Original By Nur Sabrina , WARNING! No copydog please :) Thank you for following me babes :)

Friday, August 26, 2011

SAHABAT DAN CINTA - BAB 2 , BAB 3


 BAB 2

Hari Rabu iaitu hari yang paling menyeronokkan bagi kesemua pelajar SMKTPP. Semua pelajar berpakaian sukan yang lengkap untuk kokorikulum sebentar lagi. Semua pelajar yang hadir dimita berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat daripada guru kokurikulum iaitu Cikgu Aswad.


            Arahan yang telah diberikan oleh guru yang bertugas telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang lain kecuali ahli The Beauties. Secara senyap-senyap , mereka berkumpul di tandas perempuan untuk memulakan misi mereka.


            “ Ok.. Sekarang ni masa yang sesuai untuk kita menjalankan rancangan kita yang pertama. Semua harus ikut arahan saya ,” kata Zaimira. Kelima-lima gadis hanya akur dengan kata-kata Zaimira. Mereka berlima mendengar dengan telitidengan setiap arahan yang diberikan oleh ketua mereka. “ Jelas?” tanya Zaimira. “ Ok.. Jelas.. pasti berjaya rancangan kita ni..,” kata Khaisha dengan semangat yang membakar dirinya.


HILANGKAN BUKU LATIHAN KIMIA SABRINA DAN INTAN SUPAYA KENA MARAH DENGAN CIKGU ROGIAH


            “ Falizah , selepas rehat waktu apa di kelas awak?” tanya Arina yang sekelas dengan Zaimira. Falizah terdiam sebentar untuk memikirkan waktu matapelajaran selepas rehat di kelasnya. “ Erm... Aha! Kimia,” kata Falizah sambil mengangkatkan jari telunjuknya. “ Bagus.. sekarang misi kita akan berjalan dengan lancar,” kata Zaimira sambil menunjukkan two thumbs up kepada ahlinya. Semua tersenyum dengan gembiranya.


            Pada waktu rehat , Falizah dan Arisha menuju ke kelas  mereka untuk menjalankan misi iaitu menghilangkan buku  latihan Kimia Sabrina dan Intan. Setibanya di kelas 4 Asteroids ,  Falizah mengarahkan Arisha untuk mencuri buku latihan Kimia  mangsa mereka manakala Falizah menjaga pintu kelas untuk  memerhatikan supaya tiada pengawas atau pelajar lain yang  lalu-lalang di koridor tersebut. Lebih-lebih lagi mangsa mereka  ataupun Cikgu Mad , guru disiplin sekolah tersebut.


            Arisha dengan pantas menuju ke tempat Sabrina. Kelihatan sebuah beg yang berjenama ADIDAS dan berwarna coklat gelap yang terletak di bawah meja. Arisha mengeluarkan beg tersebut lalu membuka zip beg untuk mengambil buku latihan Kimia Sabrina. “ Falizah , dah jumpa,” kata Arisha sambil melambaik-lambaikan buku latihan Kimia Sabrina ke arah Falizah yang sedang berdiri tegak seperti pengawal keselamatan. “ Bagus.. Sekarang , ambil Intan punya pula,” arah Falizah. Arisha hanya menurut arahan yang diberikan oleh Falizah demi rancangan mereka untuk membalas dendam kepada Sabrina dan Intan berjalan lancar.


            Lalu , Arisha berlari-lari anak ke arah meja Intan yang terletak di belakang kelas. Meja Intan hampir dengan meja Sabrina yang terletaknya di tengah kelas. Dengan pantas , Arisha mengeluarkan beg Intan yang juga terletak di bawah meja. Zip beg yang berjenama POLO dan berwarna merah jambu dibuka oleh Arisha. 15 saat berlalu , buku latihan Kimia milik Intan telah dijumpa oleh Arisha.


            ‘Nasib baik jumpa,’ kata Arisha di dalam hatinya. Setelah mengambil buku latihan Kimia milik mangsa , Arisha berlari ke arah Falizah yang sedang membetulkan rambutnya yang ditiup angin. “ Falizah.. Beres,” kata Arisha. “ Good,” kata Falizah sambil tersenyum nakal kerana rancangan mereka telah berjaya. Lalu , buku tersebut diserahkan kepada ketua mereka yang sedang bergurau-senda bersama penyanyi boria yang dibangga oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah SMKTPP di kantin. Penyanyi boria tersebut bernama Yazeid , seorang pelajar tingkatan 5 yang macho di sekolah dan digilai pelajar perempuan di sekolah tersebut.


            Gelak tawa mereka terhenti apabila melihat dua susuk tubuh yang ramping berdiri di hadapan mereka berdua. “ Hai , Yazeid,” tegur Falizah dan Arisha kepada Yazeid. Dengan senyuman yang mengalahkan Brad Pitt , Yazeid menjawab teguran Falizah dan Arisha dengan lembut. “ Hai..” jawab Yazeid sambil melambai-lambai tangannya ke arah anak gadis tersebut.


            Mereka berdua hanya tersenyum. Riak wajah Zaimira berubah apabila melihat kemunculan Falizah dan Arisha secara tiba-tiba. “ Apa awak berdua mahu?” tanya Zaimira sambil membetulkan cekaknya. Lamunan Arisha dan Falizah terhenti apabila mendengar pertanyaan Zaimira. “ Erm... Oh ya! Kami berdua datang nak cakap pada awak tentang buku latihan Kimia yang....,” belum sempat Arisha menghabiskan kata-katanya , Zaimira sempat coverline supaya tidak diketahui oleh Yazeid yang berada di sebelahnya. “ Oh ya! Tentang buku latihan Kimia itu ya! Sekejap ya..,” kata Zaimira sambil mengenyitkan matanya ke arah 2 ahlinya itu.


            Isyarat yang diberi oleh Zaimira difahami oleh Falizah dan Arisha. Dengan pantas , Zaimira bangun dari tempat duduknya. “ Awak nak ke mana?” tanya Yazeid kepada Zaimira yang kelihatan tergesa-gesa. “ Emm... Saya nak hantar buku latihan Kimia kepada Cikgu Rogiah. Kalau tidak , habislah saya..,” jawab Zaimira sambil tersenyum. “ Oh.. Ok.. Saya pergi dulu ya.. Bye,” kata Yazeid sambil bangun dari tempat duduknya. “ Bye..,” kata mereka bertiga. Langkah Yazeid diperhatikan oleh mata Zaimira , Arisha dan Falizah.


