Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Thursday, September 8, 2011

SAHABAT DAN CINTA - Bab 13 , Bab 14 , Bab 15 , Bab 16 dan EPILOG


 BAB 13


Setiap detik berlalu dengan pantas. Fareez bangun lalu menggeliatkan badannya. Dia menggosok-gosok matanya lalu dia mencapai jam loceng yang berada di sebelah katilnya. Pukul tujuh lima belas minit!


            “ Alah.. Baru pukul tujuh suku..” Fareez baring semula. Kemudian bangkit sekali lagi dan melihat jam locengnya dengan penuh panik.


            “ Tujuh suku! Mati aku kali ini! Ada lima belas minit lagi! Ya Allah!” Fareez terus melompat dari katilnya seperti Spiderman. Dia mencapai tuala mandinya yang disangkut di sebelah bilik mandi. Dia hanya mengambil masa selama lima minit untuk mandi.


            Kemudian dia memakai baju sekolahnya dengan sepantas kilat. Kemudian dia memeriksa buku-buku di dalam begnya. Nasib baik sudah dikemaskan pada malam tadi.


            Dia segera turun ke bawah lalu memakai kasut sekolahnya. Kemudian dia menjerit.


            “ Mak , abah! Along pergi dahulu! Along sudah lambat!” jerit Fareez sambil menunggang basikalnya.


            Betapa pantasnya Fareez mengayuh basikal. Dia mengayuh sekuat hati sehingga kelajuan maksimum.


            Setibanya di sekolah , dia meletakkan basikalnya di tempat telak basikal. Dia melihat jam pada tangannya. Pukul tujuh dua puluh sembilan.


            “ Tiga..dua..satu...,” Fareez menghitung saat.


Kringg...Kring...
            “ Fuh! Alhamdulillah , aku tidak terlambat,” Fareez berjalan sepanjang kaki lima Dataran Ilmu.


            Kelihatan Dataran Wawasan masih lagi tiada pelajar yang berkumpul. Fareez mula risau. Dia pergi ke kantin pula. Masih lagi kosong. Dia melihat ke arah dewan sekolahnya itu. Dari jauh Fareez sudah tahu bahawa dewan tersebut masih lagi terkunci.


            “ Aghh! Mak! Ada hantu minyak!” jerit Fareez sekuat hati.


            “ Hoi , kawan sendiri kata hantu minyak!” Pavethran bercekak pinggang.


            “ Awak rupanya.. Lain kali janganlah tepuk bahu kuat-kuat! Terkejut saya!” Fareez membebel.


            Fareez melihat sekelilingnya.


            “ Oh ya. Mana semua orang , ya?” tanya Fareez sambil menggaru-garukan kepalanya.


            “ Inilah akibatnya sebab datang lambat. Semua sudah masuk ke kelas sebab
hari mahu dekat hujan,” kata Pavethran.


            Fareez terdiam. Tanpa membuang masa , Pavethran menarik tangannya dan terus masuk ke kelas.


            Mereka melalui sepanjang koridor kelas. Fareez melihat di dalam setiap kelas. Semuanya sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar. Begitu juga kelasnya , 4 Asteroids. Sabrina , Amirul dan Intan sedang menunggu kehadiran mereka.


            “ Maaf , kami terlambat!” kata Fareez. Semua memandang ke arah Fareez.


            “ Awak ke mana?” tanya Intan sambil bercekak pinggang.


            “ Saya terlambat. Maaf,” Fareez menundukkan kepalanya.


            “ Apa-apa sahajalah. Ini untuk awak,” kata Sabrina sambil menghulurkan sehelai kertas.


            Fareez melihat kertas tersebut.


            “ Bila cikgu beri awak semua borang ini?” tanya Fareez sambil memandang ke arah kawan-kawannya.


            “ Baru saja tadi. Cikgu kata kena hantar sebelum hari Jumaat. Jadi bermakna esoklah kita harus hantar borang ini,” terang Sabrina.


            “ Awak semua confirm kah?” tanya Fareez lagi.


            “ Mestilah!” kata mereka semua sambil menunjukkan thumbs up ke arah Fareez. Fareez hanya mengukirkan senyuman.


            Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran guru Kimia , Puan Rogiah melangkah masuk ke dalam kelas 4 Asteroids sambil membawa buku Kimia dan juga rotan.

           
Kringg...Kringg..


            Fuh! Enam jam berlalu dengan baik sekali. Sabrina berasa lega kerana tidak ada apa-apa masalah yang berlaku dalam hidupnya pada hari itu.


            Setibanya di rumah , Sabrina menuju ke biliknya. Dia menukar baju sekolahnya kepada T-shirt dan seluar track. Kemudian , dia membuka almari bajunya dan membelek pakaiannya satu per satu.


            “Hmm.. Esok ada jamuan pengawas di Hotel Quality Shah Alam. Temanya Retro lapan puluhan. Aku ada ke baju bertemakan begitu?” Sabrina berkta sendirian sambil mengeluarkan bajunya satu per satu. Kemudian dia mengeluarkan satu gaun berparas lutut dan seluar jeans. Tidak lupa juga pada jaket jeans yang dihadiahi oleh ibu saudaranya.


            “Ahh. Baik aku tanya Wani,” dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon kakak saudaranya yang bersekolah menengah juga. Tetapi di salah satu sebuah sekolah yang berdekatan dengannya , Sekolah Menengah Puchong Batu Empat Belas.


Wani               : Helo..

Sabrina           : Helo , wani. Saya perlukan bantuan awak.

Wani               : Bantuan? Apa?

Sabrina           : Awak tahu tak baju yang bertemakan Retro lapan puluhan?

Wani               : Retro lapan puluhan? Sekejap ya.. mungkin pakaian yang seperti gaun dikenakan dengan jaket atau tali pinggang.

Sabrina           : Ya! Sekarang saya ada gaun berwarna hitam paras lutut , seluar jeans dan jaket jeans berwarna hitam juga. Hadiah daripada Maklong.

Wani               : Oh. Jaket yang mama saya belikan itu. Memang sesuai sangat dengan tema tersebut.

Sabrina           : Okey. Thanks  Wani! Bye!

Wani               : Bye!


            Sabrina tersenyum sendirian sambil melihat pakaian yang dipegangnya itu.


            “ Nasib baik ada Wani. Mujurlah dia pernah menghadiri jamuan pengawas yang bertemakan sama dengan jamuan pengawas sekolah aku,” kata Sabrina.


DI RUMAH HUSSIEN


            “ Oh tidak! Apa yang harus aku pakai esok?!” Hussien menjerit di biliknya.


            Jeritannya itu membuatkan ibunya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terganggu.


            “ Apa yang bising-bising di atas sana itu Hussien?!” jerit ibunya pula.


            “ Tak ada apa-apa emak! Hussien cuma terjatuh sahaja!” balas Hussien.


            Hussien menepuk-nepuk dadanya. Dia mencari pakaiannya satu per satu tetapi yang hanya dijumpainya hanya kot putih yang dipakainya semasa Prom Nite .


            “ Kot putih pun kot putihlah! Asalkan pakai baju,” Hussien tersenyum sendirian.


            Hussien terdiam seketika. Kemudian dia menjerit lagi.


            “ Alamak! Aku lupa nak basuh seluar! Seluar apa yang harus aku pakai esok?!” dia menjerit sekuat hati.


            “ Apa lagi yang berlaku di atas sana?!” ibunya mula naik angin.


            “ Tidak ada apa-apa! Ada tikus yang mahu bersalin!” jerit Hussien.


            Keadaan sunyi seketika.


            “ Fuh!”


DI RUMAH KAMAL


            “ Hmm.. Mana dia ya kot hitam aku?” Kamal tercari-cari kot hitamnya.


            Setelah tidak jumpa. Dia mencari di bilik ayahnya pula. Tidak ada! Kemudian di bilik adiknya yang berumur empat belas tahun. Tidak ada juga! Dia melangkah masuk ke dalam bilik adiknya yang bongsu yang berumur sembilan tahun. Kemudian dia terfikir.


            “ Takkanlah adik aku berumur sembilan tahun pakai kot aku! Tak mungkinlah!”


            Setelah tidak jumpa dia kembali ke biliknya semula. Kamal duduk di atas katilnya sambil menongkatkan dagunya. Sambil itu dia terfikir-fikir di mana kot hitamnya itu.


            “ Aku letakkannya di dalam almari baju aku!” Kamal berkata sendirian.


