Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Friday, August 26, 2011

SAHABAT DAN CINTA - BAB 4 , BAB 5 . BAB 6

BAB 4

“ Apa , mama! Kita akan berpindah?” tanya Sabrina dengan nada suara yang terkejut. “ Ya.” Jawab Puan Zarinah sambil menundukkan wajahnya.


“ Tapi , kenapa kita harus berpindah jauh sampai ke Perak?” tanya Sabrina sambil memegang bahu ibunya. “ Kamu tanyalah pada ayah kamu nanti. Semua ini keputusan ayah kamu,” kata Puan Zarinah dengan nada suara yang rendah.


            “ Mama. Beritahulah , Rin,” pujuk Sabrina. “ Baiklah. Ayah kamu ada projek di Perak selama 5 tahun. Ada tawaran daripada rakan kongsi ayah kamu,” kata Puan Zarinah. “ 5 tahun! Macam mana saya nak jumpa kawan-kawan saya nanti? Tidak boleh tangguhkah? Lagi setahun kami akan berjumpa,” kata Sabrina. Air matanya sudah mengalir di pipi.


            “ Kamu akan bersekolah di sana juga. Tapi , sekolah itu , sekolah berasrama penuh,” kata Puan Zarinah lagi. “ Asrama? Saya tidak suka asrama! Saya nak sekolah SMK Putra Perdana itu juga! Saya tidak kira!” kata Sabrina dengan wajah yang garang bercampur sedih. Lalu , Sabrina menutup komputer ribanya lalu keluar meninggalkan Puan Zarinah di biliknya.

                                        
                                         


           
            Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu masuk sekolah sudah tiba. 900 orang pelajar bergegags menuju ke Dataran Wawasan kerana ada taklimat yang penting daripada Pengetua sekolah tersebut.


            “ Baiklah , murid-murid. Pada awal bulan 3 , kita akan mengadakan ujian bulanan yang pertama untuk tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 5,” umum Pengetua kepada semua murid-murid yang sedang mendengar dengan teliti.


            “ Alamak. Ada ujian bulanan pula. Ini yang susah ni!” bisik Anigun kepada Fazli. “ Relakslah beb. Kita ugut budak pandai-pandai. Suruh mereka bagi jawapan pada kita,” cadang Fazli.


            “ Ataupun , suruh mereka curi kertas soalan di bilik guru. Amacam?” tanya Anigun. “ Oh.. Bijak juga kau ni , ya? Ingatkan kau ni lembap macam lembu,” perli Fazli sambil mengetuk kepala Anigun.


            “ Biasalah.. Bos kita juga yang ajar. Siapa bos kita? Fitri juga,” kata Anigun sambil memuncungkan bibirnya ke arah Fitri yang sedang membaling batu ke arah Afiq Azuan.


            Selepas 1 jam , maka tamatlah pengumuman dan taklimat daripada Pengetua pelajar-pelajar SMK Taman Putra Perdana. Semua pelajar-pelajar berjalan dalam barisan untuk memasuki kelas masing-masing.


            Semua murid telah pun masuk ke dalam kelas. Tiada satu bayang-bayang murid di mana-mana kecuali di dalam kelas.


            Semua kelas ketiadaan guru kerana semua guru menghadiri mesyuarat seperti yang dikatakan oleh Pengetua semasa perhimpunan.


            Seperti biasa , kelas-kelas yang ketiadaan guru akan bising seperti pasar. Ada yang sedang bergosip , ada yang sedang sibuk mengulangkaji , ada yang berkejaran dan ada yang sedang bergaduh.


            Sabrina , Intan , Fareez , Amirul dan Pavethran sedang sibuk bagaikan lebah. Mereka berlima sedang membuat ulangkaji pelajaran untuk persediaan ujian bulanan satu yang bakal diadakan bulan 3. Tinggal lagi 6 minggu sahaja akan masuk bulan 3.


            Sabrina tidak dapat menahan kebisingan yang menguasai kelas tersebut. Lalu , dia pun bangun lalu bercekak pinggang.


            “ Hei! Bisinglah! Tak ada kerja lainkah?! Nanti ketua  pengawas masuk nanti! Kita semua yang kena marah!” kata Sabrina dengan nada suara yang tinggi. Semua murid senyap apabila mendengar Sabrina menjerit. Secara tiba-tiba , Arisha terus mencelah.


            “ Alah , Rin.. Macamlah awak tu bagus sangat. Ingat kami takut dengan awak ke?” kata Arisha. Intan pula yang campur tangan. “ Maaf sangat-sangat ya Arisha. Rin , memang bagus bagi kami. Rin ni memang bagus dalam pelajaran , akademik dan banyak lagi. Awak tu apa yang bagus sangat?” tanya Intan sambil menjeling ke arah Arisha.


            “ Oh , saya? Saya ni memang bagus dalam bidang fesyen , membeli-belah dan bercinta. Saya ni lagi bagus daripada Rin,” sindir Arisha.


            Apabila mendengar kata-kata Arisha , semua murid tergelak-gelak apabila mendengar perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut Arisha sendiri.


            “ Apalah awak , Arisha. Bagi saya , Rin lagi baguslah daripada awak. Siapa sokong saya?!” jerit Aiman Hakeem. Apabila mendengar perkataan ‘sokong’ , semua murid mengangkat tangan masing-masing untuk menyokong kata-kata Aiman Hakeem yang ada benarnya.


            “ Siapa sokong , Arisha?!” jerit  Bob pula. Tiada seorang pun yang mengangkat tangan untuk menyokong Arisha. Kecuali kawan baiknya Falizah. Satu kelas tersebut hanya dengar bunyi ‘boo’ sahaja. Beberapa minit kemudian , kelas kembali bising.


            “ Apalah mereka semua ni.. tadi saya suruh mereka senyap , tapi hanya beberapa minit saja,” itu yang membuatkan Sabrina semakin marah tetapi di dalam hati hanya sabar.


            Tiba-tiba , ketua pengawas dari kelas 5 Bumi masuk ke kelas 4 Asteroids. Ketua pengawas tersebut ialah Shadil. Shadil melihat murid di dalam kelas tersebut. Dengan pantas , Shadil menegur mereka semua dengan memberi salam.


            “ Assalammualaikum..,” kata Shadil dengan lembut. Malangnya , salam yang diberi olehnya tidak didengari oleh murid-murid kelas tersebut. Walaupun seorang!


            Shadil memberi salam sekali lagi. “ Assalammualaikum..,” kata Shadil dengan nada suara yang tinggi sedikit daripada yang tadi. Tetapi , salam keduanya juga , tidak didengari oleh mereka semua.


            Nampaknya , api sudah membara di dalam hati Shadil. Telinga Shadil juga sudah keluar asap seperti kereta api. Matanya juga sudah berubah warna merah. Lalu , Shadil menjerit. Murid-murid di dalam kelas tersebut terkejut apabila mendengar jeritan daripada ketua pengawas tersebut.