            “ Kacaknya dia..”


            “ Senyumnya mengalahkan Brad Pitt dan Tom Cruise..”


            Setiap pujian diluahkan dari mulut masing-masing sampai terlupa dengan rancangan mereka telah berjaya. Betapa hebatnya angau Yazeid walaupun hanya dengan senyuman biasa dapat membuatkan anak gadis di sekolah tersebut cair seperti ais krim!


            Tiba-tiba , Zaimira teringat pula tentang rancangan mereka. berhasil atau tidak? “ So.. Macam dengan rancangan kita? Berjaya?” tanya Zaimira sambil menepuk-nepuk bahu Falizah dan Arisha. Lamunan mereka berdua terhenti seketika lalu menjawab soalan Zaimira.


            “ Beres.. Ini buku latihan mereka,” kata Falizah sambil menghulurkan buku latihan Kimia milik Sabrina dan Intan. “ Good job , girls,” kata Zaimira sambil menunjukkan two thumbs up kepada Falizah dan Arisha.


            Semua pelajar bergegas ke kelas masing-masing untuk masuk ke kelas. Setibanya di kelas , Sabrina dan Intan berjalan seiringan melangkah ke kelas tersebut sambil tersenyum. Duduk sahaja di tempat masing-masing , Sabrina segera mengeluarkan buku-buku yang berkaitan dengan subjek Kimia kerana sebentar lagi subjek Kimia akan bermula sebentar lagi.


            Buku teks Kimia , sudah. Buku tulis Kimia , sudah juga. Buku rujukan Kimia pun sudah dikeluarkan. Cuma buku latihan Kimia sahaja tidak jumpa. Sabrina menoleh ke belakang untuk melihat Intan. Reaksi Intan serupa dengannya. “ In.. Buku latihan Kimia saya hilang. Tak silap saya , pagi tadi saya sudah masukkan ke dalam beg ini,” keluh Sabrina sambil menunjukkan wajahnya yang cemas. “ Saya pun sama,” kata Intan. Sabrina tidak sangka buku latihan Kimia miliknya dan juga milik Intan hilang secara misteri.


            Falizah dan Arisha yang memasang telinga mendengar keluhan Sabrina dan Intan. Falizah dan Arisha tersenyum gembira. “ Habislah mereka berdua.. Kena marah dengan Cikgu Rogiah. Masaklah mereka berdua,” bisik Arisha kepada Falizah. Falizah yang hanya menjadi pendengar yang setia tersenyum lebar hingga ke telinga apabila mendengar kata-kata Arisha.


            “ Tinggal 5 minit lagi masa Cikgu Rogiah akan tiba,” kata Sabrina sambil mengetuk-ngetuk cermin kaca jam tangannya. Intan sudah menjadi semakin panik lalu menjerit satu kelas. “ Ada sesiapa yang terambil buku latihan Kimia saya dan Rin?” tanya Intan dengan nada suara yang tinggi sama seperti Cikgu Aswad menjerit. Satu kelas menggeleng kepala tanda tidak mengambil buku latihan Kimia mereka berdua.


            “ Macam ni , In?” tanya Sabrina sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “ I don’t know..,” keluh Intan. Tiba-tiba , Sabrina teringatkan tentang beg mereka berdua yang semasa rehat berada di bawah meja tetapi semasa mereka berdua masuk ke dalam kelas dan mendapati beg mereka berada di atas meja dengan zip beg sekolah mereka terbuka.


            “ Eh , In! Awak ingat tak tadi beg kita berada di atas meja?  Padahal beg kita letakkan di bawah meja,” kata Sabrina dengan mukanya yang penuh dengan serius. Intan terdiam seketika lalu mengingat semula tentang di mana lokasi begnya yang telah dia letakkan.


            ‘Sampai di sekolah , jumpa Rin’


            ‘Lepas tu , jumpa Cikgu Syamsiah’


            ‘Tukar pakaian sekolah kepada pakaian sukan’


            ‘Beli air mineral di kantin’


            ‘Letak beg bawah meja’


            ‘YA!’


            Setiap perkara yang telah dilakukannya pada pagi tadi , telah disebutnya satu per satu di dalam hati. Akhirnya , memang betul beg Intan terletak di bawah meja. Selepas rehat , ada di atas meja pula! Pelik bin ajaib! Misteri!


            “ Ya! Memang beg saya bawah meja!” kata Intan sambil menekup mulutnya dengan tangan kanan manakala tangan kirinya mencekak pinggang. Mereka terasa bagaikan sesuatu yang berlaku dan ada kaitannya dengan kehilangan buku latihan Kimia mereka.


            “ In.... Ini bermakna...,” Sabrina berhenti buat seketika. Lalu , mereka berdua menjerit secara tiba-tiba. Satu kelas memandang ke arah reaksi dua anak gadis yang menjerit tak tentu fasal. “ Ada orang yang curi!” Fareez , Pavethran dan Amirul yang dari tadi hanya mengulangkaji pelajaran Kimia , terkejut lalu bangun dari tempat duduk dan menuju ke arah Sabrina dan Intan.


            “ Apa dah jadi ni?” tanya Pavethran dengan cemas. “ Buku latihan Kimia kami dah dicuri,” kata Intan sambil mengesat air matanya yang sudah jatuh ke bumi. “ Hah!” jerit mereka serentak apabila mendengar berita yang amat mengejutkan yang keluar dari mulut Intan sendiri. Sabrina hanya senyap dan memandang ke lantai simen kelas tersebut.


            “ Kita harus laporkan kepada guru sekarang juga!” kata Amirul sambil membetulkan topi ASADI yang dipakainya. Sabrina menggeleng tanda tidak setuju. “ Kita tak ada bukti yang kukuh untuk buktikan yang buku latihan Kimia kami dicuri,” kata Sabrina sambil mengikat rambutnya kerana longgar dari tadi.


