menjadi seorang Islam?
Fikirlahh..

Allah ,
mengurniakan anggota tubuh badan yang sihat kepada kita..
Untuk apa?
untuk MELAKSANAKAN PERINTAHNYA dan MENINGGALKAN LARANGANNYA..
saya rasa , semua orang sudah tahu , termasuk saya..
MELAKSANAKAN PERINTAHNYA ,
pada mulanya ,
kita fikir " alahh , senang je .. taklah susah mana pun.."
tetapi ,
FIKIRKAN SEMULA !
satu hari ,
complete tak solat lima waktu?
saya pun kadang kadang tak complete tau !
satu hari kadang-kadang complete 2-3 solat je ! *jujur ni
dalam Hadis kata ,
"barangsiapa yang menunaikan solat lima waktu sehari semalam , pahalanya sama seperti menunaikan solat 50 waktu sehari semalam"
pada asalnya ,
kita patutnya menunaikan solat 50 waktu dalam satu hari..
saya rasa , anda pun dah tahu jalan ceritanya kan? :)
kalau puasa selama sebulan ,
memang seronok ! kan ? :D
selalunya kita dengar orang cakap ,
"oi , aku puasalah ! aku tak makan , aku tak minum ! aku tahan ni !"
Ya :)
saya pun selalu cakap macam tuu .. *jujur
tapi ,
FIKIRKAN SEMULA !
adakah Allah menerima segala ibadah puasa kita?
pernah tak anda terfikir ? :)
Allah mengurniakan akal yang cerdas untuk kita semua ,
Untuk ?
untuk menentukan yang mana satu baik dan yang mana satu buruk..
Sesetengah manusia zaman sekarang ,
menggunakan akal untuk melakukan kejahatan..
dan dari itu ,
tercetuslah kes buang bayi , kes rompakan dan seumpama dengannya..
Gunakanlah akal sebaiknya :)

Ya,
Setiap manusia ada perasaan yang sama..
gembira , marah , sedih , cinta ..
Seperti kita , remaja :)
mesti ada yang couple , ada yang single ..
*kalau saya dah ada yang punya , hehehe , jujur ni ! >:)
Cinta ,
Dua hati menjadi satu..
tapi , mungkinkah cinta itu akan berkekalan sampai bila-bila?
Itu cinta kepada manusia..
semua orang tahu ,
hanya satu cinta yang akan kekal selamanya ,
YA . Cinta kepada ALLAH SWT :)
Bagi yang couple macam saya ni ,
mesti banyak yang berjanji-janji kan?
"I promise that i will love you forever"
"saya janji akan sehidup semati dengan awak"
"i janji yang i akan jadi milik you , i takkan cari orang lain"
JANJI?
Tahu tak?
Janji tu satu perkataan yang berkuasa..
*saya ni jenis berpegang pada janji tau !
sanggup ke nak pegang janji tu lame lame?
kalau macam BF saya ,
dia banyak berjanji dengan saya ,
and setiap janji dia tu ,
saya akan senaraikan dalam diari saya! :)
kadang-kadang , kita ni boleh menangis disebabkan JANJI ..
terutamanya perempuan..
*saya bukannya nak bekap kaum perempuan ya?
perempuan ni hatinya lembut..
kasar sikit je , mesti merajuk..
perempuan kalau merajuk , bukan nya nak mengade-ngade ,
perempuan ni suka dibelai , dimanje , and diberikan perhatian sepenuhnya..
*jangan nak lebih-lebih pulak bab 'dibelai' tu ya?!
kalau perempuan menangis disebabkan lelaki ,
itu memang normal lah ..
so ,
yang lelaki tolong jaga attitude ya? :)
bukan perempuan je ,
lelaki pun boleh menangis jugak tau ,
haa , jarang tengok lelaki menangis ni !
lelaki ni ,
kebanyakannye ,
menangis disebabkan perempuan..
*saya pun bukan nak bekap kaum lelaki ya?! jangan salah faham!
kalau bab lekaki ni saya tak tahu sangatlahh ..
kalau perempuan saya tahulah , sebab saya ni perempuan :P
*oh my Allah , lari daripada tajuk daa... hehe
So !
kesimpulannya !
kebanyakannye manusia menangis disebabkan CINTA dan hal DUNIA..
tetapi ,
FIKIRKAN SEMULA!
pernah tak kita menangis kerana diri kita?
Diri kita yang lupa pada Allah ,
Perasaan kita pada Allah ,
Sedangkan Allah sentiasa menjaga , melindungi , memberikan rezeki , dan membantu kita dalam kesusahan ..
Tetapi , kita sebaliknya..
Segala yang Allah berikan kepada kita , Allah tidak mengharapkan balasan apa pun..
Cuma ,
Allah mahu kita taat kepadanya ,
sentiasa mengingatinya ,
di saat kita susah ataupun senang..
walau di manapun kita berada..
Sedihnya ,
Allah memberikan segala-galanya kepada kita...
tapi ,
kita sedikit pun tak bersyukur ..
kita langsung tak pandang Dia..
Ingatlah ,
KEHIDUPAN KITA HANYA SEMENTARA DI DUNIA..

