Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Friday, September 2, 2011

SAHABAT DAN CINTA - Bab 10 , Bab 11 dan Bab 12


BAB 10

ISNIN


            Pagi Isnin sudah tiba. Minggu hadapan sudah bermula cuti dua minggu. Pada Isnin minggu hadapanlah dia akan bertolak ke hutan Afrika bersama kawan-kawannya. Sabrina bergegas bersiap-siap untuk ke sekolah.


            Sabrina melihat jam tangannya. Sudah tepat jam tujuh pagi , nampaknya masih ada tiga puluh minit lagi untuk ke sekolah.


            Sabrina turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi bersama keluarganya. Kelihatannya , wajah adik Sabrina kelihatan gembira semacam , nampaknya memang benarlah apa yang Sabrina dengar pada malam semalam.

           
            Sabrina menarik kerusi lalu duduk di sebelah adiknya yang sedang leka menikmati air Milo panas. Asyikin menyapa kakaknya.


Asyikin           : Kakak nak tahu tak? Kita tak jadi ...

Sabrina           : Tak jadi pindah? Kakak tahu , ayah akan menjalankan projeknya di Kuala Lumpur sahaja.


            Mendengar kata-kata Sabrina , ayah Sabrina tersedak ketika menghirup kopi yang panas. Sabrina dan Asyikin tersenyum.


Asyikin           : Haha , mana kakak tahu kita tak jadi pindah?

Sabrina           : Kakak dengar ayah cakap dengan Andy semalam.

Asyikin           : Oh , patutlah.

Sabrina           : Seronokkan bila kita tak jadi pindah?

Asyikin           : Mestilah. Sabtu minggu ini sekolah adik ada buat karnival.

Sabrina           : Karnival?

Asyikin           : Ya , karnival sempena hari ulangtahun sekolah kali ke tiga puluh enam tahun. Semua dijemput hadir.

Sabrina           : Wow! Semua dijemput hadir , boleh tak kakak datang dengan kawan-kawan kakak?

Asyikin           : Boleh! Silakan!

Sabrina           : Baiklah.


            Ayah Sabrina melihat jam pada dinding rumahnya itu , sudah pukul tujuh lima belas minit. Ayah Sabrina mencapai beg kerjanya.


            “ Kakak , adik. Cepat sikit makan. Nanti masuk sekolah lambat pula,” kata ayah Sabrina dengan tergesa-gesa.


            “ Baiklah!” Sabrina dan Asyikin menggalas beg sekolah masing-masing dan terus bersalaman dengan ibu mereka.


            Mereka bertiga terus menaiki kereta Perdana.


            Bagaikan naik kereta F1 , sekejap saja sampai di sekolah SMK Putra Perdana. Sekolah yang menjadi kebanggaan Sabrina selama ini.

           
            Sabrina bersalam-salaman dengan ayahnya. Seperti biasa , ayahnya mesti berpesan kepada Sabrina agar memberikan perhatian sebaiknya.


            Dengan segala tenaga yang ada , Sabrina berlari sekuat hati ke dataran. Jikalau lambat ke perjumpaan pengawas , kena denda pula nanti. Silap haribulan , kena lucut jawatan pengawas. Oh jangan lah sesekali perkara ngeri itu berlaku.


            Setibanya di dataran , kelihatan semua pengawas sedang beratur di dalam barisan mengikut tingkatan.


            Sabrina tercari-cari pengawas di barisan tingkatan empat. Tiba-tiba , seorang pengawas dari kelas 4 Big Dipper memanggil Sabrina di belakang.

Syamaine        : Fuh! Fuh! Fuh! Saya terlambatkah?

Sabrina           : Tidak. Perjumpaan ini mungkin baru bermula rasanya.

Syamaine        : Alhamdulillah. Oh ya , hari ini Eqin tidak hadir. Jadi kelas yang dia patut awasi , biar saya yang ambil alih.

Sabrina           : Oh , kenapa dia tidak hadir?

Syamaine        : Dia ada urusan di kampungnya.

Sabrina           : Oh. Baiklah. Mari kita masuk dalam barisan. Abang Shadil sudah datang tu.

Syamaine        : Mari.


            Shadil berdiri di atas pentas dataran tersebut. Di tangannya memegang tiga helai kertas berwarna hijau.


            “ Maafkan saya kerana tidak memberitahu awak semua tentang perjumpaan ini,” Shadil memohon maaf.


            “ Perjumpaan hari ini adalah tentang jamuan pengawas yang akan diadakan di Quality Hotel di Shah Alam,” kata Shadil.

           
            Semua pengawas agak terkejut mendengar tentang jamuan itu. Sebelum ini , jamuan pengawas langsung tidak diadakan di mana-mana hotel pun. Tetapi , pada tahun ini memang bertuah buat mereka.


            “ Jadi , jamuan tersebut akan diadakan pada hari Khamis ini. Semua pengawas tidak dikenakan bayaran walau satu sen pun. Semua pengawas akan diedarkan borang kebenaran. Oh ya , satu lagi. Kita akan bertolak ke sana pada jam lima petang. Tema jamuan kali ini ialah RETRO 80-an. Semua dibenarkan membawa kamera masing-masing,” Shadil menerangkan butiran-butiran jamuan tersebut.


            “Wow , jamuan pengawas untuk tahun ini memang gempak bukan?” bisik Syamaine ke telinga Sabrina.


            “ Ya. Awak mahu pergi?” tanya Sabrina.


            “ Sudah tentu. Jamuan kali ini memang menyeronokkan!” kata Syamaine dengan rasa gembira.


            Tanpa disangka-sangka , Hussien dan Kamal yang berada di sebelah Sabrina menegurnya.


Hussien           : Hey , Rin!

Sabrina           : Eh! Hussien? Kamal?

Kamal             : Kenapa dengan awak ni?

Sabrina           : Bila awak berdua jadi pengawas?

Kamal             : Baru minggu lepas.

Sabrina           : Minggu lepaskan tak ada perjumpaan? Macam mana awak dilantik?

Hussien           : Ish , awak ni. Shadil beritahu kami yang permohonan kami untuk jadi pengawas sekolah sudah disahkan oleh Pengetua dan guru pengawas.

Sabrina           : Permohonan?

Kamal             : Ya. Kami dah buat permohonan sejak dari tahun lepas. Baru sekarang ini dapat.

Sabrina           : Kalau begitu , tahniah ya!

Hussien           : Terima kasih.

Kamal             : Oh ya , Rin. Awak pergikah jamuan hari Khamis ini?

Sabrina           : Saya tak pasti lagi.

Hussien           : Hmm.


            Sedang mereka rancak berbual , Shadil memberikan arahan untuk menjalankan tugas masing-masing. Loceng pun sudah berbunyi. Semua pelajar sudah beratur di dalam kelas masing-masing.


            Sabrina bergegas ke kelas yang harus dijaganya , kelas 5 Bumi. Pengawas yang bertugas pada pagi Isnin itu sudah berdiri di atas pentas. Pengawas yang ditugaskan untuk membaca ikrar dan bacaan doa sudah bersedia di belakang pentas.


            Sepanjang tiga puluh minit perhimpunan dijalankan , semua pelajar dikehendaki masuk ke kelas masing-masing.


            Sabrina berjalan menuju ke kelasnya. Kelihatan , kawan-kawannya sedang berbincang sesuatu perkara yang penting. Sabrina berjalan menuju ke arah mereka lalu meletakkan beg sekolahnya di tempatnya.


            Sabrina duduk dan senyap untuk seketika. Amirul , Fareez , Intan dan Pavethran memandang Sabrina dengan penuh curiga. Seram juga Sabrina dibuatnya. Tanpa membuang masa , Sabrina bertanya kepada mereka.


Sabrina           : Er..er.. Kenapa dengan awak semua ni? Tengok saya semacam saja. Seram saya , tahu?

Amirul            : Yalah. Isnin minggu depan kita dah mula bertolak ke hutan Afrika. Pada masa yang sama , awak juga pindah pada Isnin minggu hadapan.

Sabrina           : Jadi?

Amirul            : Bukankah cikgu suruh kita pergi lima orang? Guru kelab ekspedisi sudah memberikan kewajipan.

Sabrina           : Jadi? Apa yang nak dirisaukan?

Fareez             : Rin , apa yang awak merepek ni? Awak akan berpindah pada masa kita bertolak ke hutan Afrika , awak faham?

Sabrina           : (gelak)

Intan               : Rin , awak okey atau tidak?

Sabrina           : Sebenarnya , saya tak jadi pindah.

Amirul            : Apa?! Betulkah apa yang saya dengar?

Intan               : Rasa macam tak percaya!

Pavethran      : Baguslah kalau macam tu! Jadi , awak dapatlah pergi dengan kami ke hutan Afrika minggu hadapan?

Sabrina           : Yup!

Amirul            : Wah! Seronoknya!

Sabrina           : Satu perkara lagi.

Fareez             : Apa?

Sabrina           : Dimana kita nak beli barang-barang persediaan untuk menginap disana nanti?

Pavethran      : Alah.. Itu senang saja. Sabtu ni kita pergi IOI MALL bersama-sama.

Sabrina           : Tapi , hari Sabtu ini sekolah adik saya ada buat karnival sempena ulangtahun sekolahnya.

Amirul            : Sekolah Pulau Meranti bukan?

Sabrina           : Ya !

Intan               : Jadi , awak pergi?

Sabrina           : Pergi. Saya nak pergi dengan awak semua. Termasuk Afizi.

Intan               : Afizi dah tahu atau belum tentang perkara ni?

Sabrina           : Belum lagi. Waktu rehat saya akan beritahu dia.

Pavethran      : Jadi , bila kita nak pergi ke IOI MALL?

Fareez             : Hmm...

Amirul            : Bila ya?

Intan               : Khamis ni awak semua ada apa-apa atau tidak?

Sabrina           : Ada. Ada jamuan untuk pengawas sekolah di Quality Hotel di Shah Alam.

Amirul            : Wow! Gempak betul!

Fareez             : Hmm.. Saya ada idea , apa kata kita pergi ke IOI MALL petang Jumaat ni?

Sabrina           : Boleh juga.

Amirul            : Tak ada masalah.

Intan               : Saya okey saja.

Pavethran      : Baiklah , kalau semua dah setuju , kita pergi petang Jumaat ni!


            Tanpa disangka-sangka , Puan Hadarah sudah melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Perbualan mereka terganggu selama tiga puluh minit.

            Tiga puluh minit berlalu dengan pantas. Puan Hadarah melangkah keluar dari kelas 4 Asteroids.


            Tiba-tiba , pengumuman telah diumumkan pada ketika itu. Pengumuman tersebut membuatkan pelajar tingkatan 4 Asteroids , 4 Big Dipper , 4 Comet dan 4 Dot Bintang terkejut.


            “ Apa?! Kita akan bergabung kelas dengan ketiga-tiga kelas yang lain?” Falizah menjerit sambil membeliakkan matanya ke arah Arisha.


            “ Ini tak mungkin! Saya tak mahulah! Kalau kelas 4 Asteroids kita ini bergabung dengan kelas 4 Eksperimen kan bagus. Zaimira ada , Khaisha ada , Rizah ada dan Arina pun ada. Argh , saya tak mahulah!” Arisha memberi pendapatnya pula.


