Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Thursday, August 25, 2011

SAHABAT DAN CINTA - BAB 1


“ Selamat pagi , cikgu,” dengan penuh lemah , Syuhada tetap juga memberi ucap selamat kepada guru yang pelat apabila bercakap bahasa melayu. “ Selamat pagi , cikgu ,” yang lain hanya mengikuti Syuhada.


            “ Selamat pagi , semua.. Luluk.. Luluk.. ,” pelawa Cikgu See. 42 orang pelajar di dalam kelas 4 Asteroids hanya menahan gelak apabila mendengar kata-kata Cikgu See yang amat melucukan bagi mereka semua.


            Nawal dan Hawa sempat lagi mengumpat tentang Cikgu See tentang loghat bahasa Melayunya.


“ Saya nak tergelak bila dengar kepelatan Cikgu See ,” kata Nawal sambil menahan gelak. “ Yup.. Saya juga ,” kata Hawa sambil menutup mulutnya dengan tangan supaya tidak diperasan oleh Cikgu See. Cikgu See sedang sibuk mencatat nama yang tidak hadir di dalam buku rekod pelajar yang telah disediakan di atas meja guru.


            “ Ala sesiapa yang tilak halir?” tanya Cikgu See kepada anak muridnya. Semua murid hanya dapat menahan gelak daripada menjawab soalan Cikgu See. Sabrina mencuit bahu Syuhada sebagai isyarat untuk memberitahu kepada Cikgu See murid yang tidak hadir.


            “ Apa?” tanya Syuhada dengan penuh kehairanan. Sabrina tidak menjawab tetapi hanya memuncungkan mulutnya ke arah Cikgu See yang sedang menggaru-garu kepalanya. “ Awak cakaplah... Saya dah tak tahan nak menahan gelak ni bila dengar dia bercakap ,” kata Syuhada sambil tersenyum.


            “ Syud.. bukankah tanggungjawab sebagai ketua kelas harus melaksanakan tugasnya..,” nasihat Sabrina kepada Syuhada yang sedang menahan gelaknya yang hampir terkeluar. Malangnya , Syuhada tidak mendengar kata-kata Sabrina. Muka Sabrina sudah kemerah-merahan menahan geram apabila melihat perangai Syuhada yang tidak berubah sejak dari dulu.


            “Syuhada!” panggil Sabrina dengan nada suara yang tinggi. Syuhada hanya buat endah tak endah akan kata-kata Sabrina. Kemarahan Sabrina sudah mencecah tahap 100 celcius! Ini tidak boleh jadi! Lalu , Sabrina bangun dari tempat duduknya dan berdiri di tempat duduknya.


            “ Cikgu !” jeritan Sabrina yang kuat membuatkan suasana kelas menjadi sunyi. Semua pelajar memandang ke arah Sabrina yang memakai baju pengawas yang serba biru. “ 3 orang yang tidak hadir iaitu Amalia , Syafiq dan Aiman ,” kata Sabrina sambil mengira-ngira nama pelajar tersebut dengan menggunakan jarinya. Cikgu See tersenyum sehingga ke telinga kerana ada juga murid yang sudi untuk menjawab soalannya.


            “ Telima kasih ya.. Luluk.. Luluk ,” kata Cikgu See. “ Anytime sir.. ,” jawab Sabrina dengan penuh sopan. Murid-murid di dalam kelas tersebut hanya menahan gelak melihat Cikgu See. Ada yang ingin terjerit-jerit kerana tidak dapat menahan gelak. “ Okey class... Sekalang kamu semua buka buku teks matematik tambahan. Buka muka sulat 120 sekalang ,” arah Cikgu See kepada anak muridnya.


            Dalam masa tempoh 1 jam 30 minit untuk menahan gelak akhirnya tamat juga. Cikgu See telah melangkah keluar dengan membawa buku tulis tingkatan 4 Asteroids dengan penuh berhati-hati supaya tidak terjatuh. Setelah bayangan Cikgu See hilang dari pandangan , seisi kelas tersebut ketawa besar apabila teringatkan kelakuan dan percakapan Cikgu See sebentar tadi.