            “ Kalau tidak ada baju itu , susahlah! Aku hanya ada kot hitam itu sahaja yang bertemakan Retro lapan puluhan!”


            Kemudian , dia terdiam.


            “ Emak!” dia keluar dari biliknya kemudian berjumpa dengan ibunya yang sedang memasak di dapur.


            “ Emak.. saya mahu tanya , emak nampak tidak kot hitam saya?” tanya Kamal dengan lembut.


            “ Oh , kot hitam yang kamu pakai di majlis Prom Nite itu ya?” tanya emaknya pula.


            “ Ya. Emak tahukah di mana kot hitam saya?” tanya Kamal lagi.


            “ Oh. Ayah kamu pinjam untuk pergi kerja sepanjang dua hari. Kotnya dicuci di kedai dobi,” terang ibunya.


            “ Apa?!” jerit Kamal sekuat hati.


            “ Kamu kenapa? Apa yang kamu risaukan tentang baju kot hitam kamu itu?” tanya ibunya.


            “ Emak , esok saya ada jamuan pengawas. Hanya itu sahaja satu-satunya baju yang padan dengan tema jamuan esok!” kata Kamal dengan cemas.


            “ Apa?!” ibunya pula menjerit.


            “ Macam mana ni emak? Saya tiada baju hendak pakai..,” Kamal mengeluh panjang.


            “ Kalau begitu , mari kita beli kot hitam kamu yang lagi satu. Kot hitam yang lama kamu beri pada Adli,” kata ibunya.


            “ Baiklah emak! Sekarang juga kita pergi!” kata Kamal sambil menarik-narik tangan ibunya.


            “ Sabarlah. Emakkan sedang memasak. Kamu pergi bersiap dahulu dan tunggu di dalam kereta!” kata ibunya sambil menggaul masakannya itu.


            “ Ah! Macam-macam berlaku hari ni!” kata Kamal sambil berlari ke biliknya.


KHAMIS


            Amirul meletakkan basikalnya di tempat letak basikal. Kemudian dia berjalan melintasi jalan kecil untuk laluan kereta guru. Dia melihat ke kanan dan kiri. Lima saat selepas itu , matanya beralih kepada arah kanan semula.


            “ Rin!” jerit Amirul. Sabrina tercari-cari suara tersebut.


            “ Ini sayalah..,” Amirul berlari ke arah Sabrina sambil melambai-lambaikan tangannya.


            Sabrina tersenyum. Mereka pun berjalan bersama-sama menuju ke Dataran Wawasan. Amirul melihat jam tangannya.


            “ Awal awak datang hari ini?” tegur Amirul sambil tersenyum.


            “ Ya.. hari ini awal sedikit daripada yang sebelum ini,” kata Sabrina.


            “ Sekarang baru tujuh sepuluh minit. Ada masa lagi untuk kita berehat-rehat,” kata Amirul sambil mengenyitkan matanya ke arah Sabrina. Sabrina hanya tersenyum.


            “ Amboi , awak ini.. Baiklah. Kita singgah ke kantin dahulu ya? Kemudian kita pergi ke Dataran Wawasan,” kata Sabrina.


            Amirul hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Gerak-geri mereka diperhatikan oleh seseorang di belakang dinding Dataran Ilmu.


            “ Nampaknya , awak bahagia bersama dengan Amirul,” Afizi berkata sendirian.


            Afizi mengeluh panjang. Dia berlalu pergi dari situ dan terus menuju ke Dataran Wawasan. Dia melihat Kamal , Hussien dan Akmar sedang berbual-bual di dataran. Afizi menuju ke arah mereka dengan wajah yang masam mencuka.


            Kamal yang perasan dengan kehadiran Afizi lalu menegurnya.


Kamal             : Hei , kawan!

Afizi                : Hei! Berbual tentang topik apa?

Hussien           : Alah. Berbual kosong sahaja..

Afizi                : (terdiam)

Akmar            : Kau okey tidak , Fizi?

Afizi                : Huh? Aku okey! Jangan risau!
Hussien           : Apa yang kau fikirkan?

Afizi                : Tak ada apa! Aku okey. Ceritakanlah perbualan kamu semua sebentar tadi.. (senyum)

Kamal             : Kami berbual tentang jamuan pengawas petang ini..

Afizi                : Di mana? Dewan sekolah?

Hussien           : Apa kelas jamuan di dewan sekolah? Mestilah di Quality Hotel Shah Alam..

Afizi                : Mengkagumkan!

Kamal             : Rin pergi sekali tahu.. (tepuk-tepuk bahu Afizi)

Afizi                : (terdiam)

Hussien           : Hei , kau ini ada masalah ya?

Akmar            : Yalah. Kau tidak seperti yang dulu. Selalu ketawa dan membuat lawak. Hari ini kau sedih dan muram sahaja. Kenapa? Kau ceritakanlah masalah kau.. mungkin kami boleh membantu kau!

Hussien           : Yalah.. Betul kata Akmar itu..

Afizi                : Sebenarnya.. Aku sudah...


            Afizi menceritakan segala-galanya kepada Kamal , Hussien dan Akmar. Begitu khusyuknya mereka bertiga mendengar cerita dari mulut Afizi sendiri.


Hussien           : Nanti dulu! Ini bukan rekaan , bukan?

Afizi                : Tidak! Ini cerita original punya!

Kamal             : Aku rasa macam tak percaya dengan cerita kau.

Akmar            : Macam kamu semua sahaja. Aku pun sama tak percaya!


            Afizi hanya mengukirkan segaris senyuman apabila melihat gelagat kawan-kawannya itu.


Kringg...kringg...


            Semua pelajar bergegas menuju ke Dataran Wawasan. Seperti biasa rutin harian mereka. Meluruskan barisan , mendengar cikgu membebel tentang perkara yang sama dan masuk ke kelas masing-masing. Mujurlah tiada apa-apa perjumpaan pengawas atau persatuan dan kelab.


Fareez             : Rin , bila awak akan pergi ke jamuan pengawas itu?

Sabrina           : Dalam jam lima petang , kami akan bertolak ke sana.

Amirul            : Wow! Memang menyeronokkan!

Pavethran      : Hei , kawan! Kamu semua jadi pergi membeli barang di IOI MALL esok?

Intan               : Sudah semestinya!

Amirul            : Yup!

Sabrina           : Saya pun! Doakan saya dan kawan-kawan yang lain selamat dalam perjalanan ke hotel itu nanti ya?

Amirul            : Setiap hari saya berdoa untuk awak.

Intan               : Hello!

Amirul            : Apa?

Fareez             : Geli tahu tidak? Haha..


            Mereka berlima tergelak mendengar kata-kata Fareez. Perbualan mereka terganggu sebentar dengan pengumuman guru bertugas.


            “ Minta perhatian semua! Hari ini ada sebelas orang guru tingkatan empat yang tidak hadir. Oleh itu , kelas 4 Big Dipper dan kelas 4 Dot Bintang , sila bergabung dengan kelas 4 Asteroids , sekarang. Sekian,” berakhirlah pengumuman tersebut.


            Pelajar-pelajar kelas 4 Asteroids dapat mendengar bunyi kerusi yang ditarik oleh mereka untuk ke kelas 4 Asterois. Penghuni kelas 4 Asteroids terpaksalah menjalani dugaan akan kebisingan hamba-hamba Allah.


            Kelas 4 Big Dipper dan kelas 4 Dot Bintang tiba di kelas 4 Asteroids. Salah seorang pelajar menegur Sabrina.


            “ Hai , Rin!” tegur Amalia.


            “ Hai , Mal!” Sabrina tersenyum mesra.


            “ Di sebelah awak kosong , ya?” Amalia menundingkan jarinya ke arah tempat duduk Syuhada.


            “ Ya. Syuhada tidak hadir hari ini. Kalau awak mahu duduk , duduklah,” pelawa Sabrina.


            “ Terima kasih,” Amalia mengucapkan terima kasih kepada Sabrina sambil duduk di tempat Syuhada.


            Jadi , bermulalah perbualan mesra mereka.


Sabrina           : Jadi , berapa ramai guru mata pelajaran awak tidak hadir?

Amalia            : Lebih kurang dalam lima orang. guru Sejarah , Kimia , Sastera , Biologi dan Matematik..

Sabrina           : Wow! Semua matapelajaran yang penting-penting!

Amalia            : Ya! Rugi betul! Mujurlah kelas awak ada. Semua guru hadir.

