BAB 1
Kringg….kring….kring….
“ Bisingnya! Aku nak tidur lama sikit pun tak boleh!” kata Fareez sambil menggeliatkan badannya.
Dia terus bangkit dari katilnya. Dia melipat selimutnya dan mengemas katilnya. Dia mencapai tuala di atas kerusi komputernya lalu masuk ke dalam bilik mandi.
Selesai sahaja mandi , dia bersiap-siap memakai pakaian seragam sekolahnya lalu menyandang beg sekolah di bahunya. Lalu , Fareez pun turun ke bawah untuk mengambil sarapan paginya.
“ Hari ni sarapan apa mak?” tanya Fareez sambil duduk di atas kerusi.
“ Pagi ni makan roti dan telur goreng,” kata ibunya.
Selepas makan , Fareez terus memakai kasut sekolahnya. Kemudian , dia terus pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah , Fareez terserempak dengan Amirul yang sedang berjalan kaki untuk ke sekolah.
Fareez menyapa Amirul.
“ Assalammualaikum , Amirul,” tegur Fareez sambil tersenyum.
“ Wa’alaikumsalam. Eh? Awak rupanya , Fareez,” Amirul tersenyum.
“ Mana basikal awak , Amirul?” tanya Fareez sambil menuntun basikalnya.
“ Tayar basikal saya bocor. Itu sebabnya saya berjalan kaki. Kalau saya naik motor , takut-takut ditahan polis pula,” kata Amirul.
Sesampainya di sekolah , mereka berdua terus ke tapak perhimpunan. Tapak perhimpunan sudah dipenuhi dengan semua pelajar. Guru yang bertugas sibuk membetulkan mikrofon dan para pengawas sedang sibuk menguruskan barisan kelas pelajar-pelajar.
Perhimpunan rasmi berjalan dengan lancar. Sebelum berakhirnya perhimpunan , seorang guru sukan memberikan ucapan.
“ Baiklah , selamat pagi kepada semua pelajar. Hari ini , cikgu ingin memberikan pengumuman. Pada bulan ini , kita akan adakan pertandingan Larian Merentas Desa,” umum guru sukan tersebut.
Semua pelajar mula terdiam. Guru tersebut meneruskan ucapannya.
“ Latihan raptai untuk mengenal trek larian akan dilakukan pada petang Rabu minggu ini bersamaan dengan enam haribulan April. Pertandingan Larian Merentas Desa akan dilakukan pada hari Jumaat bersamaan dengan lapan haribulan April. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian,”
Kedengaran rungutan para pelajar yang tidak puas hati tentang pertandingan tersebut. Semua diwajibkan mengambil bahagian? Oh tidak! Azab yang akan datang.
“ Semua pelajar sila berikan perhatian yang sepenuhnya. Jadi , peta trek larian akan ditampal setiap kelas selepas waktu rehat. Sekian sahaja pengumuman saya kali ini. Semua pelajar boleh masuk ke kelas,” kata guru tersebut.
Selepas semua pelajar bersurai , ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia menantikan guru pembimbing mereka di tapak perhimpunan.
Sepuluh minit kemudian , guru mereka iaitu Puan Halimatun datang bersama dengan buku notanya.
“ Baiklah. Cikgu mahu jumpa kamu hari ini kerana cikgu akan memberikan satu tugasan kepada kamu sepanjang pertandingan Larian Merentas Desa dijalankan,”kata Puan Halimatun.
Sabrina tersenyum seakan-akan sudah tahu apa tugasan mereka.
“ Cikgu akan bahagikan beberapa kumpulan untuk memerhatikan peserta-peserta larian semasa pertandingan,”
Puan Halimatun menyebut nama-nama ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dan membahagikan mereka kepada lapan kumpulan.
“ Kumpulan pertama , kamu semua akan ditugaskan di Dataran Ilmu. Cikgu akan sediakan kotak keselamatan untuk kamu. Kumpulan kedua , kamu akan jaga dibahagian checkpoint kedua. Kumpulan ketiga , kamu akan ditugaskan di checkpoint ketiga. Kumpulan keempat di checkpoint keempat. Kumpulan kelima di checkpoint kelima. Kumpulan keenam akan ditugaskan di checkpoint keenam. Kumpulan ketujuh di checkpoint ketujuh , dan akhir sekali kumpulan kelapan akan bertugas di checkpoint yang terakhir. Baiklah , itu sahaja yang cikgu mahu beritahu. Selamat bertugas,” kata Puan Halimatun.
