Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Thursday, December 6, 2012

Sahabat Dan Cinta 2 (Bab 4)



BAB 4


            Usai menunaikan solat isyak , Sabrina terus merebahkan dirinya di atas katil. Kemudian , ditariknya patung beruang yang besar berwarna putih lantas dipeluknya erat. Dia mencuba memejamkan matanya.


            “Arh! Kenapa tak boleh tidur ni?” Sabrina memicit-micit dahinya. Lantas dia bangun dari katil dan terus menuju ke tingkap. Ditolaknya perlahan. Angin malam meniup ke wajahnya. Sabrina mendongak memandang ke langit yang kelam.


            Bulan memancarkan cahayanya menerangi pada malam itu. Bintang-bintang berkelipan untuk menambahkan lagi keindahan di langit. Kemudian , Sabrina tersenyum sendirian. Sambil dia duduk di beranda , sambil itulah dia mengira butiran bintang di langit , tetapi , tetap tidak berjaya.


            “Hmm.. Bulan dan bintang..” Sabrina berkata perlahan. “Bulan dan bintang memang tidak boleh dipisahkan. Alangkah bagusnya jikalau persahabatan aku dengan kawan-kawan yang lain seperti bulan dan bintang,” Sabrina memejamkan matanya sambil tersenyum. Terbayang kenangan terindah bersama rakan-rakannya.


            Kemudian , dia masuk kembali ke dalam biliknya. Tingkap ditutup rapat. Sabrina duduk di birai katil. Selepas itu , dia baring dan terlena.


                                   
            Firdaus menutup buku Sejarahnya. Dia mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja. Dia menggeliat. Firdaus memandang jam kecil yang diletakkan di atas meja belajarnya. Tepat jam sebelas malam. Dia terus menuju ke katil lalu merebahkan badannya dengan perlahan. Terasa lenguh-lenguh di bahagian tengkuknya akibat belajar selama tiga jam.


            Firdaus termenung ke siling. Kemudian , dia mengalihkan posisinya ke kanan. Kemudian ke kiri. Ke kanan , kiri , kanan. ‘Arh! Kusut kepala aku ni!’ hati Firdaus menjerit kuat.


            ‘Apalah yang aku fikirkan ni?’ Firdaus menepuk-nepuk dahinya. Dia melihat jam di dinding. Lagi tiga puluh minit akan masuk tengah malam. Dia melepaskan keluhan berat. Kemudian , dia menguap.


            Kemudian , matanya terhenti pada bingkai gambar di atas almari kecil. Dia mencapai gambar tersebut. Gambar itu direnung lama olehnya.


            “I rindukan you…” Firdaus berkata perlahan. Gambar dia bersama Dania di Sunway Lagoon di genggam erat. Diciumnya gambar itu berkali-kali.


            “Kenapalah you tinggalkan I , Dania? Kenapa?” dia cuba untuk menahan , tetapi akhirnya dia mengalah dengan air matanya sendiri. Perlahan-lahan , air mata itu jatuh di bumi. Tiga tahun dia menyemai cinta bersama Dania dan akhirnya , Dania pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.


            Akhirnya , Firdaus tertidur sambil memeluk gambar tersebut.


                                                            **********


            “Ini senarai ahli kumpulan kami cikgu,” Sabrina menghulurkan sehelai kertas berwarna jingga kepada Puan Halimatun. Puan Halimatun menyambutnya sambil tersenyum.


            “Baiklah.. Jika ada apa-apa yang kamu perlukan , jumpa cikgu , ya? Saya ada kelas sekarang ini,” Sabrina hanya menganggukkan kepalanya. Puan Halimatun mencapai buku teks Sejarah tingkatan tiga lalu beredar dari situ.


            Sambil berjalan di koridor , dia memikirkan sesuatu. ‘Hmm.. Drama apa yang harus kumpulan aku lakukan?’ sedang asyik dia berfikir , dia terlanggar seorang pelajar lelaki. Perlanggaran itu mengakibatkan Sabrina tersandar di koridor.


            “Alamak , maafkan saya!” pelajar lelaki itu memegang bahu Sabrina. Tapi , segera ditolak perlahan oleh Sabrina.


            “Tak mengapa. Saya okey,” Sabrina mengusap-usap bahunya yang sakit itu. Kemudian dia beredar dan terus menuju ke kelas.