            Amirul , Pavethran dan Fareez berpandangan sesama sendiri. Kata-kata Sabrina ada juga benarnya. Mereka tidak ada bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawasanya buku latihan Kimia Sabrina dan Intan telah dicuri oleh seseorang.

            Semasa mereka sedang sibuk berbincang tentang kehilangannya buku latihan Kimia Sabrina dan Intan , guru Kimia sudah melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Satu kelas menjadi senyap akibat terdengar dehem Cikgu Rogiah. “ Ehem!” dehem cikgu yang berkebaya coklat yang betul-betul berada di hadapan kelas. Seperti biasa , Farhana memberi ucap selamat kepada Cikgu Rogiah dan satu kelas mengikuti kata-kata Farhana. “ Duduk semua!” kata Cikgu Rogiah dengan nada suaranya yang tinggi. Semua kelas duduk lalu dengan pantas mereka mengeluarkan buku-buku yang berkaitan dengan matapelajaran Kimia.


            “ Baiklah , semua! Sila keluarkan buku latihan Kimia kamu semua dan buku teks Kimia , sekarang!” kata Cikgu Rogiah. Sabrina dan Intan menjadi terkedu lalu bangun dari tempat duduk. Cikgu Rogiah yang melihat kelakuan mereka berdua lalu menghampiri Sabrina dan Intan. “ Kenapa ni?” tanya Cikgu Rogiah sambil berpeluk tubuh. “ Buku kami dicuri , cikgu..,” kata Sabrina dengan nada suara yang rendah dan lemah. “ Hah , dicuri!” Cikgu Rogiah berasa amat terkejut apabila mendengar perkataan ‘dicuri’ dari mulut Sabrina.


            “ Kamu ada bukti?” tanya Cikgu Rogiah. Sabrina dan Intan menggeleng-geleng kepala. Dengan berani , Intan bersuara. “ Tapi , cikgu. Semasa kami sampai di sekolah , beg sekolah kami letakkan di bawah meja. Tetapi , semasa kami masuk ke kelas selepas tamatnya waktu rehat , kami mendapati bahawa beg kami berada di atas meja dengan semua zip beg dibuka,” jelas Intan panjang lebar.


            “ Tapi , cikgu rasa setakat itu tidak cukup untuk dijadikan sebagai bukti yang kukuh,” kata Cikgu Rogiah sambil menarik tudungnya ke belakang kerana ke depan sangat. Arisha dan Falizah hanya tersenyum melihat nasib Sabrina dan Intan yang malang itu.


            Adam dan Bob yang duduk di barisan hadapan kelihatan ragu-ragu. “ Nak beritahu atau tidak?” tanya Bob kepada Adam yang sedang mengetatkan tali lehernya. “ Saya rasa , kita patut beritahu kepada cikgu. Kasihan pula saya lihat Rin dan In..,” bisik Adam ke arah telinga Bob.


            “ Baiklah..” kata Bob. Dengan pantas , Bob bangun dari tempat duduknya lalu memanggil Cikgu Rogiah yang sedang bertanya pelbagai soalan kepada Sabrina dan Intan.


            “ Cikgu.. Saya tahu siapa yang curi,” kata Bob. Kata-kata Bob telah membuatkan Arisha dan Falizah terkejut dan degupan jantung mula berdenyut dengan laju. Semua yang berada di dalam kelas terkejut mendengar kata-kata pengawas perpustakaan yang berperut buncit itu. “ Siapa?” tanya Cikgu Rogiah yang ingin tahu siapakah pencuri yang mencuri buku latihan Kimia Sabrina dan Intan.


            “ Falizah dan Arisha , cikgu,” kata Bob sambil menunding jarinya tepat ke arah Arisha dan Falizah. Falizah bangun dari tempat duduknya lalu menengking Bob dengan suara yang tegas. “ Hei! Awak jangan main tuduh saya dan Arisha pula ya! Sesedap mulut awak sahaja mahu menuduh kami tanpa bukti ataupun saksi!” kata Falizah sambil menghentak mejanya dengan buku teks Kimia.
            Adam pula yang bersuara. “ Sayalah saksinya. Biar saya terangkan bagaimana kami dapat tahu bahawa kamu berdua yang mencuri buku latihan Kimia Sabrina dan Intan,” kata Adam seperi Detective Conan. Sesi matapelajaran Kimia yang sepatutnya dijalankan telah bertukar menjadi mesyuarat di dalam mahkamah. “ Baiklah.. Saya dengar..,” usik Falizah sambil tersenyum nakal ke arah Bob dan Adam yang memakai baju serba kuning dan bersongkok.


            “ Pada waktu rehat , saya dan Bob berjalan di belakang kelas untuk berjumpa dengan Cikgu Mad. Kami memberhentikan langkah kerana kami terlihat kelibat awak berdua sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Gerak geri awak berdua kelihatan amat mencurigakan. Jadi , kami ingin mengetahui apa yang awak berdua mahu lakukan. Falizah mengarahkan Arisha untuk mencuri buku latihan Kimia Sabrina dan Intan manakala Falizah menjaga di luar pintu untuk mengawasi keadaan. Beberapa minit kemudian , Arisha telah pun menjumpai buku latihan Kimia milik mangsa lalu membawa keluar. Mereka menuju ke arah kantin untuk berjumpa dengan Zaimira. Kemudian , awak bertiga berjumpa di belakang kantin. Betulkan? Dan buku-buku tersebut sekarang ada di dalam beg kamu ,  Arisha,” kata Adam sambil mengukirkan senyuman.


            Falizah dan Arisha ternganga mulut apabila mendengar setiap perkara yang mereka lakukan disebut satu per satu oleh Adam. Tetapi , Arisha dan Falizah tetap membantah. “ Kami tidak ambil buku-buku tersebut dan sekarang buku-buku itu tiada di dalam beg Arisha. Tak mungkin kami nak ambil buku budak yang terlampau pandai di dalam kelas ini,” kata Falizah sambil menunjuk ke arah beg Arisha.


            Semasa perbalahan tersebut berlaku , seorang murid dari tingkatan 3 telah datang masuk ke kelas untuk meminjam penyapu. Cikgu Rogiah membenarkan.