            “ Arisha , saya ada satu cadangan,” bisik Falizah ke telinga Arisha. Arisha tersenyum lebar. Apabila mendengar idea yang kurang bernas yang tercetus daripada otak Falizah , Arisha terdiam seketika.


            “ Macam mana? Awak mahu atau tidak?” tanya Falizah.

            “ Tapikan Falizah , awak tahu tak , kalau kita ponteng kelas , kita akan dibuang. Lagi pun , ini kali pertama saya diajak ponteng,” kata Arisha dengan nada yang agak kurang menyenangkan.


            “ Arisha , kalau awak nak tahu.. Ketua kita yang digilai ramai itu , kaki ponteng,” kata Falizah dengan bersungguh-sungguh.


            “ Tapi.. Takkan kita nak ikut jejak langkah Zaimira?” Arisha tetap tidak berpuas hati dengan cadangan Falizah.


            “ Tak ada apa-apa. Kita duduk saja diam-diam di dalam tandas nanti,” Falizah memberi cadangan lagi.

            “ Tapi...”

“ Tak ada tapi-tapi! Kita mesti pergi sekarang!” Falizah sudah menggalaskan beg sekolahnya.


            Dengan rasa berat hati , Arisha terus menggalas beg sekolahnya lalu mengikuti Falizah daripada belakang.


            Semua pelajar dari kelas-kelas yang diumumkan oleh guru sebentar tadi hadir ke kelas 4 Asteroids dengan membawa kerusi masing-masing. Kelas yang pertama sekali melangkah masuk ke kelas 4 Asteroids ialah kelas 4 Big Dipper.


            “ Eh , sikitnya pelajar kelas 4 Big Dipper yang hadir,” kata Sabrina dengan rasa hairan.


            “ Memanglah. Kelas kita pun dari tiga puluh , sekarang ni yang hadir lapan belas orang sahaja. Mana hilang lagi dua belas?” kata Amirul sambil tergelak.


            “ Tapi , takkan kelas 4 Big Dipper sampai sebelas orang sahaja yang hadir? Kelas 4 Big Dipperkan kelas kedua yang terpandai?” kata Intan pula.


            “ Hmm.. Biasalah tu.. Minggu depankan sudah mula bercuti dua minggu. Jadi mereka nak tambahkan lagi seminggu untuk berehat di rumah,” Fareez menyampuk perbualan mereka.
            Semua yang berada di situ tergelak besar.


            Kemudian , kelas 4 Comet melangkah masuk ke dalam kelas 4 Asteroids pula. Ada yang sebahagian tidak membawa kerusi masing-masing. Tidak mengapalah , kerana hanya lapan orang sahaja yang hadir!


            “ Ini lagi sikit .. Lima perempuan , tiga lelaki,” kata Pavethran.


            “ Addin , Firdaus dengan Syahmil memang lelaki sejati. Sanggup mereka hadir ke sekolah hari ini,” Amirul memuji mereka tanpa pengetahuan mereka bertiga.
            “ Haha. Ya. Betul kata awak tu , Amirul. Saya setuju sangat-sangat,” kata Intan sambil ketawa.


            Kelas 4 Dot Bintang melangkah masuk ke dalam kelas dengan mulut yang terkunci. Takut ke? Oh tidak. Ini kali pertama mereka melihat kawasan ‘penginapan’ pelajar kelas 4 Asteroids.


            “ Kuantiti pelajar kelas 4 Dot Bintang hanya dua belas sahaja. Memang hari ini tingkatan empat telah memecahkan rekod paling dibanggakan. Empat kelas mempunyai pelajar yang amat sedikit dan terpaksa bergabung kelas,” Fareez berlawak. Semua yang berada di situ ketawa terkekeh-kekeh mendengar lawak Fareez.


            “ Eh , pelajar barukah itu?” tanya Intan kepada Sabrina.


            “ Mana?” Sabrina terpaku seketika.


            Sabrina , Intan , Amirul , Fareez dan Pavethran terdiam apabila melihat pelajar baru lelaki yang duduk di sebelah Yusrizal. Di kelihatan rapat dengan pelajar-pelajar perempuan berbanding lelaki.


            Fareez ingin menanyakan tentang pelajar tersebut kepada rakan sekelasnya. Fareez berjalan menuju ke arah Aqil.


Fareez             : Hei , kawan. Buat apa?
Aqil                 : Hei , engkau rupanya , Fareez. Tak ada buat apa. Cuma nak siapkan pembetulan ujian bahasa Inggeris.

Fareez             : Oh , maafkan aku kalau mengganggu engkau. Boleh aku tanya sedikit?

Aqil                 : Tak mengapa , Fareez. Mahu tanya apa?

Fareez             : Kelas kau ada pelajar baru kah?

Aqil                 : Pelajar baru? Apa kau merepek ni?

Fareez             : Kenapa? Tak , maksud aku , budak yang duduk sebelah Yusrizal itu , pelajar barukah?

Aqil                 : Haha , Fareez , Fareez! Itu pelajar lama. Dia dah lama tak datang ke sekolah kerana mengikuti ayahnya ke luar negara , New Zealand.

Fareez             : Pelajar lama? Berapa lama dia tidak hadir?

Aqil                 : Sejak selepas lima hari pembukaan sekolah tahun ini. Kenapa? Kau tak pernah nampak dia kah?

Fareez             : Tidak. Siapa nama dia?

Aqil                 : Ahmad Radzi. Panggil Radzi sahaja.

Fareez             : Oh. Terima kasih atas maklumat kau. Kau teruskan sajalah kerja kau. Aku peri dulu ya?

Aqil                 : Sama-sama , kawan.


            Fareez duduk bersama kumpulannya semula. Dia menceritakan semua tentang perbualannya sebentar tadi. Intan , Sabrina , Amirul dan Pavethran khusyuk mendengar cerita Fareez.


Intan               : Ahmad Radzi ya? Boleh tahan nama beliau.


Sabrina           : Apa maksudnya ‘beliau’? Radzi itu orang terhormatkah?

Fareez             : Tidaklah , Rin. Awak ni percaya saja kata-kata In itu.

Amirul            : Dia pernah pergi ke New Zealand. Boleh tahan kaya juga dia itu.
Pavethran      : Awak apa kurangnya.. bukankah pernah pergi ke Australia?

Amirul            : Mana awak tahu?

Pavethran      : Fareez. (menundingkan jarinya ke arah Fareez)

Fareez             : Ya..ya.. Saya yang beritahu dia. Tak mengapakan?

Amirul            : Haha. Tak mengapa. Saya tak kisah. Kalau dikalangan kawan-kawan kita sahaja saya tak kisah.

            Perbualan mereka terganggu lagi dengan kehadiran seorang pengawas sekolah dari tingkatan 3 Marikh melangkah masuk ke dalam kelas 4 Asteroids.


            “ Minta perhatian semua!” jerit pengawas sekolah tersebut. Semua pelajar yang telah bergabung dengan kelas 4 Asteroids senyap untuk seketika.


            “ Saya ingin memberitahu awak semua bahawa ada tiga guru yang tidak hadir sepanjang PNP hari ini. Iaitu Puan Rusiah , Puan Kamariatu Nur dan Puan Umi Sazilah. Dan juga ada pesanan daripada guru disiplin iaitu Puan Sharaida untuk semua ketua kelas yang telah bergabung dengan kelas 4 Asteroids , sila laksanakan tugas anda untuk mengawal para pelajar. Itu sahaja untuk hari ini , terima kasih,” kemudian pengawas tersebut terus melangkah keluar dari kelas 4 Asteroids.


            Intan tersenyum seketika.


Intan               : Dengar bukan? Baik kita senyap dan membaca buku.

Amirul            : Buku? Buku apa?

Intan               : Buku apa-apa sahaja. Asalkan membaca.

Fareez             : In , awak baca buku apa?

Intan               : Ini .. (sambil menayangkan sebuah novel ke arah mereka)

Sabrina           : Siapa Lebih Popular?

Intan               : Yup , dan saya ingin habiskannya hari ini juga. Jalan ceritanya sungguh menarik.

Fareeez           : Macamlah awak sahaja ada novel. Saya pun ada juga.

Amirul            : Awak pun ada juga? Apa tajuknya?

Fareez             : Ini dia! (sambil menayangkan novelnya)

Pavethran      : Sherlock Holmes? Saya pun ada bawa satu juga. Tapi saya punya ini siri keempat.

Sabrina           : Wow! Sungguh menarik. Awak macam mana pula , Amirul?
Amirul            : Saya? Emm.. Sekejap.. (sambil mencari di dalam begnya lalu menayangkan novel tersebut)

Intan               : Huh? Mr.Midnight?

Amirul            : Ya , kenapa? Ceritanya juga menarik.

Intan               : Tidak! Ia menyeramkan!

Sabrina           : Wow! Citarasa kita samalah Amirul.

Amirul            : Kenapa pula?

Sabrina           : Saya juga ada satu.

Amirul            : Mr.Midnight , When The Living Meet The Dead. Wow , boleh tahan tajuknya.

Sabrina           : Apa tajuk novel awak itu?

Amirul            : The Circle Of Death dan When The Screaming Had To Stop.

Sabrina           : Wow!

Intan               : Sudahlah tu . Mari kita membaca. Nanti ketua kelas marah pula.

Sabrina           : Marilah.


Kringgg...Kringg...


            Loceng rehat pun berbunyi. Sabrina , Intan , Amirul , Pavethran dan Fareez pun keluar daripada kelas dan terus menuju ke koperasi. Semasa dalam perjalanan , ada seorang pelajar perempuan tingkatan dua berlari ke arah mereka berlima.

            “ Tunggu!” pelajar perempuan tersebut kelihatan tercungap-cungap.


            Mereka berlima agak terkejut akan jeritan tersebut. Mereka memberhentikan langkah mereka untuk ke koperasi. Pelajar perempuan tingkatan dua tersebut berjalan ke arah Sabrina.


            Fareez melihat tag nama pelajar tersebut.

            ‘ Maria’


            “ Awak nak apa , Maria?” pelajar perempuan tersebut agak terkejut apabila Fareez menyebut namanya.


            “ Mana abang tahu nama saya?” tanya Maria.

           
            “ Itu , nametag awak. Awak mahu apa?” tanya Fareez sekali lagi.


            “ Saya nak jumpa Kak Sabrina sekejap,” mereka berempat memandang ke arah Sabrina.


            “ Emm.. Ada apa nak jumpa akak?” tanya Sabrina.


            “ Ada surat untuk akak. Nah,” sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Sabrina.


            “ Ini dari siapa , adik?” tanya Amirul. Malangnya , Maria tidak memberitahu kepada mereka. Dia hanya berlari meninggalkan mereka berlima setelah memberikan sepucuk surat kepada Sabrina.


            “ Rin , awak bukalah cepat,” kata Pavethran.

           
            “ Sekejaplah..”


            Setelah membukanya , mereka berlima membaca dengan khusyuk sekali.



       Jumpa kami di belakang dewan
            sekolah..

            Kami mahu awak seorang sahaja
            yang datang. Sekarang juga..
 
 






           

           







            “ Perkataan ‘Kami’ itu membuatkan saya agak takut,” kata Intan.


            “ Memanglah. Kedengarannya seperti ramai yang ingin jumpa Rin,” kata Fareez.


            Sabrina terdiam seketika.


