Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Tuesday, August 30, 2011

SAHABAT DAN CINTA - Bab 7 , Bab 8 dan Bab 9


BAB 7


            Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua para pelajar untuk tingkatan 4 dan 5 sudah tiba. Tepat jam 8.00 malam , semua pelajar tingkatan empat dan lima sudah berkumpul di dalam dewan. Semua memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh cikgu.


            Di atas pentas , terdapat banyak barang-barang yang akan digunakan sepanjang majlis Persahabatan Senior dan Junior. Beberapa orang pengawas yang memakai baju serba hitam sedang sibuk mengurus pentas untuk tayangan , motivasi dan akitivti yang akan dijalankan di atas pentas tersebut.


            Sabrina , Amirul , Fareez , Intan dan Pavethran berada di penjuru dewan. Mereka sedang sibuk mengambil gambar suasana di dalam dewan sambil berbual mesra.


            Tiba-tiba , mereka ditegur oleh pengawas senior yang sedang mengedarkan kertas yang mengadungi aktiviti yang diadakan sepanjang majlis itu dijalankan.


            “ Terima kasih , kak,” kata Fareez. Mereka berlima membaca senarai aktiviti dengan penuh khusyuk.


            “ Jam lapan suku sehingga lapan empat puluh lima ada motivasi. Jam sembilan sehingga sembilan setengah ada ‘ice breaking’. Jam sembilan empat puluh sehingga jam sepuluh ada jamuan ringan,”


            “ Eh? Bukan kita balik jam sepuluhkah?” tanya intan sambil menggaru kepalanya.


            “ Kita balik jam sebelas setengahlah. Hampir jam dua belas tengah malam,” kata Amirul.


            Semua orang yang ada di dalam dewan tersebut mula berasa bingung tentang masa yang diaturkan pada malam itu.


            “ Hmm.. Baik kita beritahu ibu bapa kita sekarang,” Pavethran mencadangkan.


            Mereka mengeluarkan telefon bimbit masing-masing lalu menghantar pesanan ringkas kepada ibu bapa mereka tentang masa yang diaturkan pada malam itu.


            Setelah selesai menghantar pesanan kepada ibu bapa mereka , mereka terus menimpan kertas itu di dalam beg masing-masing. Bukan mereka sahaja yang berbuat demikian , pelajar yang lain juga turut membuat perkara yang sama.


            Tiba-tiba , loceng berbunyi panjang.


            “ Apa yang dah jadi ni?”

           
            “ Macam ada yang tak kena saja malam ini!”


            Pelajar senior mula berasa bingung. Suasana di dalam dewan mula menjadi bising.


            Kemudian , loceng berhenti. Semua pelajar terdiam seketika.


            Tiba-tiba , lampu di dalam dewan terpadam. Suasana menjadi semakin kelam kabut di dalam dewan. Ada yang menjerit mintak tolong , ada yang mahu pulang.


            “ Apa yang sudah terjadi ini?” Sabrina memeluk Intan sekuat-kuatnya.


            “ Saya tak tahu! Saya tak tahu!” Intan memegang tangan Sabrina dengan kuat.


            “ Amirul! Awak di mana?!” jerit Pavethran sekuat hati.


            “ Hoi , saya ada di sini lah!” Amirul memasang lampu telefon bimbitnya.
            Pavethran terdiam.


            “ Awak tak apa-apakah , Pave?” tanya Amirul.


            “ A..a..Amirul.. siapa di sebelah awak itu?” kata Pavethran sambil tergagap-gagap.


            Amirul memandang di sebelah kirinya. Dia terlihat satu wajah yang penuh cahaya sedang memandang tepat ke arah matanya. Amirul mengeluh.


            “ Fareez , satu dewan sedang kelam kabut , awak boleh lagi membuat lawak sekarang!” Amirul mula berasa marah.


            Fareez ketawa. “ Alah.. saya cuma bergurau sahaja. Awak semua tu yang panik sangat!”


            Mereka yang lain sudah naik malas melayan perangai Fareez itu.


            Kemudian , lampu terpasang. Kelihatan di atas pentas ada seorang lelaki yang berpakaian sukan berdiri tegak sambil memegang mikrofon.


            “ Awak semua takutkah?” tanya lelaki tersebut sambil tersenyum.


            “ Takut…” mereka semua menjawab.


            “ Baiklah. Saya mahu tanya , jika gelap , mesti susah untuk melihat bukan? Selain itu , perasaan takut mesti ada dalam diri kita. Betul atau tidak?”


            “ Betul..”