            Setibanya di kelas , suasana sangat bising seperti di taman hiburan. Tetapi , apabila Sabrina melangkah masuk ke dalam kelas , mereka segera duduk di tempat masing-masing dan keadaan mula menjadi tenang. Sabrina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat reaksi kawan-kawannya.


            Sabrina terus menuju ke tempat duduknya. Kelihatan Intan sedang khusyuk membaca novel yang baru dibelinya. Fareez , Amirul dan Pavethran sedang rancak berborak terutamanya Amirul.


            “Hei , Intan! Khusyuknya awak,” Sabrina mencuit bahu Intan. Intan memandang Sabrina lalu tersenyum. Novel yang dibacanya disimpan ke dalam beg sekolahnya.


            “Awak sudah hantar senarai nama?” Intan memulakan perbualan. Sabrina hanya menganggukkan kepalanya.


            “Hmm.. cikgu ada cakap apa-apa?” Sabrina menggelengkan kepalanya.


            Intan diam seketika. Sabrina mengangkat jari telunjuknya.


            “Tapi , satu sahaja yang kita belum selesai lagi,” Sabrina membuat mimik muka yang risau. Intan mengangkat dagunya.


            “Kita tidak tahu lagi drama apa yang harus kita persembahkan,” Sabrina memuncungkan bibirnya.


            Wajah Intan pun sudah bertukar menjadi masam. “Hmm.. Itu saya pun tak tahu lagi,” Intan hanya mengangkat bahunya.


            “Nampaknya , kita harus mesyuarat dengan ahli kumpulan untuk berbincang tentang perkara ini,” Sabrina menyuarakan pendapatnya. Intan mengangguk setuju. “Bila?”

            “Mungkin hari Sabtu ini,” Sabrina tersenyum. “Di mana?” Intan bertanya.


            “Apa kata , kita berjumpa di.. Alamanda Mall?” cadang Sabrina.


            “Alamanda Mall?! Saya setuju!” Intan menunjukkan thumbs up kepada Sabrina. Alamanda Mall adalah tempat kegemaran Intan. Senyuman manis tidak lekang-lekang dari wajah Intan. Sabrina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat reaksi kawannya itu.


            Aduh , macam manalah aku boleh terlanggar dia?” Firdaus menepuk dahinya.


            Dia kemudian menuju ke tempat duduk di dalam kelasnya. Dia melihat gelagat kawan-kawannya di dalam kelas semasa ketiadaan guru. Bising. Ada yang main kejar-kejar. Firdaus hanya menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh berat.


            Akmal yang sedang leka berbual dengan Hussien , terus mengalihkan perhatiannya kepada Firdaus yang sedang termenung.


            “Hei , bro!” Akmal menepuk bahu Firdaus. Firdaus sedikit terkejut dengan teguran Akmal.


            “Woo , agak-agaklah nak tegur macam tu!” Firdaus mula berasa bengang sedikit.


            “Tak adalah. Aku tengok kau , jauh termenung. Dah sampai alam mana dah tu?” Akmal cuba bergurau. Firdaus tersenyum sedikit.


            “Tak ada apalah , Mal. Aku pun tak tahu apa yang aku tengah fikir sekarang ni,” Firdaus menongkat dagunya sambil melihat rakan sekelasnya yang sedang seronok menconteng papan putih.


            “Aih? Macam tu pula? Mesti ada apa-apa ni. Cuba kau cerita,” Akmal menongkat dagunya sambil memandang kea rah Firdaus.


            Firdaus mengeluh. “Aku terlanggar Rin tadi,” Firdaus masih lagi menongkat dagu.


            “Hah? Macam mana kau boleh terlanggar dia? Kau tak nampak ke? Dia bukannya tiang nak langgar-langgar macam tu. Dia manusia , bukannya tiang,” Akmal mula menjadi emosi secara tiba-tiba. Firdaus memandang Akmal sambil mengerutkan dahinya.


            “Yang kau nak emo tiba-tiba ni kenapa? Aku terlanggar dia saja , bukannya aku suka-suka nak langgar dia!” Firdaus sengaja menekankan perkataan ‘ter’ pada ayatnya.

“Sorrylah bro. Hehe,” Akmal hanya tersenyum. Firdaus menggelengkan kepalanya.