            Murid tersebut berjalan di lorong tempat duduk Arisha sambil membawa penyapu. Secara tidak sengaja , batang penyapu tersebut telah tersangkut pada tali sandang beg Arisha yang terlalu panjang lalu beg Arisha jatuh dan buku-buku berselerakan di atas lantai. Sabrina dan Intan yang meja mereka berdua hanya beberapa inci saja dari meja Arisah dan Falizah membeliakkan mata mereka apabila ternampak...


            “ Itu buku kami!” jerit Sabrina dan Intan apabila ternampak buku-buku mereka yang telah dicuri sudah berada di depan mata. “ Falizah , macam mana ni?” tanya Arisha dengan cemas. “ Saya tidak tahu..,” kata Falizah sambil menjongketkan bahunya.

            “ Rupa-rupanya kamu berdua yang curi! Ikut saya ke pejabat selepas habis waktu saya!” kata Cikgu Rogiah dengan suara tegasnya. Jelingan maut Cikgu Rogiah membuatkan Falizah dan Arisha berasa takut dan gementar.


            Kemenangan milik Sabrina , Intan , Adam dan Bob. Habis sahaja waktu Kimia , Falizah dan Arisha mengikuti Cikgu Rogiah ke pejabat untuk di soal siasat. Sementara itu , Sabrina dan Intan berasa sangat gembira kerana dapat jumpa semula buku latihan Kimia atas pertolongan Adam dan Bob.



                                        



            Sabrina dan Intan tidak berhenti mengucapkan terima kasih atas pertolongan mereka berdua iaitu Adam dan Bob. “ Terima kasih banyak-banyak ya.. Saya pun tidak tahu macam mana nak balas kebaikan awak berdua.. terima kasih lagi sekali,” kata Intan.


“ Alah.. Sudah-sudahlah tu awak berdua berterima kasih pada kami.. Ni masuk yang ke sepuluh awak mengucapkan terima kasih pada kami,” kata Bob sambil mengangkat 10 jarinya ke atas. Sabrina dan Intan berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Tetapi mereka berdua tidak jemu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.


            Selepas seronok bergurau senda , mereka memulakan sesi mengulangkaji pelajaran selama 40 minit. Betapa seronoknya mereka apabila mereka belajar secara berkumpulan kerana dapat berkongsi idea dan maklumat tentang Sejarah daripada salah seorang daripada rakan mereka yang amat bijak dalam matapelajaran Sejarah iaitu Sabrina yang sentiasa mendapat 90 ke atas. Kadang-kadang , Sabrina pernah mendapat 100 peratus dalam ujian Sejarah.


            Cikgu Zarini amat bangga akan pencapaian dan prestasi  Sabrina yang makin lama makin meningkat. Ramai pelajar tingkatan 4 yang menyuruh Sabrina mengajar mereka subjek Sejarah.


             Si gadis yang berkaca mata yang bernama Intan pula seorang pelajar yang amat bijak dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Mad kerana Intan dapat mencapai markah yang tertinggi di dalam kelas dalam subjek Perdagangan. Bukan sahaja dalam Perdagangan , tidak ketinggalan juga yang Intan cemerlang dalam subjek Kimia dan Sejarah.


            Fareez pula seorang atlet harapan sekolahnya. Pernah beberapa kali , Fareez pernah mewakili sekolah dalam lompat jauh , lumba lari dan banyak lagi. Walaupun seorang atlet , Fareez tidak akan lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Atlet harapan sekolah ini amat cemerlang dalam subjek Biologi dan Kimia.


            Dalam satu kumpulan , semuanya pandai-pandai belaka. Amirul , Intan , Pavethran , Fareez dan Sabrina sentiasa berkongsi idea dan maklumat semasa belajar secara berkumpulan.


BAB 3
   
 
            Khabar berita tentang Arisha dan Falizah yang dimarahi oleh Cikgu Rogiah telah diketahui oleh semua ahli The Beauties. Perjumpaan mereka kini diadakan di rumah Arina. Mereka berkumpul di dalam bilik Arina yang dicat warna kegemarannya iaitu ungu dan putih. Cadar katil warna ungu berbelang putih. Mereka berbincang untuk menjalankan misi yang kedua. Sebelum memulakan perbincangan , Rizah bertanya kepada Falizah tentang kejadian pagi tadi.


            “ Falizah.. What happened last morning?” tanya Rizah kepada Falizah yang dari tadi hanya bermasam muka. Namun , soalan Rizah tidak dijawabnya. Kemudian , Arina bertanya kepada Arisha. “ Arisha.. Macam mana Cikgu Rogiah boleh tahu yang kita plan curi buku latihan Kimia Sabrina dan Intan?” tanya Arina kepada Arisha sambil memegang erat bahunya.


            Arisha mengangkat mukanya. Memandang wajah kawan yang disayanginya satu per satu. Arisha melepaskan nafas dengan lemah sekali. Lalu , Arisha menjawab soalan Arina.


            “ Bob dan Adam yang beritahu. Mereka berdua tahu segalanya. Mereka berdua intai kami semasa kami mencuri buku latihan Kimia Sabrina dan Intan. Mereka berdua juga nampak kami berdua jumpa awak di belakang kantin. And , mereka juga tahu yang buku latihan tersebut ada di dalam beg saya,” terang Arisha kepada ahli The Beauties yang berada di hadapannya.


            “ Jadi , jika buku latihan itu ada di dalam beg awak , bagaimana Cikgu Rogiah tahu?” tanya Khaisha sambil membetulkan jambul depannya itu. Selepas melepaskan nafas buat kali yang kedua , Arina menjawab. “ Beg itu terjatuh,” jawab Arisha pendek. “ Bagaimana beg awak boleh terjatuh?” tanya Arina. “ Beg saya tersangkut pada batang penyapu yang dipinjam oleh budak tingkatan 3,” terang Arisha lagi. “ Kemudian , buku Arisha semuanya jatuh atas lantai. Jadi , pada masa itulah buku latihan Kimia milik Sabrina dan Intan terkeluar daripada beg Arisha. Itulah yang Cikgu Rogiah tahu tu,” kata Falizah sambil mengerutkan keningnya menunjukkan beberapa garisan di dahinya.