            “ Jika terang , ada cahaya , pasti kita akan senang untuk melihat dan perasaan takut tak akan muncul dalam diri kita. Betul atau tidak?”


            “ Betul…”


            “ Sama sahaja dengan masa hadapan kita. Jika masa hadapan kita gelap , kita akan menghadapi kesusahan dan kita terpaksa menyuluh semula jalan yang sebenar yang membawa kita kepada kejayaan. Kita juga akan berasa takut untuk membuat sesuatu keputusan mana yang baik atau buruk untuk kita. Jika masa hadapan kita cerah , kita akan berasa yakin untuk membuat mana yang terbaik untuk hidup kita. Kita akan membuat sesuatu perkara itu dengan mudah. Faham?”


            “ Kami faham…” mereka mula tersenyum.


            Majlis Persahabatan Senior dan Junior berjalan dengan lancar. Mereka mendapat banyak iktibar daripada majlis tersebut. Selain daripada mengeratkan hubungan mereka antara senior dan junior , mereka turut mendapat pengalaman baru. Banyak perkara baru yang mereka pelajari semasa majlis itu berjalan.


            Selain mengeratkan persahabatan mereka , mereka juga dapat belajar tentang tips-tips menjawab peperiksaan semasa motivasi.


            Peperiksaan akan bermula tidak lama lagi!





















BAB 8 


            Semua pelajar datang ke sekolah dengan wajah yang pucat dan gementar. Ada yang pergi ke bilik air berulang-ulang kali kerana gugup untuk mengambil ujian pada hari tersebut. Sampaikan cikgu di dalam kelas tersebut tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk keluar dari kelas.


            4 Asteroids bagaikan di dalam kawasan tanah perkuburan apabila guru di dalam kelas tersebut sibuk mengedarkan kertas soalan dan kertas untuk menghitamkan jawapan di atas meja masing-masing.


            Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut kelihatan begitu yakin. Kertas soalan Kimia di hadapan mereka membuatkan mereka tidak sabar untuk menjawab.


            “ Kamu boleh mula menjawab sekarang,” kata Cikgu Hadarah sambil melihat jam tangannya.


            Semua pelajar pantas mencapai pensil. Soalan pada kertas tersebut dibaca berulang-ulang kali untuk memastikan jawapan pada soalan tersebut memang tepat.


            15 minit berlalu. Falizah sudah menyiapkan ujiannya. Kemudian dia ...


            “ Krooh..krooh..” dengkuran Falizah membuatkan satu kelas terganggu dengan bunyi dengkurannya itu. Sehinggakan Puan Hadarah juga mendengarnya.


            Mata Puan Hadarah melilau mencari siapakah yang tertidur dan diiringi dengan melodi dengkuran yang kuat itu.


            “ Siapa yang berdengkur itu?” tanya Puan Hadarah kepada pelajar-pelajar 4 Asteroids.


            Misi menjawab soalan ujian Bahasa Melayu tergendala seketika.


            “ Siapa yang berdengkur dengan kuat itu? Siapa yang tidur?” bertalu-talu soalan Puan Hadarah.


            Semua orang menundingkan jari mereka ke arah Falizah yang sedang enak tidur di bahagian belakang kelas. Puan Hadarah berjalan ke arah.


            “ Falizah. Bangun , Falizah,” Puan Hadarah mengejutkan Falizah dengan suara yang lembut.


            Walau apa pun , Falizah tetap tidak sedarkan diri. Gonconglah badannya walau macam mana sekalipun , tetap tidak akan bangun.


            Puan Hadarah mengambil air mineralnya yang terletak di atas meja guru. Beliau menuanglan sedikit air pada tangannya lalu merenjis ke arah wajah Falizah.


            “ Eh! Eh! Saya di mana! Saya di mana!” jerit Falizah. Satu kelas tergelak melihat reaksi Falizah apabila disimbah dengan air.


            “ Falizah!” jerit Puan Hadarah.


            “ Eh! Ya , saya! Ada apa , cikgu?” tanya Falizah sambil mengelap wajahnya dengan sapu tangannya.


            “ Awak tahu atau tidak yang awak tidur diiringi dengan dengkuran awak yang kuat?” kata Puan Hadarah.


            “ Erk? Ya,ya saya tahu. Maafkan saya , cikgu,” Falizah membongkokkan badannya di hadapan guru tersebut.


            “ Baiklah. Kali ini saya maafkan awak. Jangan ulangi tabiat buruk ini. Yang lain-lain , sila sambung menjawab soalan tersebut. Jangan ada yang tidur dan berdengkur lagi. Faham?” umum Puan Hadarah.


