Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Wednesday, August 24, 2011

SAHABAT DAN CINTA - PROLOG


Guru matapelajaran Sastera telah melangkah masuk ke dalam kelas 4 Asteroids. Guru itu ialah Cikgu Zarini. Cikgu Zarini adalah seorang guru yang tegas dan garang.


            “Bangun semua! Selamat pagi cikgu!” jerit ketua kelas 4 Asteroids iaitu Syuhada. “ Selamat pagi , cikgu!” semua pelajar yang lain mengikuti kata-kata Syuhada. “ Selamat pagi semua.. kamu semua boleh duduk.. ,” pelawa Cikgu Zarini sambil meletakkan buku-bukunya di atas meja yang disediakan khas untuk guru.


            “ Sila keluarkan buku aktiviti Sastera. Buka muka surat 95,” arah Cikgu Zarini kepada murid-muridnya.


Dengan pantas , semua pelajar mengeluarkan buku aktiviti Sastera lalu meletakkan di atas meja masing-masing. Apabila semua murid sudah mengeluarkan buku Sastera masing-masing , Cikgu Zarini memeberi arahan kepada anak muridnya.


 “ Sila siapkan sekarang. Jika saya dapati ada yang tidak siap , tindakan akan diambil iaitu seperti biasa , ketuk ketampi 20 kali dan berdiri di atas meja ,” kata Cikgu Zarini dengan nada suaranya yang lantang.


Semua murid mengeluh dan berbisik sesama sendiri. Bagi mereka semua , latihan Sastera amatlah membosankan! Jika tidak siap , akan didenda! Terseksanya! Tetapi , tidaklah seperti lima sahabat yang duduk berkumpulan di belakang kelas. Siapa lagi kalau bukan Amirul , Intan , Pavethran , Sabrina dan Fareez , pelajar yang cemerlang di kelas tersebut.


            Semasa semua murid sedang tekun dan pening kepala menjawab soalan yang telah dicetak di dalam buku aktiviti tersebut , Cikgu Zarini memanggil lima murid iaitu Amirul , Intan , Fareez , Sabrina dan Pavethran untuk datang ke hadapan kelas.


            Dengan langkah yang pantas , mereka berlima menuju ke arah Cikgu Zarini yang sedang sibuk memeriksa buku latihan tingkatan 3.


            “ Ada apa cikgu?” tanya Intan dengan sopan. “ Cikgu nak tahu , adakah kamu berlima ahli kelab ekspedisi?” tanya Cikgu Zarini dengan perasaan ingin tahu. Mereka berlima hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Cikgu Zarini yang benar.


            “ Ada sesuatu yang cikgu ingin beritahu kepada kamu semua ,” kata Cikgu Zarini sambil menolak buku latihan tingkatan 3 yang diperiksanya ke tepi. Mereka berlima berpandangan sesama sendiri.


            “ Kamu semua terpilih untuk ke hutan tropika di Afrika ,” kata-kata Cikgu Zarini telah membuatkan mereka berlima terkejut. “ Untuk apa kami pergi ke sana?” tanya Sabrina yang inginkan kepastian daripada cikgu yang memakai tudung berwarna merah hadapannya.


            “ Untuk mengkaji tentang sekuntum bunga berwarna putih di dalam hutan tersebut,” kata Cikgu Zarini. “ Kenapa tak pergi ke hutan yang dekat?” tanya Pavethran. “ Sebab hanya di sana sahaja yang terdapat bunga tersebut,” terang Cikgu Zarini kepada Pavethran.


            Mereka berlima hanya menganggukan kepala seperti burung belatuk. “ Jadi , cikgu akan beri surat kebenaran kepada kamu berlima selepas ujian bulanan satu. Buat sementara ni , cikgu bagi kamu masa untuk fikirkan keputusan ,” kata Cikgu Zarini sambil membetulkan tudungnya.


            “ Baik , cikgu ,” kata mereka berlima lalu duduk di tempat masing-masing. 1 jam berlalu menandakan waktu matapelajaran Sastera sudah tamat. Semua buku aktiviti Sastera dipungut oleh Syuhada untuk menghantar kepada Cikgu Zarini.