Kemudian , mereka semua pun bersurai lalu masuk ke kelas masing-masing.
Sabrina berjalan melintasi balkoni kelas tingkatan lima. Sambil melintasi balkoni kelas tingkatan lima , Sabrina mencuri-curi pandang ke dalam kelas-kelas senior.
Setibanya di kelas 4 Asteroids , Sabrina terus duduk di tempatnya. Kawan-kawannya Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran sedang sibuk membuat ulasan tentang hari Larian Perdana pada lapan April yang akan menjelma tidak lama lagi.
“ Haih , kamu semua kelihatan sibuk nampaknya,” usik Sabrina sambil tersenyum. Pavethran memandang wajah Sabrina sambil tersenyum manis.
“ Emm , kami sedang berbual tentang hari Larian Perdana,” kata Pavethran sambil mengeluh.
Amirul dan Fareez juga melepaskan keluhan mereka. Intan hanya tersenyum melihat karenah kawan-kawannya itu.
“ Rilekslah semua. Bukankah berlari itu seronok?” kata Intan dengan penuh semangat. Amirul , Fareez dan Pavethran membeliakkan mata mereka.
“ Apa awak cakap? Berlari itu seronok?” kata Fareez lalu menepuk dahinya.
“ Apalah awak ini , Intan. Lebih baik saya belajar di rumah daripada berlari tak tentu arah di atas jalanraya,” kata Pavethran.
Intan tersenyum lalu dia berdiri seakan-akan peserta yang memasuki pertandingan pidato yang bertajuk ‘Berlari Adalah Baik Untuk Kesihatan’.
“ Pave.. Berlari itu baik untuk kesihatan awak. Berlari juga boleh mencerdaskan minda awak dan ia amat bagus untuk jantung awak,” kata Intan dengan gayanya.
Amirul , Fareez dan Pavethran memandang antara satu sama lain dengan penuh bosan. Mereka bertiga hanya mengangguk-anggukkan kepala mereka apabila mendengar pidato daripada Intan.
Sabrina hanya tersenyum melihat kawan-kawannya.
Tiba-tiba , guru Sastera mereka iaitu Puan Zarini sudah melangkah masuk ke dalam kelas mereka.
_____________________________________________
BAB 2
Mereka berlima berkumpul di taman permainan. Seperti biasa , aktiviti yang dilakukan oleh mereka ialah belajar bersama-sama dan menyiapkan kerja sekolah bersama-sama.
Selepas menyiapkan kerja sekolah dan membuat ulangkaji , mereka akan merehatkan minda mereka dengan mendengar lagu , online , membaca komik dan sebagainya.
“ Amirul , komik apa yang awak baca itu?” tanya Sabrina sambil mendekatkan dirinya pada Amirul.
“ Komik Gempak,” jawab Amirul ringkas. Kemudian , Amirul meneruskan bacaannya.
Sabrina hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian , dia mengeluarkan komputer riba dan broadband dari begnya. Intan yang sedang khusyuk membaca novel , Fareez dan Pavethran yang sedang seronok menyanyikan lagu Bruno Mars datang ke arah Sabrina.
“ Awak mahu on facebook kah?” tanya Intan sambil memandang muka Sabrina.
“ Ya,” jawab Sabrina.
Intan , Fareez dan Pavethran khusyuk melihat jari-jemari Sabrina yang sedang sibuk menaip membalas mesej.
Amirul mengalihkan pandangannya ke arah gelanggang bola keranjang di taman tersebut. Dia terlihat sekumpulan The Beauties duduk di tengah-tengah gelanggang. Amirul hanya menumpukan pandangannya pada The Beauties.
Beberapa saat kemudian , The Beauties perasan akan pandangan Amirul. Kemudian , mereka bangun dan berjalan ke arah pondok yang Amirul dan kawan-kawannya duduk.
“ Err.. geng , tengok siapa yang datang,” kata Amirul sambil menundingkan jarinya ke arah The Beauties.
Sabrina , Intan , Fareez dan Pavethran memandang ke arah The Beauties yang sudah terpacak di hadapan mereka.
Sabrina menutup komputer ribanya lalu dicabut keluar broadband dari punatnya. Kemudian , dia memandang tepat ke arah Zaimira.
“ Baiklah.. Ada apa awak ke mari?” tanya Sabrina sambil mengangkat dagunya.
Zaimira tersenyum sinis. “ Haih , pada waktu beginilah awak mahu belajar. Sepatutnya , awak semua harus bersenam untuk Larian Perdana Jummat ini,” kata Zaimira.