semua orang nak hidup , semua orang taknak mati ,
semua orang nak masuk syurga , semua orang taknak masuk neraka..

ingatlah MATI..
kerana hari ini , mungkin hari terakhir kita di dunia ini..
laksanakanlah perintahNYA , untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti..

saya ada terjumpa satu status di Facebook..
daripada kak ZAIMA SYAFIEQA...
kebanyakan status kak zaima berunsur motivasi .. :)

"selalunya kalau kita nak call orang , mesti ada operator cakap , "MAAF , KREDIT ANDA TIDAK MENCUKUPI UNTUK MEMBUAT PANGGILAN. Tapi , bayangkan time kita nak masuk syurga , "MAAF , PAHALA ANDA TIDAK MENCUKUPI UNTUK MEMASUKI SYURGA"

lebih kurang macam nilah kot status beliau.. 
sampai sekarang saya ingat :)
jadi ,
sebelum saya menutup PC ini ,
mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dalam post kali ini :)
setiap manusia mesti melakukan kesilapan..
tak ada sorang pun yang akan terkecuali..
sedangkan Nabi kita pun ada membuat kesilapannya tersendiri ..

Sekian daripada saya ,
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

renung-renunglah dan selamat beramal ya ;)

                                                            SABRINA aka RIN <3
 

Sunday, October 23, 2011

Cuti Yang Boring ~.~

Dear bloggie..
memandangkan cuti dah lame start ,
aku pun terfikir-fikir nak buat ape time cuti ni..
nak hangout tak boleh pulak ,
sebab minggu depan dah sambung exam balik..
uish , terganggu betullah -.-

duduk rumah pun ,
nak buat ape kan?
aku pun dah taktahu nak study ape dah sebab semua subjek aku dah studyy..
nak online pun ,
rasa boring pulak..
nak calling-calling pun ,
kredit tak cukup..
huu~

seriously boring duduk rumah time cuti ni..
kat TV pun takde cerita best..
nak siapkan novel pun ,
idea takde ..
dalam kepala otak ni semua penuh dengan nota2 untuk exam minggu depan..

huihh ,
boringnyeeee~

                            SABRINA aka RIN <3 

Friday, October 21, 2011

Dugaan Final Exam 2011

Dear bloggie..
hari ni masuk hari kedua kiteorang Final Exam..
semalam kiteorang Exam Pendidikan Seni , alah , kacang je tue ;D cehceh..
Alhamdulillah semalam ikut jadual Exam , cume kelas kiteorang ambek lambat sikit lahh -,-'
ape masalah cikgu pun taktahu lahh ..