            Selepas Cikgu Zarini melangkah keluar daripada kelas tersebut , semua isi kelas tersebut memulakan majlis untuk bersuka ria di dalam kelas. Ada yang bergosip , ada yang berlari ke sana sini , ada yang rajin untuk mengulangkaji dan ada yang mengambil keputusan untuk tidur di dalam kelas.


            Amirul , Fareez , Pavethran , Sabrina dan Intan berkumpul di satu meja untuk berbincang tentang pengembaraan mereka di dalam hutan tropika di Afrika.


            So... what do you all think.. are we must go or not? What about you , In?” tanya Sabrina dengan gayanya sekali.
Well , I don’t think so.. I need a few times to think about this..,” jawab Intan bersungguh-sungguh.


            Sedang mereka sibuk berbincang tentang pengembaraan tersebut , suasana di dalam kelas menjadi senyap sunyi seperti di tanah perkuburan dan tidak lagi bising seperti di funfair. Cikgu yang paling tergarang ialah Cikgu Rogiah iaitu guru matapelajaran Kimia. “ Bangun semua!” arah Syuhada kepada rakan-rakannya yang lain.


            “ Selamat pagi , cikgu!” jerit Syuhada. Seperti biasa , yang lain mengikuti kata-kata Syuhada. “ Selamat pagi. Duduk semua,” arah Cikgu Rogiah yang berpakaian baju kurung kebaya yang berwarna biru gelap. Semua murid duduk dengan senyap.


            “ Kenapa kelas kamu semua ni bising sangat? Macam di pasar! Lagi sekali kamu semua buat bising lagi , saya akan denda kamu semua! Faham?” kata Cikgu Rogiah dengan nada suaranya yang tinggi mengalahkan harimau mengaum.


            Murid-murid di dalam kelas hanya tunduk memandang lantai bersimen yang penuh dengan pasir.


            “ Kali ini saya maafkan. Jadi class , hari ini saya akan buat pop quiz Kimia hari ini. Jadi , saya beri awak tempoh dalam masa 10 minit untuk membaca buku Kimia ,” kata Cikgu Rogiah sambil menulis perkataan pop quiz Kimia pada papan hitam.


            10 minit! Mana sempat untuk membaca buku Kimia! Satu lagi azab daripada cikgu berkebaya biru gelap. Sudahlah tidak bersedia untuk menjawab soalan pop quiz Kimia , inikan lagi , masa yang diberi hanya 10 minit sahaja untuk membaca buku Kimia. Hai... Nasib! Nasib!


            Dengan pantas , semua murid mengeluarkan buku Kimia lalu membuka topik yang sentiasa masuk dalam ujian. Dengan penuh tekun dan kefokusan pada tulisan yang tertera pada buku Kimia , setiap formula dihafal bagi memudahkan untuk menjawab soalan.


            10 minit berlalu dengan pantasnya. Cikgu Rogiah mula memberi arahan untuk menyimpan buku Kimia di bawah meja. Semua murid hanya akur dengan kehendak cikgu yang garang seperti singa.


            Kemudian , kertas soalan diedarkan kepada setiap murid tingkatan 4 Asteroids. 15 soalan yang telah dicetak di atas kertas tersebut telah membuatkan 42 orang pelajar berasa gementar. Di dalam hati hanya mampu berdoa agar dapat menjawab soalan tersebut.


            “ Masa yang diberikan hanya 30 minit untuk menjawab 15 soalan yang telah dicetak. Semua boleh mula menjawab sekarang ,” arah Cikgu Rogiah sambil melihat jam yang tergantung di dinding kelas tersebut.


            Semua murid menjawab dengan tekun dan penuh fokus. Suasana di dalam kelas agak sunyi dan hanya kedengaran bunyi kalkulator yang ditekan-tekan oleh 42 orang pelajar.


            Guru yang berkebaya biru gelap berjalan ke setiap meja untuk memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang tekun menjawab soalan pop quiz Kimia. Masa yang diberikan agak singkat untuk mereka tetapi dengan usaha yang keras , segala soalan disiapkan harus disiapkan dengan menggunakan masa 30 minit yang diberikan.


            “ Masa hanya tinggal 5 minit lagi... bagi yang sudah siap , sila semak semula jawapan kamu ,” arah Cikgu Rogiah.


            Bagi yang belum siap , sudah jadi seperti cacing kepanasan. Bagi yang sudah siap , hanya tersenyum dengan hati yang amat gembira kerana dapat menyiapkan 15 soalan dalam masa yang singkat.