Amirul menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ Itu sahajakah yang awak mahu cakap? Awak sudah tidak ada kerja lainkah? Asyik mengganggu kami sahaja!” kata Amirul dengan suara lantangnya.
Zaimira dan konco-konconya membeliakkan mata mereka.
“ Baiklah.. Sekarang ini kita ada salah faham sedikit. Awak semua yang mengganggu kami,” kata Falizah dengan selamba.
Fareez berjalan menuju ke arah Falizah lalu merenung tepat ke arah Falizah.
“ Apa? Apa? Apa? Saya tersalah dengarkah tadi? Kami yang menganggu awak? Tolonglah! Kami tidak ada masa nak buat perkara yang tidak berfaedah seperti itu,” kata Fareez dengan nada suara yang tinggi.
Falizah hanya terdiam sambil membuat muka bosan. Sabrina , Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran bangun lalu berdiri di hadapan The Beauties. Mata mereka bertentangan.
Kemudian , Zaimira bersuara sambil bercekak pinggang.
“ Excuse me.. Awak yang mengganggu hidup kami. Sejak awak semua ada di sekolah , populariti kami semakin menjatuh. Jadi , tujuan kami sekarang ini ialah….”
Zaimira berjalan maju ke arah Sabrina. Matanya merenung tajam ke arah mata Sabrina. Sabrina terkedu.
“ Untuk menjatuhkan awak semua…,” kata Zaimira kemudian dia berlalu pergi dari situ diikuti dengan para pengikutnya.
Mereka yang pandang ke arah Sabrina.
“ Apa yang Zaimira cakap pada awak?” tanya Intan sambil memegang bahu Sabrina.
“ Dia mahu jatuhkan kita semua…” Sabrina berkata perlahan. Mereka yang lain terdiam apabila mendengar kata-kata Sabrina.
HARI LARIAN PERDANA 2010
Semua pelajar sudah berkumpul di padang mengikut rumah sukan masing-masing. Guru memberikan taklimat kepada para pelajar tentang larian perdana.
Selepas lima belas minit taklimat diberikan , pelajar lelaki sudah berkumpul di pintu pagar sekolah. Wisel dibunyikan. Semua pelajar lelaki berlari keluar dari sekolah.
Apabila pelajar lelaki sudah keluar dari sekolah , tiba masanya untuk pelajar perempuan bersedia untuk membuka langkah seribu.
Pritt! Wisel ditiup. Semua pelajar perempuan berlari dengan sepantas kilat. Ada yang mengambil keputusan untuk berjoging bagi menyimpan tenaga.
Sabrina yang berada di Dataran Ilmu hanya tersenyum melihat pelajar-pelajar SMK Putra Perdana berlari dengan pantas melepasi pagar sekolah. Dia dapat membayangkan wajah kawan-kawannya yang letih berlari sepanjang trek larian yang telah ditetapkan oleh cikgu. Ada yang terkeluar lidah , ada yang tercungap-cungap. Sabrina tergelak kecil apabila membayangkan perkara itu terjadi pada kawan-kawannya.
***********
“Yes! Checkpoint kedua dah lepas!” jerit Pavethran sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara.
“Alah.. Baru lepas checkpoint kedua! Ada lagi empat checkpoint di hadapan sana!” kata Fareez sambil mengelap peluhnya di dahi dengan menggunakan tuala yang tersangkut di lehernya.
Pavethran tersenyum sambil membuat peace ke arah Fareez. Fareez hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Agak-agaknya , Amirul dah lepas berapa checkpoint ya?” tanya Fareez kepada Pavethran.
Pavethran hanya menjongketkan bahunya lalu menjawab , “ Dia itukan atlet sekolah kita. Saya rasa , dia sudah hampir menamatkan lariannya,” kata Pavethran kemudian dia berhenti seketika. Dia terasa pinggangnya sakit. Begitu juga dengan Fareez.
Sepuluh saat mereka berhenti , sudah dua puluh orang peserta yang lari maju ke hadapan. Fareez ternganga seluas-luasnya.
“Sudahlah Pave! Mari kita teruskan larian kita!” dia menarik tangan Pavethran yang sedang mengelap peluh di pipi.
**********
“ Sikit sahaja lagi!” Amirul berlari sambil tercungap-cungap. Lagi berapa meter sahaja dia akan sampai ke sekolah. Dia meneruskan lariannya.
Di hadapan , dia sudah nampak bangunan sekolahnya. Dia meneruskan lariannya dengan laju.