Sabrina           : Alah. Kelas saya ini pun kadang-kadang ada juga guru yang tidak hadir. Tidak semestinya kelas yang pertama sempurna sentiasa. Betulkan?

Amalia            : Ya! Saya dengar ceritalah , awak akan mengembara ke hutan Afrika.. betulkah?

Sabrina           : Ya! Mana awak tahu?

Amalia            : Semua pelajar sudah bising tentang hal ini. Untuk apa awak pergi ke sana?

Sabrina           : Cikgu suruh kami menyiasat tentang sekuntum bunga berwarna putih.

Amalia            : Oh , ya! Bunga itu!

Sabrina           : Awak tahukah tentang bunga itu?

Amalia            : Ya. Bunga itu dikehendaki oleh banyak sekolah. Sekolah mana yang jumpa bunga itu dengan betul , sekolah itu akan mendapat ganjaran sebanyak satu juta.

Sabrina           : Ya , betul. Boleh tak awak senaraikan maklumat tentang bunga itu?

Amalia            : (diam)

Sabrina           : Boleh , ya? Demi sekolah kita..

Amalia            : Baiklah. Tunggu sekejap ya.. (mengeluarkan fail)


            Amalia menyenaraikan satu per satu tentang maklumat bunga tersebut. Sabrina khusyuk melihat Amalia yang sedang sibuk menyenaraikan maklumat.


            Setelah siap , Amalia menghulurkan kertas yang sudah berisikan maklumat tentang bunga itu kepada Sabrina. Sabrina tersenyum dengan gembira. Mungkin ini adalah senjata rahsia untuk mereka mendapatkan bunga tersebut.


            Enam jam berlalu dengan pantas. Loceng berbunyi dengan panjang menandakan waktu persekolahan sudah tamat.


            Sabrina menunggu ibunya di bawah salah satu pokok yang rendang. Semasa dia sedang menunggu ibunya itu , Sabrina dikejutkan dengan kehadiran Amirul.


            “ Hei , seorang sahaja?” tanya Amirul yang sedang memberhentikan basikalnya di hadapan Sabrina.


            “ Ya. Mama saya kata , hari ini dia datang lambat sedikit kerana dia ada hal di sekolah rendah adik saya,” terang Sabrina.


            “ Oh. Boleh saya temankan awak?” Amirul meminta izin.


            “ Boleh,” Sabrina tersenyum.


            Sabrina dan Amirul diperhatikan oleh orang ramai. Kadang-kadang mereka berasa tidak selesa melihat jelingan-jelingan pelajar-pelajar yang lain.


            “ Rin..,” Amirul memanggil Sabrina.


            “ Ya?” Sabrina menjawab.


            Amirul turun dari basikalnya. Dia berdiri di hadapan Sabrina. Amirul mencari-cari sesuatu di dalam beg sekolahnya lalu mengeluarkan kotak yang bersaiz sederhana yang berwarna merah jambu.


            “ Saya mahu berikan awak ini,” kata Amirul sambil menghulurkan sebuah kotak.


            “ Apa ni?” tanya Sabrina sambil mengambil kotak tersebut dari tangan Amirul.


            “ Awak bukalah,” Sabrina membuka kotak tersebut.


            “ Wah! Cantiknya!” sehelai jaket berwarna putih dan diwarnai dengan corak berwarna merah jambu.


            “ Sesuai dengan awak , Rin. Saya mahu awak pakai jaket ini semasa kita akan ke lapangan terbang nanti , ya? Dan lagi satu. Saya mahu ucapkan selamat hari lahir,” Amirul tersenyum.


            “ Tapi.. Hari lahir saya lagi dua minggu sahaja. Kenapa awak ucapkan sekarang?” Sabrina memandang ke arah wajah Amirul.


            “ Kerana saya rasa , hidup saya tidak lama. Saya takut tidak sempat saya mengucapkannya pada hari lahir awak,” kata Amirul.


            “ Saya mohon.. tolong jangan sebut ayat itu lagi!” Sabrina mula naik angin.


            Amirul tersenyum memandang Sabrina.


            Sabrina menyimpan hadiah yang diberikan oleh Amirul di dalam beg sekolahnya.


            Kemudian , ibu Sabrina pun sampai. Kereta Volkswagen berwarna biru laut berhenti di hadapan mereka berdua.


            “ Saya pulang dahulu , ya?” Sabrina menaiki kereta ibunya. Sabrina terdiam sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah.


            Sabrina memikirkan tentang kata-kata Amirul sebentar tadi.


            ‘ Hidup saya tidak lama,’


            Apa maksud di sebalik kata-kata Amirul? Sabrina berdoa kepada Tuhan agar Amirul tidak akan apa-apa.


JAM 5.00 PETANG


            Semua pengawas sudah memakai pakaian mengikut tema. Semuanya kelihatan seperti artis-artis Malaysia. Ada juga seperti Hollywood dan Bollywood!


            Bas sekolah yang akan membawa mereka ke Quality Hotel Shah Alam sudah ada di pintu masuk hadapan sekolah. Semua pengawas menaiki bas sekolah etrsebut setelah mendengar taklimat daripada guru pengawas dan pengetua.
            Masa yang diambil untuk sampai di sana hanya lima puluh minit sahaja. Bas sekolah tersebut berhenti di hadpan pintu masuk hotel tersebut.


            Semua pengawas melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Mereka menuju ke satu bilik yang bernama DEWAN MAKAN. Setibanya di sana , mereka terus memasuki ke dalam dewan tersebut.


            Seluruh meja dipenuhi dengan makanan dan minuman yang enak. Guru pengawas mengarahkan semua pengawas sekolah duduk di tempat masing-masing. Guru besar dan pengurus di hotel tersebut memberikan taklimat dan ucapan selamat datang kepada para pengawas sekolah SMK Putra Perdana.


            Mereka dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan lakonan oleh para pengawas.


            Setelah itu , bagi pengawas yang beragama Islam , mereka menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian , mereka dihidangkan dengan pencuci mulut. Mereka dihidangkan dengan aiskrim Sundae , kuih-muih dan pelbagai lagi pencuci mulutyang enak-enak.


            Setelah menikmati pencuci mulut , ucapan terima kasih dari pengurus hotel kepada pengawas sekolah dan guru-guru kerana sudi memilih Quality Hotel untuk mengadakan jamuan.


Selepas itu , pengawas yang beragama Islam pun menuju ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Kemudian , tepat jam sembilan malam , mereka pun pulang ke sekolah.


            Sewaktu perjalanan pulang , ada sebahagian yang sedang nyanyak tidur di dalam bas. Ada yang sedang mendengar lagu-lagu dari MP3 mereka dan ada juga yang sedang melihat kembali gambar dan video yang sudah diambil semasa jamuan.


            Berbanding pula dengan Sabrina. Dia masih lagi mengelamun sepanjang perjalanan. Dia melihat Farhana di sebelahnya yang sedang nyenyak tidur. Kemudian dia mengintai Kamal dan Hussien yang juga sedang nyenyak tidur.


            Sabrina masih lagi terfikir akan kata-kata Amirul sewaktu pulang dari sekolah tengahari tadi.


            “ Apakah aku dengan Amirul mungkin bersama selamanya?” Sabrina terfikir. Kata-kata Amirul membuatkan Sabrina berasa tidak sedap hati.


            Setibanya di sekolah , Sabrina terus menuju ke arah kereta bapanya. Dia berbual-bual dengan bapanya tentang jamuan tersebut.


            Lima belas minit kemudian , mereka tiba di rumah. Sabrina terus menggantikan pakaiannya kepada baju tidur. Dia memberus giginya dan mencuci mukanya. Tidak lupa juga untuk mengambil air wuduk. Kemudian , dia terus tidur dengan nyenyak.












BAB 14


JUMAAT


            Semua pelajar sudah bersurai masuk ke kelas. Sabrina , Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran sudah berada di dalam bilik mesyuarat bersama-sama guru kelasnya , Puan Zarini dan dua orang guru ekspedisi , Encik Mad dan Encik Aswad.


            Encik Mad menyenaraikan peralatan-peralatan yang perlu dibawa ke sana.

           
            “ Baiklah. Sekarang kamu salin senarai peralatan-peralatan ini di dalam buku kamuu,” arah Encik Mad. Sabrina , Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran pun salin sepertimana yang Encik Mad arahkan.


            “ Baiklah. Kamu semua sila hantar borang kebenaran kamu itu sekarang,” arah Puan Zarini pula. Mereka berlima pun menghantar borang kebenaran kepada Puan Zarini.


