Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Monday, October 24, 2011

Manusia :) Ya , Kita Semua

Dear bloggie..
Lepas aku post pasal 'CUTI YANG BORING ~.~' ,
kali ni ,
aku nak post pasal 'MANUSIA :) Ya , Kita Semua'
untuk memberikan sedikit kesedaran kepada kita bersama..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Salam Sejahtera..
Salam 1 Malaysia..

Terduduknya saya di atas kerusi sambil menghadap PC di sini,
saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Manusia , Ya , Kita Semua :)
 sebelum saya bermula ,
saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa di dalam post saya yang anda semua baca kali ini..

Manusia ,
Ya , Kita semua adalah manusia ,
Makhluk yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala..
Yang dikurniakan anggota tubuh yang sihat , akal yang cerdas dan perasaan..
 Bersyukurlah kita semua kepada Yang Maha Esa..
Kerana hari ini ,
Mata anda masih lagi berfungsi untuk membaca post saya kali ini ..
*hehe

Islam ,
Satu agama yang kita berpegang teguh padanya..
Tetapi ,
Layakkah kita *termasuk saya oke?* menjadi seorang Islam?
Fikirlahh..

Allah ,
mengurniakan anggota tubuh badan yang sihat kepada kita..
Untuk apa?
untuk MELAKSANAKAN PERINTAHNYA dan MENINGGALKAN LARANGANNYA..
saya rasa , semua orang sudah tahu , termasuk saya..
MELAKSANAKAN PERINTAHNYA ,
pada mulanya ,
kita fikir " alahh , senang je .. taklah susah mana pun.."
tetapi ,
FIKIRKAN SEMULA !
satu hari ,
complete tak solat lima waktu?
saya pun kadang kadang tak complete tau !
satu hari kadang-kadang complete 2-3 solat je ! *jujur ni
dalam Hadis kata ,
"barangsiapa yang menunaikan solat lima waktu sehari semalam , pahalanya sama seperti menunaikan solat 50 waktu sehari semalam"
pada asalnya ,
kita patutnya menunaikan solat 50 waktu dalam satu hari..
saya rasa , anda pun dah tahu jalan ceritanya kan? :)
kalau puasa selama sebulan ,
memang seronok ! kan ? :D
selalunya kita dengar orang cakap ,
"oi , aku puasalah ! aku tak makan , aku tak minum ! aku tahan ni !"
Ya :)
saya pun selalu cakap macam tuu .. *jujur
tapi ,
FIKIRKAN SEMULA !
adakah Allah menerima segala ibadah puasa kita?
pernah tak anda terfikir ? :)
Allah mengurniakan akal yang cerdas untuk kita semua ,
Untuk ?
untuk menentukan yang mana satu baik dan yang mana satu buruk..
Sesetengah manusia zaman sekarang ,
menggunakan akal untuk melakukan kejahatan..
dan dari itu ,
tercetuslah kes buang bayi , kes rompakan dan seumpama dengannya..
Gunakanlah akal sebaiknya :)

Ya,
Setiap manusia ada perasaan yang sama..
gembira , marah , sedih , cinta ..
Seperti kita , remaja :)
mesti ada yang couple , ada yang single ..
*kalau saya dah ada yang punya , hehehe , jujur ni ! >:)
Cinta ,
Dua hati menjadi satu..
tapi , mungkinkah cinta itu akan berkekalan sampai bila-bila?
Itu cinta kepada manusia..
semua orang tahu ,
hanya satu cinta yang akan kekal selamanya ,
YA . Cinta kepada ALLAH SWT :)
Bagi yang couple macam saya ni ,
mesti banyak yang berjanji-janji kan?
"I promise that i will love you forever"
"saya janji akan sehidup semati dengan awak"
"i janji yang i akan jadi milik you , i takkan cari orang lain"
JANJI?
Tahu tak?
Janji tu satu perkataan yang berkuasa..
*saya ni jenis berpegang pada janji tau !
sanggup ke nak pegang janji tu lame lame?
kalau macam BF saya ,
dia banyak berjanji dengan saya ,
and setiap janji dia tu ,
saya akan senaraikan dalam diari saya! :)
kadang-kadang , kita ni boleh menangis disebabkan JANJI ..
terutamanya perempuan..
*saya bukannya nak bekap kaum perempuan ya?
perempuan ni hatinya lembut..
kasar sikit je , mesti merajuk..
perempuan kalau merajuk , bukan nya nak mengade-ngade ,
perempuan ni suka dibelai , dimanje , and diberikan perhatian sepenuhnya..
*jangan nak lebih-lebih pulak bab 'dibelai' tu ya?!
kalau perempuan menangis disebabkan lelaki ,
itu memang normal lah ..
so ,
yang lelaki tolong jaga attitude ya? :)
bukan perempuan je ,
lelaki pun boleh menangis jugak tau ,
haa , jarang tengok lelaki menangis ni !
lelaki ni ,
kebanyakannye ,
menangis disebabkan perempuan..
*saya pun bukan nak bekap kaum lelaki ya?! jangan salah faham!
kalau bab lekaki ni saya tak tahu sangatlahh ..
kalau perempuan saya tahulah , sebab saya ni perempuan :P
*oh my Allah , lari daripada tajuk daa... hehe
So !
kesimpulannya !
kebanyakannye manusia menangis disebabkan CINTA dan hal DUNIA..
tetapi ,
FIKIRKAN SEMULA!
pernah tak kita menangis kerana diri kita?
Diri kita yang lupa pada Allah ,
Perasaan kita pada Allah ,
Sedangkan Allah sentiasa menjaga , melindungi , memberikan rezeki , dan membantu kita dalam kesusahan ..
Tetapi , kita sebaliknya..
Segala yang Allah berikan kepada kita , Allah tidak mengharapkan balasan apa pun..
Cuma ,
Allah mahu kita taat kepadanya ,
sentiasa mengingatinya ,
di saat kita susah ataupun senang..
walau di manapun kita berada..
Sedihnya ,
Allah memberikan segala-galanya kepada kita...
tapi ,
kita sedikit pun tak bersyukur ..
kita langsung tak pandang Dia..
Ingatlah ,
KEHIDUPAN KITA HANYA SEMENTARA DI DUNIA..

semua orang nak hidup , semua orang taknak mati ,
semua orang nak masuk syurga , semua orang taknak masuk neraka..

ingatlah MATI..
kerana hari ini , mungkin hari terakhir kita di dunia ini..
laksanakanlah perintahNYA , untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti..

saya ada terjumpa satu status di Facebook..
daripada kak ZAIMA SYAFIEQA...
kebanyakan status kak zaima berunsur motivasi .. :)

"selalunya kalau kita nak call orang , mesti ada operator cakap , "MAAF , KREDIT ANDA TIDAK MENCUKUPI UNTUK MEMBUAT PANGGILAN. Tapi , bayangkan time kita nak masuk syurga , "MAAF , PAHALA ANDA TIDAK MENCUKUPI UNTUK MEMASUKI SYURGA"

lebih kurang macam nilah kot status beliau.. 
sampai sekarang saya ingat :)
jadi ,
sebelum saya menutup PC ini ,
mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dalam post kali ini :)
setiap manusia mesti melakukan kesilapan..
tak ada sorang pun yang akan terkecuali..
sedangkan Nabi kita pun ada membuat kesilapannya tersendiri ..

Sekian daripada saya ,
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

renung-renunglah dan selamat beramal ya ;)

                                                            SABRINA aka RIN <3
 

No comments:

Post a Comment