            “ Faham , cikgu,” kata mereka semua sambil tersenyum.

            1 jam berlalu dan semua pelajar-pelajar di sekolah tersebut menghantar kertas soalan dan kertas untuk menghitamkan jawapan kepada guru di dalam kelas masing-masing.


            Guru yang bertugas telah memberi pengumuman kepada semua pelajar-pelajar SMKPP tersebut.


            “ Pengumuman kepada semua pelajar SMKPP. Bagi tingkatan tiga , masa untuk menjawab kertas Bahasa Melayu satu telah tamat. Selepas ini , kamu akan menghadapi kertas Bahasa Melayu dua dari jam 8.35 pagi sehingga jam 10.35 pagi. Bagi tingkatan empat , masa menjawab kertas Kimia juga sudah tamat. Selepas ini kamu akan menjawab kertas Fizik dari jam 8.35 pagi sehingga 10.35 pagi juga. Bagi tingkatan lima , masa menjawab soalan Matematik Tambahan sudah tamat. Selepas ini , kamu semua akan menghadapi kertas soalan Akaun dari jam 8.35 pagi sehingga 10.35 pagi. Akhir sekali , para pelajar boleh direhatkan selama 5 minit dari sekarang. Harap maklum,” selesai sahaja pengumuman , semua pelajar mula merehatkan minda masing-masing.


            Amirul menuju ke meja Sabrina sebentar.


Amirul            : Rin , macam mana exam tadi?

Sabrina           : Okey. Senang juga soalan tadi. Awak macam mana?

Amirul            : Saya pun sama pendapat dengan awak.

Sabrina           : Jadi , awak dah sedia exam lepas ni?

Amirul            : Selepas ni , Fizik bukan?

Sabrina           : Yup. Gementar juga nak jawab soalan Fizik ini.

Amirul            : Alah. Jangan gabra sangat. Nanti lagi susah.

Sabrina           : Ya tak ya lah. Haha.

Amirul            : Kalau macam tu , saya duduk dululah. Jumpa masa rehat.

Sabrina           : Okey. Goodluck!


            Pantas sungguh lima minit berjalan. Bukan berjalan lagi , sudah berlari. Nampaknya , soalan Fizik sudah ada di hadapan mata , tunggu arahan daripada guru sahaja. Kalkulator sudah ada di atas meja dan pensil 2B sudah ada di dalam genggaman tangan masing-masing.


            “ Kamu boleh mula menjawab sekarang,” arahan sudah diberikan oleh Puan Rogiah. Semua pelajar menjawab soalan Fizik dengan bersungguh-sungguh.


            Suasana di setiap kelas tingkatan tiga hanyalah kedengaran bunyi jari-jemari menekan-nekan butang pada kalkulator masing-masing.


            Tik..tok..tik..tok.. Aduh , pantasnya masa berlalu. 120 minit sudah ketinggalan dan tidak dapat diputar semula.


            “ Baiklah. Semua boleh hantar kertas masing-masing. Semak nama dan kelas anda,” umum Puan Rogiah.


            Semua pelajar bergegas hantar kertas Fizik di hadapan kelas. Kelihatan wajah masing-masing amat gementar dengan soalan Fizik sebentar tadi. Harapan mereka hanyalah , mereka akan lulus dalam ujian Fizik.


            Kringgg.....


            Panjang sungguh loceng berbunyi. Itu menandakan waktu untuk melegakan perut masing-masing dengan makanan yang dijual oleh makcik kantin di sekolah tersebut.


            “ Eh , dengar-dengar hari ini ada menu baru di kantin,” bisik Falizah di telinga Arisha.


            “ Menu apa?” Arisha membuat riak wajah yang gembira.


            “ Emm.. tak silap saya bihun sup bebola ikan,” kata Falizah sambil tersenyum.


            “ Wah! Marilah kita beli!” ajak Arisha.


            Mereka pun berlari dengan pantas ke arah kantin. Ramai juga pelajar-pelajar yang berpusu-pusu untuk membeli bihun sup. Di setiap meja kantin , pasti ada mangkuk-mangkuk yang berisikan bihun sup bebola ikan. Memang laris menu hari ini.


            “ Makcik , bihun sup bebola ikan bagi dua mangkuk,” jerit Arisha.


            “ Alamak. Maafkan makcik , semuanya dah sold out,” keluh makcik kantin tersebut.