            Dalam suasana yang bising , Sabrina tidak dapat fokus kepada buku Perdagangan di tangannya. Bukan dia sahaja , malah setiap murid yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran yang amat susah bagi mereka. Kebisingan kelas tersebut seperti di pasar malam. Tetapi , itu hanya kebisingan yang biasa bagi Sabrina.


            Secara tiba-tiba , kebisingan kelas terus mencecah ke tahap maksimum! Begitu juga dengan kemarahan Sabrina yang sudah lama mencecah tahap maksimum! Sabrina mula beraksi!


            “ Hei , awak semua! Boleh tak tolong senyap! Duduk tempat masing-masing dan baca buku sekarang!” jerit Sabrina kepada mereka semua. Dengan pantas , semua murid duduk di tempat masing-masing dan melakukan perkara yang diarahkan oleh penolong ketua pengawas yang garang itu sebentar tadi. “ Hmm... Bagus! That’s much better,” kata Sabrina lalu duduk di tempat asalnya.

            Sabrina dikenali sebagai seorang penolong ketua pengawas yang amat garang dan terlalu peka dan fokus tentang disiplin. Seorang pengawas yang amat bijak dalam matapelajaran Kimia , Matematik tambahan , Matematik moden  dan Sejarah. Ramai pelajar yang hairan mengapa Sabrina amat pandai menguasai matapelajaran Matematik tambahan. Bagi mereka , mereka semua tidak faham apa yang diajar oleh Cikgu See.


            “ Saya akan ambil tindakkan jika saya dapati ada yang bising!” kata Sabrina dengan penuh tegas. “ Baik..” yang lain hanya menjawab lemah sambil memandang ke arah Sabrina yang berambut panjang hingga ke paras pinggang dan wajahnya yang hitam manis.


            Beberapa minit kemudian , seorang guru yang terkenal dengan baju berwarna hitam yang sentiasa dipakainya ke sekolah iaitu Cikgu Umi, seorang guru yang akan mengajar mereka matapelajaran Fizik. Mereka telah memberi gelaran Cikgu Umi secara senyap-senyap dan tanpa pengetahuannya iaitu teacher in black. Segala pakaian guru tersebut dilengkapi dengan aksesori yang berwarna hitam. Kasutnya juga berwarna hitam. Baju kurung , tudung dan segala pakaian yang dipakainya berwarna hitam. Complete!


            “ Selamat pagi , cikgu!” jerit Farhana. “ Selamat pagi , cikgu!” yang lain seperti biasa mengikut kata-kata Farhana. “ Selamat pagi semua.. sila duduk.. ,” pelawa Cikgu Umi dengan lemah lembut. “ Baiklah kelas.. Sekarang keluarkan buku latihan dan buku teks Kimia dan buka muka surat 88 bagi buku teks dan 94 bagi buku latihan. Jelas?” tanya Cikgu Umi sambil membelek-belek buku teks khas untuk guru sahaja. “ Jelas , cikgu,” jawab mereka semua.


            Selama 1 jam bersama dengan Cikgu Umi amat menyeronokkan. Dalam masa setengah jam , dapat juga mereka berbual-bual dengan cikgu yang sporting itu. Lebih-lebih lagi , bagi budak lelaki yang ada hati ingin memikat Cikgu Umi yang tua 9 tahun daripada mereka!


            Kemudian , Cikgu Umi keluar dari kelas tersebut kerana masa mengajarnya telah tamat. Keluar sahaja Cikgu Umi , kelas menjadi bising sekali lagi. Tiba-tiba , Sabrina dipanggil oleh seorang budak lelaki yang bernama Ammar.