            “ Cis, kurangajar punya budak! Seorang lagi dahlah gendut , seorang lagi pula dahlah kurus kering macam lidi! Ada hati nak menolong Sabrina dan Intan yang poyo tu!” kata Rizah yang sedang membentuk lima jarinya menjadi buku lima. “ Relaks.. Walaupun rancangan pertama kita tak berjaya , kita cuba rancangan yang kedua pula,” kata Zaimira selaku ketua kumpulan tersebut.
            “ Jadi.. Saya mahu rancangan ini akan dilakukan pada esok hari juga!” kata Zaimira dengan nada suara yang tegas. Semua anak buahnya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk tanda setuju dengan cadangan ketua mereka.



                                                       


MALUKAN DEPAN 900 ORANG PELAJAR DI KANTIN DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN DAN MINUMAN DI ATAS BAJU MEREKA


            Tepat jam 7.20 pagi , 900 orang pelajar beratur di Dataran Wawasan. 15 minit mendengar taklimat daripada Pengetua SMKTPP telah tamat. Semua pelajar dikehendaki masuk ke kelas masing-masing.


            Pelajar-pelajar tingkatan 4 Asteroids berjalan dalam barisan menuju ke kelas. Laluan untuk ke kelas 4 Asteroids harus melintasi kelas tingkatan 4 Big Dipper , 4 Comets , 4 Dot Bintang , 4 Eksperimen dan 4 Fasa Bulan. Kelas 4 Asteroids di hujung sekali. 4 Big Dipper sudah lepas , 4 Comets pun sudah dan 4 Dot Bintang dan 4 Eksperimen sudah mereka semua lalui. Kini , mereka harus melintasi kelas yang kebanyakannya pelajar lelaki iaitu 4 Fasa Bulan. Kelas mereka amat bising kerana ketiadaan guru di dalam kelas. Pelajar lelaki keluar daripada kelas mereka lalu menegur pelajar perempuan tingkatan 4 Asteroids.


            “ Hello , awak?” tegur Syafiq Ahmad sambil mengangkat keningnya kepada Intan. Intan hanya membalas pertanyaan tersebut hanya dengan mengukirkan senyuman kepada Syafiq Ahmad.


            Setelah melepasi kelas 4 Fasa Bulan. Sabrina mencuit bahu Intan lalu tersenyum.


            “ Amboi , ada peminat nampak!” usik Sabrina. “ Hei , Rin! Tak ada masa saya nak layan peminat macam mereka tu! Kalau nak belajar boleh lah..,” kata Intan sambil membetulkan tudungnya.

            “ Ok.. Sorry..,” kata Sabrina sambil memegang erat bahu Intan. Intan mengukirkan senyuman yang manis kepada Sabrina. Persahabatan mereka bagaikan isi dan kuku. Amat rapat sekali! Bagaikan Demi Lovato dan Selena Gomez , artis mat salleh yang paling popular sekali di Amerika.


            Amirul , Fareez dan Pavethran pula bagaikan adik-beradik seperti kumpulan Jonas Brothers. Mereka berlima sentiasa bersama walau berada di mana jua. Kecuali pada waktu tidur , makan dan mandi. Betul tidak? Tidak mungkin Amirul , Pavethran , Sabrina , Intan dan Fareez masuk ke dalam bilik mandi bersama-sama? Apatah lagi mandi bersama-sama! Itu sudah melampaui batas!



                                          



            Loceng berbunyi panjang menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar-pelajar SMK Taman Putra Perdana menuju ke destinasi mereka iaitu kantin yang dipenuhi dengan makanan-makanan yang memikat hati para pelajar SMK Taman Putra Perdana.


            Seperti biasa , Sabrina dan Intan beratur dalam barisan untuk menunggu giliran membeli makanan. Fareez , Amirul dan Pavethran hanya membeli air. Mereka menunggu Sabrina dan Intan di bawah pokok yang selalu menjadi tempat mereka untuk mengulangkaji pelajaran.


            Kumpulan The Beauties memerhatikan gerak-geri Sabrina dan Intan yang sedang seronok bergurau senda. Zaimira yang duduk bersebelahan dengan Arina memerhatikan Sabrina dan Intan dengan penuh fokus. Seperti Detective Conan.


            “ Rizah , Khaisha , now is your duty to revenge at Sabrina and Intan ,” bisik Arina kepada Rizah. Rizah menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk tanda mengiyakan kata-kata Arina.


            “ Kami semua harapkan awak berdua ,” kata Falizah sambil menunjukkan two thumbs up kepada Rizah dan Khaisha. “ We will do the best. Don’t worry ,” kata Rizah sambil mengenyitkan matanya ke arah ahli-ahli The Beauties.

            Dengan segera , Rizah dan Khaisha mengeluarkan duit dua ringgit untuk membeli secawan air sirap dan semangkuk maggi sup. Selepas membeli makanan , Rizah dan Khaisha menuju ke lokasi yang selalu dilalui oleh Sabrina dan Intan.


            Sabrina dan Intan sudah selesai membeli makanan. Semasa mereka hendak ke lokasi untuk dijadikan tempat untuk mereka berehat , seorang guru lelaki yang berbadan tegap dan sasa mengekori mereka dari belakang untuk pergi pusat akses. Itulah Cikgu Aswad. Guru disiplin SMKPP.


            “ In , Riz dan lain-lain , tunggu kita berdua di mana?” tanya Sabrina sambil menatang dulangnya dengan penuh berhati-hati. “ Emm.. Mirul kata pada saya yang mereka tunggu kita di pondok yang tempat kita ulangkaji selalu. Mungkin mereka dah lama tunggu kita ,” jawa Intan. “ Baiklah. Mari kita pergi ,” ajak Sabrina.


            Rizah dan Khaisha yang sudah tunggu di tepi longkang , sudah bersedia untuk memalukan Sabrina dan Intan di hadapan 900 orang pelajar di kantin.


            “ Mereka dah datang. Ready , Khaisha?” bisik Rizah kepada Khaisha yang sudah memanjangkan lehernya. “ Yup!” kata Khaisha. “ Saya kira sampai tiga , baru kita tumpahkan atas baju Sabrina dan Intan , ok?” cadang Khaisha. “ Alright!” kata Rizah sambil menunjukkan two thumbs up kepada Khaisha yang sudah bersedia.