            “ Woi! Apa yang bising sangat ni?!” jerit Shadil. Semua murid di kelas tersebut terus duduk di atas kerusi masing-masing. “ Ha! Tadi bising! Ni senyap pula!” kata Shadil. “ Jika saya dengar lagi kamu semua bising , saya akan laporkan kepada Cikgu Sharaida,” kata Shadil sambil menundingkan jarinya ke arah bilik guru yang terletak di tingkat atas. Tetapi , boleh dilihat dari luar kelas walaupun berada di dalam kelas.


            “ Baiklah. Saya datang ke sini untuk minta semua pengawas sekolah kelas ini , sila berkumpul di dalam dewan pengawas sekarang ,” arah Shadil selaku ketua pengawas di sekolah tersebut. Semua murid yang berpakaian serba biru keluar dari kelas termasuklah Sabrina.


            Sabrina dan rakan-rakan pengawas yang lain segera menuju ke dewan pengawas. Mereka berjalan dalam barisan. Sabrina berada di barisan yang terakhir.


            Sampai sahaja di dewan , semua pengawas tingkatan 5 dan 3 sudah berkumpul di dalam dewan tersebut. Mereka masuk ke dalam dewan tersebut dalam barisan.


            Apabila tiba giliran Sabrina untuk masuk ke dalam dewan tersebut , semua pengawas-pengawas lelaki bertepuk tangan untuk penolong ketua pengawas yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan.


            Sabrina berasa hairan kenapa pengawas-pengawas lelaki bertepuk tangan untuknya seorang sahaja. Apabila terlihat kelibat ketua pengawas melangkah masuk , tepukan tangan berhenti secara tiba-tiba.


            Shadil terus naik ke atas pentas lalu mencapai mikrofon yang sudah pun tersedia di atas pentas tersebut.


            “ Baiklah. Saya ditugaskan untuk memanggil awak semua berkumpul di sini untuk mendengar taklimat daripada saya. Pertama , ialah tentang tugas kamu semua pada hari ini. Tugas kamu selepas ini ialah menjaga kelas-kelas yang ketiadaan guru. Oh ya , saya juga ingin memberitahu awak semua bahawa guru-guru sekolah ini akan mengadakan mesyuarat sehingga tamat sekolah hari ini ,” kata Shadil sambil memegang sehelai kertas.


            “ Oleh itu , saya minta semua pengawas sila jaga kelas-kelas yang ditentukan oleh saya sendiri. Baiklah , sekarang saya akan umumkan nama masing-masing. Saya akan mulakan dengan kelas tingkatan 3 dahulu. Eles dan Aqil jaga 3 Zuhrah. Razif dan Chin Lei Wo jaga 3 Marikh. Azrul dan Nana jaga 3 Pluto. Deviwa dan Virunina jaga 3 Bintang dan yang akhir ialah Jamil dan Hamirusin jaga 3 Meteor. Baiklah , untuk kelas tingkatan 4 Asteroids ialah Yazid dan Hanis. 4 Big Dipper pula ialah Nurisalamah dan Siti. 4 Comet pula ialah Hazziq dan Amin. 4 Dot Bintang ialah Maisarah dan Nadzrul. 4 Eksperimen pula Azni dan Adam. 4 Fasa Bulan saya serahkan kepada Akmal dan Firdaus. Untuk kelas tingkatan 5 Dot Bintang ialah Afiqah dan Wan Noradilah. 5 Big Dipper pula ialah Leong dan Chong. 5 Zuhal pula ialah Farzana dan Aina. 5 Roket ialah Tarania , Thanusya dan Farhana. Dan kelas yang terakhir ialah 5 Bumi dijaga oleh Syafaat dan Sabrina,” umum Shadil.


            Selepas itu , Shadil memberi peluang untuk berehat selama 5 minit untuk menenangkan fikiran kerana telah mendengar pengumuman sebentar tadi.


            Pengawas-pengawas yang lain berkeliaran sana-sini di dalam dewan. Ada yang tidak puas hati kerana telah ditetapkan untuk menjaga kelas yang tidak digemari oleh mereka.


            “ Baiklah. Semua pengawas boleh bersurai dan mula bertugas sekarang!” kata Shadil dengan tegas.


            Selepas mesyuarat tersebut , semua pengawas beredar dan masuk ke kelas yang harus dijaga oleh pengawas-pengawas. Sabrina terus menaiki tingkat atas lalu berlari ke arah kelas 5 Bumi yang berada tidak jauh dari tangga yang dinaiki olehnya.


            Akhirnya , sampai jugalah di hadapan pintu kelas 5 Bumi. Lalu , Sabrina melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Suasana di dalam kelas tersebut amat memuaskan. Semua murid sedang sibuk membuat ulangkaji secara berkumpulan. Tapi yang menghairankan , pelajar lelaki sahaja yang terdapat di dalam kelas tersebut. Dengan rasa segan-silu , Sabrina memberi salam terlebih dahulu.


            “ Assalammualaikum..,” kata Sabrina dengan suara yang lembut. Salah seorang daripada pelajar-pelajar kelas tersebut bangun lalu menjawab salam Sabrina.


            “ Wa’alaikumsalam.. Ada apa , Rin?” tanya Hussien kepada Sabrina. “ Saya nak tanya sikit , mana semua pelajar-pelajar perempuan pergi?” tanya Sabrina.
            “ Oh. Mereka semua pergi ke surau untuk bersihkan surau. Ustazah Rashidah yang suruh. Sebahagian daripada murid lelaki pula pergi membersihkan makmal komputer,” jawab Hussien.


            “ Patutlah di surau dan makmal komputer ada bunyi bising. Jadi awak semua buat apa sekarang?” tanya Sabrina lagi. “ Buat ulangkaji untuk ujian bulanan satu yang akan datang,” jawab Hussien sambil membetulkan cermin matanya.


            “ Boleh saya join sekali?” tanya Sabrina. “ Sekejap. Saya tanya kawan saya,” kata Hussien sambil menundingkan jarinya ke arah rakan-rakannya yang sedang sibuk membuat ulangkaji.


            “ Geng. Rin nak join kitalah. Boleh ke?” bisik Hussien ke arah kawan-kawannya. “ Rin mana pula ni?” tanya Akmar kepada Hussien.


            “ Ala , engkau ni Akmar. Rin yang comel-comel form 4 tu pun tidak kenal,” Aidil mencelah. “ Oh. Mana dia? Mana dia?” kata Akmar sambil meninggikan lehernya. “ Dia ada kat sebelah kaulah , Mar,” kata Sajif sambil menundingkan jarinya ke arah bahu kanan Akmar.


            “ Eh , Rin. Awak nak join kami sekali ke,” tanya Akmar kepada Sabrina yang sudah berdiri di sebelahnya.


            Sabrina hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata-kata Akmar yang ada benarnya.
            “ Oh. Boleh. Duduklah,” pelawa Aidil. “ Terima kasih,” kata Sabrina sambil mengambil sebuah kerusi yang berada di belakangnya.