            Ammar. Seorang pengawas sekolah yang dahulunya dari kelas pandai dan kini bertukar masuk ke kelas tingkatan 4 Comet yang bersebelahan dengan kelas tingkatan 4 Big Dipper. Namun , Ammar tidak akan berputus asa untuk belajar bersungguh-sungguh untuk satu kelas dengan Intan Fatnin semula seperti dahulu. Seringkali , Ammar mengintai-intai Intan semasa waktu rehat atau belajar di dalam kelas.
            “ Rin , Cikgu Zarini panggil!” jerit Ammar yang berada di luar kelas tingkatan 4 Asteroids. “ Ya. Ada apa?” tanya Sabrina sambil tersenyum manis ke arah Ammar. “ Cikgu Zarini mahu jumpa awak sebentar di kelas 4 Comet,” kata Ammar lagi. “ Baiklah. Tapi tunggu sekejap,”kata Sabrina. “ Awak semua jangan buat bising!” nasihat Sabrina kepada mereka semua yang berada di kelas 4 Asteroids. “ Ok!” jerit mereka semua ke arah Sabrina sambil tabik hormat ke arah gadis yang berbaju kurung serba biru sebagai penolong ketua pengawas sekolah yang tegas.


            Sabrina berjalan bersebelahan di tepi Ammar. Sabrina hanya menguncikan mulutnya. Tanpa segan-silu , Ammar menegur Sabrina yang hanya berdiam diri sambil memandang ke arah murid-murid di dalam kelas yang sedang tekun belajar sambil berjalan.


            “ Hmm... Tegas juga awak ni , Rin.. Sesuailah awak jadi penolong ketua pengawas ,” puji Ammar. Sabrina hanya tersenyum dan tidak membalas kata-kata Ammar. Dia hanya lebih tertumpu kepada murid-murid yang sedang belajar di dalam kelas dengan tekun dan penuh fokus. Lagi sekali , Ammar berkata kepada Sabrina.


            “ Kenapalah bukan awak yang jadi ketua pengawas.. Awak ni seorang pengawas yang berpontensi tinggi , berdisiplin , tegas , garang dan banyak lagi ,” puji Ammar lagi. Pujian Ammar
yang membuatkan hidung Sabrina kembang. Sabrina membalas kata-kata Ammar dengan sopan.


            “ Yakah? Saya tidak tahu pun yang saya sesuai jadi ketua pengawas sekolah ni.. Itupun ketua pengawaskan untuk yang senior sahaja. Saya ni junior lagi. Anyway , thank you atas pujian awak itu ,” kata Sabrina dengan senyuman yang agak manis.


            Anytime , Rin.. Saya ni memang suka puji orang.. orang saja yang tak pernah puji saya ,” kata Ammar sambil menjeling ke arah Sabrina. “ Well.. Satu hari nanti saya akan puji awak sampai hidung awak kembang dan lubang hidung sampai besar!” usik Sabrina. Sabrina dan Ammar ketawa terkekek-kekek sehinggalah tiba di hadapan pintu kelas tingkatan 4 Comet. Kelihatan seorang guru sedang menulis sesuatu di papan hitam. Itulah Cikgu Zarini.


            Dengan penuh sopan santun , Sabrina melangkah masuk ke dalam kelas sambil memberi salam kepada guru yang memakai tudung berwarna hijau yang berada di hadapannya. Cikgu Zarini menyambut kedatangan Sabrina dengan senyuman yang manis.


            “ Ada apa yang saya boleh bantu , cikgu?” tanya Sabrina dengan sopan. 40 pasang mata memandang ke arah Sabrina yang sedang bercakap dengan Cikgu Zarini. “ Erm... Sabrina.. Cikgu nak minta tolong awak untuk jaga kelas awak buat sementara waktu,” kata Cikgu Zarini sambil membetulkan tudungnya yang berwarna putih itu.


            “ Kenapa , cikgu?” tanya Sabrina yang inginkan kepastian daripada guru tersebut. Semasa Sabrina sedang sibuk mendengar arahan daripada Cikgu Zarini , beberapa orang budak lelaki bersiul gatal kepada Sabrina. Amir, anak kepada Dato’ Ariffin memanggil-manggil Sabrina berulang-ulang kali. “ Psst... Sabrina... Peuwit....,” kata-kata Amir tidak diendahkan oleh Sabrina yang sedang sibuk melayan Cikgu Zarini.