            Satu jam berlalu. Mesyuarat tersebut pun sudah selesai , mereka pun pulang ke kelas. Setibanya di kelas , guru Sastera mereka , Puan Rusiah sudah memulakan pengajarannya.


            Mereka melangkah masuk ke dalam kelas lalu mengeluarkan buku Sastera mereka.


            Selepas satu jam belajar Sastera , loceng rehat berbunyi. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin dan koperasi. Seperti biasa , Sabrina , Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran menuju ke koperasi. Tetapi , koperasi seperti tidak hari-hari yang biasa. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang membeli makanan di koperasi.


            Amirul , Fareez dan Pavethran membeli makanan di koperasi manakala Sabrina dan Intan duduk di salah sebuah meja yang betul-betul di hadapan koperasi.


            “ Hei , Kumaran.. Roti ikan bilis dua ya,” kata Amirul sambil menghulurkan dua ringgit.


            “ Saya mahu air laici dua,” kata Fareez pula.


            “ Biskut Crunch satu paket,” Pavethran menghulurkan duit syiling lima puluh sen.


            “ Ini untuk awak,” kata Kumaran kepada mereka bertiga.


Amirul            : Jadi , geng. Petang ini jam berapa?

Pavethran      : Saya rasa jam tiga petang , sebab saya kena siapkan kerja sekolah dahulu..

Sabrina           : Ya.. Bagus juga. Jam tiga petang okey?

Amirul            : Okey!

Fareez             : Mula-mula bas akan berhenti di mana ya?

Intan               : Mula-mula di Ruvena Villa , kemudian di Cluster tujuh kemudian sekolah kita.

Sabrina           : Alah.. Bas takkan berhenti di Amanputra kah?

Intan               : Tidak..

Sabrina           : Awak semua beruntunglah.. Intan , Fareez dan Pavethran tinggal di Cluster tujuh , Amirul di Ruvena Villa dan saya yang malang ini di Amanputra..

Mereka           : (terdiam)

Sabrina           : Tak mengapalah.. Saya akan tunggu di sekolah. (senyum)

Fareez             : Awak pasti awak akan okey?

Sabrina           : Saya pasti!

Pavethran      : Baiklah. Semuanya sudah confirm!

JAM 3.10 PETANG

            “ Mana mereka ini? Bas tidak lalu lagi di hadapan sekolah..,” Sabrina membebel sendirian.


            Bas RAPIDKL yang bernombor U69 sudah berhenti di hadapan sekolah mereka.


            Sabrina pun masuk ke dalam bas dan membayar tambang sebanyak satu ringgit. Mereka pun menuju ke tempat duduk belakang sekali. Intan , Fareez , Amirul dan Pavethran sudah ada di tempat duduk belakang.


            Tiga puluh minit selepas itu , mereka pun tiba di IOI MALL. Mereka bergegas turun dari bas tersebut dan terus menuju ke pintu masuk IOI MALL yang kedua.


Tanpa membuang masa , mereka pun menuju ke butik pakaian untuk membeli jaket kerana sesampai sahaja di sana , mereka akan menginap di salah satu sebuah banglo di kawasan yang sejuk selama lima hari.


            Setelah selesai membeli jaket dan pakaian sejuk , mereka pun membeli barang keperluan sepanjang penginapan mereka. Kemudian , mereka menuju ke pasaraya Jusco. Mereka membeli barang-barang keperluan sepanjang pengembaraan mereka di hutan Afrika nanti.


            Amirul , Fareez dan Pavethran menuju ke tempat yang menjual khemah manakala Intan dan Sabrina menuju ke tempat kasut sukan.

            “ Intan , Amirul suka kasut jenama apa?” tanya Sabrina.


            “ Tak silap saya , ADIDAS,” Intan menjawab.


            Sabrina mencapai sepasang kasut sukan berwarna hitam berjenama ADIDAS.


            “ Ini sesuai tidak untuk Amirul?” tanya Sabrina lagi.

            “ Wow! Pandai awak pilih! Memang sesuai sangat dengan Amirul!” Intan tersenyum.


            Sabrina melihat harga pada kasut itu. RM49.90. Sabrina terus memilih kasut yang bersaiz lapan. Dia masih ingat lagi saiz kasut sekolah Amirul. Dia melihat saiz kasut Amirul secara senyap-senyap semasa memasuki ke bilik mesyuarat pagi tadi.


            Sabrina membayarnya di kaunter pembayaran. Sabrina membayar sebanyak lima puluh ringgit. Selepas membayar , Sabrina dan Intan terus menuju ke tempat menjual khemah. Mereka melihat Amirul , Fareez dan Pavethran sedang mencari khemah yang sesuai untuk mereka bertiga. Khemah untuk Intan dan Sabrina sudah selesai dibayar.


            “ Amirul..,” panggil Sabrina.


            “ Eh , awak rupanya Rin. Ya , ada apa?” tanya Amirul.


            “ Nah , ini untuk awak,” kata Sabrina sambil menghulurkan sebuah kotak yang berjenama ADIDAS.


            “ Untuk sayakah?” tanya Amirul sambil tersenyum.


            “ Ya , awak bukalah,” Sabrina tersenyum.


            Amirul membuka pita pelekat pada kotak tersebut kemudian dia membuka penutuk kotak tersebut. Amirul tersenyum lebar melihat kasut ADIDAS itu.


            “ Wah!” Amirul mengeluarkan kasut tersebut lalu mencubanya.


            “ Memang saiz yang tepat untuk saya! Terima kasih , Rin!” Amirul tersenyum dengan gembira.


            “ Sama-sama,” Sabrina menjawab.

            “ Kalau awak mahu tahu , inilah kasut yang selama ini saya idam-idamkan,” kata Amirul dengan gembira.


            Sabrina hanya tersenyum melihat gelagat Amirul seakan-akan budak-budak yang berumur tujuh tahun yang mendapat barang yang diingini selama ini.


            “ Eleh.. Mengada-ngada,” kata Fareez sambil berpeluk tubuh.


            Intan hanya tersenyum lalu dia menyerahkan salah satu beg kepada Fareez.
            “ Ini untuk awak , hadiah dari saya,” kata Intan sambil tersenyum.


            Fareez membuka beg tersebut. Dia mengeluarkan topi sejuk yang bernilai empat puluh ringgit yang dibeli oleh Intan di butik sebentar tadi.


            “ Saya suka sangat dengan hadiah ini!” kata Fareez. Dia mencuba memakainya di kepalanya.


            “ Macam mana? Masih terserlah atau tidak macho saya?” kata Fareez sambil membuat gaya ala-ala model lelaki.


            Mereka yang berada di situ tergelak mendengar kata-kata Fareez.


            “ Saya seorang sahaja yang tidak dapat hadiah,” Pavethran mengeluh panjang.


            “ Jangan risau.. Tadi awak tidak beli jaket bukan?” tanya Amirul.


            “ Ya , habis itu kenapa?” tanya Pavethran sambil berpeluk tubuh.


            “ Ini untuk awak!” jerit mereka berempat sambil menghulurkan sebuah beg kepada Pavethran.


            “ Jaket? Untuk saya?” Pavethran tersenyum.

            “ Ya. Kami berkongsi duit untuk beli jaket ini untuk awak,” kata Intan.


            Hari itu memang sungguh menggembirakan. Tepat jam lima petang , mereka pun pulang ke rumah dengan menaiki bas.


            Pada malam itu , Sabrina mengemaskan barang-barang untuk dibawa ke Afrika pada hari Isnin minggu hadapan.


            Semasa dia sedang sibuk mengemas barang , adiknya masuk ke dalam bilik Sabrina.


            “ Kakak , esok kakak datang tidak ke sekolah adik?” tanya Asyikin.


            “ Nanti kakak akan tanya kawan kakak dahulu , ya?” Sabrina membelai rambut adiknya yang diikat tocang.


            “ Baiklah. Kalau kakak jadi , beritahu adik ya?” Asyikin tersenyum gembira.


            “ Okey... Adik , sekarang ini kakak sedang sibuk mengemas barang. Adik pergilah turun ke bawah dan menonton cerita kartun adik,” kata Sabrina.


            Adiknya tersenyum lalu berlalu pergi dari bilik kakaknya itu. sabrina segara mencapai telefonnya untuk bertanyakan tentang keputusan mereka.   


            Mula-mula dia menelefon Amirul.


Amirul            : Helo , Amirul bercakap..