            Selepas itu , mereka sambung semula belajar. Setiap tips-tips yang mereka tahu , diturunkan untuk Sabrina. Mereka ikhlas mengajar Sabrina bagi memudahkan untuknya menjawab soalan ujian bulanan satu.


            “ Mana Afizi ni.. Lambatnya dia pergi ke tandas. Aidil , cuba awak pergi tandas sekejap. Suruh dia cepat,” arah Hussien.

            “ Baiklah. Awak semua tunggu sekejap ya,” kata Aidil. Semua yang berada di situ menganggukkan kepala seperti burung belatuk.


            Beberapa minit kemudian , Aidil datang bersama Afizi. Kemudian , Aidil dan Afizi melabuhkan punggung di atas kerusi. Afizi tidak perasan akan kehadiran Sabrina di situ.


            “ Awak buat apa di dalam tandas? Dah setengah jam awak ada dalam tandas,” kata Hussien sambil membetulkan cermin matanya.


            “ Oh , saya sakit perut tadi. Makan di kantin banyak sangat. Maafkan sa...,” kata-kata Afizi terhenti seketika apabila terlihat raut wajah Sabrina yang sedang berada di hadapannya. Afizi termenung seketika ke arah wajah Sabrina.


            Rakan-rakannya yang lain pelik melihat reaksi Afizi. Mata Sabrina dan Afizi bertentangan. Kamal yang berada di sebelah Sabrina memetik jari ke arah muka Sabrina.


            Manakala , Aidil menepuk-nepuk bahu Afizi. Tetapi , mereka berdua tidak memberi tindak balas.


            “ Hello.. Mengelamun apa tu?” kata Aidil kepada Afizi dengan nada suara yang tinggi sedikit. Akhirnya , Afizi tersedar juga daripada lamunannya. Begitu juga dengan Sabrina kerana Kamal telah menjerit ke arah telinga Sabrina. Itu yang membuatkan Sabrina terkejut dan terjaga daripada lamunannya.  Selepas itu , sesi membuat ulangkaji diteruskan seperti biasa.


            Semasa sesi ulangkaji , setiap orang harus mengajar Sabrina tentang cara-cara menjawab soalan.

            Sabrina tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan oleh Zaimira dan Arina dari tingkap kelas tersebut.


            “ Rin ni. Macamlah dia tu famous sangat di sekolah ni. Berlagak pula tu,” bisik Arina kepada Zaimira. Zaimira menganggukkan kepalanya tanda setuju.



            Sabrina lihat jam pada tangan kanannya itu. sudah tepat jam 9.00 pagi menandakan waktu menjaga kelas tersebut telah tamat. Sabrina pun bangun dari tempat duduknya.


            “ Eh , Rin! Awak nak pergi mana?” tanya Afizi. “ Saya kena balik ke kelas saya , sebab waktu saya menjaga kelas ni sudah tamat,” terang Sabrina.


            “ Tak dapatlah saya nak duduk sama-sama dengan awak lagi,” kata Akmar.


            Afizi yang mendengar Akmar berkata begitu lalu  memukulnya. Akmar berasa hairan apabila dia dipukul sebegitu.


            “ Hei! Engkau ni kenapa ha Fizi? Tiba-tiba saja awak pukul saya,” kata Akmar sambil memegang bahunya kerana sakit.


            “ Tak ada apa-apa. Maafkan aku ya,” kata Afizi. Akmar mengalihkan pandangannya daripada Afizi kerana merajuk.


            Sabrina hanya tersenyum. Sabrina mengucapkan terima kasih lalu keluar daripada kelas tersebut sambil membawa 3 helai kertas A4.


            Mereka yang berada di kelas 5 Bumi mengeluh kerana tidak dapat duduk bersama dengan Sabrina lagi. Kerana itu adalah firstime Sabrina duduk dan belajar bersama mereka semua.


            “ Jarang betul kita dapat lepak dengan Rin sebelum ni,” keluh Akmar. “ Yalah. Sesungguhnya , inilah kali pertama kita duduk sama-sama dengan Rin. Kalaulah hari-hari Rin lepak dengan kita , seronoknya,” kata Aidil pula.


            “ Geng , apa kata petang ni kita lepak kat taman kejap. Boleh main bola sepak. Nak tak?” cadang Afizi. “ Emm.. boleh juga,” kata mereka serentak.


            Demi memenuhi permintaan rakan-rakannya itu , Afizi mengajak rakan-rakannya itu untuk ke taman pada petang ini juga.


            Ada udang di sebalik batu.

 
  BAB 5


            Tepat pada jam 5.00 petang , Afizi dan rakan-rakannya akan berkumpul untuk bermain bola sepak seperti yang dijanjikan di sekolah.


            Afizi pergi ke taman tersebut dengan menunggang motosikal berjenama MODENAS berwarna hitam dan biru  pemberian daripada pakciknya yang kaya. Begitu juga dengan Aidil. Aidil juga akan pergi ke taman dengan menunggang motosikal berjenama MODENAS juga tetapi berwarna putih dan merah. Akmar , Kamal dan Aiman juga menaiki motor , kecuali , Hussien. Pergi ke taman dengan hanya menaiki basikal. Warna merah jambu pula tu!
                                                         

            “ Ish , mana pula si Hussien ni! Selalunya dia yang datang awal,” keluh Aidil.


            Afizi hanya menggeleng kepala. Dalam hatinya juga sudah tidak sabar ingin memberitahu perkara yang sebenar. “ Sabarlah. Kejap lagi sampailah tu,” pujuk Akmar.


            “ Ha. Itu bukan Hussien kah?” kata Aiman sambil menundingkan jarinya ke arah remaja lelaki yang lengkap berpakaian sukan dan menaiki basikal merah jambu! Semua yang berada di situ agak terkejut melihat Hussien menaiki basikal berwarna merah jambu.


            “ Hei , Hussien! Apa dah jadi ni? Takut aku tengok engkau naik basikal warna merah jambu ni!” kata Aidil sambil membuat muka yang gerun. “ Mana motor kau , Hussien?” tanya Kamal sambil melambung-lambung bola ke udara.


            “ Motor aku rosak sebab masa aku bawa nak pergi ke kedai , aku parking motor aku dekat dengan longkang , tapi , tak pasal-pasal motor aku jatuh dalam longkang,” kata Hussien siap dengan gayanya lagi.


            “ Macam mana boleh jatuh pula?” tanya Afizi dengan penuh kehairanan. Dengan berat hati , Hussien tetap juga menceritakan kepada rakan-rakannya yang sedang menunggu cerita yang selanjutnya daripada Hussien.


            “ Aku..Aku.. Aku lupa nak tongkat motor aku! Aku lupa sebab aku dah lambat nak balik rumah!” kata Hussien dengan nada suara yang lemah.


            Afizi , Aidil , Akmar , Kamal dan Aiman tergelak apabila mendengar cerita daripada Hussien.