            “ Rin , kami ikut ya?” kata Amirul kepada Sabrina.


            “ Tak perlu. Saya boleh pergi seorang diri. Tunggu saya di meja hadapan koperasi ya? Saya akan datang sekejap lagi,” kata Sabrina lalu meninggalkan mereka di belakang.


Amirul            : Saya risaulah!

Fareez             : Macamlah awak seorang. Kami pun!

Intan               : Alah , awak berdoalah sahaja.

Amirul            : Baiklah.

Intan               : Saya harap , Rin tak apa-apa.

Pavethran      : Sudahlah tu. Saya yakin lah. Dia akan baik-baik sahaja. Jangan risau.


            Setelah sampai di belakang dewan , kelihatan lima orang senior sekolahnya sedang menunggu di     situ. Sabrina menarik nafas panjang-panjang dan berdoa di dalam hatinya. Kemudian , dia melangkah ke hadapan senior-senior tersebut.


            “ Baiklah , Sabrina. Awak tahu tak apa tujuan kami panggil awak ke sini?” tanya senior tersebut yang bernama , Hamirah.


            “ Tidak,” Sabrina menjawab ringkas.


            Kemudian , senior yang bernama Juehaidah membuka mulutnya.


            “ Awak mahu tahu?”


            “ Apa?” Sabrina bertanya lagi.


            “ Senang sahaja. Ketua kami , Hamirah mahu kau jauhkan diri kau dari Afizi,” kata senior yang bernama Dania.


            “ Tapi , kenapa saya harus lakukan benda itu?!” Sabrina meninggikan suaranya.


            “ Saya tidak suka lihat perempuan yang rapat dengan Afizi!”


            “ Ta.. ta.. tapi , dia kawan baik saya,”


            “ Tak ada tapi-tapi lagi! Aku mahu kau..” kata-kata Hamirah dipotong oleh Sabrina.


            “ Baiklah! Awak mahu Afizi bukan? Kutiplah dia!”

            Kemudian , Sabrina pun berlari dari situ. Hanya satu sahaja destinasi yang boleh menyembunyikan air matanya itu , tandas. Ya , tandas. Sabrina menuju ke arah tandas yang berdekatan.


            Semasa dalam perjalanannya itu , Sabrina terlanggar seseorang. Afizi!


            “ Hey , Rin! Awak okey tak?” tanya Afizi sambil memegang bahunya.


            “ Lepaskan saya!”


            Sabrina berlari menuju ke tandas.


            Sampai sahaja di tandas , Sabrina memasuki salah satu daripada empat buah tandas yang disediakan. Sabrina menghempas pintu tersebut.


            Air mata yang tidak dapat ditahan itu , Sabrina keluarkan dengan bersungguh-sungguh.


            “ Kenapa?Kenapa?! Kenapa semua ini terjadi pada aku seorang? Kenapa hidup ini sentiasa dipenuhi dengan penderitaan? Tak mungkin aku dapat lakukan!Afizi sahabat baik aku!” kata Sabrina sambil menangis. Setelah itu , dia mencapai sapu tangan yang berada di dalam poketnya lalu mengelap air matanya.


            Kemudian , Sabrina melangkah keluar dari tandas. Dia berjalan sepanjang koridor kelas-kelas tingkatan lima. Dia memberhentikan langkahnya di hadapan kelas 5 Bumi. Dia melihat tempat duduk Afizi. Kemudian , dia menangis kembali. Dia meneruskan perjalanannya. Di saat dia hendak turun ke tangga , dia terlanggar seseorang lagi. Tapi kali ini bukannya Afizi , tetapi , Radzi.


            “ Maafkan saya!” kata Sabrina sambil menundukkan kepalanya.


            “ Tak mengapa. Awak dari kelas 4 Asteroids bukan? Kelas yang saya sedang gabung sekarang ini,” tanya Radzi.


            Sabrina menganggukkan kepalanya. Di saat itu , bermulalah pertemuan mereka buat kali yang pertama.


Radzi              : Oh , saya Radzi. Panggil sahaja saya Raz. Nama awak pula?

Sabrina           : S..Sa..Saya Sabrina. Panggil sahaja saya Rin.

Radzi              : Awak seorang pengawaskah?

Sabrina           : Ya , pengawas sekolah.

Radzi              : (terdiam sambil melihat wajah Sabrina)

Sabrina           : Kenapa? Apa yang tak kena?

Radzi              : Mata awak merah sekali. Awak menangiskan tadi?

Sabrina           : Tidak! Saya tidak menangis! Cuma mata saya dimasuki habuk sebentar tadi.

Radzi              : Tak usahlah awak nak menipu saya. Saya tahu awak menangis.

Sabrina           : Mana awak tahu?

Radzi              : Tak mungkin kalau mata seseorang itu dimasuki habuk dan terus menjadi merah , termasuk hidungnya yang berwarna merah. (senyum)

Sabrina           : Hah?

Radzi              : Awak ada sapu tangan?

Sabrina           : Ada..ada..

Radzi              : Boleh saya pinjam sekejap?

Sabrina           : Nah.. (sambil menghulurkan sapu tangannya)

Radzi              : (membelek sapu tangan Sabrina)

Sabrina           : ... (melihat gerak geri Radzi)

Radzi              : (senyum) Kan betul. Sapu tangan ini masih lagi basah dengan air mata awak.

Sabrina           : (terdiam)

Radzi              : Kenapa awak diam? Awak menangis mesti ada masalah bukan?

Sabrina           : Iyaa.. Macam mana awak tahu?

Radzi              : Perempuan akan menangis bila ada masalah. Terutamanya tentang perhubungan.

Sabrina           : Maksud awak?

Radzi              : Sebab , saya pernah hadapi semua itu. Dan , saya pun menangis.

Sabrina           : Awak pernah bercinta?

Radzi              : Cinta pandang pertama yang telah membuatkan hidup saya menderita dan menyesal seumur hidup.

Sabrina           : Apa yang telah terjadi?

Radzi              : Dahulu , semasa saya di tingkatan satu sehingga tingkatan tiga , saya bercinta dengan seorang pelajar perempuan yang sebaya dengan saya. Namanya , Nerina. Orang lain panggil dia Rin juga.

Sabrina           : Boleh awak ceritakan pada saya?

Radzi              : Semasa saya bercinta dengan dia selama tiga tahun... Ada seorang lelaki yang berumur sembilan belas tahun berjumpa saya di taman hadapan sekolah kita...


            “ Nerina adalah milik aku! Bukan untuk kau!” lelaki itu teriak ke arah Radzi.


            “ Tapi.. macam mana semua itu terjadi? Rin.. Tolong jawab pertanyaan saya , awak ada orang lain selain sayakah?” Radzi bertanya ke arah Nerina.


            “ Itulah yang saya ingin beritahu kepada awak selama ini. Saya ingin mempermainkan awak sahaja,” kata Nerina sambil tersenyum jahat.


            Radzi terdiam. Air matanya mula mengalir.


            “ Kau sudah dengarkan? Budak bodoh seperti kau mudah dipermainkan oleh mana-mana perempuan pun. Kau ini budak mentah , kau sedarlah sikit. Sekarang ini , aku adalah boyfriend  Nerina yang sebenarnya. Dan kau sudah jadi barang permainan yang buruk yang telah dipermainkan oleh Nerina. Haha,” lelaki itu ketawa dengan bersungguh-sungguh.


            “ Baiklah! Kalau kau nak sangat Nerina , kau ambillah. Dia pun dah tak perlukan aku lagi untuk dipermainkan!” jerit Radzi.


            “ Hoi budak! Berani kau tinggikan suara pada aku ya?! Kau ingat sikit , aku sudah sembilan belas tahun , kau baru lima belas tahun. Berani kau ya , budak!” lelaki tersebut marah ke arah Radzi.


            “ Kau fikir aku takutkah dengan lelaki berumur sembilan belas seperti kau?!” Radzi mencabar.


            “ Kau mahu cabar aku ya?! Baiklah. Untung aku bawa geng rempit aku untuk membelasah kau. Geng , belasah budak ni!” lelaki tersebut mengarahkan konco-konconya.


            Radzi dibelasah dengan teruk sekali. Sehinggakan di dahi dan tangan luka akibat dipukul oleh kayu yang berduri. Kemudian , Radzi pengsan disitu.


Sabrina           : Itukah yang terjadi pada awak?

Radzi              : Iyaa. Kenangan itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Parut ini telah memberikan banyak memori dalam hidup saya.

Sabrina           : Sungguh menderitakan.. aku tak sangka ada orang lain lagi yang lebih menderita tentang percintaan daripada aku.. (berkata dalam hati)

Radzi              : Apa yang awak fikirkan?

Sabrina           : Huh! Tidak-tidak! Macam mana dengan Nerina?

Radzi              : Dia ditangkap oleh polis. Begitu juga dengan teman lelakinya.

Sabrina           : Ditangkap polis? Mengapa? Apa yang terjadi?

Radzi              : Mereka dituduh melakukan maksiat di dalam sebuah hotel.

Sabrina           : Tak sangka betul.

Radzi              : Ya. Saya pun sama juga. Baru saya faham , tidak sesuai untuk bercinta di zaman sekolah. Saya insaf.

Sabrina           : Hmm.. Tapi sekarang ini , saya bukan menghadapi masalah cinta. Saya akan kehilangan seorang sahabat baik saya.

Radzi              : Saya tahu. Tapi tak perlulah awak ceritakan pada saya. Mungkin perkara itu sangat sedih bagi awak. (tenung wajah Sabrina)

Sabrina           : Awak kenapa asyik tenung muka saya daripada tadi?

Radzi              : (Senyum) Nah , ambil balik sapu tangan awak dan lap hingus awak yang hampir terkeluar itu.

Sabrina           : Haa! Alamak! (sambil menutup hidungnya dengan sapu tangannya)

Radzi              : (tersenyum ke arah Sabrina)


            “ Peramah juga , Radzi ini,” kata Sabrina di dalam hati. Dia begitu tak sangka , ada juga orang lain yang lebih menderita dan lemas dalam lautan cinta. Tuhan telah menunjukkan kepadanya bahawa bukan Sabrina seorang sahaja yang menderita tentang perkara tersebut.


            Lamunannya dikejutkan oleh kawan-kawannya.


            “ Rin..” Fareez menegur Sabrina dari belakang.


            “ Hmm?”


            “ Kami sudah tahu semuanya. Saya rasa , awak lepaskan Afizi,” kata Amirul.


            “ Apa awak cakap ni , Amirul?” tanya Pavethran.


            “ Ahh.. maksud saya , awak janganlah bersedih lagi ya?” Amirul mengubah topik.


            “ Saya tahu , Amirul. Muka awak merah. Kenapa?” tanya Sabrina sambil memandang muka Amirul.


            “ Muka saya merah?! Ahh! Tak ada apa! Saya okey!” Amirul menutup wajahnya.


            “ Oh. Okey. Kawan-kawan. Saya rasa kita patut bincang perkara ini lain kali. Saya tak ada mood ni,” kata Sabrina sambil memegang dahinya.


            “ Baiklah. Kalau itulah yang awak mahu,” kata Pavethran.



BAB 11

Kringg... Kringg...


            “ Sekarang dah masa untuk pulang. Apalah yang akan terjadi lagi selepas ini,” Sabrina berkata dalam hati.


Pavethran      : Rin.. Awak mahu pulang atau tidak?