Sabrina           : Helo , Amirul. Awak mahu tak pergi ke karnival sekolah adik saya?

Amirul            : Saya mahu pergi. Awak macam mana?

Sabrina           : Kalau awak pergi , saya pun pergilah.

Amirul            : Saya akan datang ke rumah awak dahulu , ya? Saya pergi bersama awak. Boleh?

Sabrina           : Boleh. Okey , itu sahaja yang saya mahu cakap. Bye. Selamat malam.

Amirul            : Selamat malam.. tidur nyenyak okey?

Sabrina           : Okey...


            Begitulah seterusnya Sabrina menelefon kawan-kawannya. Setelah selesai menelefon , dia terus baring di atas katilnya. Dia melelapkan matanya perlahan-lahan kemudian terus tertidur.


SABTU


            Sepuluh haribulan Mac sudah tiba. Sabrina bangun daripada tidurnya. Dia mandi dan dan bersiap-siap untuk ke karnival adiknya itu.


            Semasa dia sedang sibuk bersiap-siap , dia mendengar suara seseorang yang memberi salam di luar rumahnya. Dia menjengukkan kepalanya ke luar tingkap.


            “ Alamak , Amirul sudah sampai! Aku belum siap lagi!” Sabrina tergesa-gesa mengenak wajahnya dengan bedak. Kemudian , dipakainya selendang berwarna ungu untuk memadankan dengan pakaian yang dipakainya.


            Adiknya mengetuk pintu kakaknya sambil memberitahu bahawa Amirul sudah sampai.


            “ Suruh dia tunggu di taman sebentar. Kakak sedang bersiap,” jerit Sabrina dari dalam bilik. Dia dapat mendengar bunyi tapak kaki adiknya yang sedang menuruni tangga.


            Setelah dia siap memakai selendang , dia segera memasukkan kamera digital dan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya. Kemudian dia berlari ke arah pintu.


            Setelah dia keluar dari rumah , dia terus mengajak Amirul yang sudah menunggunya di luar pagar rumahnya untuk menaiki kereta bersama.


            Setibanya di Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti , terdapat ramai orang yang datang ke karnival sekolah tersebut. 



BAB 15 
Hari Sabtu dan Ahad berlalu dengan pantas. Dan kini , Sabrina , Intan , Amirul , Fareez dan Pavethran sudah berada di KLIA tepat pada jam enam pagi.


            “ Inikah jaket yang amirul berikan pada awak?” tanya Pavethran sambil memuncungkan mulutnya ke arah jaket yang dipakai oleh Sabrina.


            “ Ya,” Sabrina tersenyum riang.


            “ Ya..Ya.. Awak memang sungguh bertuah kerana hari ini Amirul juga memakai kasut pemberian dari awak Sabtu lepas,” kata Fareez sambil berpeluk tubuh.


            Amirul dan Sabrina berpandangan sambil tersenyum mesra. Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran guru-guru , keluarga dan sebahagian daripada rakan-rakan sekolahnya.


            “ Kamu semua akan menaiki kapal terbang pada jam lapan pagi. Jadi sekarang ini kamu hanya ada satu jam sahaja. Kamu semua pergilah bersarapan dahulu,” kata Puan Zarini sambil tersenyum.


            Mereka pun singgah ke KFC untuk bersarapan. Mereka hanya bersarapan yang ringkas sahaja. Air Milo dan seketul ayam bagi setiap seorang.


            Selepas makan , mereka berbual-bual dengan rakan sekolah mereka. Kawan-kawan mereka yang bergabung kelas dengan mereka Isnin lepas juga hadir. Begitu juga dengan senior sekolah mereka.


            Amalia , Radzi , Hidayah , Aqil , Yus , Lukman , Hussien , Kamal , Akmar dan Aidil datang untuk memeriahkan lagi pemergian mereka berlima ke Afrika.


Amalia            : Nanti awak semua akan menetap di Afrika berapa minggu?

Intan               : Lebih kurang dalam lima atau enam minggu. Kami akan pulang ke Malaysia sebelum peperiksaan pertengahan tahun..

Radzi              : Nanti sampai sahaja di sana , jangan lupakan orang Malaysia okey?

Sabrina           : Haha. Tak mungkin kami akan lupakan awak.

Amirul            : Yalah.. Jangan risau , sesampainya kami di Malaysia selepas enam minggu , kami akan pastikan yang kami masih lagi boleh berbahasa melayu! (ketawa)

Mereka           : (ketawa besar)

Lukman         : Jangan lupa belikan cenderamata.

Fareez             : Haha , InsyaAllah!

Sabrina           : Oh , ya , Hussien. Afizi tidak datang?

Hussien           : Tidak. Dia ada urusan di kampung.

Aidil                : Apa-apa pun dia sampaikan salam kepada awak.

Sabrina           : Wa’alaikumsalam..

Akmar            : Oh , ya! Dia juga ada berikan awak sesuatu. Nah!

Sabrina           : Jam tangan?

Kamal             : Ya. Dia beli semasa dia pergi berjalan-jalan di IOI MALL Sabtu lepas?

Sabrina           : Setahu saya , Sabtu lepas saya juga pergi IOI MALL dengan kawan-kawan saya.

Fareez             : Ya tak yalah..

Hussien           : Erk! Entahlah! Dia yang beritahu saya!

Kamal             : Haha. Sudahlah. Sekarang sudah jam tujuh empat puluh lapan. Awak semua baik tunggu di kaunter.

Fareez             : Baiklah.. Mari!


            Mereka pun berkumpul di salah satu lapangan yang berdekatan dengan kaunter. Kemudian , mereka terdengar satu pengumuman untuk orang-orang yang akan terbang ke Afrika.
            Setelah itu , mereka pun mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga , guru-guru dan rakan-rakan mereka. Mereka berlima terus turun melalui ekskalator dan terus menuju ke pintu lapangan terbang.


            Mereka yang lain hanya melihat kapal terbang Air Asia yang bakal dinaiki oleh mereka berlima. Satu jam kemudian , kapal terbang tersebut mula bergerak dengan perlahan kemudian terbang ke udara.


            “ Baiklah , sekarang sudah bermula pengembaraan kita!” kata Sabrina sambil tersenyum.


            “ Perhatian kepada semua , sila pakai tali pinggang keledar untuk keselamatan,” pengumuman tersebut membuatkan mereka bertindak dengan pantas memakai tali pinggang keledar.


            Fareez yang duduk di sebelah Intan hanya mampu membaca doa. Di dahinya sudah berpeluh-peluh. Tapak tangan dan wajahnya mula pucat apabila dia melihat kapal terbang tersebut sudah terbang tinggi sedikit demi sedikit.


            “ Awak okey tak?” tanya Intan kepada Fareez.


            “ S..sa..Saya takut pada tinggi..,” Fareez menggigil ketakutan.


            Sabrina , Intan , Amirul dan Pavethran hanya tergelak melihat Fareez yang gayat pada ketinggian.


            Tiba-tiba kapal terbang tersebut bergegar sedikit kerana kapal terbang tersebut melintasi awan-awan di langit.


            “ Wah , cantiknya awan! Fareez , awak patut lihat ini!” kata Intan.


            “ Tidak! Saya tak mahu lihat!” kata Fareez yang terduduk kaku di tempat duduknya. Kemudian , dia mengambil  earphone  yang disediakan untuk di dalam beg galasnya untuk mendengar radio.

            “ Jumpa pun!” jerit Fareez. Lagu Shahir , Kebahagiaan Dalam Perpisahan menjadi kegemarannya. Dia melihat kawan-kawannya.


            Pavethran sedang membaca komik di tempat duduk belakangnya seorang diri , Intan sedang sibuk menikmati keindahan alam , Amirul sedang mendengar radio seperti mana yang dilakukan olehnya dan Sabrina sedang mendengar lagu di MP4nya.


            Waktu malam telah tiba , mereka tidur dengan nyenyak sekali. Tiba-tiba , Sabrina terjaga daripada tidur. Dia menggosok-gosokkan matanya. Dia melihat Amirul di sebelahnya yang memandangnya sambil tersenyum.


            “ Awak terjagakah?” tanya Amirul sambil menanggalkan  earphone  dari telinga.


            “ Ya.. Awak kenapa tak dapat tidur lagi?” tanya Sabrina.


            “ Saya memikirkan tentang hidup saya..,” kata Amirul.


            Sabrina terdiam manakala Amirul hanya tersenyum melihat Sabrina.