Dia memasuki pagar sekolah , berlari menerusi lorong rumah sukan dan mengambil nombor. Kemudian , berjalan ke Dataran Ilmu. Tiba-tiba , Amirul jatuh pengsan di Dataran Ilmu.
Sabrina terkejut apabila melihat Amirul pengsan di situ. Dia segera berlari ke arah Amirul. Dia menampar pipi Amirul dengan perlahan.
“Amirul! Amirul! Bangun!” Sabrina menjerit perlahan sambil menepuk-nepuk pipi Amirul. Kemudian , Sabrina mencapai sebotol air mineral yang ada di atas bangku. Dia menuangkan air sedikit di tapak tangannya kemudian menyapu ke muka Amirul.
Dengan perlahan , Amirul membuka matanya. Dia nampak wajah Sabrina yang penuh kerisauan.
“Awak tak apa-apa?” tanya Sabrina dengan lembut. Amirul masih lagi terbaring di atas lantai. Amirul memegang kepalanya. Kemudian , dia cuba untuk bangun.
“Arghh!” Amirul menjerit.
“Kenapa ni Amirul?!” Sabrina bertanya dengan cemas.
“Ka…Ka..Kaki saya tak boleh bergerak! Sakit!” kata Amirul sambil memegang betis kakinya.
“Awak tunggu disini! Saya pergi panggil cikgu sekarang!” Sabrina segera berlari ke arah cikgu yang berada di padang.
Dengan pantas , cikgu berlari ke Dataran Ilmu. Cikgu memanggil beberapa orang ahli PBSM lelaki untuk membantu Amirul.
**********
“Akhirnya! Sampai juga ke sekolah!” jerit Fareez dengan gembira. Kemudian dia dan Pavethran berjalan menuju ke Dataran Ilmu untu berehat. Mereka mencapai botol air mineral yang disediakan di atas meja untuk para peserta.
“Fareez! Pave!” Fareez dan Pavethran berhenti meneguk air mineral. Mereka mencari-cari siapakah gerangan yang memanggil mereka itu.
Kemudian , mereka terlihat seorang perempuan yang memakai pakaian uniform PBSM lengkap datang ke arah mereka sambil berlari.
“Hah , ada apa ni , Rin?” tanya Fareez sambil menutup botol air tersebut dengan penutupnya.
“Amirul..” kata Sabrina sambil menundingkan jarinya di penjuru Dataran Ilmu.
“Kenapa dengan dia?!” pertanyaan Pavethran tidak dijawab oleh Sabrina. Malah , Sabrina menarik tangan mereka lalu menuju ke penjuru Dataran Ilmu.
Mereka terlihat Amirul sedang baring di atas tikar dan kakinya dibaluti ais. Intan yang duduk di atas bangku sedang memerhatikan Amirul.
“Intan? Bila awak sampai?” tanya Pavethran sambil menggaru-garukan kepalanya.
“Saya sudah lama sampai sini. Awak berdua sahaja yang lambat,” kata Intan lalu meneguk air mineral. Fareez dan Pavethran berpandangan antara satu sama lain.
Amirul terjaga daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling. Intan , Fareez dan Pavethran ada sisinya. Dia tersenyum.
“Eh , Amirul dah bangunlah!” kata Intan. Mereka yang lain tersenyum melihat Amirul yang sedar daripada tidurnya.
“Mana Rin?” Amirul bertanya perlahan.
“Dia pergi beli makanan di kantin,” kata Fareez sambil tersenyum.
“Kaki awak dah ok?” tanya Pavethran sambil memegang kaki Amirul.
“Bolehlah.. Ada rasa sakit lagi,” kata Amirul sambil mengangkat ibu jarinya ke arah Pavethran. Pavethran tersenyum melihat gelagat kawannya itu.
“Kawan-kawan! Hari ini , saya belanja awak semua makan!” kata Sabrina apabila sampai ke tempat Amirul direhatkan. Sabrina meletakkan lima bungkus nasi goreng di atas meja.
“Rin…” Amirul memanggil Sabrina sambil tersenyum.
“Eh , Amirul.. Awak dah ok?” Sabrina duduk di sisi Amirul.
“Saya dah ok. Maaf sebab menyusahkan awak dan membuatkan awak risau fasal saya,” kata Amirul perlahan.
Sabrina tersenyum gembira. “ Tak mengapa. Awak tak menyusahkan saya pun. Sekarang , awak pun dah sedar. Marilah kita makan sama-sama. Saya ada belikan nasi goreng di kantin,” Sabrina mengeluarkan sebungkus nasi goreng dan sudu lalu memberikan kepada Amirul.