Fareez             :Yalah.. Awak asyik mengelamun sepanjang kelas berjalan walaupun cikgu tidak ada.

Sabrina           : Saya okey. Awak semua pulanglah dahulu.

Amirul            : Awak pula macam mana? Saya sangat risaukan awak tahu tak?

Intan               : Psst.. Amirul.. kalau awak suka pada dia pun , janganlah over sangat. Nanti Rin dapat kesan yang awak suka pada dia macam mana? (berbisik di telinga Amirul)

Amirul            : Yaa.. Itu saya tahulah.. Tapi , saya sangat bimbangkan keadaan dia. (berbisik di telinga Intan)

Sabrina           : Apa yang awak berdua bisikan?

Intan               : Ahh! Tak ada apa-apa. Ini haa Amirul. Dia risaukan awak.

Amirul            : Ya..Ya.. Saya risaukan awak.

Sabrina           : Hah?

Amirul            : Maksud saya , kami risaukan awak!

Sabrina           : Maafkan saya kalau saya membuatkan awak semua risau. Tapi saya perlu bersendirian. Awak semua pulanglah dahulu. Jangan risau.

Fareez             : Baiklah. Kami pergi dulu ya?

Amirul            : Rin.. Jangan diri awak baik-baik.. Saya sayangkan awak..

Sabrina           : Apa?

Amirul            : Maksud saya , kami sayangkan awak! Jangan fikir lain okey?!

Sabrina           : Saya faham.. Sudahlah.. Pulanglah dahulu.


            Tinggallah Sabrina seorang diri di dalam kelas. Sabrina mengemas buku-bukunya dan masukkan di dalam beg sekolahnya. Selesai sahaja mengemas barangnya , Sabrina terus mengunci pintu kelasnya.


            Dia berjalan seorang diri di kaki lima sekolah tersebut untuk menuju ke pokok yang selalu dia menantikan kehadiran ibunya itu. Tetapi kali ini , ibunya datang lambat sedikit kerana terpaksa menghantar datuk dan neneknya ke hospital di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan darah.


            Sambil itu , Sabrina mengelamun seorang diri. Dia melihat di perhentian bas sekolahnya. Tiada seorang pun yang ada. Semuanya sudah pulang. Kemudian dia melihat di pondok rela. Tidak ada seorang pengawal pun di dalam itu. Di taman hadapan sekolahnya itu turut sunyi. Selalunya , disitulah dia dapat melihat Afizi dan kawan-kawannya duduk bermain gitar bersama-sama.


            Tapi hari ini , memang hari yang tidak dapat dilupakan oleh Sabrina. Pada waktu tengahari tersebut memang sunyi.


            “ Kemana semua orang disini? Sunyi betul hari ini,” Sabrina berkata sendirian.


            “ Aku tak sangka hari ini adalah hari paling menyedihkan untuk aku. Aku mesti tidak akan dapat lupakan sejarah hari ini,” kata Sabrina lagi.


            Dua puluh minit dia menantikan ibunya. Tidak sampai-sampai lagi. Sabrina sudah berasa tidak sedap hati. Dia merasakan diri dia diperhatikan oleh seseorang.


            Sabrina bersandar pada batang pokok yang rendang itu. Tiba-tiba , dia ternampak seorang lelaki yang berjalan ke arahnya. Dia memakai kot hitam yang panjang sehingga ke paras lututnya. Dia memakai spek mata berwarna hitam dan topi berwarna hitam.


            “ Siapa lelaki ini? Menakutkan! Aku harap aku tidak akan apa-apa,” Sabrina berdoa di dalam hati.

            Dengan secara tiba-tiba , lelaki tersebut bergelut dengan Sabrina.


            “ Hei! Apa ni! Lepaskan aku!” jerit Sabrina.


            “ Tidak! Aku mahu jadikan kau sebagai tebusan!” kata lelaki itu dengan suaranya yang garau.


            Sabrina meludah ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut membalas dengan tamparan yang agak hebat sekali di pipi Sabrina. Sabrina jatuh ke atas lantai.


            “ Tolong! Tolong!” Sabrina menjerit. Kemudian , lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan lalu mengikat mulut dan tangan Sabrina.


            “ Nah.. Sekarang tak ada sesiapa pun yang akan mendengar kau menjerit. Haha,” kata lelaki tersebut dengan bangga.


DUSH!!


            Satu tendangan yang kuat yang datang dari belakang badan lelaki tersebut. Lelaki itu jatuh tersembam ke atas tanah.


            “ Aduh! Siapa yang berani menendang aku ini?!” kata lelaki itu dengan marah sekali.


            Pertanyaan lelaki itu telah dijawab oleh suara yang Sabrina memang kenal selama ini.


            “ Aku yang tendang kau. Seronok bukan?” kata Amirul yang keluar dari tembok yang dia sembunyikan diri sambil tersenyum.


            “ Kau rupanya budak! Berani kau tendang aku!” kata lelaki itu.


            “ Oh , kau nak culik dia untuk jadikan tebusan ya?!” kata Amirul sambil melipat lengan bajunya.
            “ Jadi , apa masalah kau? Kau jangan masuk campur dalam urusan aku. Kalau tidak , aku akan bunuh kau!” lelaki itu mengacukan pisau ke arah Amirul.


            Amirul terdiam seketika.


            “ Jadi budak , kau masih mauh selamatkan perempuan ni?!” cabar lelaki itu.


            “ Ya! Kau lepaskan dia!” Amirul menjerit.


            “Kau masih lagi tidak mahu mengalah ya , budak?!” kata lelaki tersebut sambil berjalan ke arah Amirul.


            “ Tidak!” Amirul seakan-akan mencabar lelaki tersebut.


            “ Oh! Jadi bersiap sedialah untuk mati! Hiiyaahh!”


            Sabrina menutup matanya. Tidak sanggup dia melihat kawannya berkorban nyawa untuknya. Dia mendengar suara Amirul bergelut dengan lelaki tersebut. Dengan tidak sengaja , Sabrina menangis.


            Kemudian , suasana di situ sunyi kembali. Di fikiran Sabrina sudah menganggap bahawa Amirul sudah mati akibat tikaman lelaki tersebut pada Amirul. Air matanya mengalir dengan tiada hentinya. Matanya masih lagi tertutup.


            Sabrina terdengar bunyi tapak kaki yang berjalan ke arahnya. Dia tidak sanggup lagi untuk didera oleh lelaki yang kejam itu.


            Tiba-tiba , ikatan pada mulut dan tangan Sabrina telah dibuka oleh seseorang. Matanya masih lagi tertutup rapat. Kemudian , dia mendengar suara seorang lelaki yang berbisik di telinganya.


            “ Bukalah mata awak. Awak dah selamat,” bisik lelaki itu.


            Sabrina membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat mayat lelaki yang ingin menculiknya itu terbaring dengan tikaman pisaunya di dada. Sabrina menoleh ke belakang.


            “ Awak..awak.. Awak masih hidup?” Sabrina berasa agak terkejut dengan apa yang dilihatnya. Baju Amirul penuh dengan sisa tanah dan darah.


            “ Ya.. Saya masih hidup. Awak tak apa-apakan?” Amirul memegang wajah Sabrina.


            Sabrina terdiam. Dia melihat wajah Amirul yang dipenuhi dengan tanah. Sabrina menangis lagi.


            “ Hei , kenapa awak menangis? Saya masih hidup lagi,” kata Amirul sambil memegang tangan Sabrina.


            “ Terima kasih , Amirul.. Terima kasih sebab menyelamatkan saya. Awak sanggup bertaruh nyawa demi saya. Terima kasih banyak-banyak..,” Sabrina masih lagi memeluk Amirul.


            “ Untuk awak , saya lakukan apa sahaja. Sebab saya.. Err.. sebab..,” Amirul ingin meluahkan perasaannya terhadap Sabrina. Dia menarik nafas panjang-panjang lalu...


            “ Sebab saya sukakan awak , Rin..,” Amirul berkata sambil menutup matanya.


            Sabrina melepaskan pelukannya dari Amirul. Dia agak terkejut apabila mendengar kata-kata Amirul.


            “ Saya salah dengarkah? Awak sukakan saya?” Sabrina mengajukan soalan kepada Amirul.


            “ Tidak! Emm.. Ya..Ya!! Eh , tidak! Alamak.. habislah aku,” Amirul berkata dengan gagapan yang tahap maksimum sekali.

            Sabrina tersenyum.


            “ Kenapa awak senyum?” Amirul bertanya kepada Sabrina.


            Sabrina masih lagi tersenyum.


            “ Awak kenapa ni? Saya tengah serius luahkan perasaan pada awak ini!” Amirul menggoncang-goncangkan bahu Sabrina.


            “ Okey! Okey! Saya faham!”


            “ Apa yang awak fahamkan , Rin?


            “ Saya dah tahu lama dah fasal ni,” kata Sabrina.


            “ Macam mana awak tahu?”


            “ Dengan cara awak bercakap saya dapat kesan perasaan awak. Contohnya , semasa kita mahu pulang tadi,” Sabrina berkata dengan yakin.


            “ Oh , maafkan saya kalau kata-kata saya...”


            “ Tak mengapa. Saya sudah biasa,” Sabrina memotong kata-kata Amirul.


            “ Jadi.. Sudi tak awak.. Jadi... Emmm..,” Amirul masih lagi gagap.


            “ Haha , peliklah awak ni,” kata Sabrina sambil mencubit pipi Amirul.


            “ Apa yang peliknya? Saya tengah serius ni,” kata Amirul dengan nada suaranya yang agak serius. Matanya tepat memandang ke arah mata Sabrina.


            Sabrina terdiam apabila melihat pandangan Amirul yang tajam itu.
            “ Baiklah saya tunggu,” Sabrina tersenyum.


            “ Emm.. Sudi tak awak.. Ahh... Sudi tak.. Awak.. Awak jadi...”


            Kata-kata Amirul dihalang oleh kedatangan satu rombongan polis di sekitar kawasan tersebut.


            “ Kamu berdua tak apa-apa?” salah seorang pegawai polis datang ke arah mereka.


            Mereka berdua hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.


            “ Macam mana dengan penculik tadi?” tanya pegawai polis itu lagi.


            “ Saya sudah membelasahnya. Mungkin dia mati akibat tikaman pisau di dadanya,” kata Amirul dengan bangga.


            “ Kami patut berterima kasih atas perjuangan kamu berdua. Orang ini adalah orang yang paling dikehendaki oleh polis sehingga kini. Dia adalah seorang penculik yang licik,” terang pegawai polis tersebut.


            Mayat lelaki tersebut diusung masuk ke dalam trak polis. Sabrina dan Amirul dibawa ke balai polis untuk menceritakan tentang kejadian tersebut dengan lebih lanjut lagi. Ibu Sabrina hadir ke balai polis. Puan Zarinah memeluk anaknya dengan erat sekali.


            “ Maafkan mama sebab mama datang lambat,” kata Puan Zarinah sambil menangis teresak-esak.


            “ Tak mengapa , mama. Asalkan anak mama ini selamat,” kata Sabrina.


            “ Siapa yang menyelamatkan kamu , nak?” tanya Puan Zarinah.


            Sabrina memandang ke arah Amirul sambil tersenyum. Amirul hanya tertunduk malu.