            “ Baiklah.. Masa sudah tamat , sila tukarkan kertas soalan kamu dengan rakan sebelah ,” arah Cikgu Rogiah sambil bercekak pinggang.


            Kertas masing-masing ditukarkan dengan ‘jiran sebelah’ untuk memeriksa jawapan rakannya. Dengan pantas , Cikgu Rogiah membaca jawapan satu per satu bagi memudahkan anak muridnya untuk memeriksa jawapan.


            Apabila semua jawapan telah dibaca , Cikgu Rogiah duduk di kerusi yang disediakan khas untuk guru.


            “ Baiklah.. Seperti biasa , sebut nama rakan kamu dan bacakan markahnya ,” kata Cikgu Rogiah. “ Mulakan daripada kamu , Dayang ,” arah cikgu Kimia tersebut kepada Dayang yang duduk di hadapannya.


            “ Fakhirah , 9 per 15 ,” kata Dayang dengan nada suaranya yang tinggi. “ Dayang , 10 per 15 ,” kata Fakhirah pula. Satu per satu nama dan markah disebutkan. Sekarang tibalah masanya untuk mendengar markah Amirul , Fareez , Intan , Sabrina dan Pavethran.


            “ Amirul Aiman , 15 per 15 ,” kata Fahmie. “ Intan Fatnin , 15 per 15 ,” kata Jannah. “ Pavethran , 15 per 15 ,” kata Gan Win Shen sambil menjeling ke arah Pavethran. “ Nur Sabrina , 15 per 15 juga ,” kata Syuhada. “ Mohd Fareez , hehe... sama juga.. 15 per 15 ,” kata Firdaus.


            Satu kelas memberikan tepukan yang gemuruh kepada 5 pelajar yang sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Cikgu Rogiah juga tidak ketinggalan untuk memberikan tepukan dan mengucapkan tahniah kepada mereka berlima. Sesungguhnya , mereka berlima adalah pelajar yang amat cemerlang dalam segala matapelajaran.


            Tiba-tiba , loceng berbunyi panjang menandakan waktu rehat telah tiba. Semua murid dikehendaki pergi ke kantin untuk berehat.       


            Waktu rehat tersebut menyaksikan 900 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putra Perdana yang sedang berpusu-pusu menuju ke destinasi iaitu ke kantin. Barisan panjang telah dibentuk untuk beratur membeli makanan. Meja-meja sudah ada penunggu masing-masing.

            Dalam rata-rata pelajar , Pave , Fareez , Amirul , Sabrina dan Intan sahaja tidak makan kerana mahu berbincang tentang pengembaraan yang akan mereka hadapi dalam masa tiga minggu lagi selepas ujian bulanan 1.


            Masa yang diberikan untuk berehat adalah 35 minit. Tetapi , segala masa yang diberikan hanyalah untuk berbincang. Perbincangan tersebut dimulakan oleh seorang remaja lelaki yang bernama Pave , seorang murid yang amat pintar dan sukses dalam matapelajaran Fizik , Kimia , Biologi dan semua matapelajaran yang berkaitan dengan matapelajaran Sains.


            “ Jadi , apa keputusan awak semua?” tanya Pavethran sambil menggaru dagunya yang tidak gatal itu. Keempat-empat orang remaja tersebut hanya membisukan suara dan di dalam otak hanya berfikirkan tentang keputusan mereka semua.


            “ Semuanya bergantung kepada kita sebelum kita naik ke atas untuk mengambil surat kebenaran ,” kata Pavethran lagi. “ Guys... are you hear what I say?” tanya Pavethran sambil mengetuk-mengetuk meja pondok sekolah tersebut dengan wajah yang tidak berpuas hati.


            Ops... Sorry.. Saya pun tak tahu apa nak cakap.. Saya nak sangat pergi ke hutan Afrika untuk mencari pengalaman yang baru dan menyeronokkan.. So.. Itulah jawapan saya.. Saya tetap akan pergi ke sana demi berbakti kepada SMK Taman Putra Perdana ,” kata Amirul dengan bersungguh-sungguh seperti seorang perdana menteri yang sedang memberikan ucapan.