Fareez dan Pavethran membantu Amirul untuk duduk. Amirul mencapai sebunkus nasi goreng dah sudu yang dihulurkan kepadanya. Intan menghulurkan sebotol air mineral kepada Amirul lalu dicapai olehnya.
Mereka pun makan bersama-sama.
“Pave. Saya tak laratlah nak makan. Tolong suapkan saya,” kata Fareez sambil membuat suaranya yang mengada-ngada.
Pavethran meliang-lintukkan badannya tanda jijik dengan permintaan Fareez.
“Awak ini , Fareez! Gediklah! Makanlah sendiri!” kata Pavethran lalu ketawa sekuat hati. Mereka yang berada di situ turut ketawa apabila melihat kerenah dua orang kawan mereka yang lucu itu.
___________________________________________________
BAB 3
“Tahniah , Amirul! Masuk ni sudah empat kali awak juara dalam pertandingan Larian Perdana!” kata Fareez sambil menepuk-nepuk bahu Amirul. Amirul hanya tersenyum lebar dengan penuh bangga.
Sabrina dan Intan berjalan beriringan menuju ke kantin. Amirul , Pavethran dan Fareez hanya menurut dari belakang.
Keadaan di kantin sangat padat dengan para pelajar sesi pagi dan sesi petang. Mereka berlima mengeluh apabila mendapati bahwa tiada satu pun tempat duduk yang kosong untuk mereka.
“Jadi , di mana kita mahu berehat?” Intan bertanya sambil memeluk tubuh. Amirul hanya menjongketkan bahunya. Fareez dan Pavethran sudah memegang perut masing-masing.
“Erm.. Apa kata kita lihat di koperasi? Manalah tahu ada tempat kosong?” Fareez mencadangkan. Sabrina menggelengkan kepalanya.
“Buang masa saja kita pergi ke sana , di koperasi juga sudah tentu ramai orang,” Sabrina duduk di kaki lima. Mereka yang lain mengikuti Sabrina.
“Ya , betul kata Rin tu. Saya dah pergi saya untuk beli air mineral. Selepas setengah jam , baru saya dapat beli air mineral,” Pavethran menyokong.
Mereka mengeluh berat. Tengahari itu , terpaksalah mereka duduk di tepi longkang. Haruman yang terbau dari longkang tersebut menusuk kalbu mereka. Eeuw!
**********
**********
“Huwarghh! Penatnya,” Afizi merebahkan badannya di atas katil sambil menguap. Piala tempat kedua ditenungnya.
“Tempat pertama Amirul sudah ambil. Naib johan pun jadilah,” kata Afizi lalu meletakkan pialanya di atas meja belajar. Dia melihat jam di dinding.
“Astaghfirullahala’zim! Asar dah nak habis!” segera dia bangkit dari katil lalu masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.
**********
**********
Semua pelajar berkumpul di dalam Dewan Sri Putra. Berpusu-pusu mereka merempuh pintu masuk dewan tersebut.
Setelah semua pelajar sudah memenuhi dewan tersebut , guru yang bertugas mula mengendalikan perhimpunan tersebut.
“Semua pelajar minta perhatian!” suasana sunyi seketika.
“Seperti yang sudah diketahui semua pelajar , Larian Perdana sudah kita laksanakan pada minggu lepas. Kali ini , saya ingin mengumumkan satu pengumuman yang akan menarik minat kamu semua,” cikgu mula mengukirkan senyuman dan senyuman itu membuatkan semua pelajar tertanya-tanya.
“Baiklah.. memandangkan Hari Guru semakin hampir , pada tahun ini banyak aktiviti yang akan diadakan untuk semua pelajar,” kata cikgu tersebut. Seluruh dewan mula bising dengan keriuhan para pelajar yang sudah tertanya-tanya apa aktiviti yang akan diadakan.
“Semua senyap!”
Sunyi.
“Pada sambutan Hari Guru kali ini , ada lima pertandingan yang akan diadakan. Pertama , pertandingan nyanyian terbuka untuk semua pelajar dan guru. Kedua , pertandingan mencipta video kenangan sekolah. Ketiga , pertandingan mendeklamasikan sajak. Keempat , pertandingan tarian terbuka untuk semua pelajar sahaja. Bagi yang terakhir adalah di antara pertandingan yang mendapat hadiah lumayan. Pertandingan drama yang hanya dipertandingkan oleh pelajar tingkatan empat dan lima sahaja,” umum guru tersebut.
Semua pelajar masih menumpukan perhatian sepenuhnya. Ada yang mencatat di dalam buku nota.