            Langkah Sabrina dan Intan sudah hampir dengan mereka. dengan pantas , Khaisha menjerit sekuat hatinya.


            “ Satu , dua...,” tidak sempat Khaisha menghabiskan kiraanya. Sabrina sudah menghalang rancangan mereka. “ In.. Your shoes untie ,” kata Sabrina sambil menunjukkan kasut Intan. “ Oh.. Your shoes too ,” kata Intan sambil menunjukkan tali kasut Sabrina yang sudah tertanggal ikatannya. Mereka berdua mencangkung untuk mengikat tali kasut mereka.


            “ Tiga!” jerit Khaisha sambil menumpahkan makanan dan minuman. Rupa-rupanya , yang terkena itu bukanlah Sabrina dan Intan , yang terkena tumpahan tersebut ialah Cikgu Aswad!


            “ Alamak! Salah sasaran!” kata Rizah sambil menekup mulutnya. “ Apa yang kamu berdua cuba nak buat ni? Habis baju cikgu kena air dan makanan!” kata Cikgu Aswad dengan nada suara yang tinggi. Bajunya ditumpahi air sirap dan sup maggi tersebut , malah kepalanya ditaburi maggi-maggi yang berwarna kuning.


            Semua pelajar yang berada di kantin menyaksikan kejadian tersebut. Begitu juga Sabrina dan Intan. Amirul , Pavethran dan Fareez juga berlari ke arah tempat kejadian tersebut. Ada yang menahan gelak , ada yang menggeleng kepala dan ada ketawa mengilai seperti pontianak.


            Wajah Rizah dan Khaisha merah menyala menahan malu apabila di gelakkan sebegitu rupa oleh 900 orang pelajar yang menjadi saksi kejadian tersebut.

           
                                                       


Waktu rehat telah pun tamat. Semua pelajar dikehendaki masuk ke dalam kelas masing-masing. Seperti biasa , pelajar-pelajar 4 Asteroids akan melalui kelas-kelas yang sejiran dengan kelas mereka semua.


            Semasa melalui kelas 4 Comet , Sabrina dipanggil oleh guru yang berada di dalam kelas tersebut. Sabrina pun melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Semasa pelajar-pelajar kelas tersebut sedang tekun menyiapkan latihan yang diberi oleh Cikgu Mad terhenti apbila menyedari Sabrina sedang melangkah masuk ke dalam kelas mereka.


            “ Kamu boleh tolong cikgu , Sabrina?” tanya Cikgu Mad kepada Sabrina. “ Boleh cikgu. Tak ada masalah,” jawab Sabrina. “ Kamu pergi ke kelas tingkatan 5 Bumi , panggilkan pelajar baru kelas itu , boleh?” tanya Cikgu Mad sambil memegang bahu Sabrina. “ Ok..” kata Sabrina lalu beredar dari kelas tersebut.


            Sabrina menaiki tangga untuk ke tingkat 3. Semasa dalam perjalanan ke kelas 5 Bumi , Sabrina terserempak dengan seorang guru yang sedang mengutip buku-bukunya yang bertaburan di atas lantai. Sabrina berlari ke arah guru tersebut. Guru tersebut ialah guru kelasnya sendiri.

            “ Biar saya tolong , cikgu,” kata Sabrina sambil mengutip buku-buku di atas lantai tersebut. “ Terima kasih ,” kata Cikgu Zarini sambil tersenyum ke arah Sabrina. “ Sama-sama , cikgu,” balas Sabrina.


            Selepas menolong Cikgu Zarini , Sabrina terus ke kelas 5 Bumi yang terletak di hujung sekali. Sampai sahaja di hadapan pintu masuk kelas 5 Bumi , Sabrina melangkah masuk ke dalam kelas tersebut , Sabrina terus menuju ke arah guru yang berkebaya merah jambu yang sedang sibuk menulis sesuatu di papan hitam.


            Sabrina terus menuju ke arah guru tersebut lalu menegurnya dengan lembut. “ Selamat pagi , cikgu,” tegur Sabrina. “ Selamat pagi,” balas Cikgu Rogiah sambil mengukirkan senyuman yang manis kepada Sabrina. “ Cikgu Mad mahu berjumpa dengan pelajar baru di kelas ini,” kata Sabrina kepada Cikgu Rogiah tentang tujuannya datang ke kelas itu.


            “ Oh , Afizi.. sekejap ya , cikgu panggil dia,” kata Cikgu Rogiah kepada Sabrina. Sabrina hanya mengangguk laju sambil tersenyum. “ Afizi , Cikgu Mad hendak berjumpa dengan kamu. Kamu ikut pengawas yang comel ni,” kata Cikgu Rogiah  sambil menepuk-nepuk bahu Sabrina. Pipi Sabrina sudah menjadi merah kerana malu. Seluruh kelas ketawa kecil mendengar kata-kata Cikgu Rogiah.


            Tiba-tiba , seorang budak lelaki yang duduk bersebelahan dengan Zamil berkata kepada Cikgu Rogiah tentang kata-kata Cikgu Rogiah sebentar tadi yang ada benarnya.


            “ Memang comel pun Sabrina ni cikgu.. Tengoklah.. Siapa punya awek.. Saya juga,” kata Samil tanpa rasa segan silu. Kata-kata Samil telah membuatkan Sabrina lagi bertambah malu. Satu kelas dikuasai gelak tawa yang amat kuat. Cikgu Rogiah juga tidak akan melepaskan peluang untuk ketawa.


            “ Sudahlah , Samil. Buat sajalah kerja yang cikgu bagi itu. Afizi. Kamu boleh pergi sekarang ,” kata Cikgu Rogiah. Afizi melangkah ke hadapan kelas lalu menuju ke arah Sabrina.


            “ Mari,” ajak Afizi kepada Sabrina. Sabrina hanya menurut kata-kata Afizi. Selepas keluar dari kelas tersebut , Sabrina tidak habis-habis mencuri-curi pandang ke arah Afizi. Afizi yang dari tadi perasan pandangan Sabrina lalu menegurnya.