berkenaan dengan episod blog aku kali ni ,
tajuk hari ni , tu yang kat atas tuu ! TUU ! TUU !
pergh ! harini memang dugaan yang mencabar !
memang ada kaitan antara hidup dan mati !
ops , itu dah teruk sangat tu .. hehe

ikutkan jadual harini ,
patutnye Form2 exam KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (Perdagangan dan Keusahawanan) ,
memandangkan dalam jadual dah tertera paper KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU ,
so ,
kiteorang penuhkan kepala otak kiteorang dengan info2 KHB ,
dengan form1 punye kiteorang ingatkan sekali !
semua dalam kepala kiteorang penuh dengan dokumen KHB mase tuu ..

then ,
elok elok budak budak kelas aku (termasuk aku) tengah study KHB ,
tibe2 , muncullah sorang ustazah nie (maaf , nama tidak akan disertakan) ,

ustzh : Ni tingkatan due ke?

aku dengan fatin : *angguk

ustzh : 2 Alamanda yea?

aku : Ye ustazah..

ustzh : sepatutnye sekarang kamu jawab paper Agama Islam *dengan penuh selamba

semua *yg islam je : HAA !!!!!!

ustzh : jadi , semua beg tolong letak belakang dan jangan buat bising ! *edarkan paper


ohman , 
time ni aku dengan member aku yang lain dah taktahu nak buat ape ;'O
paper pun dah ada depan mata ,
air mata aku pun tak mampu aku nak keluarkan .. T_T
so ,
dengan penuh keyakinan dan tawakal ,
aku jawab dengan tenang ..
alhamdulillah ..
paper AGAMA ISLAM , kiteorang dapat jawab dengan tenang :)

habis je jawab exam agama ,
tibe-tibe,
Fatin Afifah datang masuk kelas aku ,
bagi jadual kat Nasrin , then nasrin pas kat farhanah..
 pastu Farhanah jerit ,

"Wey korang ! Lepas ni MATHEMATIC 2 !"

Woahh !
Ini sudah lebih !
elok-elok dah berperang dengan paper Agama ,
then kena berperang habis-habisan dengan paper MATHEMATIC 2 !!
 aku dengan fatin dah menangis dah , dayang pun tak ketinggalan untuk 'Jejak Kasih' dengan kiteorang..
Basha aku taktahulah , sebab die duduk belakang aku ..
so , time aku menangis tu , aku tak pusing belakang..

then ,
time rehat pun kiteorang takde selera nak makan ..
still bengang + tension ..
naseb aku bawak buku rujukan mathematic..
penyelamat keadaan kiteorang :'D
anyway ,
apa yang kiteorang bace , 
tak masuk dalam kepala otak punn..
kiteorang try research balik formular mathematic !
masuk je dalam kelas ,
kiteorang memang dah nekad nak discuss jawapan !
tapi ,
bila FATIN JULIA dah dakwah aku ,
terdetik rasa kesedaran dalam hati aku ..

"kalau kita bertawakal , kita mesti cuba untuk berusaha nak jawab Exam Math nanti , kalau kita discuss , sia-sia je tawakal kita , Sab,"
;')

paper Math pun dah depan mata ,
rase dunia macam nak kiamat ..
aku tengok paper tu pun ,
macam nak makan aku -.-'
gile serammm time tuu..

usha-usha soalan ,
nampak macam senanglahh ...
apa-apa pun ,
naseb Exam Math aku dapat jawab ,
50-50 jelah kot ..
Lastly ,
Final Exam kali ni memang mencabar kesabaran kita !
Marilah kita berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi mencapai kejayaan !
Ammar makruf nahi mungkar !
Allahuakbar !


                              SABRINA aka RIN <3

Wednesday, October 12, 2011

Laporan Lawatan Balai Seni Lukis and CM

Dear bloggie..
oritee , semalam lawatan memang gempak ;D
walaupun time kiteorang nak pergi tu hujan lebat sikit ..
and jalan traffic jam ..
kiteorang still lagi excited ;D

mule-mule ,
kiteorang sampai kat balai seni lukis tu pukul 8.45 *lebih kurang macam tulah..
haihh , rupe-rupenye bukak pukul 10 pagi ..
so , 
cikgu bawaklah kiteorang lepak kat TAMAN TASIK TITIWANGSA..
haa , kiteorang pun excited gila lah :DD
tapi ..
elok elok cuaca dah redup sikit ,
hujan renyai2 pulok ..
ada yang sebok dok berteduh bawak pokok , kat pondok ..
ada yang sebok ambek gambar dalam hujan ..
ada yang sebok round kat taman tu..

pukul 10.00 je , 
kiteorang dah berkumpul kat balai tu..
pendekkan cerite lahh ,
agak boring jugaklah balai seni lukis tuu..
sebab , 
sunyii ~
huhuhuhuhuhu..