            “ Sudahlah.. Awak tidurlah.. Jangan risau , saya tak apa-apa,” kata Amirul sambil tersenyum.


            Sabrina melihat kawan-kawannya. Semua sedang nyenyak tidur. Begitu juga dengan penumpang-penumpang yang lain.


            “ Tidurlah , ya?”


            “ Okey.. Selamat malam..,” kata Sabrina.


            Lima minit kemudian , Sabrina sudah nyenyak tidur. Amirul mengeluh berat.

            Masa yang diambil untuk sampai ke Afrika hanya selama empat puluh lapan jam.


            Mereka tiba di sana pada hari Rabu. Mereka turun daripada kapal terbang tersebut dan menuju ke lapangan terbang. Dia melihat ada seorang lelaki berkulit hitam melambai-lambaikan tangannya ke arah mereka.


            “ Itukah kawan Cikgu Mad?” tanya Fareez.


            “ Mungkin.. Mari kita pergi ke sana,” ajak Pavethran.


            Mereka berlari ke sana dengan bagasi yang dibawa oleh mereka.


            “ Hai. Saya Ali. Kawan kepada Encik Mad , guru sekolah kamu,” kata Ali sambil tersenyum.


            “ Awak fasih berbahasa melayu?” tanya Intan.


            “ Ya. Saya berdarah Afrika dan berdarah Malaysia juga. Ayah saya berasal dari Malaysia,” kata Ali.


            Tanpa membuang masa , mereka menaiki van yang dibawa oleh Ali. Ali membawa mereka berjalan-jalan di sekitar bandar Afrika tersebut. Mereka melihat semua penduduk di situ memakai baju sejuk.


            “ Mula-mula kamu semua akan menginap di tempat ini dahulu. Tempat ini sejuk sedikit,” kata Ali yang memandu van tersebut.


            Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian , Ali membawa mereka ke rumah penginapan mereka. Rumah mereka mempunyai dua tingkat dan berdekatan dengan pekan.


            Mereka turun dari van dan mengucapkan terima kasih kepada Ali. Mereka terus menuju masuk ke dalam rumah tersebut.


            Sempat lagi mereka memilih bilik masing-masing. Memang luas rumah tersebut. Mereka mengemas baju dan pakaian mereka. Kemudian , Intan dan Sabrina segera ke dapur untuk memasak sedikit makanan untuk mereka.


            Intan memang pakar dalam masakan. Tiba-tiba , Fareez menuju ke dapur lalu dia meletakkan barang-barang yang baru dibelinya di pekan. Rempah , sayur , ikan , ayam dan sedikit beras sudah dibeli oleh Fareez , Amirul dan Pavethran sebentar tadi.


            Intan dan Sabrina memulakan masakan mereka. Selepas tiga puluh minit , makanan pun sudah dihidangkan di atas meja.


            “ Mmm.. Bau kari ayam!” kata Amirul lalu bergegas ke dapur. Apa yang dikatakan itu memang benar.


            Mereka menyenduk nasi lalu duduk mengelilingi meja. Air sirap dituang oleh Sabrina dan diberikan seorang satu per satu.


            Kemudian , mereka pun makan sehingga kenyang. Fareez , Amirul dan Pavethran menambah nasi sehingga tiga pinggan. Sabrina dan Intan hanya ketawa melihat mereka bertiga.


            Lauk kari ayam dan sambal ikan habis dimakan oleh mereka. Sesampai sahaja lapangan terbang Afrika , mereka tidak bersarapan pun.


            Setelah habis makan , Amirul , Fareez dan Pavethran sendawa sekuat-kuatnya.

            “ Euww , bau kari! Haha..” usik Intan.


            “ Haha. Yalah!” Sabrina bersetuju dengan usikan Intan.


            “ Haha. Apa kata esok kita berjalan-jalan di sekitar kawasan ini?” cadang Amirul.


            “ Awak cakap senanglah. Kita pergi nanti dengan menaiki apa?” tanya Pavethran.


            “ Bukankah ada dua twin bike  dan  single bike?” kata Fareez pula.


            “ Oh ya tak yalah..,” Pavethran tersenyum.


            Mereka pun merancang untuk berjalan-jalan dan membeli-belah di pekan tersebut.


            Beberapa jam berlalu dan matahari semakin terbenam kemudian bulan yang terang menerangi langit yang gelap ditemani dengan bintang-bintang yang
berkelipan di angkasa.


            Sabrina dan Intan mula memasak untuk makan malam. Pada malam itu , mereka hanya memasak sambal udang , sayur campur dan ayam goreng. Mereka makan memang menjilat jari!


            Selepas itu , mereka duduk di bilik masing-masing dan mengulangkaji pelajaran. Walaupun beribu batu jauh dari rumah mereka di Malaysia , mereka tetap tidak lupa untuk mengulangkaji.

            Kemudian , mereka berlima seronok bermain Play Station yang disediakan oleh Ali. Mereka bermain secara bergilir-gilir. Mereka amat meminati permainan video Digimon Battle. Memang menyeronokkan! Selepas mengulangkaji , dapat mereka merehatkan minda dengan bermain permainan video.


            Selepas bermain , mereka pun masuk ke dalam bilik masing-masing. Akibat hanya ada empat bilik sahaja , Sabrina dan Intan terpaksa berkongsi bilik manakala Amirul , Fareez dan Pavethran duduk di bilik yang berasingan.


            Sabrina menyikat rambutnya dengan lembut. Intan sedang sibuk membaca novel kegemarannya yang ditulis oleh Ain Maisarah.


            Sabrina mengeluarkan komputer ribanya bersama  broadband  lalu duduk di sebelah Intan.

            Intan menutup novelnya lalu meletakkan di atas laci yang berada di sebelah katilnya. Dia merapatkan dirinya ke Sabrina.


            “ Tak sangka awak akan membawa komputer riba ini bersama,” kata Intan sambil tersenyum.


            Sabrina hanya tersenyum mendengar kata-kata Intan.


            “ Senang nak berhubung dengan orang di Malaysia nanti,” kata Sabrina.


            Sabrina online Facebook  selama dua puluh minit. Kemudian dia memberi peluang kepada Intan untuk online Facebook .


            Setelah itu , mereka pun menutup lampu lalu melelapkan mata. Intan sudah tidur nyenyak di sebelah Sabrina. Sabrina masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Dia cuba menutup matanya perlahan-lahan.


            Tiga puluh minit berlalu , Sabrina masih lagi tidak dapat tidur. Dia melihat jam di dinding. Sudah tepat jam satu pagi , tetapi kenapa masih lagi Sabrina tidak dapat tidur. Sabrina memicit-micit dahinya.

            Tiba-tiba dia terdengar alunan muzik gitar yang sungguh merdu. Sabrina menggosok-gosokkan matanya lalu dia keluar dari biliknya. Dia melintasi bilik Fareez. Dia merapatkan telinganya di pintu bilik Fareez. Dari luar dia dapat mendengar suara dengkuran Fareez. Sabrina hanya tergelak kecil.


            Kemudian dia menuju ke bilik Pavethran , juga bunyi dengkuran. Ini bermakna Fareez dan Pavethran sudah tidur nyenyak. Kemudian dia melintasi pintu bilik Amirul , dia merapatkan telinganya di pintu. Sunyi , tiada apa-apa bunyi pun.


            Sabrina pulang ke biliknya. Tetapi bunyi gitar masih lagi kedengaran. Sabrina mengambil keputusan untuk turun ke taman hadapan rumah. Dia memakai jaket pemberian Amirul lalu turun ke bawah.


            Setelah sampai di pintu , Sabrina merapatkan telinganya di pintu. Dia mendengar melodi gitar dan suara orang menyanyi lagu di luar rumah.
            Sabrina keluar lalu dia melihat Amirul sedang bermain gitar sambil duduk di bangku.


            Amirul memandang Sabrina sambil tersenyum.


            “ Awak tak dapat tidur , ya?” tanya Amirul sambil tersenyum.


            Sabrina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.


            “ Marilah , duduk di sebelah saya,” ajak Amirul. Sabrina hanya menuruti kata-kata Amirul.


Sabrina           : Mana awak dapat gitar ini?

Amirul            : Ada di almari bilik saya.

Sabrina           : Awak tahukah main gitar?

Amirul            : Ya.

Sabrina           : Kenapa selama ini saya tidak tahu?

Amirul            : Sengaja saya sembunyikan daripada awak. (senyum)

Sabrina           : Awak inikan!

