Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Wednesday, August 24, 2011

I WANT TO BE A NOVELIS :) Hope it will come true ..

Dear bloggie..

hmm , novelis ? memang susah nak mencapai cita-cita tu.. tapi disebabkan kegawatan ekonomi hidup , aku terpaksalah mencipta dua tiga buah novel.. antaranya , SAHABAT DAN CINTA siri 1 sampai 3 , SURAT LIRIK CINTA dan KASIH SEORANG SAHABAT.. tapi , dalam banyak-banyak novel yang aku suka buat , aku suka SAHABAT DAN CINTA .. sebab jalan cerita ni semuanya inspirasi daripada member-member aku.. adalah aku selitkan nama-nama member aku , cikgu-cikgu sekolah aku , pengawas sekolah aku and ramai lagi.. 

actually , cerita SAHABAT DAN CINTA ni mengisahkan lima orang sahabat yang mempunyai persahabatan yang sangat akrab dan persahabatan tu mereka telah bina sejak mereka mula berkenalan semasa tingkatan satu sehinggalah mereka ke tingkatan empat. nama diorang , SABRINA , INTAN FATNIN , AMIRUL AIMAN , FAREEZ dan PAVETHRAN.. mereka berlima telah menjadi pelajar contoh di sekolah tersebut kerana sentiasa score dalam subjek2 di sekolah..

then , satu hari diorang dapat satu tugasan yang amat bahaya iaitu merentasi hutan AFRIKA untuk mencari bunga matahari berwarna putih.. demi nama baik sekolah dan untuk menabur bakti pada sekolah , mereka harus memperjuangkan semangat mereka..

selama menanti hari untuk ke Hutan AFRIKA , pelbagai insiden telah berlaku. Sabrina telah berjumpa sahabat baru walaupun dia seorang pelajar senior di sekolah tersebut , AFIZI.. Selama berkawan dengan Afizi , Sabrina terpaksa memutuskan hubungan persahabatan mereka kerana SABRINA telah diugut oleh senior pelajar perempuan di sekolah tersebut.. FAREEZ telah menaruh hati terhadap INTAN tetapi ditolak perlahan oleh INTAN.. AMIRUL AIMAN menyimpan perasaan kepada SABRINA dan akhirnya di luahkan di hadapan SABRINA namun , SABRINA terpaksa menolak tawaran untuk menjadi sebahagian daripada hidup AMIRUL AIMAN kerana SABRINA yakin bahawa CINTA ITU TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA , dan SABRINA juga mahu perhubungan di antara dia dan AMIRUL AIMAN berjalan seperti biasa..

Pelbagai rintangan yang mereka lalui sepanjang merentasi alam semulajadi di HUTAN AFRIKA yang penuh dengan situasi bahaya yang boleh membawa maut. Merentasi sungai yang deras penuh dengan buaya yang ganas , hampir dimakan oleh singa , dan membantu AMIRUL AIMAN yang telah dipatuk oleh ular tedung..

Hmm , novel aku yang ni banyak mix , contohnye scene nak carik bunga matahari putih , tu style cerite ANACONDA yang carik bunga orkid segale tu , ade masuk unsur unsur cinta sikit sebab aku kena paham situasi remaja zaman sekarang ni , ade unsur komedi sikit sebab takkan sepanjang cerite ni asyik cinta , then gaduh gaduh , bla..bla.. , so , aku masukkan unsur komedi sikit supaye dapatlah hilangkan tension time bace novel aku ni :) 

Hmm , yang SURAT LIRIK CINTA tu pulak , pasal seorang budak perempuan ni baru masuk sekolah , pelajar barulah katekan .. nama dia AFIRAH .. baru seminggu AFIRAH bersekolah kat situ , diri dia dah jadi popular di sekolah tersebut .. 

AFIRAH rasa pelik sebab setiap hari mesti ada je sampul surat berwarna biru dekat bawah meja dia.. setiap kali dia bukak surat tu , isi kandungan surat itu semuanya berunsurkan lagu lagu cinta yang dinyanyikan oleh artis popular.. AFIRAH tak membalas surat tersebut , malah die lebih suka mengumpul surat itu untuk dijadikan koleksi..

walaubagaimanapun , AFIRAH tetap menyimpan hasrat untuk mengetahui siapakah gerangan yang sentiasa setia menghantar SURAT LIRIK CINTA itu dibawah mejanya setiap hari? Selagi dia tidak dapat tahu siapakah orang itu , SURAT LIRIK CINTA itu akan menjadi misteri hidupnya..

ermm , aku rase novel yang ni takdelah gempak mane pun .. sebab , aku still tak dapat idea nak buat jalan cerita die , setiap kali aku nak buat novel , aku mesti fikirkan sinopsis dia dulu , then , tanye member2 aku untuk dapatkan idea , then , buat rangka untuk setiap bab2 dalam novel , and last , siapkan novel tu.. agak susahlah.. sebab aku kena pikirkan masa yang sesuai untuk siapkan novel ni.. kadangkadang , aku busy untuk exam yang akan baham aku nanti , then nak study lagi .. haihh , susahnyelah jadi student ni.. lagi lagi , tahun depan dahlah aku PMR -,-' Baguslah tuu ..

So , mulai dari harini , aku akan post kan bab2 dalam novel aku kat dalam blog ni okee ? :) Hope korang enjoylahh .. actually , aku ade postkan kat FACEBOOK aku : NUR SABRINA , aku rase , post kat FB tak berapa sesuai , so sebab tulah aku post kat blog.. ape gune kalau ade blog kalau tak post ape ape kan? ngee~

THE END 

No comments:

Post a Comment