CENTRAL MARKET ,
haa 
kalau yang ni best gila :D
kiteorang boleh buat batik sendiri lagi ;)
then ,
kiteorang makan nasi ayam ramai-ramai ..
wuu , sedapppp~
lepas makan ,
kiteorang SHOPPING kat situ :D
hehe ..
time aku dengan dayang sebok shopping ,
kiteorang tak habis-habis terserempak dengan satu kapel ni..
masuk 6 kali terserempak..
setiap lorong , setiap selekoh ,
mesti JUMPA diorang!
sampai kan aku dengan dayang tak tahan ..
tergelak lah kiteorang ..
yang kapel tu pun tergelak sama..
haha ..

aku dengan dayang ,
orang yang last sekali masuk bas ..
haihh , bikin malu je doe -.-'
tulah !
sebok shopping lagi !

haha ,
apa-apa pun ,
lawatan semalam boleh dikatakan best jugak lahh :D


                                                SABRINA aka RIN

Friday, October 7, 2011

Balai Seni Lukis Negara And Central Market Kuala Lumpur

Dear bloggie..
orite ,
berkenaan dengan post kali ni ,
aku nak cakap pasal LAWATAN seperti yang telah korang dah bace tajuk di atas .
sebab apa aku post benda ni ?
haa.
sebab ramai yang tanye ..

oke , first of all ..
berkenaan dengan borang..
sape-sape yang hantar borang lagi tu ,
tolong pas kat cikgu norshita k ?
jangan pas kat aku !
kalau hilang jangan salahkan aku pulak !
pas kat cikgu lagi bagus !
and ,
kalau borang korang dah hilang ,
tapi DAH BAYAR ,
aku rasa korang boleh follow sekali kot pergi lawatan ..
sebab dah bayar kan ?
kalau borang hilang , tapi TAK BAYAR ,
haa , berserah kepada takdir ..

NEXT ,
berkenaan dengan butiran lawatan tu ..
aku tahulah time minggu PMR ni ramai yang cuti :P
so , kepada sesiapa yg cuti time minggu PMR ni and terlibat sekali dalam lawatan ,
datanglah sekolah macam biasa ! 
pakai baju sekolah !
oke ?
kebanyakannye FORM 4 yang terlibat .
hari SELASA , 11 OKTOBER..

kelas aku ( 2 ALAMANDA ) yang pergi ..

-aku
-aida
-sofea
-hidayah
-hawa
-syafiqah
-syuhada
-nasihah
-fakhirah

ni je yang pergi . act , ramai yang pergi sebenar nye ,
tapi nama dah kena cancel , sebab nak penuhkan form 4 je ! >:(

papehal , korang jumpe ah cikgu ,
aku tahu benda ni sikit-sikit je .
tak banyak ..
nak complete , 
DATANG SEKOLAH , TANYA CIKGU SENDIRI :)

                                           <3 SABRINA aka RIN
 

Wednesday, October 5, 2011

Food Poisoning -,-'

Dear bloggie..
mak aii , perut aku sakit gile doe..
tak tahan aku nak menangani kesakitan yang teramat sangat ni ..
tak pasal-pasal kena FOOD POISONING.. -,-
hadoihh..

haa !
ni mesti kes makan kuih dekat bilik disiplin ni !
haiya ! menyesal gila aku makan ! 
kalau tak , takdelah aku menangis macam budak kecik nak menahan sakit ni !
aduii ...