Amirul            : Sudahlah , lebih baik awak diam dan dengar lagu yang saya mainkan.

Sabrina           : Lagu?


            Kemudian , Amirul pun memainkan satu lagu. Lagu yang pernah didengar oleh Sabrina selama ini.


            Setelah habis memainkan lagu tersebut , Amirul tersenyum memandang ke arah Sabrina. Kemudian , dia menghulurkan gitar tersebut kepada Sabrina.


            Sabrina memetik gitar dengan penuh khusyuk.
            Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh Intan , Fareez dan Pavethran. Mereka tersenyum lalu duduk di atas buaian di taman itu.


            “Main gitar tidak ajak kami!” Fareez memerli mereka.


            “ Saya dengar bunyi dengkuran awak di dalam bilik sebentar tadi!” kata Sabrina.


            “ Sudah-sudah. Marilah kita masuk ke dalam,” ajak Intan.



BAB 16
Seminggu berlalu dengan pantas. Mereka mula mengemas barang dan peralatan yang harus dibawa ke hutan.


            Selepas solat subuh , mereka semua bertolak ke dalam hutan dengan menaiki sebuah van hitam yang dipandu oleh Fareez. Van tersebut disediakan khas untuk mereka berlima.


            Masa untuk ke huta Afrika mengambil masa selama tiga jam untuk tiba di sana. Selepas tiga jam , semua peserta ekspedisi tiba di pintu masuk hutan Afrika.


            Van hitam dibiarkan berada di luar hutan. mereka berlima berlalu masuk ke dalam dengan membawa alat-alat perkhemahan dan barang-barang yang diperlukan. Disebabkan suhu di hutan Afrika tersebut terlalu panas , mereka berlima terpaksa memakai pakaian yang berlengan pendek.


            Dalam waktu yang panas terik di hutan Afrika , mereka memulakan perjalanan masuk ke dalam hutan. tugas yang pertama ialah mencari tanah lapang untuk mendirikan khemah.


            Hampir setengah jam mereka mencari kawasan tanah lapang , akhirnya jumpa juga. Kawasan tanah lapang tersebut juga berhampiran dengan sungai.


            “ Yes! Jumpa juga!” jerit Fareez sambil melompat kegembiraan.


            Mereka berempat hanya tersenyum melihat gelagat Fareez.


            Tanpa melengahkan masa , mereka pun memulakan tugas yang kedua iaitu mendirikan khemah. Amirul , Fareez dan Pavethran sedang sibuk mendirikan khemah manakala Intan dan Sabrina sedang mencari kayu api untuk membuat unggun api.


            Selepas itu , mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih. Sabrina tidak akan melepaskan kenangan tersebut dengan mengambil gambar dengan kamera yang kalis air.
            Pada waktu malam , mereka menikmati makanan yang istimewa. Makanan yang dihidang enak-enak belaka. Antaranya , ikan bakar , roti dan jem , ayam panggang dan buah-buahan yang mereka bawa dari rumah. Air yang diambil dari sungai dijerang sehingga masak.


            Malam itu , mereka tidur lewat kerana berseronok. Pavethran menggosok-gosokan matanya sambil menguap.


            “ Ngantuknya....,” kata Pavethran. Kemudian dia menguap sekali lagi. Fareez dan Amirul hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka.


            “ Dah tahu mengantuk tu , tidurlah,” kata Amirul.


            “ Ya. Esok kita akan sambung perjalanan kita,” kata Fareez pula.


            Keesokan paginya , mereka berlima bagun pagi untuk meneruskan perjalanan mereka untuk mencari bunga berwarna putih.


            “ Semua dah sedia?” tanya Amirul kepada kawan-kawannya. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Amirul.


            Kemudian , mereka pun bertolak ke dalam hutan dan mulakan pengembaraan. Di dalam hutan itu , mereka dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Mereka sempat bergambar untuk dijadikan kenangan.


            Selepas empat jam mengembara , kaki mereka terasa bagaikan mahu patah. Skru pada kaki mereka sudah longgar. Mujurlah di situ ada tanah lapang unuk berehat buat kali yang kedua.


            Mereka berehat selama tiga puluh minit. Fareez meneguk air REVIVE yang dibawanya itu sehingga habis.


            “ Alamak! Air saya sudah habis!” kata Fareez sambil menunjukkan botol REVIVE yang sudah kosong.


            “ Itulah awak. Kuat minum!” mereka semua tergelak mendengar kata-kata Amirul.


            Selepas itu , mereka pun menyambung perjalanan mereka tanpa berehat. Hari semakin petang dan matahari semakin lama semakin menyembunyikan diri.


            “ Saya rasa baik kita berhenti di sini dahulu kerana hari semakin malam,” kata Intan sambil mengelap peluhnya di dahi.


            Mereka semua bersetuju dengan pendapat Intan. Di hadapan mereka ada kawasan tanah lapang. Mereka terus menuju ke sana lalu mendirikan khemah. Unggun api juga sudah dibuat , mereka pun memasak ayam bakar.


            Pada keesokan harinya , pengembaraan diteruskan seperti biasa. Khemah ditanggal lalu dilipat masuk ke dalam beg khemah. Segala peralatan sudah dibawa.


            Semasa dalam perjalanan , satu halangan telah tiba. Sebatang sungai yang mengalir dengan laju dan deras. Mengikut di dalam peta , mereka harus menyeberangi sungai tersebut.


            Masing-masing memikirkan idea untuk menyeberangi sungai tersebut.


            “ Saya dapat satu idea,” kata Amirul.


            “ Apa?” tanya Intan.


            “ Kita harus cari kayu besar untuk membuat rakit,” kata Amirul.


            “ Mujurlah saya membawa tali,” kata Fareez sambil mengeluarkan tali yang panjang dari dalam begnya.


            Kemudian , bermulalah operasi membina rakit. Masa yang diambil untuk menyiapkan rakit tersebut hanya selama satu jam. Setelah siap , mereka meletakkannya di atas sungai dan ia terapung! Saiz rakit yang agak besar memang muat untuk mereka dan barang-barang mereka.
            Semasa mereka sedang sibuk mendayung , sesuatu yang aneh telah berlaku. Satu gegaran yang kiat membuatkan rakit mereka terumbang-ambing di atas sungai dan ia membuatkan rakit tersebut hampir terbalik.


            “ Apa yang telah terjadi?!” Intan mula panik.


            Fareez cuba menenangkan keadaan. “ Semua jangan panik!”


            Rakit bergegar kemudian berhenti. Bergegar dan berhenti , bergegar dan...


            “ Sudah tiada gegaran lagi?” kata Amirul.


            Mereka semua kembali lega dan memulakan kembali mendayung. Akhirnya , mereka akan sampai ke seberang dalam beberapa inci lagi.


            Tiba-tiba , ada sesuatu yang mengejutkan mereka semua.


            “ A..awak..awak semua.. Lihat disana..,” Sabrina menundingkan jarinya.


            Kelihatan beberapa ekor buaya yang betul-betul berada di atas permukaan air. Degupan di jantung mula berdegup dengan rancak apabila terpandang beberapa ekor buaya yang agak ganas berada di permukaan air.


            “ A..apa yang kita harus buat?” tanya Pavethran. Semua sedang memikirkan idea.


            “ Okey , saya sudah dapat idea,” kata Fareez lalu mengambil dua ketul ayam dari dalam begnya.


            “ Tolonglah pergi dari sini!” jerit Fareez sambil membalingkan ayam tersebut di seberang sungai tempat mereka membina rakit.


            Kocakan air telah mengalihkan perhatian buaya tersebut. Buaya-buaya tersebut pergi ke seberang sungai di sebelah sana.
            Dengan segera , mereka mendayung rakit dengan pantas untuk sampai ke seberang. Dengan tidak semena-mena , Pavethran telah jatuh ke dalam sungai akibat air sungai yang mengalir dengan deras.


            Malangnya , buaya-buaya tersebut beralih ke tempat Pavethran terjatuh. Pavethran terjerit-jerit meminta tolong. Buaya-buaya tersebut telah mengangakan mulutnya sehinggakan kelihatan taring-taring yang boleh membawa maut.


            Dalam keadaan cemas begitu , keadaan menjadi tidak tentu.


            “ Apa kita nak buat?! Apa kita nak buat?!” soalan yang berulang-ulang keluar dari mulu Fareez.


            Sabrina segera mencapai tali yang ada di dalam beg Fareez lalu membalingkannya kepada Pavethran. Pavethran segera mencapai tali tersebut lalu mengikat pada pergelangan tangannya.