                                                            **********

            Amirul , awak di mana? Hanya awak dengan abang Firdaus sahaja yang belum sampai,” Sabrina mula berasa naik angin sedikit.


            “What? Abang Firdaus pun tak sampai lagi? Dalam masa lima minit saya akan sampai. Awak semua ada di mana sekarang?” Amirul mula tergesa-gesa berlari di taman Alamanda tersebut.


            “Kami semua ada di McDonalds. Baiklah , kami semua tunggu,” Sabrina menekan punat merah. Lalu , dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg.


            Sepuluh minit berlalu , akhirnya Amirul dan Firdaus sampai serentak di McDonalds. Mereka sempat lagi memesan makanan untuk mengalas perut. Sambil mereka menikmati makanan , sambil itulah mereka berbincang tentang pertandingan Drama Hari Guru tersebut.


            “Baiklah. Jadi , ada apa-apa cadangan atau idea untuk drama kita?” tanya Sabrina. Dia merenung wajah ahlinya satu per satu.


            “Hmm.. Memandangkan pertandingan drama itu pada Hari Guru nanti , apa kata kita buat drama yang berkisahkan tentang guru?” Fareez memberi cadangannya.


            “Hmm..” Intan berfikir sejenak. “Boleh juga,” Intan mencatat cadangan Fareez itu ke dalam buku nota kecilnya. “Selain itu , ada cadangan lain?” Intan bertanya.


            “Hmm….,” mereka semua mendongak ke atas untuk mendapatkan idea. Amirul memicit-micit dahinya untuk mendapatkan idea.


            “Tapi kan…” Hussien bersuara perlahan , tetapi boleh didengari oleh mereka semua. “Tapi apa?” Akmal memandang wajah Hussien dengan penuh perhatian.


            “Kalau kita buat drama yang berkisahkan tentang guru , mesti kumpulan yang lain akan buat perkara yang sama. Kita tukar yang lain sajalah,” Hussien memberikan pendapatnya.

            “Baiklah. Kalau nak buat yang lain , ada cadangan apa-apa tak?” Intan sudah bersedia untuk menulis.


            “Hmm.. Saya rasa kita buat drama muzikal nak?” Radzi memberikan cadangannya.


            “Ya! Ya! Abang setuju dengan pendapat kamu , Radzi!” Firdaus menunjukkan ‘thumbs up’ kepada Radzi. Radzi hanya tersenyum bangga.

           
            “Err , saya suka juga dengan cadangan Radzi , baiklah. Tema kumpulan kita adalah muzikal,” Intan menulis.


            “Okey. Jadi , apa drama yang kita nak buat?” Akmal bertanya soalan yang sama. Mereka mengeluh berat apabila mendengar pertanyaan Akmal. Akmal hanya mendiamkan diri sambil merenung wajah-wajah ahlinya yang penuh dengan kerisauan.


            “Hmm.. Saya rasa , apa kata kita buat drama yang berkisahkan tentang zaman sekolah? Atau , persahabatan?” Firdaus memberikan cadangan.


            “Tak! Tak! Saya cadangkan kita buat drama tentang sekolah kita,” Amirul memberikan cadangan.


            “Saya rasa drama muzikal tu susahlah. Kita buat drama biasa sajalah,” Sabrina memberikan pendapatnya. Mereka yang lain hanya mengangguk setuju.


            “Saya sukalah dengan cadangan Abang Firdaus tu!” Intan dengan secara tiba-tiba setuju dengan pendapat Firdaus. Firdaus memandang Intan sambil tersenyum. “Terima kasih,” Firdaus tersenyum.


            “Hmm.. Saya pun taktahu lah.. Tapi bila dengar cadangan Abang Firdaus tu , macam senang jugalah jalan ceritanya,” kata Radzi sambil memasukkan kentang goreng ke dalam mulutnya.


            “Macam  mana pula dengan cadangan saya?” Amirul menepuk dadanya dengan perlahan.


            “Hmm.. beginilah. Saya rasa , apa kata kita gabungkan idea Abang Firdaus dengan idea Amirul. Setuju?” Sabrina menaikkan ibu jarinya.


            “Saya rasa idea Amirul tu terlalu susah! Saya cadangkan kita ambil idea Abang Firdaus sahaja!” wajah Intan sudah mula berubah tiba-tiba.