            “ Amirul , mama. Amirul yang dah selamatkan saya,” kata Sabrina sambil menundingkan jarinya ke arah Amirul.


            “ Amirul , terima kasih sebab selamatkan anak makcik. Malam ini , makcik jemput kamu datang ke rumah makcik untuk makan malam bersama-sama,” pelawa Puan Zarinah.


            “ Eh , tak mengapa , makcik. Menyelamatkan anak makcik hanya perkara kecil sahaja,” Amirul menolak pelawaan Puan Zarinah.


            “ Amirul. Kamu sudah menyelamatkan anak makcik. Kami sekeluarga terhutang budi atas pertolongan kamu. Jadi , janganlah tolak pelawaan makcik,” Puan Zarinah merayu.


            Amirul memandang ke arah Sabrina. Sabrina mengenyitkan matanya. Dengan secara tiba-tiba , Amirul menjadi semangat semacam.


            “ Baiklah makcik. Saya akan datang malam ini,” kata Amirul dengan penuh bersemangat.


            “ Terima kasih ya , Amirul. Makcik hantar pemandu makcik untuk jemput kamu. Kamu tinggal di mana ya?” tanya Puan Zarinah.


            “ Saya tinggal di apartmen Ruvena Villa , makcik,” kata Amirul.

            “ Baiklah. Kamu tunggu di pintu masuk apartmen tersebut pada jam tujuh,” kata Puan Zarinah.


            “ Baiklah,” Amirul tersenyum memandang ke arah Sabrina.


            Polis telah menasihati Puan Zarinah agar lebih berhati-hati. Begitu juga dengan pengawas sekolah mereka untuk tidak ke mana-mana sewaktu pelajar sekolah hadir ke sekolah atau pulang dari sekolah.
            Mereka pun pulang ke rumah masing-masing.


DI RUMAH SABRINA


            Sesampai sahaja di rumah , Sabrina terus menuju ke biliknya. Dibasuhnya baju sekolahnya yang dipenuhi dengan tanah lalu menjemurnya di koridor biliknya. Kemudian , Sabrina menunaikan solat Zuhur. Setelah itu , Sabrina baring di atas katilnya yang sebesar Queen Size hanya untuk dia seorang sahaja. Begitu juga dengan adiknya yang berada di bilik sebelahnya.


            “ Kakak , marilah turun bawah. Kita makan tengahari bersama-sama sambil menonton cerita Spongebob Squarepants,” pelawa adiknya.


            “ Baiklah.. Kakak akan turun.. Sekejap ya..,” setelah tidak mendengar bunyi tapak kaki adiknya yang sedang menuruni tangga , Sabrina membebel seorang diri sambil mengemas katilnya.

            “ Ishh! Nak mengelamun sekejap pun tidak boleh! Pasti ada yang menganggu!”


DI RUMAH AMIRUL


            “ Amirul , kenapa baju kotor ni?!” tanya ibu Amirul dengan nada suara yang tinggi.


            “ Mak jangan marah sangat. Hari ini , Amirul dah melakukan sesuatu yang baik. Mak pasti bangga!” Amirul memeluk maknya dengan erat.


            “ Eh! Eh! Kenapa dengan kamu ni? Apa yang kamu dah buat hari ni?” tanya mak Amirul sambil memegang bahu anaknya.


            “ Amirul dah tewaskan penculik yang dikehendaki polis dan selamat Sabrina daripada diculik lelaki tersebut. Dan satu lagi , ibu Sabrina menjemputsaya untuk datang ke rumahnya pada malam ini untuk makan malam bersama-sama,” kata Amirul.


            “ Wah! Hebat sungguh anak lelaki mak! Mak bangga sangat dengan kamu , nak! Kamu dah berbakti kepada negara , kamu tahu tidak?!” mak Amirul amat terkejut mendengar jasa anaknya itu.


            “ Saya tahulah , mak. Mak mahu ikut saya malam ini?” tanya Amirul.


            “ Tak bolehlah , nak. Mak kena pergi ke rumah jiran sebelah. Anaknya sakit asma,” kata mak Amirul sambil memegang pipi anaknya.


            “ Kalau begitu , tak mengapalah , mak. Saya boleh pergi sendiri,” kata Amirul.


            Setelah berbual dengan ibunya , Amirul masuk ke dalam biliknya. Dia terus merendam pakaian sekolahnya yang kotor itu. Setelah dia membersihkan pakaiannya ,dia menunaikan solat Zuhur.


            Setelah itu , dia berdiri di hadapan cermin almarinya. Dia memikirkan apa yang hendak dipakainya pada malam itu. Dia membuka pintu almarinya lalu membelek pakaiannya satu per satu. Habis bersepah biliknya dipenuhi dengan pakaiannya.


Kemudian dia mengeluarkan sehelai baju T-shirt berwarna putih , jaket jeans dan seluar jeans. Lalu , dia memadankan pakaian tersebut pada badannya.


            “ Hmm.. Tak over  sangat ke?” Amirul berfikir. Kemudian dia mengeluarkan sehelai kot hitam yang selalu dipakainya apabila ada jamuan. Amirul berfikir lagi.


            “ Baik aku pakai T-shirt putih dengan jaket jeans ini daripada kot hitam ini,” kata Amirul sendirian. Setelah selesai memilih pakaian yang sesuai , Amirul menghempaskan badannya di atas katil. Bermulalah lamunan Amirul pada siang hari itu.


            Sambil dia mengelamun , sambil itulah dia tersenyum sendirian.


            “ Agak-agaknya , Rin sudi tak jadi girlfriend aku? Argh , tak mungkinlah,” Amirul membebel sendirian.


            Amirul bangun lalu duduk bersila di atas katilnya. Dia melihat pakaiannya yang bersepah di atas lantai biliknya.


            “ Ini tak boleh jadi! Aku harus buat sesuatu! Daripada aku berdiam diri , baik aku beritahu Rin juga!” kemudian dia berdiri. Tangannya sudah membentuk buku lima tanda semangatnya.


            Lima minit kemudian , buku limanya mula membentuk menjadi tangan seperti biasa. Wajah Amirul mula muram seketika.


            “ Tapi... Bukan ke aku dah terlepas cakap tadi?” kata Amirul sambil berpeluk tubuh.

            “ Ahh! Malam ni aku mesti beritahu dia!” Amirul menjerit sambil berdiri di atas katil.


            “ Amirul cakap dengan siapa tu?!” ibu Amirul berteriak dari ruang tamu.


            Amirul menekup mulutnya.


7.05 MALAM


            “ Mana pemandu Rin ni?” Amirul mengomel sendirian di pintu masuk apartmen Ruvina Villa.


            Lima minit kemudian , dia melihat sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapannya. Tingkap kereta dibuka oleh pemandu tersebut.


            “ Kamu Amirul kah?” tanya pemandu tersebut.


            “ Ya , saya,” Amirul menjawab sambil tersenyum.

            “ Maafkan pakcik sebab lambat. Silakanlah masuk,” pemandu tersebut membukakan pintu belakang untuk Amirul.


            “ Terima kasih ya,” kata Amirul lalu masuk ke dalam kereta.


            Sepuluh minit kemudian , mereka tiba salah satu sebuah banglo dua tingkat. Amirul ternganga sendirian. Betapa terkejutnya Amirul melihat rumah Sabrina sebesar itu.


            “ Pakcik , inikah rumah Sabrina?” tanya Amirul kepada pemandu tersebut.


            “ Ya , inilah rumahnya,” kata pemandu itu.


            Amirul turun dari kereta lalu menuju ke pintu pagar. Pintu tersebut terbuka dengan sendirinya. Amirul melihat di sekeliling rumah Sabrina. Di sebelah kirinya ada disediakan dua bangku dan meja. Di sebelah kanannya pula ada sebuah taman bunga kecil.


            Di pintu masuk rumah banglo tersebut , kelihatan Sabrina sekeluarga menantikan kehadiran Amirul. Amirul terus menuju ke arah ibu bapa Sabrina lalu bersalam-salaman dengan mereka.


            “ Pakcik bangga dengan kamu , Amirul. Kamu dah melakukan sesuatu perkara yang baik hari ini,” kata Encik Hamdan sambil menepuk-nepuk bahu Amirul.


            Amirul tersengih sambil menggaru-garukan kepalanya. “ Terima kasih , pakcik. Ini semua terjadi secara tiba-tiba sahaja. Asalkan Sabrina selamat , betul tak?” kata Amirul sambil tersenyum lebar.


            “ Betul kata kamu itu. Eh , masuklah. Makcik tahu kamu dah lapar. Marilah kita makan bersama-sama,” pelawa Puan Zarinah.


            Amirul melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.


            “ Wow , luas betul rumah ni!” Amirul berkata di dalam hati.


            Sampai sahaja di dapur , Amirul melihat banyak makanan yang enak. Adik Sabrina sedang duduk di salah satu sebuah kerusi daripada enam kerusi.


            “ Err.. Sabrina mana , makcik?” tanya Amirul sambil tersenyum.


            “ Amboi.. Sekejap ya. Asyikin , panggil kakak kamu. Cakap Abang Amirul dah sampai,” arah Puan Zarinah kepada anaknya yang bongsu itu.


            “ Okey,” kata Asyikin.


            Dengan pantas , Asyikin berlari naik ke tangga lalu mengetuk pintu bilik kakaknya.


            “ Kakak , Abang Amirul dah sampailah. Cepatlah sikit,” kata Asyikin sambil mengetuk pintu.


            “ Iya.. kakak sedang bersiap ni. Tunggu sekejap ya,” kata Sabrina. Asyikin berlalu pergi.


            Sabrina melihat dirinya di cermin. Rambut sudah diikat dengan riben , T-shirt berwarna putih dan berseluar jeans.


            “ Okey , sudah siap!” kata Sabrina sendirian.


            Semasa dia hendak keluar. Telefon bimbitnya berbunyi. Sabrina melihat nama yang tertera pada telefonnya.


            Sabrina mengangkat panggilan telefon itu dengan secara terpaksa. Kedengaran suara Afizi yang bernafas di hujung panggilan.


Sabrina           : Apa awak nak?

Afizi                : Awak kenapa hari ini?

Sabrina           : Maaf , saya sibuk sekarang.

Afizi                : Rin , boleh tak tolong jawab pertanyaan saya dahulu? (nada suara tinggi)

Sabrina           : Saya tak apa-apa , saya okey , saya sihat. Puas?

Afizi                : Awak marahkan sayakah? Apa salah saya pada awak?

Sabrina           : (terdiam di hujung panggilan)

Afizi                : Kenapa awak diam? Jawablah! (marah)

Sabrina           : Hubungan kita sampai disini sahaja. Saya terpaksa jauhkan diri saya daripada awak.

Afizi                : Apa awak cakap?

Sabrina           : Saya tak nak ulang lagi. Saya cuma nak ucapkan , selamat tinggal.

Afizi                : Apa maksudnya selamat tinggal?

Sabrina           : Maafkan saya.. (menangis)

Afizi                : Awak menangiskah?

Sabrina           : Afizi , malam ini juga , saya mahu awak lupakan saya. Dan tolonglah pergi bersama-sama dengan Hamirah.

Afizi                : Apa kaitan saya dengan Hamirah?

Sabrina           : Sudahlah! Saya mahu awak lupakan saya! Hidup saya dah cukup menderita! Tolonglah lupakan saya..