            Amirul adalah seorang remaja yang suka mencari pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun jauh tempat itu sejauh di kutub selatan , Amirul  tetap juga akan pergi demi mencapai matlamatnya iaitu mencari pengalaman yang  menyeronokkan. Walaupun Amirul amat meminati aktiviti yang lasak , namun Amirul juga seorang pelajar yang cemerlang dalam Biologi , Kimia dan Perdagangan.


            Fareez hanya memicit-micit dahinya kerana pening untuk membuat keputusan yang serumit itu. Akhirnya , Fareez sudah memutuskan.


            “ Saya juga! Saya tetap akan ikut pengembaraan ini! Demi SMKTPP!” kata Fareez dengan semangat. Sabrina dan Intan hanya mengukirkan senyuman yang palsu. Di dalam hati dan otak hanya kusut memikirkan keputusan yang akan mereka putuskan.


            In... Rin.. What about you two?” tanya Amirul sambil memandang dengan penuh perhatian ke arah Sabrina dan Intan. Sabrina melepaskan nafas lemah.


            I don’t know what I have must do..” kata Sabrina dengan lemah sambil memicit kepalanya. Intan hanya tumpukan pandangan pada Sabrina yang sedang pening memikirkan keputusan yang bakal keluar dari mulut Sabrina.


            Fareez mengalihkan pandangannya kepada Intan. Kelihatan air muka Intan yang sedang gelisah memikirkan tentang keputusannya.


            “ In.. Awak okey?” dengan penuh prihatin , Fareez bertanya kepada Intan tentang keadaan dirinya yang kelihatan amat gelisah.


            Intan hanya menganggukkan kepalanya. Intan memandang wajah Fareez dalam beberapa saat lalu memandang semula ke tanah yang berlumpur akibat hujan pada malam tadi.


            Yeah... I’m okay... Don’t worry about me , Riz..,” kata Intan dengan lemah. “ Awak pergi atau tidak pengembaraan itu?” tanya Pavethran yang dari tadi hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada buku teks Biologi yang berada di atas ribanya.


            ‘ Alamak... Apa yang aku nak jawab ni? Aku tak tahu nak jawab apa... macam mana ni!! Aku tak buat keputusan lagi!’ keluh Intan di dalam hati. Terasa ingin menjerit pula akibat stress dengan keadaan sebegitu.


            Dengan nafas yang panjang sudah Intan lepaskan. Kini , hanya jawapan yang ditunggu-tunggu oleh empat orang remaja yang menunggu dengan penuh kesabaran. “ So....,” Pavethran membuka mulut. Dengan sekilas pandang , Intan mula membuka mulutnya yang dari tadi hanya terkunci seperti ada emas di dalam mulutnya.


            “ Saya......,” Intan berhenti seketika. Amirul dengan pantas menyuruh Intan untuk memberitahu jawapannya kepada mereka bereempat. “Cepatlah Intan. Sudah lama kami menantikan jawapan dari mulut awak,” kata Amirul. Intan masih lagi menggaru-garu kepalanya. Tiba-tiba , Intan berdiri sambil tersenyum.


            “ Saya setuju! Saya akan ikut juga pengembaraan di dalam hutan tersebut ,” kata Intan dengan semangatnya.


            “Awak serius?” tanya Sabrina. “ Yup! Saya yakin dengan keputusan saya!” kata Intan dengan penuh semangat. Sabrina hanya terdiam.


            “ Rin… Macam mana dengan awak?” tanya Intan sambil memegang bahu Sabrina. “ Ermm.. Sa..Saya..,” kata Sabrina dengan tergagap-gagap. Seperti lagu Stacy yang berjudul GAGAP. Sabrina menjadi runsing tentang keputusannya yang dia akan pergi atau tidak bersama mereka semua.


            Sabrina berdiri lalu memukul meja pondok tersebut dengan menggunakan tangannya. “Baiklah! Saya pergi juga!” kata Sabrina dengan penuh keriangan. Kemudian, mereka pun terlompat-lompat seperti kanak-kanak ribena.


            Sejak dari dulu lagi , mereka berlima tidak sanggup berpisah. Persahabatan bermula sejak dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 4 dan masih bersekolah di sekolah yang sama. Sudah 4 tahun perhubungan tersebut tidak dapat direnggangkan. Ianya bagaikan tali yang sukar dipisahkan. Bak kata peribahasa , bagai isi dengan kuku.

No comments:

Post a Comment