            “ Bila kita nak main bola ni?” tanya Aiman kepada Afizi. Afizi tersenyum seketika lalu memutuskan bahawa petang itu tidak jadi bermain bola.


            “ Petang ni tak payah main bola,” kata Afizi. Semua yang berada di situ ternganga mulut masing-masing.


            “ Tapi , kenapa pula?” tanya Hussien. “ Kamu semua akan tahu apa sebabnya aku bawa kamu semua ke sini,” kata Afizi. Semua orang berasa pelik apabila mendengar kata-kata Afizi yang penuh misteri.


            “ Sebab apa?” tanya Akmar. “ Cuba kamu semua lihat di belakang kamu semua. Lihat di pondok hujung sana,” kata Afizi sambil menundingkan jarinya ke arah pondok yang berdekatan dengan gelagang badminton.


            “ Eh , aku rasa macam kenallah budak perempuan yang tak pakai tudung tu,” kata Aiman. “ Cuba kamu semua cam. Siapa orang tu?” kata Afizi lagi.


            Dengan serentak , mereka semua menjerit dengan kuat. Sehinggakan budak perempuan di pondok tersebut dengar.


            “ Rin!” jerit mereka semua dengan nada suara yang agak terkejut.


            Sabrina yang berada di pondok tersebut terkejut apabila terdengar orang memanggil namanya. Apabila dia menoleh ke belakang , dia terlihat sekumpulan remaja lelaki yang sedang melihatnya.

            “ Rin tengok kitalah,” kata Akmar sambil menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.


            “ Eh , geng Afizi!” kata Sabrina sambil melambaikan tangannya ke arah mereka semua.


            Mereka membalas dengan lambaian kepada Sabrina. Tanpa membuang masa , Sabrina menunggang basikalnya yang berwarna merah jambu dan berbelang hitam itu ke arah mereka semua.

            Semua yang berada di situ agak terkejut akan kelakuan Sabrina. Ada yang gementar. Ada yang takut. Ada yang malu. Tetapi , tidak boleh berbuat apa-apa lagi sebab Sabrina sudah pun berada di depan mata.


            “ Hai , awak semua! Lama ke sampai?” tanya Sabrina. “ Baru saja,” jawab Akmar dengan megahnya.


            Tiba-tiba sahaja , mata Sabrina tertumpu kepada basikal berwarna merah jambu yang berada di sisinya. Dengan penuh rasa ragu-ragu , Sabrina bertanya kepada mereka tentang basikal tersebut.

            “ Boleh saya tanya sikit?” kata Sabrina dengan lembutnya. Baru sahaja Afizi mahu membuka mulutnya , Aidil sudah mencelah.


            “ Boleh. Nak tanya banyak-banyak pun tak apa,” kata Aidil sambil membuat gaya yang tergedik-gedik di hadapan Sabrina.


            “ Ini basikal siapa?” tanya Sabrina kepada mereka semua sambil menundingkan jarinya ke arah basikal yang berwarna merah jambu itu. Apabila mendengar pertanyaan tentang basikal itu daripada Sabrina , semua orang tersenyum , kecuali Hussien.


            Dengan berat hati , Hussien terpaksa mengaku bahawa basikal yang berwarna merah jambu tersebut kepunyaannya. Sabrina tersenyum.


            “ Mana motor awak , Hussien? Awakkan selalu pergi ke sekolah atau ke taman dengan menaiki motor. Apa yang dah terjadi pada motor awak , Hussien?”

            Hendak atau tidak , Hussien terpaksa menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Sabrina. Sabrina terkejut apabila mendengar cerita daripada mulut Hussien sendiri.


            “ Jadi , awak pulang ke rumah bagaimana?” tanya Sabrina lagi. “ Jalan kaki,” jawab Hussien dengan rasa segan.


            “ Tak apalah , Hussien. Bawa-bawalah bersabar. Tak lama lagi , eloklah motor awak tu. Jangan risau,” pujuk Sabrina kepada Hussien yang sedang bersedih itu.
           

            “ Eh , hari Jumaat ni ada majlis Persahabatan Senior Dan Junior , bukan?” tanya Sabrina kepada mereka. Tinggal 3 hari lagi majlis itu akan bermula.


            Sebenarnya , malam majlis Persahabatan Senior dan Junior hanya untuk pelajar tingkatan empat dan lima kerana ramai pelajar baru tingkatan empat dan lima yang baru bersekolah di situ.


            Barulah mereka semua teringat akan majlis yang akan diadakan di dewan sekolah mereka untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5.


            “ Yalah. Tidak sabar rasanya , bukan?” kata Akmal sambil melompat dengan penuh teruja.


            “ Ish , awak ni Akmal! Cara awak ini sama sahaja seperti kanak-kanak Ribena!” kata Afizi sambil tergelak besar.


            Mereka yang lain juga turut ketawa bersama.


            “ Saya pasti! Malam majlis itu pasti menyeronokkan!” kata Hussien pula.
            Mereka yang lain tersenyum gembira.

                                           
            Selepas seronok bermain di taman , Sabrina pulang ke rumah berseorangan. Masa untuk sampai ke rumah hanya mengambil masa 15 minit sahaja.


            Setibanya di rumah , Sabrina terus mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air , kemudian sembahyang maghrib dan begitulah yang dilakukan olehnya setiap hari.


            Selesai sahaja menunaikan solat maghrib , pintu bilik Sabrina diketuk oleh seseorang iaitu adiknya , Asyikin atau lebih dipanggil dengan nama Ekin.


            “ Kakak. Jom kita makan malam. Mama dan ayah sudah tunggu di bawah,” kata Ekin kepada kakaknya yang sedang sibuk melipat telekungnya.


            “ Baiklah. Adik pergilah tunggu di bawah dahulu. Nanti kakak datang,” kata Sabrina kepada adiknya sedang berdiri di muka pintu.


            “ Cepat sikit ya kakak,” kata adiknya lagi. Kata-kata adiknya itu hanya dibalas dengan anggukkan Sabrina sahaja. Kemudian , adiknya berlalu pergi dari muka pintu biliknya.


            Sabrina pun terus keluar daripada biliknya dan terus menuju ke dapur untuk menikmati makan malam. Tiba-tiba sahaja . Sabrina teringat bahawa dia akan berpindah selepas dia tamat ujian bulanan satu.


            Setibanya tiba di dapur , dia terus menyenduk nasi dari dalam periuk yang tersedia di atas kabinet dapur. Kemudian , dia melabuhkan punggungnya atas kerusi yang sudah tersedia untuknya setiap hari.

            Semasa makan , Sabrina bertanya kepada ayahnya tentang perpindahan tersebut.


            “ Ayah. Betulkah kita akan berpindah ke Perak selama 5 tahun?” tanya Sabrina kepada ayahnya yang sedang menghirup secawan kopi yang telah dibancuh oleh isterinya.