well ,
kuih tu pun memang dah bau lain macam ..
bau... bau... bau HAPAK !
thats mean kuih tu dah macam tak elok untuk dimakan !
bukan macam lagi dah , memang tak boleh makan pun !
oh man ..

aku , dayang dengan amirul aiman..
tengah busy siapkan kerja untuk jamuan akhir tahun PENGAWAS SEKOLAH pada 29 OKTOBER 2011 bersamaan dengan hari SABTU pada jam 9.30 pagi sehingga jam 1.00 tengahari..
so ,
awal-awal pagi lagi kiteorang dah kena melangkah masuk ke dalam bilik disiplin..
masuk je ,
cikgu letaklah dua balang.. satu kuih tart nenas and satu lagi kerepek pisang..
mula mula , aku rasa kerepek pisang ..
memang sedap!
then , aku tengok dayang makan tart nenas.. nampak cam sedap.. aku pun dah terliur..
aku tanyelah dayang , sedap ke tak.. 
then dia angguk jelah.. pastu die pas balang kuih tu kat aku..
aku pun ambik satu and makan..
aku menikmati kuih tu sambil memejam kan mata..
sedap~
mirol makan kerepek je ..
pastu sambung kerja balik..
2 jam berlalu ~
kiteorang rehat kejap..
mirol ambeklah balang tart nenas tu , aku pulak ambek balang kerepek pisang and dayang tengah sedap makan sumi..
masuk je tart nenas tu dalam mulut mirol ..
terus berkerut seribu dahi die !
die kate tak sedap !
aku dengan dayang tergelak je ! haha ! kesian ! first time rase tart nenas !
then ,
mirol bau kuih kat dalam balang tu..
terus die letak balik balang tu kat atas meja sambil geleng kepale!
aku pun peliklahh -.-
then mirol cakap ' padanlah tak sedap.. bau kuih ni pun dah lain macam.. cuba kau bau' 
die pas balang tu kat dayang..
dayang pun bau .. and dahi die pun berkerut jugak !
oh man , itu satu petanda yang tidak baik untuk aku -,-'
'cuba kau bau , sab'
alamak , alamak , nasi lemak ..
terpaksa jugaklah aku capai balang tu and menghirup aroma bau yang segar..
finall aku bau ..
perghhhhh !
sah kuih tu dah tak boleh makan !
mirol pun dah tertelan tart nenas dalam mulut die.. 
O H M Y G O D . . .

and sekarang ..
perut aku tengah pedih gila nie..
dayang pun ada S M S aku .
katenye , perut die still sakit lagi !
and , me too !
mirol aku taktahu lah !
haihh !!!

semuanya sudah terlambat .


                                                                                <3 SABRINA aka RIN

Tuesday, October 4, 2011

IN MY HEART .

Dear bloggie...
i just confuse about myself..
evry second ,every minute ,every hours...
day to weeks , weeks to months and months to year..
kali ni , rin akan ceritakan tentang kisah cerita yang masih lagi tertulis dan disimpan rapi di dalam hati rin..setiap orang , pasti ada cerita samada manis mahupun pahit yang mereka akan ingati untuk selamanya..
rin sekarang macam dah tak kenal dengan NUR SABRINA BINTI HAMDAN yang sebelumnya..
sebelum ni , rin rase , rin lebih baik daripada sekarang..
orang kate rin dah lain sikit..
now , taktahulahh...
mungkin ~
dulu , rin tak pernah menurun dalam pelajaran.. sekarang , menurun teruk gila!
dulu , rin tak pernah segedik mana , sekarang rin rase rin dah ade gedik2 sikit..
dulu , rin tak pernah sayangkan kapel rin , sekarang rin terlalu sayangkan DIA..
dulu , rin tak pernah gaduh dengan kawan baik rin , sekarang kitaorang gaduh macam Perang Dunia 2..