“Pelajar junior tak termasuk sekali?” Amirul mengerutkan dahinya.
“Nampaknya begitulah...,”Fareez mengeluh perlahan.
“Bagi syarat-syarat pertandingan ialah , satu kumpulan hanya ada sepuluh orang dan pertandingan ini memerlukan sepuluh kumpulan sahaja. Satu kumpulan harus mempunyai tingkatan empat dan lima. Dan pertandingan ini wajib dipertandingkan oleh senior sekolah ini! Pelajar harus menghantar nama selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini kepada Puan Halimatun. Sekian untuk hari ini , pelajar semua boleh bersurai,” guru tersebut mula beredar ke belakang pentas.
Sabrina , Intan , Amirul , Fareez dan Pavethran mula memikirkan tentang pertandingan drama untuk Hari Guru akan datang. Roti sambal ikan bilis , nasi goreng , air laici dan air epal yang terhidang di hadapan mereka tidak menarik perhatian mereka berlima langsung. Di kepala mereka sedang ligat bekerja memikirkan pertandingan tersebut.
Intan menongkat dagunya. Fareez , Amirul dan Pavethran hanya mampu melepaskan keluhan yang panjang. Sekali-sekala , air kotak disedut perlahan oleh Sabrina.
Amirul : Kenapalah pertandingan ini wajib untuk senior sahaja?
Intan : Hmm.. Itu saya tak berapa pasti.
Pavethran : Jadi , kita semua memang kena libatkan diri jugalah dalam pertandingan ni?
Sabrina : Nampaknya begitulah..
Fareez : Terimalah kenyataan.. (mengeluh)
Sabrina : Jadi , kita sudah berlima. Kita hanya perlukan lagi lima orang untuk masuk dalam kumpulan kita.
Amirul : Haih.. Siapalah yang nak masuk kumpulan kita? Lebih-lebih lagi senior.. Dalam harapan..
Intan : Saya ada kenal dengan seorang senior ni.. dia bagus juga dalam bab-bab drama ini...
Fareez : Kata-katamu hanya mimpi , di siang hari…
Intan : Saya cakap betul ni.. Nama dia Firdaus.. Dia kelas 5 Bumi .. Satu kelas dengan Afizi…
Sabrina : Ya tak yalah.. Afizi!
Amirul : Rin , Afizi pun awak nak ajak ke?
Sabrina : Kita cuba dulu..
Intan : Baiklah.. Ermm , bila kita nak jumpa Afizi dan Firdaus?
Fareez : Memandangkan hari ini hari Selasa , jadi apa kata kita jumpa mereka esok petang , waktu kokurikulum?
Pavethran : Cadangan yang bagus!
Sabrina : Baiklah , esok di taman sekolah , pukul tiga petang.
Amirul : Set!
Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka bergegas menuju ke kelas masing-masing. Mereka menaiki tangga menuju ke tingkat dua. Mereka melintasi kelas-kelas tingkatan lima.
“Oh ya , Intan. Yang mana satu Firdaus?” Sabrina mula bertanya.
“Hmm.. Dia pengawas sekolah juga , sama macam awak,” mata Intan meliar mencari kelibat Firdaus.
“Pengawas sekolah?” Sabrina mengerutkan dahinya.
“Ya.. Haa.. Tu di sana..,” Intan menundingkan jarinya ke arah sekumpulan pelajar lelaki senior yang sedang asyik ketawa di koridor kelas.
Mata Sabrina merenung tajam ke arah pengawas lelaki yang sedang seronok ketawa bersama kawan-kawannya.
“Jom! Kita jumpa dia!” Intan menarik tangan Sabrina.
“Eh! Takkan mahu jumpa sekarang?” Sabrina sudah cuak. Intan menganggukkan kepalanya. Sabrina terpaksa menurut dari belakang.
Kehadiran mereka berdua membuatkan ketawa Hussien , Akmal , Kamal , Syamsul dan Firdaus terhenti. Mata mereka merenung ke arah dua susuk tubuh yang hanya tinggi paras bahu mereka.
“Assalammualaikum,” Intan memberi salam tanda hormat kepada seniornya.
“Wa’alaikumsalam.. Nak apa , adik?” Syamsul bertanya.
“Err.. Maaflah kalau kami mengganggu abang semua. Kami nak jumpa dengan Firdaus sekejap boleh?” Intan berkata dengan lembut.
Kening Firdaus terangkat. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Wajahnya begitu serius. Firdaus memandang kawan-kawannya satu per satu lalu mengalihkan pandangannya kepada Intan dan Sabrina.