Afizi                : (terdiam di hujung panggilan)

Sabrina           : Awak fahamkan?

Afizi                : Tapi , awakkan kawan saya?

Sabrina           : Saya tak kira!

Afizi                : Baiklah.

Sabrina           : Afizi...

Afizi                : Tak mengapa. Saya okey. Awak kata awak sibuk tadi bukan? Maafkan saya kalau saya menganggu awak. Selamat malam..


            Afizi terus meletakkan telefon bimbitnya. Tanpa disedarinya , Afizi menangis buat kali yang kedua. Dia terpaksa kehilangan seorang sahabat sejati dalam hidupnya.

            “ Rin.. Saya takkan lupakan persahabatan kita,” kata Afizi perlahan.


            Sabrina mengesat air matanya. Dia memakai bedak untuk menyembunyikan tangisannya.


            Kemudian , dia turun ke bawah dan terus menuju ke dapur. Dia melihat Encik Hamdan , Puan Zarinah dan Asyikin sedang menunggunya. Termasuklah Amirul yang juga sedang menunggunya.


            “ Kakak menangiskah?” tanya Asyikin kepada Sabrina.


            “ Tidak. Kakak tidak menangis,” kata Sabrina sambil menggosok matanya.


            “ Habis , kenapa mata kakak merah?” Asyikin masih lagi tidak berpuas hati.


            Jawapan Sabrina telah dipotong oleh kata-kata Puan Zarinah.


            “ Sudahlah. Mari kita makan,” kata Puan Zarinah.


            Sabrina pun duduk di sebelah Amirul. Amirul berbisik di telinga Sabrina.


            “ Awak menangis bukan?” Amirul berbisik.


            Sabrina mengeluh panjang. Lalu dia melihat wajah Amirul.


            “ Kita bincangkan selepas makan ya?” kata Sabrina.


            Selepas makan , mereka menunaikan solat Isyak di salah satu sebuah bilik yang disediakan khas untuk ruangan solat. Selepas itu , Sabrina mengajak Amirul untuk duduk di bangku hadapan rumahnya.


            Mereka duduk di bangku. Masing-masing tidak membukakan topik. Amirul berfikir. Kemudian dia membuka mulut.


Amirul            : Malam ni sungguh indah , bukan?

Sabrina           : (masih lagi diam)

Amirul            : Ehem! Malam ni sungguh indah , betul tak? (nada suara tinggi)

Sabrina           : (masih lagi diam!)

Amirul            : EHEM!

Sabrina           : Apa yang awak cakap tadi?

Amirul            : Saya dah agak..

Sabrina           : Hmm..

Amirul            : Boleh saya tanya awak sedikit? Harap awak tak marah..

Sabrina           : Boleh. Apa yang awak mahu tanya?

Amirul            : Emm.. Kenapa masa adik awak tanya yang awak nangis atau tidak , kenapa awak tidak jawab secara jujur?

Sabrina           : Maksud awak apa?

Amirul            : Saya tahu awak menangis tadi.

Sabrina           : Mana awak tahu?

Amirul            : Hei , kita kawan sudah lamalah. Saya kenal awak!

Sabrina           : Terima kasih..

Amirul            : Boleh awak ceritakan pada saya? Ringkas pun tak mengapa..

Sabrina           : Tadi.. Afizi ada telefon saya.. Selepas itu...

Amirul            : Selepas itu?

Sabrina           : Cara dia cakap seperti dia marahkan saya..

Amirul            : Kenapa pula begitu?

Sabrina           : Sebab.. Saya nak dia lupakan saya.. Saya mahu dia pergi bersama dengan Kak Hamirah..

Amirul            : Oh , senior yang tegur awak di belakang dewan pagi tadi , bukan?

Sabrina           : Ya, mana awak tahu?

Amirul            : Bukankah kami sudah cakap yang kami sudah tahu segala-galanya..

Sabrina           : Yalah. Macam mana awak semua tahu tentang semua ini?

Amirul            : Dengan mengekori awak dan mengintai.. Hehe..

Sabrina           : Berani awak , ya?! Haha!

Amirul            : Jadi sekarang ni , awak solo atau duet?

Sabrina           : Solo..

Amirul            : Boleh tak sa...saya..saya...

Sabrina           : Awak ini kenapa? Dari tengahari tadi awak tergagap-gagap. Apa yang awak mahu cakapkan kepada saya sebenarnya?

Amirul            : Emm.. s..sa..sa..saya.. Saya suka awak sebenarnya..

Sabrina           : Apa?

Amirul            : Saya cakap betul..


            Sabrina terdiam. Matanya tepat memandang ke anak mata Amirul. Tanpa membuang masa , Amirul melutut di hadapan Sabrina. Sabrina berasa hairan.


Amirul            : Boleh tak saya jadi sebahagian dari hidup awak?

Sabrina           : Hei , apa awak ni?

Amirul            : Saya rasa , ini masa yang sesuai untuk saya bahagiakan hidup awak. Saya tak mahu lihat awak bersedih..

Sabrina           : Amirul.. Saya rasa , saya berkawan dengan awak pun sudah cukup baik untuk saya.

Amirul            : Maksud awak?

Sabrina           : Cinta ni mudah pergi. Kalau ada sahabat sejati , ia akan tetap ada dan tak akan pergi.

Amirul            : Baiklah , saya faham. (senyum)

  
BAB 12


SELASA


Kringg..kringg..


            Semua pelajar SMK Putra Perdana bergegas ke Dataran Wawasan. Dataran Wawasan dipenuhi oleh semua pelajar. Guru bertugas pada minggu itu naik ke atas pentas untuk memberikan pengumuman.


            “ Baiklah. Saya minta semua pelajar berikan perhatian. Hari ini , saya akan mengumumkan tiga pengumuman. Pengumuman pertama , kita akan bermula cuti pada hari Isnin hadapan. Pengumuman kedua , perhatian kepada semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia , kamu semua akan ada perjumpaan pada jam sepuluh setengah selepas waktu rehat. Pengumuman ketiga , diminta lima orang ahli rekreasi yang terlibat untuk mengembara ke hutan Afrika , sila tunggu sebentar selepas perhimpunan ini untuk berjumpa dengan Puan Zarini. Sekian sahaja pengumuman pada pagi ini. Pelajar semua boleh masuk ke kelas,” umum guru bertugas tersebut.


            Semua pelajar beredar ke kelas kecuali , Sabrina , Intan , Amirul , Fareez dan Pavethran. Setelah semua pelajar sudah bersurai , mereka berlima menuju ke pentas yang disediakan di Dataran Wawasan. Kelihatan Puan Zarini sedang menunggu mereka berlima bersama dengan Encik Mad.


            “ Ada apa cikgu?” tanya Fareez sambil meletakkan begnya di atas pentas.


            “ Minggu hadapan kamu semua akan bertolak ke hutan Afrika. Jadi , cikgu akan berikan kamu surat kebenaran untuk ibu bapa kamu,” kata Puan Zarini sambil mengedarkan surat kebenaran seorang demi seorang.


            Mereka semua terdiam sambil melihat surat kebenaran tersebut.


            “ Ahh..Cikgu , boleh saya tanya sedikit?” Amirul ingin mengajukan soalan.


            “ Ya , silakan,” Puan Zarini memberikan kebenaran.
            “ Kami naik  flight  sendirian ke , cikgu?” tanya Amirul.


            “ Ya , Amirul. Kamu semua akan menaiki kapal terbang sendirian. Kamu akan berjumpa dengan seorang rakan cikgu Mad yang tinggal di sana yang bernama Ali. Kamu akan menginap di sana selama enam minggu,” kata Puan Zarini.


            “ Enam minggu?!” kata mereka berlima serentak.


            “ Ya , kenapa? Ada yang tak kena?” tanya Encik Mad kepada mereka.


            “ Ini sungguh menyeronokkan!” kata Pavethran sambil melompat-lompat.


            “ Ya , betul tu! Kita tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini!” kata Fareez pula.


            Puan Zarini dan Encik Mad hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka sambil tersenyum melihat gelagat anak murid mereka yang bakal meninggalkan sekolah dan rumah mereka selama hampir dua bulan.


            “ Baiklah.. Baiklah.. Kamu berlima akan ada mesyuarat pada hari Jumaat ini,” kata Encik Mad.


            “ Jumaat? Petang atau pagi?” tanya Amirul lagi.


            “ Pagi,” kata Encik Mad lagi.


            “ Fuh! Nasib baik!” kata Sabrina dan Intan serentak.


            Selepas perjumpaan itu , mereka berlima terus menuju ke kelas. Gerak geri mereka diperhatikan oleh  The Beauties. Zaimira ingin merancangkan rancangannya yang terakhir. Dia berharap sangat agar rancangannya berjaya.


            “ Okey ladies. Pada jam sepuluh setengah akan diadakan perjumpaan Persatuan Bulan Sabit Merah bukan?” kata Zaimira siap dengan gaya gediknya sekali.


            “ Ya , betul,” jawab Falizah.


            “ Baiklah. Sekarang saya mahu tanya , siapa ahli PBSM disini? Sila angkat tangan!” Zaimira mengangkat tangannya.


            Hanya Arina , Rizah dan Falizah sahaja ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Zaimira menurunkan tangannya. Dia memandang ke arah Arisha. Kemudian dia memandang tepat ke arah konconya yang agak lembap itu , Khaisha.


            “Arisha , awak ahli persatuan apa?” tanya Zaimira sambil menundingkan jarinya ke arah Arisha.


            “ Saya? Saya ahli Kadet Remaja Sekolah,” kata Arisha.


            Kemudian dia berjalan maju ke arah Khaisha. Khaisha tersenyum.


            “ Awak , Khaisha! Awak ahli apa?” tanya Zaimira.


            “ S..Sa..Saya ahli Puteri Islam.. Hehe,” jawab Khaisha sambil tersenyum seperti kerang busuk.


            What? Puteri Islam?” Zaimira berasa agak terkejut mendengar jawapan dari mulut Khaisha.


            “ Ahh.. Ya. Awak pula ahli persatuan apa pula , Zaimira?” tanya Khaisha.


            “ Saya? Saya sudah tentulah ahli Persatuan Pengakap. Bukankah ada Yazeid dalam persatuan itu?” kata Zaimira sambil tersenyum bangga.


            Kemudian , Zaimira baru tersedar. Dia mahu menjalankan rancangannya bersama konco-konconya , bukannya mahu berbual rancak tentang persatuan.

            “ Ah! Sudahlah! Sekarang ni kita jalankan  plan  kita yang terakhir untuk menjatuhkan Rin dan Intan,” kata Zaimira sambil tersenyum jahat.


            “ Zaimira.. Awak rasa rancangan kita kali ini dapatkah menjatuhkan maruah mereka?” Arina mula berasa tidak sedap hati.


            Zaimira memerikan jelingan maut ke arah Arina. Arina menelan air liurnya , tetapi tersekat pula di kerongkong.


            “ Erk , maksud saya , saya tidak sedap hatilah , Zaimira,” kata Arina sambil tersenyum.


            “ Kalau awak masih tidak mahu jalankan rancangan ini , awak boleh keluar dari kumpulan ini,” kata Zaimira sambil memandang tepat ke arah anak mata Arina.