            “ Ya. Kenapa?” tanya ayah Sabrina kepadanya. “ Saya tidak mahu!” kata Sabrina .


            “ Tak boleh! Kamu harus ikut juga!” kata ayah Sabrina dengan nada suara yang tegas.


            “ Ayah. Saya tak mahu pindah sekolah. Saya sudah biasa tempat ini. Batalkan sajalah projek ayah itu! Kalau tidak pun , cakap sahajalah pada Andy tu supaya jalankan projek itu di tempat yang dekat , seperti di Kuala Lumpur kah , Kuala Selangor kah? Tak akan itu tidak boleh langsung? Kalau dua-dua tak boleh , batalkan sahaja projek itu!” kata Sabrina sambil menangis teresak-esak.


            “ Apa? Kamu ingat senangkah dapat projek yang dapat keuntungan yang banyak? Ayah tidak kira! Kita harus pindah dari sini!” kata ayah Sabrina sambil menghentakkan tangannya di atas meja makan.


            Habis tertumpah minuman yang berada di atas meja tersebut.


            Sabrina sudah berputus asa. Dia berlari menuju ke biliknya lalu menutup pintu dan menguncinya. Sabrina tidak tahan akan perangai ayahnya itu. Tak akan jauh sampai ke Perak? Tidak bolehkah jalan projek itu di Kuala Lumpur? Atau mana-mana tempat yang dekat?


            Sabrina menangis sendirian di dalam biliknya. Dipeluknya beruang yang berwarna putih pemberian dari Puan Zarinah sempena harijadinya yang ke-16.


            “ Apa yang patut aku lakukan sekarang ini? Aku sudah berputus asa untuk memujuk ayah aku. Jika aku beritahu kepada rakan-rakan karib aku , tentu mereka akan terkejut apabila mendengar berita ini,” kata Sabrina sendirian.


            Tanpa membuang masa , Sabrina mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja lalu pergi ke bahagian mesej. Sabrina memberi mesej kepada Intan ,
Fareez , Amirul , Pavethran dan Afizi.


Sabrina terus menghantar mesej kepada Afizi untuk menyuruhnya membuka yahoo messenger.


            Selesai sahaja memberitahu semua orang , Sabrina terus membuka komputer ribanya di atas katil. Apabila skrin komputer sudah berlampu , Sabrina terus pergi ke Yahoo! messenger.


            Hati Sabrina berbunga-bunga apabila melihat semua orang yang diarahnya untuk online Yahoo! messenger , semuanya sudah online.


            Lalu , dibukanya Yahoo! messenger Intan untuk membuat video call.


            Beberapa minit kemudian , Intan menjawab panggilan Sabrina. Di skrin tersebut , terpapar wajah Intan Fatnin. Dengan segera , Intan bertanya kepada Sabrina.


            “ Apa yang awak nak beritahu saya?” tanya Intan.


            “ Saya akan berpindah sekolah selepas saya tamat ujian bulanan satu di sekolah,” kata Sabrina sambil menangis.


            “ Apa? Awak akan berpindah? Tapi , jauhkah?” tanya Intan lagi.


            “ Di Perak. Selama 5 tahun,” jawab Sabrina.


            “ 5 tahun di Perak? Lamanya! Habis tu , geng kita yang lain sudah tahu?” tanya Intan lagi tanpa rasa jemu.


            “ Belum. Sekejap lagi , saya akan telefon mereka dengan menggunakan Yahoo! messenger,” kata Sabrina.
            “ Tak apalah , Sabrina. Awak bersabar sajalah. Saya akan doakan awak tak akan jadi pindah ke Perak. Saya tidak sanggup hendak berpisah dengan awak , Rin,” kata Intan sambil menangis.


            “ Saya juga , In. Doakan untuk saya , Rin. Bye..” kata Sabrina sambil melambaikan tangannya ke arah intan yang berada di skrin komputer tersebut.


            “ Bye , Rin,” kata Intan pula.


            “ Baiklah.. Seterusnya ialah Mirul,” kata Sabrina sendirian.


            Anak panah tetikus segera dipanahkan pada nama ‘MirulTheB-Boy’ lalu Sabrina klik pada nama tersebut. Kemudian , klik pada video call pula.


            Terpaparlah wajah Amirul yang sedang makan gula-gula getah pada skrin komputer Sabrina.


            “ Hai , Rin. Ada masalah ke?” tanya Anas kepada Sabrina.


            “ Ya. Saya ada sesuatu nak beritahu awak. Mesti awak akan terkejut dan tidak percaya kata-kata saya,”


            “ Apa dia , Rin? Insya-ALLAH saya tidak akan terkejut,”


            “ Saya akan berpindah ke Perak selama 5 tahun selepas tamat ujian bulanan satu di sekolah,”

            “ Apa , Rin? Awak akan berpindah?”


            “ Ya. In sudah tahu perkara ini,”


            “ Kenapa pula awak harus pindah sejauh itu?”


            “ Ayah saya ada satu projek besar yang ditawarkan oleh rakan kongsinya. Ayah saya setuju untuk menjalankan projek tersebut. Jadi , saya terpaksa ikut ayah dan keluarga saya berpindah. Saya tidak mahu berjauhan dengan awak semua!”

            “ Saya juga. Saya tidak mahu berjauhan dengan rakan karib saya seperti awak. Saya pasti merindui awak , Rin,”

            “ Rindu?”


            “ Sebagai kawan sahaja,”


            “ Oh.. Saya ingatkan apa tadi. Jadi sekarang , satu pesanan dari saya , tolong doakan saya semoga saya tidak jadi pindah,”


            “ Baiklah , Rin. Saya akan doakan untuk awak,”


            “ Terima kasih , Mirul. Sekarang saya nak telefon Riz pula. Bye,”

            “ Bye,”


            Selepas Sabrina memberitahu perkara tersebut kepada Anas , dia terus klik pada nama ‘RizRizFareezlor’ dan terus klik pada video call.


            “ Hello , Rin. Kenapa ni? Merah saja mata awak? Macam api pula saya tengok,”


            “ Saya sedang bersedih ni,”


            “ Sedih? Kenapa , Rin?”


            “ Kalau saya beritahu awak , tentu awak juga akan sedih , Riz,”


            “ Apa yang awak cakap ni? Saya tidak fahamlah , Rin?”


            “ Saya akan berpindah,”


            What! Pindah? Di mana? Berapa lama?”


            “ Di Perak selama 5 tahun,”


            “ 5 tahun! Nanti tak dapatlah geng kita lepak dengan awak lagi! Kami akan kehilangan awak selama 5 tahun!”


            “ Ya , Riz. Itu saya tahu. Tapi saya , tak mahu pindah!”


            “ Bawa-bawalah bersabar , Rin. Saya akan doakan awak , Rin,”


            “ Terima kasih , Riz. Baiklah , Riz. Saya nak call Pave pula. Bye,”


            “ Ok. Bye,”


            Sabrina menangis teresak-esak. Sebak hatinya melihat rakan-rakannya yang lain menangis kerana mereka akan kehilangannya selama 5 tahun. Sabrina terus klik pada nama ‘Pavethran’ kemudian klik pada video call.