“Kenapa nak jumpa dengan abang?” Firdaus bertanya sambil berpeluk tubuh.
Sabrina hanya membatukan diri. Dia hanya menyerahkan semuanya kepada Intan untuk uruskan perbincangan tersebut.
“Err.. Saya nak ajak abang masuk kumpulan kami untuk pertandingan drama. Kumpulan kami masih lagi perlukan lima orang lagi. Saya harap , abang tak keberatan untuk menyertai kumpulan kami,” Intan menyatakan tujuannya kepada Firdaus.
Firdaus hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian , matanya merenung ke arah Sabrina yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
Mata Sabrina bertentangan dengan mata Firdaus namun hanya untuk seketika. Pandangan mata Firdaus amat tajam seperti kilat yang memanah dirinya. DUSH!
“Baiklah. Abang akan menyertai kumpulan kamu. Hmm , siapa nama awak berdua?” Firdaus akhirnya setuju.
“Oh , terima kasih banyak-banyak abang! Saya Intan , dari kelas 4 Asteroids,” Intan memperkenalkan dirinya.
“Dan yang suka membatukan diri ni?” Firdaus memandang ke arah Sabrina yang menunduk memandang lantai. Intan mencuit bahu Sabrina.
“Rin , awak okey?” Intan memegang bahu Sabrina.
“Hah? Saya okey!” Sabrina tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya.
“Abang Firdaus nak tahu nama awak,” Sabrina memandang wajah Firdaus yang sedang menantikannya.
“Err.. Saya Sabrina.. Panggil saya , Rin,” Sabrina berkata perlahan.
“Hmm.. Baiklah.. Abang pun kena masuk kelas sekarang ini. Jadi , bila kita nak mulakan perbincangan?” Firdaus bertanya.
“Esok petang di taman sekolah , pukul tiga,” Intan memberitahu.
“Ops!” Kamal mencelah.
Semua memandang ke arahnya. Kamal tersenyum sambil mengangkat kedua-kedua keningnya.
“Memandangkan Firdaus sudah masuk dalam kumpulan adik , boleh tak abang , abang Hussien dengan abang Afizi follow sekali?” Kamal dan Hussien tersenyum.
“Alhamdulillah. Boleh bang! Tapi , abang Fizi macam mana? Dia mahu menyertai kumpulan kami?” senyuman Intan mula pudar.
“Alah.. abang Afizi adik tu.. Dia memang nak satu kumpulan dengan Rin. So , jangan risaulah!” Kamal mengangkat ibu jarinya. Intan tersenyum.
“Baiklah.. Jumpa esok!” Intan dan Sabrina berlalu pergi.
Firdaus dan kawan-kawannya melangkah masuk ke dalam kelas.
“Daus , banyak kumpulan yang nak ambil kau masuk dalam kumpulan mereka.. Tapi , kenapa kau pilih nak masuk kumpulan Intan dengan Rin?” Akmal bertanya seraya mengeluarkan buku teks Sejarah lalu meletakkan di atas mejanya.
“Hmm..,” Firdaus menjongketkan bahunya.
“Aku tak tahulah.. Tiba-tiba saja mulut aku jawab setuju nak masuk kumpulan dia orang,” lantas Firdaus mengeluarkan buku teks Sejarah juga.
Akmal hanya mengeluh perlahan. Sedang Akmal asyik menyelak helaian muka surat , Firdaus menepuk bahunya. Pandangannya beralih kepada Firdaus.
“Aku nak tanya sikit,” Firdaus mula bertanya. Akmal menutup buku teksnya. “Tanyalah,” Akmal menongkat dagunya.
Firdaus terdiam seketika. “Budak perempuan dua orang yang berjumpa dengan aku tadi , dari kelas mana?”
“Lah.. Bukan ke dia orang dah cakap 4Asteroids. Kau nyanyok ke?” Akmal ketawa kecil apabila melihat rakannya yang sudah mula keliru.
“Yalah! Aku terlupa,” Firdaus tersenyum. “Baru umur 17 , sudah nyanyok macam sudah berumur 71 tahun,” Akmal menggelengkan kepalanya lalu menyambung semula menyelak helaian buku teksnya.
“Rin , sekarang kumpulan kita sudah sembilan orang. Kita perlukan lagi seorang sahaja,” Intan mula berhenti menyenaraikan nama ahli kumpulannya.
Sabrina yang sedang sibuk menyiapkan folionya mula mengalihkan perhatiannya kepada Intan. Sabrina mengetuk-ngetuk dahinya dengan pen sambil berfikir. Kemudian , dia tersenyum.