            “ B..Ba..Baiklah.. Saya ikut rancangan kali ini,” kata Arina sambil mengangkat tangannya. Dia bagaikan pencuri yang ditahan oleh polis.


            “ Baiklah. Rancangan kita kali ini ialah...”


TUDUH SABRINA YANG MENCURI DUIT KEM PERKHEMAHAN UNTUK PBSM YANG HILANG SEBULAN YANG LEPAS


            “ Afizi , cepatlah masukkan surat tu bawah meja Rin.. Sekejap lagi loceng akan berbunyi,” kata Aidil dengan rasa cemas.


            “ Kau boleh bersabar tidak?” Afizi mula naik angin.


            Setelah meletakkan surat itu di bawah meja Sabrina , dengan pantas , dia berlari ke tingkat tiga dan terus menuju ke kelasnya.


Kringg..kringg..


            Loceng berbunyi panjang. Semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia menuju ke arah bilik mesyuarat yang berada di tingkat bawah.


            Sabrina dan Fareez berjalan seiringan. Setelah sampai di bilik mesyuarat , mereka terus mengambil tempat duduk. Kelihatan tiga orang guru pengiring ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sudah menantikan kedatangan ahli-ahlinya.


            “ Baiklah semua. Hari ini kita akan membincangkan tentang lawatan kita ke Hospital Pakar di Melaka. Memandangkan duit kutipan kita hilang bulan lepas , jadi kita terpaksa mengumpulnya semula bermula pada selepas cuti ini. Kita akan menjalankan lawatan kita pada dua puluh satu April,” kata Puan Norshita.


            “ Inilah masanya,” bisik Arina di telingan Falizah.


            Falizah mengenyitkan matanya tanda setuju.


            “ Ada satu soalan saya nak tanya kepada kamu semua. Bagaimana duit kelas kita boleh hilang dan lesap serta merta?” tanya Puan Norshita lagi.


            Semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia terdiam. Suasana di dalam bilik mesyuarat tersebut sunyi seperti di tanah perkuburan.

            Mata Puan Norshita meliar di dalam bilik mesyuarat itu.


            “ Sabrina!” jerit Puan Norshita.


            “ Ya , saya , cikgu,” jawab Sabrina dengan lembut sambil tersenyum.


            “ Kamu letak dimana duit yang telah dikumpul itu?” tanya Puan Norshita sambil melangkah ke tempat duduk Sabrina.


            Fareez hanya melihat Sabrina disoal siasat oleh Puan Norshita.


            “ Saya letakkan di dalam kotak berwarna merah jambu di dalam laci , cikgu. Saya lakukan sepertimana yang cikgu arahkan,” jawab Sabrina dengan laju.


            “ Baiklah. Cikgu percayakan kamu. Kamu sebagai bendahari persatuan ini harus menjaga duit itu baik-baik,” kata Puan Norshita sambil tersenyum.


            “ Itu semua tak benar , cikgu!” jerit Falizah. Semua ahli persatuan di dalam bilik mesyuarat itu memandang ke arah Falizah. Ada yang berbisik sesama sendiri. Begitu juga dengan guru-guru pengiring persatuan tersebut.


            Puan Norshita berjalan ke arah Falizah. Falizah menjeling ke arah Sabrina.


            “ Apa maksud kamu?” tanya Puan Norshita.


            Falizah tersenyum. “ Senang sahaja. Sabrina yang ambil duit itu,” kata Falizah sambil menundingkan jarinya ke arah Sabrina.


            “ Apa?!” Sabrina berasa agak terkejut.


            Puan Norshita mula naik bingung. Dia memandang ke arah Falizah , kemudian Sabrina.


            “ Apa benarkah kamu yang ambil duit itu?” tanya Puan Norshita kepada Sabrina.


            “ Tidak , cikgu! Semua itu adalah fitnah,” Sabrina membantah apa yang dikatakan oleh Falizah.


            Kemudian , Arina mula membuka mulutnya untuk menambahkan kuasa penuduhan mereka ke atas Sabrina.


            “ Cikgu , siapa lagi kalau bukan Sabrina? Sabrina adalah bendahari kepada persatuan ini,” Arina membuka mulutnya.

            “ Benarkah kata kamu berdua ini? Arina , jika kamu didapati menuduh orang lain sesuka hati , kamu akan dilucutkan jawatan sebagai naib pengerusi dalam persatuan ini. Begitu juga dengan kamu Falizah. Cikgu akan laporkan kepada guru kelab Kebudayaan dan Kesenian kamu untuk melucutkan jawatan kamu sebagai pengerusi kelab itu, faham?” Puan Norshita mula mengugut.


            Arina dan Falizah terkedu mendengar kata-kata Puan Norshita.


            “ Oh ya , Norshita. Di bilik guru bukankah ada kamera litar tertutup?” Puan Rashidah memberitahu kepada Puan Norshita.


            “ Oh yalah.. Betul juga kata kamu Shidah,” Puan Norshita mula berfikir.


            “ Bila duit kumpul itu hilang?” tanya Puan Kamariatu Nur pula.


            “ Tak salah saya , pada empat belas Februari..,” jawab Puan Norshita.


            “ Pada masa itu , saya baru pulang ke bilik guru dari kantin. Saya ada pesan kepada Sabrina untuk menyimpankan wang yang telah dikumpulkan itu ke dalam kotak merah jambu di dalam laci meja saya.. Kemudian , baru saya tersedar bahawa duit itu sudah tiada,” Puan Norshita menceritakan kepada mereka.


            Semua ahli kelihatan amat khusyuk mendengar cerita daripada Puan Norshita. Sabrina tersenyum sambil memandang Fareez yang duduk di sebelahnya.


            “ Kamu semua tunggu di sini. Cikgu bertiga ingin ke bilik pengawal untuk periksa siapa pencuri yang sebenarnya,” arah Puan Norshita.


            Sepuluh minit telah berlalu. Puan Norshita , Puan Rashidah dan Puan Kamariatu Nur sudah pergi ke bilik pengawal.


            “ Arina.. Awak kelihatan risau , awak okey?” tanya Rizah yang perasan dengan riak wajah Arina yang pucat. Begitu juga dengan Falizah.


            Arina hanya mendiamkan diri. Rizah bertanyakan soalan yang sama ke arah Falizah. Falizah juga mendiamkan diri. Falizah hanya memejamkan matanya. Arina tidak henti-henti mengelap peluhnya di dahi.


            Arina memandang ke arah Sabrina. Sabrina sedang bergelak ketawa dengan kawan karibnya , Fareez.


            Lima minit kemudian , guru-guru pengiring pun kembali ke bilik mesyuarat. Wajah mereka kelihatan sangat marah. Seperti singa betina yang kelaparan yang menantikan makanan.


            “ Habislah kita...” bisik Falizah di telinga Arina.


            “ Sekarang , cikgu sudah tahu siapa yang ambil duit yang hilang itu,” kata Puan Norshita dengan wajahnya yang bengis.


            Arina , Falizah dan Rizah hanya membisu. Puan Norshita menjeling maut ke arah mereka.


            “ Zaimira , Khaisha , dan Arisha , silakan masuk ke dalam bilik mesyuarat,” jerit Puan Norshita.


            Zaimira , Khaisha dan Arisha masuk ke dalam bilik mesyuarat. Sungguh memalukan! Harus berdiri di hadapan senior-senior mereka! Huh! Tak guna!


            Hati Zaimira sudah menyumpah-nyumpah Arina , Falizah dan Rizah. Betapa panasnya hati Zaimira sehinggakan boleh tergoreng hatinya itu. Arina dapat melihat asap yang keluar dari kedua-kedua belah telinga Zaimira.


            “ Dan tidak lupa juga.. Yazied.. Dengan segala hormatnya , dipersilakan masuk,” Puan Norshita tersenyum.


            Yazeid pun melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dengan rasa yang segan amat. Kemudian , bilik mesyuarat itu sunyi.


Selepas lima saat , semua orang di dalam bilik mesyuarat mentertawakan Yazeid. Ada sebahagian senior-senior lelaki dari tingkatan lima mengutuknya.


            “ Inikah lelaki idaman semua pelajar perempuan? Haha,”


            “ Aku tak sangkalah. Selama ini , Yazeid yang digilai semua pelajar perempuan adalah orang yang tidak bermoral!”


            “ Hoi! Hoi! Kalau jadi pencuri boleh pikat semua perempuankah?”


            “ Yazeid Si Pencuri!”


Semua orang mentertawakan Yazeid sepuas-puasnya.


            Puan Norshita menghentikan semua kebisingan yang dilakukan oleh murid-muridnya.


            “ Baiklah semua! Sudah! Sekarang cikgu ingin mengatakan , bahawa kita akan pergi ke lawatan Hospital Pakar Melaka secara percuma,” umum Puan Norshita.


            Semua menjadi bingung. Salah seorang senior bertanya kepada Puan Norshita.


            “ Tapi , cikgu.. Siapa yang akan membiayai kesemuanya?” tanya senior tersebut.


            “ Hmm.. Sebagai hukuman biarlah si pencuri yang belanjakan kita semua,” Puan Norshita mula tersenyum kembali.

            “ Sabrina. Hari ini kamu selamat. Jadi , semua orang boleh pulang ke kelas masing-masing,” umum Puan Norshita.


            Khaisha berbisik pada Zaimira.


            “ Zaimira.. Apa kita nak buat?”

            “ Awak diam!” jerit Zaimira.


            Salah seorang senior perempuan datang mendekati Zaimira bersama kawan-kawannya.


            “ Haha.. Tak sangka ya.. The Beauties  yang digilai semua pelajar lelaki sekolah ini rupa-rupanya pencuri besar , bukan?” kata senior tersebut.


            “ Haha.. Aku pun sama.. Tak sangka betul ya?” senior yang lain setuju dengan pendapat kawannya.


            “ Hei , kalau kita jadi pencuri , dapat tak pikat pelajar lelaki sekolah ini? Terutamanya , Afizi. Kalau betul , saya juga ingin pencuri seperti awak,” kata senior tersebut lalu tergelak bersama kawan-kawannya.


            “ Hei , kawan. Marilah kita masuk ke kelas. Janganlah kita membazir masa dengan pencuri-pencuri ini.. Mari!” ajak kawan senior tersebut.


            Mereka pun berlalu pergi. Hati Zaimira sudah membuak-buak dengan semua penghinaan yang dia telah dapat pada hari Selasa itu.
            Kringg....


            Tamatlah persekolahan mereka pada hari Selasa tersebut. Mereka pun pulang ke rumah. Di dalam kelas hanya tinggal Sabrina , Amirul , Intan , Fareez dan Pavethran. Sambil mereka mengemas buku-buku mereka , sambil itulah mereka berbual mesra. Terutamanya , Sabrina dan Amirul.


Amirul            : Hei , Rin. Macam mana dengan perjumpaan doktor-doktor tadi?

Sabrina           : Hei , awak ini. Ada-ada sahaja lah. Pada mulanya memanglah seperti di dalam mesyuarat ahli parlimen , tapi pada pengakhiran cerita , memang seronok!

Amirul            : Apa maksud awak seperti mesyuarat ahli parlimen?

Sabrina           : Hmm.. Awak tanyalah Fareez..
Amirul            : Alahh.. Takkan nak tanya mamat busuk ini?

Fareez             : Apa awak cakap? Nampak ini? (sambil menunjukkan buku limanya)

Pavethran      : Sudahlah. Awak berdua ini macam budak-budak sahaja.