            “ Hai , Pave,”


            “ Hai , Rin. Ada apa ni , Rin?


            “ Saya nak beritahu awak sesuatu tapi saya akan risau awak akan sedih,”


            “ Tak ada apa-apa yang akan berlaku pada saya. Cepatlah beritahu saya , Rin,”


            “ Saya akan berpin...,”


            “ Pindah?!”


            “ Macam mana awak tahu?”


            “ Itu tak penting. Sekarang ini betulkah awak akan pindah?”


            “ Ya, Pave. Saya akan berpindah ke Perak dan akan menetap di sana selama 5 tahun,”


            “ Lamanya! Jadi , awak terpaksa ikutkah?”


            “ Ya. Saya dah putus asa hendak pujuk ayah saya yang garang itu,”


            “ Bersabarlah , Rin. Kawan-kawan kita yang lain sudah tahu?”


            “ Sudah,”


            “ Bersabarlah , Rin. Jangan risau , ok?”


            “ Ok. Terima kasih. Bye,”


            “ Sama-sama , Rin. Bye,”


            Selepas berbual dengan Pavethran , tanpa membuang masa lagi , Sabrina terus menelefon Afizi. Seperi biasa , klik pada nama orang tersebut kemudian klik pada video call.


            “ Ya , Rin. Ada masalah ke?”


            “ Yup,”


            “ Kenapa merah saja mata awak tu? Ada apa-apa yang tidak kenakah buat awak sampai menangis?”


            “ Ya , Afizi. Sebenarnya , saya akan berpindah ke Perak selama 5 tahun selepas saya tamat ujian bulanan satu di sekolah,”


            “ Awak akan berpindah?”


            “ Ya,”


            “ Emm.. Kenapa awak harus pindah sampai ke Perak?”

           
            “ Ayah saya ada urusan kerja di sana. Jadi , saya terpaksa ikut,”


            “Oh , saya faham!”


            “ Itu sahaja saya nak beritahu awak. Nampaknya waktu Isyak sudah masuk. Saya pergi dahulu ya?”


            “ Baiklah. Awak janganlah bersedih ya?”


            “ Baiklah. Selamat tinggal!”


            “Selamat tinggal!”


            Setelah itu , Sabrina terus menutup komputer ribanya dan terus menunaikan sembahyang Isyak. Selepas itu , dia berdoa agar Tuhan membuka pintu hatinya agar tidak jadi pindah ke Perak selama 5 tahun.


            Selepas itu , dia menghempaskan badannya ke atas katil lalu memeluk beruang berwarna putih yang disusun di atas katilnya yang empuk itu.


            Sabrina menangis sendirian. Memikirkan tentang rakan-rakannya yang sedang bersedih. Bersedih kerana akan kehilangannya selama 5 tahun.


            Mungkinkah Sabrina akan berpindah? Atau tidak? Betapa tingginya harapan rakan-rakan Sabrina agar Sabrina tidak jadi pindah. Begitu juga Sabrina yang menanam harapan setinggi gunung agar tidak jadi pindah ke Perak selama 5 tahun.


            Sabrina tidak sanggup untuk berjauhan daripada rakan-rakannya yang tersayang. Sambil baring di atas katil , Sabrina teringatkan memori bersama teman-temannya. Memorinya bersama Intan , Amirul , Fareez , Pavethran dan Afizi.


BAB 6

Loceng berbunyi panjang , menandakan waktu masuk ke sekolah telah tiba. Tepat sahaja jam 7.30 pagi , mulalah loceng berbunyi panjang. Mengganggu betul!


            Sabrina terpaksa datang lambat kerana hujan yang sangat lebat. Begitu juga dengan Afizi yang selalunya datang awal daripada yang lain.


            Kereta Perdana berwarna merah gelap memasuki kawasan sekolah. Sabrina terus berlari masuk ke kawasan sekolah.


            Setibanya di kelas , Sabrina terus meletakkan begnya di atas meja. Selepas itu , dia bergegas menuju ke dataran.


            Tiba-tiba , Sabrina terlanggar seseorang yang hendak  menuruni tangga. Sabrina terjatuh ke atas lantai. Rupa-rupanya , Sabrina terlanggar seorang pelajar lelaki tingkatan 5 yang satu kelas dengan Afizi. Orang itu adalah Kamal.


            “ Ops! Maafkan saya , Rin! Saya tak sengaja!” kata Kamal sambil membantu Sabrina untuk berdiri semula.


            “ Aduh,” Sabrina mengadu kesakitan. Bahunya terasa sakit sekali.


            Kamal makin risau dengan keadaan Sabrina. “ Awak okey?” tanya Kamal dengan nada suara yang agak panik.

            “ Saya okey , Abang Kamal. Tak apa. Jangan risaukan saya,” kata Sabrina lalu meninggalkan Kamal yang berada di belakangnya.


            Langkah Sabrina terhenti seketika kerana ada sesuatu yang hendak dia beritahu kepada Kamal yang sedang tercegat di kaki tangga.


            “ Terima kasih sebab membantu saya , Abang Kamal! Saya maafkan awak!” laung Sabrina sambil melambaikan tangannya ke arah Kamal.

            “ Sama-sama. Saya tak sengaja!” kata Kamal.


            Beberapa minit kemudian , Sabrina sudah sampai ke dataran. Beberapa orang pelajar yang datang lewat sedang didenda oleh guru di dataran.


            Cikgu Aswad terus menaiki pentas yang telah disediakan di tapak perhimpunan tersebut lalu membuat beberapa pengumuman.


            “ Baiklah , pelajar-pelajar semua. Untuk hari ini , saya akan umumkan empat pengumuman hari ini. Pertama , semua pengawas diminta berkumpul di dewan pada jam 8.30 pagi. Kedua , ujian bulanan satu akan diadakan pada minggu depan. Ketiga , malam majlis Persahabatan Senior dan Junior akan diadakan pada malam Jumaat pada jam lapan malam sehingga jam sepuluh malam. Pelajar diminta memakai pakaian sukan atau baju T-shirt berwarna hitam atau putih. Akhir sekali ,  semua guru akan menghadiri mesyuarat pada jam Sembilan pagi sehingga tamat waktu sekolah. Itu sahaja , pelajar boleh bersurai,” umum Cikgu Aswad.


            Semua murid mengukirkan senyuman yang amat menggembirakan kerana semua guru akan menghadiri mesyuarat selepas ini dan akan berakhir pada tamat waktu sekolah hari ini.
            Sabrina melihat jam pada tangannya. Sudah tepat jam 8.30. sabrina harus pergi ke dewan sekarang kerana ada mesyuarat pengawas sekolah.