            “ Kenapa Sabrina? Ada apa-apa yang tak kena dengan saya ke?” tanya Afizi dengan lembut. Sabrina hanya menggeleng laju. “ Awak ni tingkatan berapa?” tanya Afizi lagi. “ Tingkatan 4. Kelas 4 Asteroids,” jawab Sabrina. “ Oh.. Awak ni tingkatan 4 rupanya. Ingatkan senior. Tinggi hampir sama dengan saya,” kata Afizi lagi. Sabrina hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Afizi.


            “ Apa jawatan pengawas awak di sekolah ni?” tanya Afizi kepada Sabrina. “ Penolong ketua pengawas sekolah,” jawab Sabrina sepatah. “ Oh , awaklah!” kata Afizi sambil menunding jarinya ke arah Sabrina. “ Kenapa?” tanya Sabrina dengan penuh hairan dengan kelakuan Afizi.


            “ Awaklah penolong ketua pengawas yang garang tu. Ramai orang kata yang awak garang.....,” belum sempat Afizi menghabiskan kata-katanya , Sabrina sudah membentak. “ Awak ni , macam perli saya saja?” tanya Sabrina sambil mengerutkan dahinya. “ Bukan saya nak perli awak. Mereka kata awak ni garang tapi comel dan cantik,” kata Afizi. Sabrina kembali tersenyum.


            “ Saya suka tengok awak senyum. Comel sangat,” puji Afizi. “ Awak pun apa kurangnya , kacak,” puji Sabrina kepada kepada Afizi. “ Ye ke? Lupa pula saya. Saya belum berkenalan dengan awak lagi. Nama panjang awak , nama pangilan awak , duduk di mana,” kata Afizi.


            “ Mulakan dari mana?” tanya Sabrina. “ Nama awak dulu,” jawab Afizi sambil tersenyum. “ Nama panjang saya , Nur Sabrina Bt Hamdan. Nama panggilan saya Rin. Umur 16 tahun. Tinggal di Taman Desa Ayer Hitam,” Sabrina memperkenalkan dirinya dengan bersungguh-sungguh. Afizi yang menjadi pendengar yang setia berkata kepada Sabrina.


            “ Nur Sabrina.. Sedap nama awak ya..” puji Afizi lagi. “ Terima kasih.. Awak pula?”tanya Sabrina kepada Afizi. “ Saya? Nama panjang saya Afizi Ridhuan. Nama panggilan Afiz , Fizi atau Izi. Umur 17 tahun. Tinggal di Batu 14,” terang Afizi. “ Oh.. Nama awak pun sedap juga. Saya suka dengan nama awak,” puji Sabrina. “ Thanks , Rin,” kata Afizi kepada Sabrina. “ Anytime Afizi,” jawab Sabrina.


            Setelah berbual lama sambil berjalan menuju ke kelas 4 Comet , akhirnya sudah tiba di hadapan pintu masuk kelas 4 Comet. Sabrina dan Afizi melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. “ Ini dia , cikgu. Pelajar baru kelas 5 Bumi,” kata Sabrina kepada Cikgu Mad. “ Ok.. Terima kasih Sabrina,” kata Cikgu Mad kepada Sabrina. “ Sama-sama , cikgu,” kata Sabrina lalu keluar dari kelas tersebut.
                                                      


            Setibanya di rumah , Sabrina terus ke biliknya. Sabrina menggantikan pakaian sekolahnya ke pakaian t-shirt berwarna putih dan seluar jeans berwarna hitam. Rambutnya diikat sanggul dengan kemas. Kemudian , Sabrina ke bilik air untuk mengambil air wudhuk untuk menunaikan sembahyang zuhur.


             Selesai sahaja menunaikan sembahyang zuhur , Sabrina terus baring di atas katilnya sambil memeluk patung beruang yang berwarna coklat. Saiz beruang tersebut sebesar bantal peluknya. Patung beruang tersbut berbulu tebal dan gemuk serta di lehernya dipakaikan dengan reben berwarna merah jambu.


            Di dalam kepalanya asyik terfikirkan wajah pelajar baru senior yang dia telah jumpa. Wajahnya yang kacak , kulitnya yang putih bersih , rambut yang disikat kemas dan penampilan yang amat sempurna.


            Kata-kata Afizi juga terngiang-ngiang di telinganya.


            ‘ Ramai orang kata yang awak ni garang tapi comel dan cantik’


            ‘ Saya suka tengok awak senyum. Comel saja’


            ‘Nur Sabrina.. sedap nama awak ya’



                                         



            Tepat jam 5 petang , seperti biasa Sabrina , Amirul , Intan , Pavethran dan Fareez akan berkumpul di taman yang berdekatan dengan rumah mereka. Mereka berlima tidak lupa untuk membawa buku-buku ulangkaji untuk mengulangkaji pelajaran di taman tersebut.


            Mereka berlima pergi ke taman dengan menaiki basikal masing-masing. Samapi sahaja di taman , mereka berlima terus menuju ke arah pondok , kawasan yang selalu mereka lepak untuk membuat ulangkaji bersama-sama.


            “ Mirul.. Awak bawa buku ulangkaji apa?” tanya Intan kepada Amirul yang sedang mengeluarkan buku latihan yang telah dibawanya daripada rumah. Amirul memandang ke arah Intan sambil menunjukkan buku yang dibawanya daripada rumah.


            “ Buku latihan fizik,” jawab Amirul. Intan mengeleng kepalanya sambil tersenyum. “ Awak ni Mirul. Sudahlah lemah dalam subjek Sejarah. Yang awak bawa buku latihan Fizik ni kenapa? Bukankah senang awak bawa buku latihan Sejarah. Bolehlah awak belajar dengan Rin ni,” kata Intan sambil menepuk-nepuk bahu Sabrina.


            Amirul memandang ke arah Sabrina yang sedang tekun membuat latihan Sejarah. Amirul menggeleng kepalanya lalu tersenyum.


            “ Tak mahulah!” kata Amirul. Intan berasa hairan mendengar kata-kata Amirul yang keluar daripada mulutnya sendiri. “ Kenapa pula?” tanya Intan sambi menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.


            “ Saya malu,” kata Amirul sambil menutup mukanya dengan buku latihan Fizik. “ Apa yang nak dimalukan? Hmm.. awak ni Mirul.. Tak apalah.. Ikut awaklah nak belajar apapun,” kata Intan sambil tersenyum.