            “ Guru Biologi kamu tidak hadir , jadi tiada guru untuk gantikan dia.. sekarang , saya minta pertolongan daripada kamu untuk menjaga kelas kamu selama 1 jam setengah. Boleh?” terang Cikgu Zarini panjang lebar. Sabrina hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan arahan Cikgu Zarini tersebut. Cikgu Zarini tersenyum manis lalu mengucapkan terima kasih kepada Sabrina. Berjumpa dengan Cikgu Zarini mengambil masa selama 10 minit sebelum berlalu pergi masuk ke dalam kelas semula.


            Dengan langkah yang pantas , Sabrina segera menuju ke destinasinya iaitu kelas tingkatan 4 Asteroids. Setibanya di kelas , Sabrina segera memberitahu kepada rakan-rakannya bahawasanya , guru Biologi tidak hadir dan tiada guru pun yang akan ganti guru Biologi tersebut. Setelah mendengar berita tersebut , seluruh warga kelas 4 Asteroids melonjak kegembiraan seperti berada di dalam syurga. Jeritan dan kebisingan warga kelas 4 Asteroids membuatkan telinga Sabrina hampir pekak akibat kebisingan terlalu kuat daripada orang yang menjerit menggunakan mikrofon.


            “ Wah! Seronok ya bila Cikgu Zarinah tidak datang! Buka buku Biologi sekarang!! Kalau tidak , saya akan ambil tindakan iaitu hantar nama siapa yang bising dan tidak mendengar arahan kepada guru disiplin!” kata Sabrina sambil bercekak pinggang. Kata-kata Sabrina telah membuatkan warga kelas 4 Asteroids menjadi senyap dan gementar dengan tindakan yang akan diambil oleh penolong ketua pengawas. Siapa lagi kalau bukan Nur Sabrina Bt Hamdan anak kepada pelukis buku yang terkenal.

            1 jam setengah berlalu , loceng kebebasan sudah berbunyi panjang. 900 pelajar keluar dari kelas seperti kambing terlepas dari kandang.


            Seperi biasa , kumpulan The Beauties berkumpul di kantin untuk mesyuarat tergempar. Zaimira selaku ketua kumpulan tersebut , memulakan sesi mesyuarat tergempar itu.


            Girls... Now we have to find out how to revenge at Sabrina and Intan..,” kata Zaimira sambil membuat gayanya yang tergedik-gedik. Khaisha dan Arisha menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk. Kemudian , Arina yang wajahnya seakan-akan Maya Karin bersuara. “ Hmm.. Saya rasa tak sesuailah buat mesyuarat tergempar di sini,” Arina melepaskan rasa tidak selesa. Falizah dan Rizah bersetuju dengan aduan Arina.

            Yeah... Can we do this at your home ,  Zaimira?” tanya Rizah yang rambutnya panjang yang terikat dengan reben berwarna putih dan merah jambu. Zaimira berfikir seketika. Kelima-lima ahli The Beauties sudah melihat wajah Zaimira dengan penuh harapan supaya Zaimira membenarkan mesyuarat tersebut diadakan di rumahnya.


            Please........,” rayu kelima-kelima ahli The Beauties kepada ketuanya yang disanjungi iaitu Zaimira Sazzy Bt Tan Sri Abdul Wahub. “ Erm... Ok.. I agree..,” kata-kata Zaimira membuatkan ahli The Beauties melonjak-lonjak kegembiraan seperti kanak-kanak Ribena.


            Sampai sahaja di rumah Zaimira tepat pada jam 3 petang , kelima-lima ahli The Beauties melangkah masuk ke rumah Zaimira yang besar seperti istana raja! Ternganga mulut mereka apabila melihat rumah Zaimira sebesar itu! Kalah Mawi World dan Dato’ Siti Nurhaliza!


            Rambang mata mereka apabila melihat kasut-kasut Zaimira yang tersusun rapi di atas rak kasut. 25 pasang kesemuanya dan semua kasut tersebut berjenama mahal dan hargannya hampir mencecah ratusan ringgit. Walaupun Rizah anak Dato’ , namun kasut yang dibelinya hanya berharga RM90.00 ke atas. Kekayaan Zaimira tiada tandingannya bagi mereka semua!