            Apabila Sabrina sudah tiba di pintu dewan , Sabrina menjenguk kepalanya ke dalam dewan tersebut. Sudah ada beberapa orang pengawas yang sudah tiba daripada Sabrina. Ada yang sedang berbual kosong , ada yang sedang membaca novel dan ada yang sedang menyusun kerusi untuk para pengawas.


            Sabrina mencari kelibat  Farhana. Sabrina memanjangkan lehernya untuk mencari Farhana di belakang dewan tersebut. Akhirnya , Sabrina terlihat Farhana yang sedang berbual-bual dengan Tarania dan Azni. Tanpa membuang masa , Sabrina terus menuju ke arah Tarania , Farhana dan Azni.


            “ Hai , awak semua. Baru sampai?” tanya Sabrina dengan nada suara yang lembut sambil mengukirkan senyuman.


            “ Baru sahaja beberapa minit yang lepas. Kami cari awak di kelas tadi. Kami ingatkan nak ajak awak pergi ke dewan bersama kami. Sampai sahaja di kelas awak , bayang awak dah hilang,” kata  seorang pengawas yang comel molek dari kelas 4 Big Dipper.


            “ Oh , ya. Masa itu saya pergi jumpa Shadil sekejap. Dia panggil saya sebab dia kata Cikgu Zarini nak jumpa saya selepas mesyuarat pengawas ni,” kata Sabrina sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah Farhana.


            “ Oh. Awak ni kan , Rin. Kami tengok makin lama makin sibuk lah,” kata Tarania sambil menepuk bahu Sabrina.

Sabrina hanya tersenyum.


            “ Yalah. Jalan sana , jalan sini. Macam Cikgu Sharaida  yang sedang buat pemeriksaan saja,” kata Azni sambil membuat gaya Cikgu Sharaida yang sedang berjalan di kawasan sekolah untuk membuat pemeriksaan. Siap buat mimik muka sekali.


            Semua yang berada di situ tergelak apabila melihat kelakuan Azni yang amat melucukan itu. Secara tiba-tiba , terlintas pula tentang majlis tari-menari di kepala Sabrina. Lalu , Sabrina bertanya kepada mereka semua.


            “ Eh , awak semua! Hari Jumaat ni ada majlis Persahabatan bukan?” tanya Sabrina sambil tersenyum.


            “ Ya. Pukul jam 8.30 sehingga 10.00 malam. Tidak sabar rasanya!” kata Farhanah sambil memegang kedua-dua belah pipinya.


            Mereka yang lain tersenyum melihat karenah Farhanah.


            “ Mesti banyak aktiviti yang menyeronokkan! Saya dengar cikgu ada buat aktiviti mengembara malam di sekolah,” kata Azni.


            “ Wow!” mereka menjerit dengan penuh teruja.


            “Oh ya! Acara explorace juga ada!” Azni berkata lagi.


            “ Memang menyeronokkan! Mana awak tahu semua aktiviti ini?” tanya Tarania.

           
            “ Sebab , saya ada bantu cikgu untuk uruskan malam itu nanti. Hehe,” Azni tersenyum.


            “ Hmm.. Patutlah,” Sabrina berpeluk tubuh.
           

            Tiba-tiba , ketua pengawas melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Semua pengawas segera mengambil tempat duduk masing-masing.


            Sebelum Shadil memberikan ucapannya , dia berdehem seketika untuk membetulkan tekaknya.


            “ Ehem.. Assallammualaikum , kepada semua pengawas sekolah SMK Taman Putra Perdana. Pada hari ini , saya ingin memberikan tugas untuk anda semua pada pagi ini. Sepertimana yang awak semua tahu , semua guru menghadiri mesyuarat pada jam 8.00 pagi , dan akan tamat pada 1.05 petang iaitu tamat waktu sekolah kerana mereka berjumpa dengan pegawai Daerah Sepang,” umum Shadil selaku ketua pengawas sekolah tersebut.


            “ Ini mesti kena jaga kelas ni,” bisik Azni kepada Farhana yang duduk bersebelahan dengannya.


            Farhana menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata-kata Azni yang ada benarnya itu.

            “ Oleh itu , saya akan memberikan tugas untuk awak semua iaitu menjaga kelas yang tiada guru,” kata Shadil lagi. Suara Shadil yang garau itu bergema di dalam dewan kerana menggunakan mikrofon.


            “ Saya dah agak dah,” bisik Azni lagi kepada Farhana. Tetapi , Farhana tidak memberikan tindak balas walaupun sedikit pun di hadapan Azni. Di dalam hatinya , sudah meronta-ronta!


            “ Bagi tugas menjaga kelas , kelas yang akan dijaga oleh pengawas adalah sepertimana yang telah saya tetapkan beberapa hari yang lepas,” umum Shadil lagi.


            “ Saya kena jaga 3 Zuhrah!” bisik Farhana kepada Sabrina. Sabrina hanya tersenyum apabila melihat reaksi Farhana yang sudahpun menggelabah kerana dia akan menjaga kelas 3 Zuhrah.


            “ Baiklah. Hanya itu sahaja yang saya akan umumkan untuk pagi ini. Oh , ya! Lagi satu. Pada malam majlis Persahabatan Senior dan Junior itu , saya tak nak terima laporan yang pengawas sekolah membuat masalah pada malam itu. Jika saya ada dapat laporan , berjaga-jagalah. Ini ada kaitannya antara hidup dan mati! Haha!” Shadil ketawa dengan penuh kejahatan.


            Pengawas sekolah yang lain menelan air liur sedalam-dalamnya. Antara hidup dan mati? Ini sudah melampau! Apa yang Shadil akan buat bila dia terima laporan tentang pengawas pada malam itu?


            Shadil berhenti daripada ketawanya. Kemudian dia tersenyum.

           
            “ Kenapa dengan awak semua ini? Risau sahaja? Saya cuma berguraulah. Hehe,” Shadil ketawa kecil.


            “ Aduh. Ingatkan apalah tadi,” pengawas yang lain mula berasa lega.


            “ Baiklah. Saya mahu pengawas sekolah menjalankan tugas dengan baik pada malam itu. Itu sahaja. Pengawas semua boleh bersurai,” Shadil turun dari pentas. Semua pengawas pun menyusun kerusi lalu pulang ke kelas masing-masing.


            Selepas menghadiri mesyuarat tersebut , Sabrina bergegas menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Zarini. Setibanya di bilik guru , Sabrina terlihat kelibat Cikgu Zarini yang sedang sibuk memeriksa buku latihan mereka.


            “ Assallammualaikum , cikgu,” tegur Sabrina.


            “ Wa’alaikumsalam , Sabrina. Nasib baik kamu datang. Cikgu nak minta tolong kamu,” kata Cikgu Zarini.


            “ Tolong apa , cikgu?” tanya Sabrina lagi.


            “ Tolong pesan pada kawan-kawan kamu , jumpa cikgu pada hari Ahad ni ya? Ada sesuatu yang kita kena bincangkan untuk pengembaraan ke hutan Afrika,” kata Cikgu Zarini.