            Apabila terlihat wajah Intan yang sudah mula berubah tiba-tiba , Sabrina terkedu. Dia melihat wajah ahlinya satu per satu. Semuanya seperti tertunggu-tunggu dengan kata putus yang akan diberikan. Dia terpandang wajah ketua kumpulannya. Firdaus hanya menjongketkan bahunya. Dia seakan mengerti pandangan Sabrina yang penuh dengan kerisauan.


            “Baiklah. Kalau itu yang awak mahu,” Sabrina terpaksa akur. Intan tersenyum. “Baiklah! Dengan ini , drama kita adalah berkisahkan tentang persahabatan,” Intan mencatatkannya ke dalam buku nota. Sabrina mengeluh perlahan.

            “Satu lagi , cikgu suruh setiap kumpulan mesti sediakan laporan latihan drama. Jadi , saya tak nak paksa sesiapa pun , siapa yang nak buat , boleh buat. Hantar pada saya , okey?” Firdaus menunjukkan thumbs up. Mereka yang lain menganggukkan kepala.


            “Saya harap semua dapat memberikan kerjasama yang terbaik semasa menjalankan latihan!” Firdaus memberikan kata semangat. “Okey!”


            ‘Harap semuanya akan berjalan dengan lancar..’ Sabrina berdoa di dalam hati.


                                                            **********


            Selepas mereka selesai berbincang , mereka mengambil masa untuk berjalan bersama-sama untuk merehatkan minda mereka.


            Intan kelihatan mesra dengan Firdaus. Mereka berjalan seiringan di hadapan yang lain. Afizi , Hussien dan Akmal hanya menggelengkan kepala mereka apabila melihat reaksi Firdaus melayan karenah Intan.


            “Saya tidak pernah lihat Intan semesra itu dengan lelaki lain,” Amirul berbisik kepada Sabrina. Sabrina hanya menjongketkan bahunya sambil tersenyum.


            “Itulah.. Dengan saya pun dia tidak pernah buat begitu!” Pavethran meluahkan rasa menyampahnya apabila melihat Intan terlalu mesra alam dengan Firdaus.


            “Haha! Apalah awak ni !” Fareez ketawa tiba-tiba.


            “Biarlah dia,” hanya itu yang Sabrina mampu katakan.

           
            Setelah lama berjalan , akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berehat di taman Alamanda.


            “Aahh.. Leganya kalau dah dapat duduk,” Pavethran merenggangkan kakinya. Amirul duduk di sebelah Pavethran , diikuti oleh Fareez. Sabrina hanya bersandar di tembok batu sambil melihat air pancut.


            “Err.. Mana Intan ya?” Fareez mula tercari-cari kelibat Intan.


            “Tu..” Sabrina memuncungkan bibirnya ke arah air pancut. “Dengan Abang Firdaus,” Sabrina berkata perlahan.


            “Apa yang dia buat dengan abang Firdaus tu?” Fareez berpeluk tubuh. Perasaan cemburunya mula menguasai dirinya sedikit demi sedikit. “Saya tak suka lihat dia bermesra alam dengan lelaki lain,” sambung Fareez.


            “Eh , kau ni lain macam saja?” Amirul mengalihkan pandangannya kepada Fareez.


            Sabrina tergelak kecil. “Alah.. mungkin dia berbincang dengan abang Firdaus kot,” Sabrina cuba mengagak. Wajah Fareez yang tadinya ceria berubah menjadi serius. “Fareez , awak sabarlah ya? Saya faham,” Sabrina cuba untuk menyejukkan hati Fareez.


            Fareez hanya tersenyum memandang Sabrina. ‘Aku dah lama simpan perasaan ini,’ bisik Fareez di dalam hati.


            “Abang Firdaus duduk di mana , ya?” masuk kali ini entah soalan ke berapa yang dia bertanya kepada Firdaus. Firdaus hanya melayan sahaja untuk menjaga perasaan Intan.


            “Erm , abang duduk di Amanputra sahaja,” Firdaus menjawab. Tiba-tiba sahaja , Intan melonjak kegembiraan.


            “Yakah? Saya pun duduk kat situ juga!” Intan tersenyum gembira.


            “Oh ya? Baguslah!” Firdaus mengukirkan senyuman paksa. Rimas hendak melayan karenah perempuan yang begitu.

            “Abang , saya nak tanya sikit boleh?” Intan mencuit bahu Firdaus yang dari tadi hanya memerhatikan air pancut sahaja.