            “ Apa!” terkejut beruk Si Falizah dan Arisha. Mereka pun berlalu pergi dari situ dan terus menuju ke meja VIP mereka. Kelihatan Zaimira , Arina , Khaisha dan Rizah sedang enak menjamu selera bihun sup bebola ikan. Hampir meleleh air liur Falizah tetapi nasib baik dia sempat menahannya air liurnya keluar.


            Arisha duduk bersebelahan dengan Khaisha. Khaisha yang dari tadi perasan dengan sikap Arisha yang asyik perhatikan dia menghirup sup tersebut. Segera Khaisha menegurnya.


Khaisha          : Hoi , apa yang awak tengok-tengok tu?

Arisha             : Bihun sup bebola ikan.

Khaisha          : Awak tak dapat belikah?

Arisha             : Dah sold out dah pun.

Khaisha          : Wow! Laris sungguh jualan makcik kantin hari ni.

Arisha             : Sedap tak?

Khaisha          : Tentulah. Awak mahu? (menolak mangkuk ke arah Arisha)

Arisha             : Awak series ni?

Khaisha          : Mestilah. Kita kan kawan. Mestilah berkongsi. Ambillah. Jangan malu-malu.

Arisha             : Aww. Terima kasih kawan!


            Walaubagaimanapun , Falizah tidak akan melepas peluangnya untuk menikmati bihun sup tersebut. Rizah yang duduk bersebelahan dengan Falizah menghirup sup bihun tersebut membuat Falizah tidak tahan.


            Bihun sup bebola ikan Rizah tidak luak dan masih banyak lagi saki-baki yang tinggal. Memang ada peluang untuk Falizah untuk menjamu selera bihun sup bebola ikan.


Falizah            : Err. Rizah. Kenapa awak tak habiskan bihun sup awak?

Rizah              : Saya tak ada seleralah. Perut saya memulas semacam.

Falizah            : Kenapa awak beli?

Rizah              : Zaimira yang belikan. Saya terpaksa lah makan. Kenapa awak asyik tengok bihun sup ini? Kalau awak mahu , ambillah. Saya tak kisah. (tolak mangkuk tersebut ke arah Falizah)

Falizah            : Alamak! Baiknya awak! Terima kasih!

Rizah              : No biggie kawan. Makan lah.

           
            Ish..ish.. Memang bertuah sungguh si Falizah dan Rizah ini. Dapat makan bihun sup bebola ikan secara percuma lagi. Hari ini memang hari yang terindah kerana dapat menjamu selera bihun sup tersebut.

           
Kringg...


            Loceng sudah berbunyi. Sekarang , mimpi indah sudah berakhir dengan makanan-makanan yang sudah penuh di dalam perut. Sekarang mereka harus melalui mimpi yang buruk dengan berhadapan dengan kertas soalan ujian yang bagaikan mahu mencekik mereka semua.


            Puan Islinah melangkah masuk ke dalam kelas 4 Asteroids sambil membawa kertas soalan Biologi. Diedarkan di atas meja masing-masing dan arahan yang sama juga diberikan. Semua pelajar menjawab dengan perasaan yang gementar. Tidak terkecuali Sabrina , Amirul , Pavethran , Fareez dan Intan.
            Di dalam fikiran mereka semua hanya mahu pulang selepas menjawab soalan Biologi tersebut.


            Akhirnya , harapan menjadi kenyataan. Dua jam sudah berlalu dan kertas soalan sudah dihantar kepada guru mereka semua. Beg sekolah disandang di bahagian belakang badan dan mereka pun pulang.


Seminggu peperiksaan berjalan dengan lancar. Keputusan mereka juga memuaskan setiap guru dan pengetua sekolah tersebut. Sabrina , Amirul , Pavethran , Fareez dan Intan amat gembira kerana mendapat keputusan yang amat cemerlang di kalangan tingkatan empat.


            Tidak terkecuali juga Afizi. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dan dia amat menjadi kebanggaan guru kelasnya.


            Di sebalik kegembiraan mereka tersebut , ada satu yang masih mencelarukan fikiran mereka berenam. Tentang Sabrina...


BAB 9 

            Komputer riba yang berjenama DELL dan berwarna merah jambu lembut dibuka oleh Sabrina. Yahoo Messenger dan Facebook telah dibuka.


            Alangkah bertuahnya Sabrina , apabila melihat rakan-rakannya sedang online Yahoo Messenger.


            “ Inilah peluang aku,” kata Sabrina sambil klik pada display name Intan Fatnin iaitu IntanFatnin. Kemudian , klik pada Video Call. Wajah Intan muncul pada skrin komputer ribanya.