            ‘ Pengembaraan? Aku akan berpindah nanti. Jadi tak dapatlah aku pergi bersama dengan geng aku selepas ujian nanti. Alamak,’ bisik Sabrina di dalam hati apabila terdengar kata-kata Cikgu Zarini itu.


            “ Sabrina. Apa yang kamu fikirkan itu?” tanya Cikgu Zarini sambil menepuk-nepuk bahu Sabrina.


            “ Huh? Oh , tak ada apa-apa , cikgu. Saya tengok cikgu hari ni lawa. Itu yang saya termenung tu,” kata Sabrina untuk mengelak supaya Cikgu Zarini tidak dapat mengesyaki apa-apa tentang Sabrina.


            “ Kamu ni.. ada-ada sajalah.. ,” kata Cikgu Zarini.


            “ Hehehe...,” Sabrina tersenyum apabila mendengar kata-kata Cikgu Zarini.


            Selepas berjumpa dengan Cikgu Zarini , Sabrina bergegas menuju ke arah kelasnya untuk mengambil buku ulangkaji yang telah dibawanya daripada rumah.


            Diselongkarnya beg sekolahnya untuk mencari buku latihan Fizik dan Kimia untuk belajar bersama abang-abang yang berada di kelas 5 Bumi.


            Intan , Fareez , Pavethran dan Amirul hairan melihat Sabrina yang kelam-kabut seperti dikejar dengan anjing. Ataupun seperti banduan yang melarikan diri dari penjara sahaja.


            “ Hei , Rin! Awak nak ke mana tu?” tanya Intan yang berada di dalam kelas tersebut.


            “ Saya pergi ke kelas 5 Bumi untuk menjaga kelas tersebut. Sambil-sambil itu , saya boleh membuat ulangkaji bersama abang-abang di sana,” kata Sabrina lalu meninggalkan kelas tersebut kerana dia tidak mahu lewat untuk menjalankan tugasnya. Lebih cepat , lebih bagus.


            Masa untuk sampai ke kelas 5 Bumi hanya mengambil dalam 10 minit sahaja kerana kepantasan kaki Sabrina menaiki tangga.

            Setibanya di kelas tersebut , Sabrina mendapati bahawa hanya ada Akmar , Kamal , Afizi , Hussien , Aidil , Aiman , Fatihah dan Shamimi.


            Sabrina mengetuk pintu kelas tersebut lalu memberi salam. Salam Sabrina dijawab oleh mereka yang berada di dalam kelas tersebut.


            “ Saya nak tumpang tanya. Pelajar-pelajar yang lain di mana?” tanya Sabrina yang berada di hadapan kelas tersebut.
           

            “ Oh. Adik Rin rupanya,” kata Fatihah sambil tersenyum. Sabrina tersenyum kepada Fatihah yang berada di bahagian belakang kelas manakala geng Hussien pula betul-betul di hadapan Sabrina.


            “ Ya. Kak Tihah. Mana semua pelajar yang lain?” tanya Sabrina dengan lembut.


            “ Oh. Mereka semua kena denda dengan ketua pengawas sekolah. Sebab mereka terlalu bising. Sekarang ni , mereka semua kena denda cuci tandas sekolah,” kata Fatihah sambil tergelak.


            “ Oh , begitu rupanya. Kak Tihah dan Kak Mimi buat apa tu?” tanya Sabrina lagi.


            “ Kami sedang buat ulangkaji untuk ujian bulanan minggu depan. Kami tengah buat ulangkaji Fizik,” kata Shamimi yang putih orangnya seperti Snow White katakan.


            “ Kak Mimi. Kebetulan saya ada bawa buku ulangkaji Fizik dan Kimia. Boleh saya join Kak Mimi dan Kak Tihah?” kata Sabrina sambil menunjukkan buku ulangkaji yang dibawanya.


            “ Boleh. Tak ada masalah. Marilah,” pelawa Kak Tihah. Sabrina tersenyum kerana dia dapat belajar bersama kakak-kakak yang mahir dalam matapelajaran Fizik.


            “ Rin,” panggil Afizi. Sabrina memberhentikan langkahnya. Sabrina memalingkan mukanya ke arah Afizi.


            “ Ya , saya,” kata Sabrina sambil mengukirkan senyuman.


            “ Kalau awak nak belajar Kimia , awak boleh belajar dengan kami,” kata Afizi sambil senyum.


            “ Baiklah. Selepas saya belajar Fizik selama setengah jam , nanti saya akan belajar Kimia dengan awak semua pula ya?” kata Sabrina lalu menuju ke arah Fatihah dan Shamimi.


“ Ok,” kata Afizi. Semua rakan-rakannya menunjukkan two thumbs up kepada Afizi kerana berjaya mempelawa Sabrina untuk belajar dengan mereka buat kali yang kedua.


            “ Bagus awak ni Afizi,” puji Kamal. “ Biasalah. Ini Afizilah,” kata Afizi sambil menepuk-nepuk dadanya. “ Awak tahu kah ajarkan dia Geografi?” tanya Akmar kepada Afizi. “ Saya hanya tahu sedikit saja. Macam mana dengan awak , Hussien?” tanya Afizi kepada Hussien yang sedang sibuk menjawab soalan Geografi.


            “ Hmm.. Saya ok saja. Saya ni pun apa kurangnya pandai dalam matapelajaran Geografi ni. Saya boleh ajarkan Rin,” kata Hussien.


            “ Baguslah awak ada di sini. Awak pun bolehlah ajarkan kami fasal Geografi ni,” kata Aiman sambil menepuk-nepuk bahu Hussien yang duduk di sebelahnya.

            “ Fizi! Saya ada sesuatu nak beritahu awak,” kata Hussien sambil berlari kepada Afizi yang sudah berada jauh di hadapannya.


            “ Apa dia?” tanya Afizi.


            “Apa ya? Saya terlupa pula. Sekejap , saya fikir,” panggil Hussien.


            “ Apa yang awak nak beritahu saya , Hussien?” tanya Afizi apabila sudah sampai di lokasi Hussien.


            “ Malam Jumaat nanti awak pergi majlis itu pukul berapa?” tanya Hussien.


            “ Hmm.. Saya tak pasti lagi. Mungkin selepas solat Maghrib saya akan terus ke sekolah,” kata Afizi dengan penuh yakin.


            “ Apa kata saya pergi dengan awak sekali? Boleh awak tumpang motor saya,” Hussien mengajak Afizi menunggang motornya.


            “ Tak mahulah! Nanti motor awak akan rosak di tengah jalan. Terpaksalah saya naik basikal merah jambu awak itu!” Afizi tergelak besar.


            “ Haha! Saya pasti! Kali ini motor saya mesti tak akan buat masalah semasa perjalanan nanti. Awak jangan risaulah!” kata Hussien.


            “ Baiklah , kalau begitu. Jumpa di masjid Putra Perdana,” kata Afizi.


            Set!”


No comments:

Post a Comment