            “ Ehem..Ehem..!” kedengaran satu suara yang sengaja membuat suara serak seperti ratu rock iaitu Ella. Kelima-lima anak dara tersebut memandang ke belakang untuk melihat manusia yang membuat suara serak sebegitu rupa. Sesusuk tubuh yang memakai seluar jeans dan baju putih berbelang biru berjenama ELLE.
            “ Zaimira!” jerit mereka berlima apabila melihat Zaimira. Dengan pantas mereka berlari ke arah Zaimira dengan senyuman yang lebar hingga ke telinga. Zaimira sudah membuka lengannya luas-luas untuk bersedia dengan pelukan yang bakal diterima oleh rakan-rakannya itu.


            Jangkaan Zaimira salah. Mereka bukan mahu berpeluk dengan Zaimira , malah melihat baju yang dipakai oleh Zaimira. “ Mesti mahal ni kan , Zaimira?” tanya Arina sambil memegang-megang baju Zaimira. “ Jenama ELLE.. Mestilah mahal,” kata Falizah sambil memeriksa jenama pada baju Zaimira. Zaimira kelihatan rimas apabila badannya dipegang-pegang.


            Guys... sekarang ni masa untuk mesyuarat.. not for gossip!” kata Zaimira dengan tegas. Semua ahli The Beauties senyap dan hanya tunduk memandang ke lantai rumah Zaimira yang berkilau itu. “ Alright.. saya maafkan awak semua.. dahlah.. jom naik ke bilik saya ,” pelawa Zaimira. Tanpa segan-silu , langkah mereka berlima dengan pantas memotong Zaimira yang berada di hadapan kerana tidak sabar untuk masuk ke dalam bilik Zaimira yang besar itu.


            Setibanya di bilik Zaimira , mata mereka berlima terbeliak apabila melihat keluasan bilik Zaimira. Dinding bilik tersebut di catkan dengan warna ungu dan merah jambu. Katil yang sebesar katil permaisuri dilompat-lompat oleh Rizah. Minyak wangi yang tersusun rapi di atas meja solek , komputer riba yang berwarna merah jambu berbelang hitam dan buku-buku sekolah disusun di atas rak. Wah! Alangkah gembiranya hidup! Bahagianya hidup jika mempunyai harta yang sebanyak ini!


            Melihat reaksi muka ketua mereka , mereka dapat merasakan bahawa Zaimira sudah naik angin dengan perangai mereka. Dengan berat hati , terpaksalah mereka akur dengan perangai Zaimira yang tidak berubah sejak dari azali.


            That’s much better. Now we must discuss how to revenge at Sabrina and Intan,” kata Zaimira sambil mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen berjenama kilometrico dipegangnya.


            Setiap idea dan cadangan yang bernas sahaja diterima untuk membalas dendam kepada Sabrina dan Intan. Mengapa mereka mahu membalas dendam kepada Sabrina dan Intan? Inilah sebab-sebabnya Zaimira tidak puas hati dengan mereka berdua.


KESALAHAN SABRINA


~ MENGHANTAR NAMA RIZAH DAN ZAIMIRA KEPADA GURU DISIPLIN IAITU CIKGU ASWAD DAN MENYEBABKAN MEREKA HARUS MENGUTIP SAMPAH SATU SEKOLAH

~ MEMARAHI ARINA , KHAISHA DAN FALIZAH DI TAPAK PERHIMPUNAN. MALU SANGAT!

~ MENGHUKUM ARISHA DAN HANYA SEBAB KECIL IAITU MEMBUAT BISING SEMASA DI TAPAK PERHIMPUNAN

KESALAHAN INTAN FATNIN


~ MENUMPAHKAN AIR MINUMAN SEMASA INTAN HAMPIR TERGELINCIR KE ATAS BAJU ZAIMIRA! DIGELAKKAN OLEH SEMUA PELAJAR!