            Mereka pun memulakan sesi mengulangkaji mereka bersama-sama. Tetapi , Sabrina suka memulakan ulangkaji lebih awal kerana dapat menjimatkan lebih masa untuk bermain. Masa yang diperlukan adalah 1 jam untuk menyiapkan latihan di dalam buku latihan mereka.


            “ Siap!” jerit Sabrina. Intan , Amirul , Fareez dan Pavethran pelik melihat kelakuan Sabrina yang melompat seperti kanak-kanak Ribena.


            “ Awak dah siap?” tanya Pavethran sambil memeriksa buku latihan Sabrina yang semuanya complete diisi. “ Yup!” kata Sabrina. Kemudian , Sabrina memandang seketika ke arah Intan. “ In.. Are you done?” tanya Sabrina. “ Not yet...” kata Intan sambil mengeluh panjang. “ Apa yang susah sangat tentang Geografi ni?” tanya Sabrina. “ Soalan nombor 45 dan 49 ni memeningkan kepala dan otak saya!” kata Intan. “ Apa yang susah sangat.. tanyalah pakar Sains kita itu..,” kata Sabrina sambil memuncungkan bibirnya ke arah Pavethran yang juga sedang membuat latihan Geografi.


            “ Ya tak ya lah. Lupa pula saya,” kata Intan sambil tersenyum. Lalu , Intan pergi ke arah Pavethran. “ Pave. Macam mana nak selesaikan soalan ni?” tanya Intan sambil menunjukkan soalan tersebut ke arah Pavethran.


            “ Senang saja,” kata Pavethran. Kemudian , Pavethran pun mengajar Intan. Tidak sampai 10 minit saja , Intan sudah menyiapkan tugasnya.


            I’m done!” jerit Intan. “ Awak pun sudah siap?” tanya Amirul. “ Yup. Thank you , Pave,” kata Intan. “ Apa-apa sajalah,” kata Pavethran.


            Selepas 5 minit , Amirul pula sudah siap. Kemudian , Pavethran. Akhir sekali , Fareez. Setelah tugas-tugas mereka sudah dilaksanakan , mereka terus meluangkan masa mereka selama 30 minit untuk bermain pula.


            Intan dan Sabrina bermain buaian manakala Amirul dan Pavethran sedang bermain jongkang-jongket. Fareez pula bermain basikal.


            Sedang asyik Sabrina bermain buaian , tiba-tiba , dia terpandang seseorang yang dikenalinya yang sedang menunggang sebuah motor berwarna biru gelap. Orang itu juga memandangnya lalu menuju ke arah Sabrina dan Intan.


            “ Hai , Rin..” tegur Afizi. “ Hai..” kata Sabrina. “ Awak baru sampai ke?” tanya Afizi. “ Emm.. Dah lama dah..,” kata Sabrina sepatah. “ Ohh.. Oklah , Rin.. Saya nak pergi main bola ni. Jumpa di sekolah esok ya..” kata Afizi sambil menghidupkan enjin motornya. “ Ok , Afizi..” kata Sabrina.


            Setelah bayang Afizi tidak lagi kelihatan , Intan yang sedang berusaha untuk memberhentikan ayunan buaiannya lalu menegur Sabrina.

            “ Siapa itu?” tanya Intan. “Afizi. Dia pelajar baru di sekolah kita. Pelajar senior,” jawab Sabrina. “ Macam mana awak dapat kenal dengan dia?” tanya Intan lagi. “ Pagi tadi di sekolah , Cikgu Ahmad suruh saya panggilkan pelajar baru kelas tingkatan 5 Bumi. So , saya pergilah ke kelas tersebut. Semasa dalam perjalanan nak bawa dia ke kelas Cikgu Mad , kami sempat lagi berkenalan ,” terang Sabrina panjang.


            “ Wah , romantiknya! Berjalan berdua-duaan dan berkenalan. Apa nama panggilannya , Rin?” tanya Intan lagi. “ Ish , In! Awak ni! Banyak pula soalan yang awak nak tanya pada saya!” kata Sabrina sambil membetulkan ikatan rambutnya itu.


            “ Ok.. kali ini soalan yang terakhir. Apa nama panggilannya , Rin?”tanya Intan.


            Nak tak nak , terpaksalah Sabrina menjawab soalannya itu.


            “ Nama penuhnya Afizi Ridhuan. Nama panggilan Afizi,” kata Sabrina.



                                       



            Setiba sahaja di rumah , Sabrina terus mengambil tuala untuk membersihkan dirinya. Selepas itu , Sabrina terus menunaikan solat maghrib selepas mandi.


            Selepas itu , Sabrina terus menghadap komputer riba kesayangannya di atas katil. Dengan pantas , jari-jemarinya menaip laman web myspace untuk memeriksa jika ada kenalan baru atau ada orang yang komen gambar.


            5 minit kemudian , tertera gambar Sabrina pada skrin komputer riba tersebut. Kemudian , Sabrina klik pada New Friends Request  di bahagian Facebook tersebut.
            Alangkah terkejutnya Sabrina apabila melihat gambar Afizi yang telah pun tertera pada skrin komputer riba tersebut.


            “ Afizi?” tanya Sabrina pada dirinya sendiri dengan penuh kehairanan.


            Tanpa membuang masa , Sabrina terus approve. Lalu , Sabrina membuka myspace Afizi. Kemudian , menghalakan anak panah tetikus ke arah perkataan photos.


            Beberapa saat kemudian , terpaparlah gambar Afizi dan rakan-rakannya. Apalagi , Sabrina terus komen gambar-gambar yang baginya bagus , cantik dan macam-macam lagi.


            Tiba-tiba , pintu bilik Sabrina diketuk. Sabrina membuka pintu dan sesusuk tubuh yang ramping , berpakaian baju kurung kerana baru pulang dari tempat kerja.


            “ Mama ada sesuatu nak cakap dengan , Rin,” kata Puan Zarinah kepada anaknya itu. “ Ada apa , mama?” tanya Sabrina dengan penuh kehairanan.


            “ Mama harap , Rin jangan berasa terkejut,” kata Puan Zarinah lagi.

No comments:

Post a Comment