            Buaya-buaya tersebut semakin menghampiri Pavethran dengan mulut yang ternganga.


            Tuah menyebelahi Pavethran. Dengan bantuan rakan-rakannya , Pavethran dapat diselamatkan. Dengan segera , mereka mengambil batu-batu lalu melemparkan pada buaya-buaya tersebut. Buaya-buaya tersebut pergi meninggalkan mereka dengan perut yang kelaparan.


            Pavethran tidak sedar diri seketika. Amirul memicit-micit dada Pavethran. Tiga minit kemudian , kedengaran batukan Pavethran yang kuat membuatkan Pavethran sedar kembali.


            Mereka bersyukur kerana selamat daripada bahaya yang menimpa mereka. mereka berfikir , apakah halangan yang bakal tiba sebentar lagi. Merek tahu , inilah pengembaraan yang sebenar.


            Apa-apa pun , pengembaraan akan diteruskan pada esok hari kerana Pavethran tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Maka sebab itulah , mereka berhenti untuk satu hari bagi menunggu kesembuhan Pavethran.

            Pada waktu pagi yang dingin , mereka berlima sudah bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan.


            Dalam perjalanan , semua terdiam dan tergamam seketika. Langkah mereka terhenti seketika. Kedengaran satu ngauman yang mengerikan. Amirul memberi isyarat untuk senyap. Ngauman tersebut semakin menghampiri mereka.


            Amirul memberikan isyarat untuk berpura-pura mati. Mereka pun baring di atas tanah.


            Ngauman tersebut adakah ngauman raja rimba iaitu seekor singa jantan yang berkeliaran di situ. Walaupun ngauman singa itu makin kuat , dalam keadaan takut mereka tetap berpura-pura mati daripada bergerak walau sedikitpun.


            Singa itu berjalan menuju ke arah mereka satu per satu. Bagi singa , mereka berlima sudah mati. Kemudian , singa tersebut berlalu pergi. Dengan hati yang lega , mereka rasa bersyukur kerana telah selamat selamat daripada halangan yang sangat membahayakan nyawa mereka.


            Mereka meneruskan perjalanan dengan penuh berhati-hati. Kemudian , mereka berhenti seketika untuk melihat peta.


            “ Mengikut dalam peta ini , kita harus menuju ke arah utara,” kata Fareez. Sedang mereka sibuk berbincang tentang lokasi , ada seekor ular besar. Ular yang sebesar-besarnya daripada ular biasa.


            Sabrina mengikat tali kasutnya. Dengan tidak semena-mena , ular tersebut telah membelit kaki Sabrina.


            “ Ah! Tolong!” jeritan Sabrina telah membuatkan mereka semua terkejut.


            Amirul segera berlari ke arah Sabrina. Dia mengeluarkan sebilah pisau untuk memancung kepala ular tersebut.


            Nampaknya , ular tersebut lagi pintar dan pantas daripada Amirul. Tangan kiri Amirul dipatuk oleh ular tersebut. Kesakitan yang amat ketara itu tidak menjatuhkan semangat Amirul.


            Dengan segera dia memancung kepala ular tersebut. Kemudian , ular itu mati. Sabrina berlari ke arah Amirul. Dia mengikat tangan Amirul dengan menggunakan tualanya untuk menghalang patukan ular tersebut daripada mengalir seluruh badan Amirul.


            “ Rin....,” Amirul memanggil Sabrina dengan suara yang lemah.


            “ Ya?” Sabrina mula menangis.


            “ Esok harijadi awak , bukan?” Amirul tersenyum sambil menahan kesakitan.


            Sabrina menganggukkan kepalanya. Dia mula menangis.


            “ Saya rasa , masa saya akan tiba sebentar lagi. Patukan ular ini akan mengalir dengan perlahan selama tiga puluh minit lagi...,” suara Amirul seakan tersekat-sekat.


            “ Cepat! Lokasi bunga tersebut ada di hadapan sahaja!” kata Fareez sambil membantu Amirul untuk berdiri.


            Sepuluh minit kemudian , mereka tiba di lokasi di mana bunga itu terletak. Sabtrina segera mengeluarkan salinan tentang ciri-ciri bunga tersebut yang disalin oleh Amalia.


CIRI-CIRI BUNGA


  1. Berbau busuk daripada biasa
  2. Mempunyai empat kelopak sahaja
  3. Mempunyai saiz daun yang amat kecil
  4. Berwarna putih
  5. Batang bunga tersebut berwarna merah

 
           










            Sabrina menunjukkan salinan tersebut kepada kawan-kawan mereka. Kemudian , mereka memulakan operasi mencari bunga tersebut kecuali Pavethran dan Amirul. Pavethran menemani Amirul yang sedang berehat di sebatang pokok.


            Mereka mencari satu per satu bunga dengan teliti kerana bentuk bunga-bunga tersebut memang serupa! Mujurlah ada salinan ciri-ciri yang disalin oleh Amalia.


            Dua puluh minit kemudian , Intan telah menjumpai bunga tersebut. Sabrina dan Fareez mencium bau bunga tersebut. Ianya busuk sekali!


            “ Saya terasa macam nak termuntah!” kata Sabrina.


            “ Apa-apa pun , bunga ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Mungkin ia boleh mengubati patukan ular yang telah Amirul alami,” kata Intan.


            Fareez melihat masa pada jam tangannya. Hanya ada lima minit lagi untuk Amirul hidup.


            Mereka segera berlari ke tempat di mana Amirul dan Pavethran sedang berehat. Sabrina menyuruh Amirul mencium bau bunga tersebut.


            Lima minit berlalu , Amirul masih lagi tidak sedarkan diri. Sabrina mula menangis. Sabrina menekup mukanya dengan tangannya.


            Intan mencuba untuk menenangkan Sabrina. Tetapi , Sabrina masih lagi menangis teresak-esak.


            Tiba-tiba , satu keajaiban telah berlaku. Amirul mula membuka matanya dengan perlahan-lahan.


            “ Rin..,” Amirul bersuara lemah.


            “ Amirul? A..awak masih hidup?” Sabrina berasa terkejut.

            “ Ya! Saya masih hidup!” kata Amirul dengan gembira. Mereka yang berada di situ bersyukur dengan kesembuhan Amirul. Ia memang satu keajaiban!


Amirul            : Bunga?

Intan               : Sudah ada di dalam genggaman kami!

Amirul            : Wah! Jadi sekolah kita akan mendapat ganjaran sebanyak satu juta!

Fareez             : YA!


            Pada hari itu , mereka sungguh gembira kerana berjaya mencapai matlamat dan memenuhi harapan sekolah kepada mereka. Segala rintangan dan dugaan mereka lalui bersama.


            Mereka mengambil masa selama seminggu untuk pulang ke rumah banglo yang terletak di pekan Afrika.


            Sesampai sahaja di rumah , mereka terus membersihkan diri dan kemudian tidur sepuas-puasnya.


            Mereka diberi peluang untuk menginap di rumah tersebut selama satu minggu lagi.


            Mereka merasakan hari-hari mereka di Afrika berlalu dengan pantas. Sudah hampir sebulan mereka berada di situ. Minggu hadapan mereka akan beransur pulang ke negara asal iaitu , Malaysia.


            Seminggu berlalu dengan pantas , mereka sudah pun berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Sambil itu , mereka berkhayal tentang kenangan mereka semasa mengembara di hutan Afrika.


            Kenangan tersebut tidak akan dapat dilupakan oleh mereka berlima. Ia akan sentiasa segar dalam ingatan masing-masing. Kenangan tersebut akan dicatat di dalam kamus hidup mereka.


EPILOG

“ Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta ekspedisi sekolah kita kerana berjaya mendapatkan bunga yang dikehendaki oleh semua sekolah,” kata Pengetua.


            “ Jadi , cikgu ingin menganugerahkan wang tunai sebanyak sepuluh ribu setiap seorang,” semua orang bersorak-sorai atas kejayaan yang dikecapi oleh mereka berlima.


            Kini , mereka berlima menjadi kebanggaan sekolah. Dan mereka juga menjadi pelajar contoh di sekolah tersebut.


            Segala dugaan dan cabaran mereka hadapi bersama-sama. Tak kira di waktu senang atau susah , halangan tidak akan dapat menjadi tembok pemisah persahabatan mereka.



nantikan sambungan di dalam Sahabat dan Cinta 2

No comments:

Post a Comment