See ?
bezanya rin yang dulu dengan rin yang sekarang..
kadang-kadang rin rasa , rin dah tak ada gunanya lagi..
rin dah rosak..
*bukan dah takde dara ! rosak perangai je! pikir negatif pulak korang ni!
and rin rasa rin ni dah tak boleh bagi apa-apa kebaikan untuk orang yang mengharapkan rin kat luar sana..

Family rin , sahabat sehidup semati rin , dan si dia yang rin sayang selamanya..
maafkan rin..
rin dah lain kan? takpe .. rin sedar .. ;')
Fatin Julia , Dayang , Fatin Afifah , Bashariyah
terima kasih sebab sudi jadi sahabat aku dunia akhirat..
tapi , kenapa korang boleh tahan dengan perempuan macam aku?
aku ni banyak mennyusahkan korang.. banyak menyakitkan hati korang..
kita gaduh dulu pun sebab aku..
SEBAB AKU !
aku penyebab kita berpisah dulu !
tapi , korang masih sayangkan aku , korang masih ingat aku , korang masih rindukan aku dan korang masih panggil aku "KAWAN"..
pernah aku terfikir , aku ni.. LAYAK KE JADI KAWAN KORANG?
LAYAK KE?
korang nampak je aku ceria bila duduk dengan korang ,
tapi dalam hati aku ni..
macam-macam aku fikir..
aku takut kehilangan korang .. korang kawan baik aku.. aku taknak lagi mengemis kawan kehulu kehilir.. malu aku wey.. tebal muka aku nak cari kawan baru yang sama macam korang.. tapi..
TAK ADA SORANG PUN YANG BOLEH GANTIKAN KORANG

29 MAC 2011 , Hari Selasa 

aku : wey..

fatin : opocot! kenape sab?

aku : aku nak tanya .. kau jawab jujur tau tau tau tau!

fatin : hmm.. tanyalah..

aku : fatin . kau .... sayang aku tak?

fatin : mestilah ..

aku : cube kau cakap kat aku , 'aku sayang kau' .

fatin : sab .. aku sayang kau ..

aku : haa ... betul ke fatin? kau tipu ni.. hohoho

fatin : buat apa aku nak tipu ! kau kan kawan aku , mestilah aku sayang !


15 APRIL 2011 , Hari Jumaat

aku : dayang .. oo .. dayang

dayang : gapo mu?

aku : kau sayang aku tak?

dayang : tak !

aku : oke..

dayang : hehe , rilek lah sab .. aku main-main je..

aku : hmm , kau sayang aku ?

dayang : iyee,,


aku rasa ..
bahagia sangat ! rasa gembira ! 
ada sahabat macam korang !
terima kasih untuk segalanya !


untuk SI DIA..
 awak .. 
saya sayang awak sangat-sangat..
maafkan saya kalau selama ni saya ada buat salah kat awak..
terima kasih sebab awak sudi menemani saya selama ni..
sekarang ni pun awak busy PMR kan?
goodluck !
saya sentiasa doakan untuk awak..
awak..
saya rasa , saya ni banyak menyusahkan awak..
awak selalu tunggu saya untuk balik sama-sama , hantar saya balik walaupun awak tengah busy study PMR kat library..
saya dah banyak susahkan awak..
selama ni saya sje yang bersenang lenang goyang kaki..
maafkan saya , awak..
awak ..
awak dah banyak berkorban untuk saya..
demi untuk melihat saya bahagia dan gembira..
sebenarnya ,
saya tak perlukan semua tu..
saya hanya perlukan kesetiaan dan kejujuran awak pada saya..
walaupun banyak cabaran dan halangan yang datang ,
awak selalu bagi semangat kat saya untuk mengharunginya..
dan ketika itulah ,
saya berhenti menangis dan bangkit semula untuk meneruskan kehidupan ini..
terima kasih awak ..
saya bersyukur ada orang macam awak :)
walaupun saya ni tak sempurna sangat ,
awak tetap TERIMA SAYA SEADANYA...
thanks for everything ..

iloveyoualltillmylastbreath..
thanksforeverythingthatyoualldidtome..
ireallyappreciateit..


                                                                                          <3SABRINA aka RIN