            “Tanyalah,” Firdaus mengeluh perlahan. “Abang dah ada ‘girlfriend’?” Firdaus memandang Intan dengan penuh hairan. “Kenapa Intan tanya macam tu kat abang?”


            “Saja nak tahu,” Intan tergelak kecil. “Tak ada pun,” Firdaus memandang Intan sekilas. Intan terlopong. “Tipu! Mana mungkin tak ada orang yang tak mahu dengan abang yang kacak macam ini!” Intan berpeluk tubuh.


            Di dalam hati Firdaus , masih lagi terpahat nama Dania. Dan dia tidak perlukan sesiapa sekarang ini. Janji dia kepada Dania untuk lulus SPM dengan cemerlang , akan dia tunaikan.


            “Betul! Sumpah abang tak ada teman wanita! Buat masa sekarang ini , abang nak fokuskan pada SPM,” Firdaus ingin berlalu dari situ tetapi ditahan oleh Intan.


            “Betul abang tak ada ‘girlfriend’?” Firdaus hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.


            Bukan main gembira lagi Intan. Ingin saja dia melompat setinggi-tingginya. ‘Akhirnya!’ Intan menjerit di dalam hati.


            Hussien melihat jam tangannya. Hampir jam tiga petang. “Astaghfirullah! Aku solat zuhur pun belum lagi!” Hussien menepuk dahinya.


            “Sekarang pukul berapa?” Kamal menarik tangan Hussien lalu dilihatnya jam tangan Hussien. “Uwahh! Dah pukul tiga! Aku nak solat zuhur dulu sebelum balik!”


            Hussien dan Kamal berlari mendapatkan Firdaus yang masih lagi berbual dengan Intan. “Daus , mari kita solat zuhur dulu sebelum balik! Dah pukul tiga ni!” Hussien menarik tangan Firdaus.


            “Amirul , Fareez! Jom kita solat zuhur!” Kamal menjerit dari jauh. Fareez dan Amirul melihat jam tangan masing-masing. Mereka segera berlari mendapatkan senior mereka untuk bersolat bersama-sama.


            “Intan , awak tak solat?” Sabrina mendapatkan Intan. “Hal perempuan , awak faham-faham sajalah,” Intan mengenyitkan matanya.


            “Rin , Intan. Saya nak pergi kedai kasut bola sekejap. Nanti awak call saya okey?” Pavethran bangun dari bangku. “Okey,” Sabrina menganggukkan kepalanya.


            Kini , tinggal Sabrina , Intan dan dua orang tukang sapu sampah di taman tersebut.


            “Intan , apa yang awak bualkan dengan senior kita sebentar tadi? Bukan main seronok lagi awak , saya tengok?” Sabrina mula bertanya.


            “Err, tentang… Tentang pertandingan drama itulah,” Intan mengukirkan senyuman di bibirnya. “Oh,” itu sahajalah yang keluar dari mulut Sabrina. Intan mengeluh berat.


            “Rin , saya mahu tanya sesuatu,” Intan memandang wajah Sabrina. “Apa?” Sabrina membalas pandangan Intan.


            “Awak masih lagi dengan Amirul? Atau dengan Afizi?” Sabrina tergelak besar mendengar pertanyaan Intan.


            “Awak ni.. Amirul kawan baik saya.. Saya anggap Afizi itu macam abang saya. Kenapa?” Sabrina sudah berhenti ketawa. “Tapi..” Intan tunduk memandang ke rumput.


            “Saya tahu yang Amirul masih lagi simpan perasaan terhadap awak.. Afizi pun sama,” sambung Intan. “Err , macam mana awak tahu?” Sabrina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sekali-sekala , dia membetulkan selendangnya.


            “Cara mereka lihat awak pun , saya sudah tahu,” Intan berkata perlahan tapi masih lagi dapat menangkap telinga Sabrina. “Intan , are you okay?” Sabrina memegang bahu Intan.


            “Saya okay!” Intan tersenyum gembira. Sabrina menggelengkan kepalanya.


            “Awak jangan ambil serius ya , tentang tadi?” Intan memeluk bahu Sabrina. Sabrina hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.


            ‘Kali ini , dia aku punya!’ muncul satu perasaan di dalam hati Intan.

 

No comments:

Post a Comment