Intan               : Hai , Rin ! Ada apa ?

Sabrina           : Hai. Maaf . Saya menganggu awak ke?

Intan               : Eh , tak ada lah. Kenapa ni?

Sabrina           : Err , saya cuma nak tahu , awak masih ingat apa yang akan terjadi pada saya selepas ujian bulanan satu?

Intan               : Err , apa ya ? Saya lupalah. Hmm..

Sabrina           : Tentang ..

Intan               : Ya..ya.. Saya ingat. Tapi , awak ni betul-betul confirm ke untuk pindah?

Sabrina           : Saya ikut ayah saya.


            Kemudian ,ada panggilan video masuk di dalam Yahoo Mesengger Sabrina. Fareez , Pave , Amirul dan Afizi membuat panggilan video kepada Sabrina secara serentak.

           
Sabrina           : Err , sekejap ya , Intan. Ada empat panggilan masuk daripada kawan-kawan kita. Sekejap lagi saya akan sambungkan semua panggilan video.

Intan               : Baiklah. Saya tunggu.

            Sabrina dengan pantas menyambung semua panggilan video yang duterimanya.


Sabrina           : Baiklah , kawan-kawan semua. Sekarang ni saya bercakap dengan lima orang. Kalau nak bercakap gilir-gilir.

Amirul            : Okay , kawan.

Sabrina           : Baiklah. Alang-alang awak semua dah telefon saya ni , saya ada sesuatu nak cakap dengan awak semua. Tapi tak semualah , In dah tahu.

Afizi                : Apa yang awak nak cakap?

Fareez             : Yalah. Apa dia?

Amirul            : Cepatlah , Rin. Saya tak sabar ni.

Sabrina           : Awak tahu apa akan terjadi pada saya selepas ujian bulanan satu ni?

Fareez             : Apa ya? Saya tak berapa ingatlah.

Afizi                : Awak ada beritahu kami?

Sabrina           : Eh , mestilah! Awak semua mesti tahu!

Pavethran      : Alah , pasal awak akan pindah tu. Betul tak?

Fareez             : Yalah. Macam mana saya boleh lupa? Alamak. Minta maaf!

Amirul            : Ya tak yalah. Baru saya teringat.

Intan               : Ish , awak semua ni! Nasib baik Pave ingat.

Sabrina           : Afizi , kenapa awak senyap?

Afizi                : Kalau awak tak ada , kami semua macam mana?

Sabrina           : Saya sangkakan , awak semua tabah hadapi cabaran tanpa saya.

Afizi                : Tak , bukan itu maksud saya . Siapa yang mahu ajarkan kawan-kawan awak subjek Sejarah? Siapa mahu ulangkaji dengan saya dengan kawan-kawan saya yang lain?

Sabrina           : Haha.. Saya pasti awak semua pasti akan okay bila saya tiada. Saya sayangkan awak semua.


            Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata Sabrina. Macam Intan pernah katakan , hidup mereka tidak akan berwarna-warni tanpa Sabrina. Semuanya akan dihiasi dengan awan mendung dan hujan yang lebat.
           
           
            Pemergian Sabrina ini memang tidak dapat diterima oleh mereka semua. Kerana bagi mereka , Sabrina lah yang telah mewarnai hidup mereka dengan pelangi dan senyuman untuk menceriakan hari-hari mereka.


            Kalau boleh , mereka hendak putarkan masa semula untuk menjalani kisah-kisah dan kenangan pahit dan manis yang mereka lalui bersama.


            Tapi , semuanya sudah terlambat. Keputusan sudah diputuskan , Sabrina akan berpindah ke Perak selama 5 tahun disana.


            30 minit mereka berbual dan berkongsi tentang kesedihan mereka atas pemergian Sabrina , Sabrina menutup komputer riba kesayangannya.


            Sabrina turun menuju ke dapur. Tidak semena-mena , Sabrina terdengar perbualan ayahnya di telefon dengan rakan seperkerjanya.


Ayah               : Ya.. Ya.. Haa? Tidak jadi? Mengapa Boss?

Andy               : Yalah , orang sana sudah batalkan nak jalankan projek di sana. Kita akan jalankan di Kuala Lumpur sahaja.

Ayah               : Jalankan projek di Kuala Lumpur? Baiklah.


            Sabrina seperti tidak percaya. Apa?! Jalankan projek di Kuala Lumpur. Nampaknya , perjalanan hidup Sabrina makin menyinar.

No comments:

Post a Comment