            Perbincangan itu diteruskan sehinggalah pada jam 6.30 petang perbincangan itu pun tamat. Sebelum pulang ke rumah , ibu Zaimira membenarkan anak daranya untuk membelanja rakan-rakannya di Chicken Rice Shop , restoran kesukaan mereka. Ibu Zaimira bekerja sebagai seorang model yang terkenal di Amerika dahulu dan seorang yang kaya sehingga kini.


            Berseronok tetap berseronok , tetapi jangan lupa tentang  rancangan untuk membalas dendam kepada Sabrina dan Intan.


            “ Semuanya sudah beres.. Sekarang hanya menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam kepada Sabrina dan Intan yang poyo tu!” kata Zaimira dengan penuh bersemangat. Konco-konconya hanya tersenyum jahat seperti senyuman ahli sihir.


            Kertas yang telah ditulis untuk membalas dendam kepada Sabrina dan Intan dibawa bersama Zaimira untuk menunjukkan kepada ahli The Beauties.


            Girls.. For your information , we have to start this program tomorrow ,” kata Zaimira selaku ketua kumpulan tersebut. Semua yang berada di situ ternganga apabila mendengar maklumat yang disampaikan oleh ketua mereka yang disanjungi. Rizah memberanikan diri untuk bertanya kepada ketuanya.
            “ Zaimira.. Tak cepat sangatkah kita jalankan rancangan kita ni?” tanya Rizah sambil menyedut air Milo. Zaimiri memberikan jelingan maut kepada Rizah. Ahli The Beauties tidak berani menyuarakan pertanyaan atau sebarang kata-kata kepada ketuanya. Rizah yang menyedari jelingan Zaimira terus senyap dan tidak berkata apa-apa pun. “ Sorry...” kata Rizah dengan lemah. Entah dengar atau tidak oleh ketuanya mahupun Falizah yang duduk di sebelahnya.


            Tanpa membuang masa , Zaimira menjawab pertanyaan Rizah dengan wajah yang serius. “ Lagi cepat , lagi bagus. Tak perlu nak buang waktu banyak-banyak untuk menjalankan misi kita ni,” jawab Zaimira dengan suaranya yang agak tegas didengar oleh Arina , Khaisha , Falizah , Rizah dan Arisha.


            Semua yang berada di ditu senyap seketika. Zaimira memandang wajah anak buahnya satu per satu. Kemudian , diseluk tangannya ke dalam poket seluar jeansnya untuk mengambil kertas yang dibawanya dari rumah lalu menghulurkan kepada penolongnya iaitu Arina. Zaimira menyuruh anak buahnya membaca setiap rancangan yangtelah dirancang bagi membalas dendam kepada Sabrina dan Intan. Semua ahli tersenyum gembira apabila melihat rancangan yang dirancang oleh Zaimira. Memang patutlah Zaimira menjadi ketua
kumpulan mereka.


            Setiap perkataan dibaca oleh mereka berlima dengan penuh fokus.



RANCANGAN MEMBALAS DENDAM

-      HILANGKAN BUKU LATIHAN KIMIA SABRINA DAN INTAN SUPAYA KENA MARAH DENGAN CIKGU ROGIAH
-      MALUKAN DEPAN 900 PELAJAR DI KANTIN DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN DAN MINUMAN DI ATAS BAJU MEREKA SEPERTIMANA ZAIMIRA KENA
-      TUDUH SABRINA YANG MENCURI DUIT KEM PERKHEMAHAN UNTUK PBSM YANG HILANG SEBULAN YANG LEPAS

 
 












Ahli The Beauties menyokong 100% dengan rancangan ketuanya itu. Zaimira dipuji-puji oleh konco-konconya. Kekembangan hidung Zaimira tidak boleh disembunyikan lagi. Zaimira memang suka dipuji yang melampaui batas.

            “ Jadi , esok juga kita mesti jalankan misi kita ni!” kata Arisha. “ Alright!” klima-lima gadis The Beauties menyokong akan kata-kata Arisha yang perasan sebagai ketua kumpulan tersebut.


            Zaimira tidak kisah akan perangai anak buahnya yang berlagak seperti seorang ketua. Memang itulah perangai anak buahnya sejak dari azali lagi.

No comments:

Post a Comment