Intan               : Sudahlah tu , Fareez. Amirul cuma bergurau..

Fareez             : Nasib awak baik ya hari ini. Nasib baik ada Intan , kalau tidak , hidung awak sudah patah.. (ketawa)

Amirul            : Haha , sudahlah tu. Ceritakanlah apa yang terjadi..

Fareez             : Pada mulanya , Rin dituduh oleh geng minah gedik itu yang Rin curi duit yang kami kumpul selama ini..

Amirul            : Sungguh kejam..

Intan               : Kemudian?

Fareez             : Cikgu tak percaya.. jadi , cikgu periksa siapa yang mencuri dengan menggunakan kamera litar tertutup di bilik guru..

Amirul            : Then?

Fareez             : Sudah terbukti , bukan Rin yang curi.

Pavethran      : Saya tahu siapa yang curi..

Fareez             : Alah.. Haa.. Awak ceritalah.. Cerita cepat pada kami semua..

Pavethran      : Yalah.. Yalah.. Maafkan saya.

Fareez             : Orang yang mencuri duit itu adalah Zaimira , Khaisha , Arisha dan Yazeid.

Semua             : Yazeid?!

Fareez             : Ya.. Tak sangka bukan? (ketawa)

Intan               : Ya.. Sungguh tak sangka..


            Kemudian , mereka pun pulang ke rumah.

DI RUMAH SABRINA


            Sedang Sabrina sedang sibuk mengemas buku sekolah , tiba-tiba adiknya masuk ke dalam biliknya.


            “ Kakak...” panggil Asyikin.


            “ Iya..,” Sabrina menjawab dengan lemah.


            “ Adik mahu tanya kakak satu soalan. Soalan ini memang susah,” kata Asyikin.


            Sabrina mula duduk bersila di atas katilnya. Dia membelai rambut adiknya dengan lembut.


            “ Apa yang kamu mahu tanya , sayang? Soalan tentang matapelajaran , bukan?” Sabrina tersenyum.
            Asyikin menggeleng-gelengkan kepalanya.


            “ Kakak pernah bercinta bukan?” Asyikin memandang tepat ke arah mata Sabrina.


            “ Erk! Apa yang kamu cakap ni?” Sabrina berasa agak terkejut mendengar soalan adiknya itu.


            “ Jawab sahajalah,”


            Sabrina pun menjawab dengan rela hati.


            “ Tidak. Kenapa ya?” tanya Sabrina kembali.


            “ Kakak juga pernah berkawan , bukan?” adiknya bertanya dengan serius.


            Sabrina ketawa mendengar soalan adiknya itu.


            “ Itu sudah semestinya!” kata Sabrina sambil tergelak.


            Asyikin terdiam selama lima saat.


            “ Kakak rasa , di antara sahabat dengan cinta , mana lebih penting? Mana yang akan kekal?” Asyikin mengajukan soalannya kepada kakak sulungnya.


            Sabrina menggaru-garukan kepalanya.


            “ Hmm.. Susah juga soalan ini. Kakak juga tidak tahu..,” jawab Sabrina.


            Asyikin tersenyum lalu berlalu pergi dari bilik kakaknya itu.


            “ Hei , hei! Kenapa kamu tanya kakak soalan begitu?” tanya Sabrina kepada adiknya.


            Asyikin memberhentikan langkahnya lalu memandang kakaknya sambil tersenyum.


            “ Sebab saya tahu , kakak tidak akan dapat jawab soalan itu,” kemudian Asyikin pun beredar dari situ sambil ketawa. Kemudian dia menjerit lagi.


            “ Mama ada belikan KFC. Siapa lambat tak dapat makan!” jerit adiknya itu.


            Sabrina pun turun ke bawah. Dia melihat adiknya sedang enak menyedut air Pepsi yang dibeli dari KFC. Sabrina datang kepada adiknya lalu menggeletek adiknya itu.


Memang nakal sungguh adiknya itu. Baru sahaja mencecah sepuluh tahun , tetapi pandai mengajukan soalan yang susah kepada kakaknya yang berumur enam belas tahun.


Selepas Sabrina makan tengahari bersama adiknya , Sabrina terus naik ke atas menuju ke biliknya. Dia membuka komputer ribanya.


“ Apa yang aku nak buat sekarang ha?” Sabrina mula berfikir. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia mencapai telefonnya yang ada di hujung katil.











 
















            Senyuman mula terukir di bibir Sabrina. Sabrina menjawab panggilannya.


Sabrina           : Helo..

Amirul            : Helo.. Awak buat apa?

Sabrina           : Online Facebook  sahaja. Awak?

Amirul            : Saya? Online Textbook . Haha..

Sabrina           : Haha.. Awak ini ada-ada sahajalah..

Amirul            : Rin..

Sabrina           : Ya?

Amirul            : Saya rasa tidak sedap hati..

Sabrina           : Awak jangan cakap yang bukan-bukan.

Amirul            : Ada satu perkara yang awak tidak tahu tentang saya..

Sabrina           : Apa yang saya tidak tahu?

Amirul            : Saya..ss...sa..saya..

Sabrina           : Awak kenapa?! Awak tidak apa-apakan?!

Amirul            : Saya akan jalani pembedahan esok.

Sabrina           : Apa?!

Amirul            : Saya bergurau sahaja! (ketawa di hujung telefon)

Sabrina           : Amirul.. Awak fikir benda ini kelakarlah , ya? (marah)

Amirul            : Saya cuma bergurau sahaja. Saya tahu awak bosan sekarang ini , bukan?

Sabrina           : Memanglah saya bosan.. Tapi , janganlah berlawak menggunakan ayat yang mencemaskan orang.. Okey?

Amirul            : Okey! Promise!

Sabrina           : Alright..

Amirul            : Okeylah , Rin. Saya nak tidur sekejap. Rasa lelah mengejar awak di sekolah tadi masih lagi tidak hilang. Bye. Assalammualaikum..

Sabrina           : Bye.. Wa’alaikumsalam..


            ‘ Hmm.. Dia ini sahajalah teman aku diwaktu sunyi,” Sabrina tersenyum sendirian.


            Setelah online Facebook  selama tiga puluh minit , dia menutup komputer ribanya. Sewaktu dia turun ke bawah , orang gajinya berlari ke arahnya.


            “ Cik Rin.. Ada seseorang mahu berjumpa dengan cik,” orang gajinya memberitahu.


            “ Jumpa saya? Lelaki atau perempuan?” tanya Sabrina dengan lembut.


            “ Lelaki , cik. Mungkin kawan sekolah cik. Dia kenal dengan cik,”


            Sabrina mula berfikir. Takkanlah Amirul pula? Sedangkan dia berada di rumah dan sedang tidur nyenyak.


            “ Emm.. Makcik suruhlah dia tunggu saya di taman bunga halaman rumah , ya?” arah Sabrina dengan baik.


            “ Baik , cik,” orang gajinya mematuhi arahan Sabrina.


            Setelah dia mengenakan seluar Tracknya dan T-shirt hitam , dia segera turun ke bawah dan menuju ke taman bunga halaman rumahnya.


            Setibanya di taman , dia melihat seorang budak lelaki yang memakai topi , baju dan seluar berwarna hitam sedang duduk di atas bangku. Sabrina berdiri di belakangnya.


            ‘ Fareezkah? Atau Pavethran? Tak mungkinlah!’ Sabrina meneka-neka di dalam hatinya.


            Budak lelaki itu masih lagi tidak perasan kehadiran Sabrina.


            “ Emm. Awak ini siapa?” tanya Sabrina yang berdiri di belakang budak lelaki itu.


            Budak lelaki itu menoleh ke belakang lalu tersenyum. Wajahnya itu memanglah teramat kenal.


            “ Hai. Tak ingat saya lagikah?” Radzi bertanya sambil tersenyum mesra.
            “ Oh , awak. Bukan saya tidak kenal awak. Cuma , pakaian awak sahaja yang membuatkan saya tidak kenal awak,” Sabrina bermesra dengan Radzi.


            “ Emm.. Oh ya , silalah duduk,” jemput Radzi.


            Thanks. Apa-apa pun , ini rumah saya , ya? Sepatutnya saya yang jemput awak duduk,” Sabrina tergelak.


            “ Tak kisah. Haha..,” Radzi ketawa kecil.


            Mereka terdiam selama lima minit. Mulut masing-masing masih lagi terkunci. Tanpa membuang masa , Sabrina membuka topik.


Sabrina           : Emm... Jadi , kenapa awak datang ke sini?

Radzi              : Oh , ya! Saya terlupa. Saya mahu berikan awak ini. (menghulurkan sebuah kotak kecil)

Sabrina           : Wow , apa ini?

Radzi              : Awak buka sahajalah..


            Sabrina pun membuka kotak kecil itu. Terdapat seutas jam tangan berwarna merah jambu dan hitam. Seutas jam tangan yang diletakkan dengan rapi di dalam kotak kecil tersebut.


Sabrina           : Untuk saya?

Radzi              : Ya.

Sabrina           : Wah , terima kasih! Saya sukakannya! (mengenakan tangannya dengan jam tangan tersebut)

Radzi              : Sesuai dengan awak..


            Sabrina hanya tersenyum melihat Radzi. Tidak habis-habis Sabrina membelek-belek jam tangan yang diberikan oleh Radzi. Radzi pula hanya termenung melihat gelagat Sabrina.
Sabrina           : Apa yang awak lihatkan?

Radzi              : Saya suka lihat awak gembira..

Sabrina           : Oh , terima kasih ya.. Oh ya.. Petang Jumaat ini awak ada masa tidak?

Radzi              : Ada. Kenapa?

Sabrina           : Saya dengan kawan-kawan yang lain akan pergi ke IOI MALL..

Radzi              : Untuk apa awak pergi ke sana?

Sabrina           : Saya mahu membeli barang kelengkapan untuk pengembaraan saya dengan kawan-kawan saya di hutan Afrika..

Radzi              : Jauhnya! Kenapa disitu pula?

Sabrina           : Entahlah. Cikgu mahu kami siasat tentang sekuntum bunga ini.. bunga yang dikehendaki oleh seluruh sekolah..

Radzi              : Dikehendaki? Apa gunanya bunga itu?

Sabrina           : Bunga itu boleh menyembuhkan penyakit dengan hanya membaunya.

Radzi              : Apa ganjarannya?

Sabrina           : Satu juta ringgit dari pihak kerajaan.

Radzi              : Wow.. Semoga berjaya!

Sabrina           : Terima kasih..

Radzi              : (melihat jam tangannya) Emm.. Rin , saya rasa saya patut pergi dahulu..

Sabrina           : Baiklah.. Oh ya , Jumaat ini awak pergi atau tidak?

Radzi              : Sudah tentu. Okey.. Bye.

Sabrina           : Bye. Hati-hati , ya.


            Radzi pun berlalu pergi dengan menaiki basikal BMXnya yang berwarna putih. Sabrina terus naik ke biliknya.
            “ Bosannya..,” keluh Sabrina. Dia duduk di meja belajarnya dan membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.


            “ Apalah nasib aku hari esok?” Sabrina berfikir lagi.


            Pada hari itu adalah Hari Bosan sedunia. Semua orang bosan dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan pada hari itu.

No comments:

Post a Comment