“Yang awak senyum-senyum ni kenapa?” Intan mengerutkan dahinya.
“Radzi!”
**********
Mereka semua berkumpul di taman sekolah. Masing-masing memegang buku catatan untuk perbincangan mereka.
Intan memulakan sesi perbincangan mereka.
“Assalammualaikum. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menghadirkan diri dalam perbincangan hari ini. And, terima kasih sebab sudi menyertai kumpulan kami,” Intan tersenyum manis.
“Baiklah.. Sekarang ini , kita akan melantik ketua kumpulan. Ketua kumpulan mestilah senior kan?” Amirul memandang wajah ahli seniornya.
Afizi , Firdaus , Kamal dan Hussien saling berpandangan.
“Err.. Abang rasa , abang tak layak jadi ketua kumpulan,” Hussien membetulkan cermin matanya.
“Abang pun sama jugalah,” Kamal dan Afizi bersuara.
“Abang pun,” Firdaus memeluk tubuhnya sambil memandang ke bawah.
Sabrina , Amirul , Intan , Fareez , Pavethran dan Radzi mengeluh. “Macam nilah…” Intan bersuara. Semua yang berada di situ memandang Intan.
“Saya lantik abang Firdaus menjadi ketua kumpulan kita,” Intan tersenyum.
Firdaus terkejut. Mulutnya terlopong. Angin tak ada , ribut tak ada , tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi ketua kumpulan. Dia menggeleng kepalanya selaju mungkin.
“No! Abang tak layak nak membimbing kumpulan! Lagipun , abang tak pernah lagi memegang jawatan sebagai ketua kumpulan. Setakat ahli biasa itu , pernahlah..” Firdaus membuat mimik muka tidak senang.
Intan memuncungkan bibirnya.
“Alahh.. Bolehlah abang? Untuk kali ini sahaja! Please!” Intan merayu. Firdaus memandang wajah ahlinya satu per satu yang mengharapkan jawapan daripadanya. Kemudian , matanya bertentang dengan mata Sabrina.
Lekas-lekas Sabrina mengalihkan pandangannya ke arah lain. Entah kenapa dia rasa tidak senang apabila lelaki itu merenung matanya.
“Baiklah , untuk kali ini sahaja..” Intan tersenyum gembira mendengar jawapan daripada mulut Firdaus. “Thanks a lot brother!”
Selama tiga jam mereka berbincang , akhirnya mereka sudah selesai memberikan pendapat dan kata putus masing-masing.
**********
“Zaimira , kita hanya ada enam orang sahaja dalam kumpulan! Di mana kita mahu cari senior untuk masuk kumpulan kita?” Arina meletakkan gelasnya yang berisi air kapucino.
Kepala Zaimira sedang ligat beroperasi untuk mencari idea. Dia mencapai gelasnya. Jus oren disedutnya perlahan.
“Yazeid macam mana?” Zaimira mula bersuara.
“Yazeid? Saya tak tahulah sama ada di sudah masuk kumpulan orang lain atau tidak. Nak cuba tanya?” Arina sudah mengeluarkan telefon bimbitnya.
Zaimira hanya mengangguk. Pantas jari Arina menekan punat telefon untuk menelefon Arina.
“Yazeid.. Ni I , Arina,” Arina memulakan perbualannya. Zaimira hanya memerhatikan Arina berbincang dengan Yazeid di dalam telefon.
Selepas lima belas minit berlalu , Arina menekan punat merah. Arina tersenyum gembira. “So?” Zaimira bertanya.
“Dia setuju!” Arina menggenggam erat tangan Zaimira. Zaimira hanya tersenyum gembira.
“Err.. Zaimira,” Zaimira memandang wajah Arina yang mula bertukar masam.
“Yes?”
“Macam mana kalau budak-budak sengal Rin tu masuk sekali dalam pertandingan drama ni?” Arina mula memuncungkan bibirnya tanda menyampah. Zaimira hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya. Dia memakai cermin mata hitamnya yang berjenama Gucci itu.
“Well? Tahulah saya nak buat apa dengan dia orang,” Zaimira berbisik perlahan. Walaupun perlahan , tetapi ia jelas kedengaran di telinga Arina. Arina tersenyum jahat.
“Let’s go!” Zaimira bangun dari kerusinya dan dibuntuti oleh Arina.
‘Huh! Jangan berani nak mencabar kepopulariti aku!’ Zaimira mula rasa bengang.


No comments:
Post a Comment